Jumaat, 17 Julai 2009

Kemana arah belia yang leka

Suatu malam aku memandu pulang,tiba-tiba kudengar berdesing motor-motor tak berlampu melintasi kiri;kanan keretaku.Bukan 1 bukan 2 malah berpuluh.Sampai satu persimpangan kulihat berpuluh-puluh lagi belia bermotor yang sedang menyaksikan mungkin perlumbaan haram agaknya.
Terfikir dibenakku inikah belia-belia pewaris bangsa.Apa dah terjadi kepada mereka ni,tidakkah mereka sedar bahawa satu tanggungjawab besar menanti dihadapan.Saharusnya mereka tahu bahawa golongan belia adalah petunjuk kepada keadaan sesebuah negara.Jatuh bangun sesebuah negara dalam bidang ekonomi,budaya,kehidupan keluarga dan nilai moral,struktur pekerjaan dan konsep kenegaraan terletak dibahu mereka dimasa hadapan.
Kalaulah kehidupan hari ini mereka sudah begitu leka dengan hiburan dan aktiviti yang merugikan entahlah esok masih ada atau tidak buat golongan ini.
Generasi muda ini bakal menjadi dewasa menjelang 2020,merekalah harapan kita,penentu sebuah masyarakat dan negara.Kita perlukan belia yang positif,aktif,berdisiplin dan progresif dalam menentukan masadepan negara jauh dari sebarang gejala negatif.
Terkenang aku satu peristiwa,apabila british nak jadikan tanahairku ini jajahan mereka dengan menubuhkan Malayan Union pada tahun 1945,maka terbangkitlah semangat juang belia ketika itu.Sekadar teringat pejuang wataniah -Mejar Yeop Mohiden,Kapten Abd Razak Husien,Leftenan Muhamad Ghazali Shafie yang menentang gagasan Malayan Union kerana mereka tidak mahu bangsa melayu akan menjadi pengemis di negara sendiri.
Hasilnya 11 mei 46 UMNO ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar.Pelajar-pelajar diluar negara khususnya di London juga memainkan peranan untuk kemerdekaan negara.
Kentalnya semangat belia ketika itu. Kita bimbang semangat jatidiri semakin pupus dijiwa generasi baru yang leka dengan kemajuan yang telah dicapai.
Perdana Menteri ketiga Allahyarham Tun Razak Husien menyatakan 'Pada satu ketika
dalam sejarah bangsa golongan belialah yang meneroka jalan kearah matlamat masa hadapan'
Tun Mahathir dalam sajaknya 'Perjuangan Belum Selesai' dalam satu perenggan menyebut
'Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya,bukankah sejak zaman-berzaman mereka menjadi pelaut,pengembara malah penakluk terkemuka.Bukankah mereka sudah mengembangkan sayapnya menjadi pedagang dan peniaga,selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang'
Jadi apakah kiranya para belia leka ini diberikan kesedaran.Tugas siapalah agaknya
kalau bukan kita,ibu-bapa dan masyarakat umumnya.Marilah kita bersama mengembeling usaha kearah itu.Janganlah 90 peratus penghuni pusat serenti yang dikhabarkan terdiri dari bangsa kita terus menjadi milik para belia yang leka ini.
Moga Tuhan kembalikan kekuatan belia bangsaku....

Khamis, 16 Julai 2009

Manik Urai pembuka semangat BN

Hari ini kawan jumpa member baru balik dari PRK Manik Urai.Macam tak puashati je BN kalah 65 undi.Biasa la geng tu pun dah kira menang,kalau ikut rekod PRU lepas kira menanglah tu,
Member tu kata pas ni mungkin ada PRK lagi kat Kelantan. Hai takde keja lainlah pilihanraya je.Yang kawan tak syok PRK ni dah jadi tempat orang bergaduh.Walaupun SPR dan polis dah ujudkan peraturan tapi maklumlah puak-puak ni ramai yang tak reti bahasa.Masa nilah nak tunjuk terer macam dia tu bagus sangat.
Masa pilihanraya nilah peluang nak memburuk,memfitnah dan saja mereka cerita-cerita tak berasas tentang musuh politik masing-masing.Ai lemas rasanya layan kerenah politik ni,tapi kalau politik ni tak de macamana tu la caranya untuk pilih pemerintah.Nak pastikan cara politik bersih kirim salamla masing-masing akan menghalalkan cara untuk menang.
Kawan ni bukan apa,jangan jadi macam setengah negara tu dalam setahun 2/3 kali tukar kerajaan.
Apapun bagi kawan Manik Urai sebagai lembaran baru keyakinan rakyat dan penambahan sokongan terhadap kerajaan BN walaupun tak menang. Kalau nak banding PRK Bukit Gantang yang sebelum PRU lepas merupakan kawasan kuat BN jauh bezanya dengan Manik Urai di Kelantan yang lebih sinonim dengan PAS.
insiden pergaduhan kecil di Manik Urai perlu juga diambil perhatian,walaupun pelbagai peraturan diwujudkan ektrimis parti tetap dengan ego mereka.Bilalah mereka nak berubah.Tapi kawan rasalah asalnya orang kita ni tak begitu mereka ni orang timur yang penuh dengan adap sopan,tapi dek kerana ada juak-juak politik yang menjadi guru songsang ni la masalahnya.
Harap-harap hadiah 11 perkara sempena 100 hari jadi pencetus mengembalikan keyakinan rakyat.Kawan yakin banyak lagi hadiah untuk rakyat jika PM diberi kepercayaan oleh rakyat.Taulah kot warga yang tak reti terimakasih ni semuanya tak betul dia je yang betulnya.
OKlah kawan nak relak dulu nanti sembang lagi.

Rabu, 15 Julai 2009

Jangan jadi mangsa along


Alangkah sedih dan terharunya bila aku lihat slot dalam berita akhbar dan tv tentang mangsa -mangsa kekejaman peminjam wang haram.


Kadang-kadang rasa pelik juga kenapa orang kita perlu meminjam dengan abang long ni tapi bila dengar kata-kata dari mangsa yang terlibat bahawa mereka sebenarnya tahu risiko yang bakal dihadapi cuma terpaksa meminjam kerana keperluan mengatasi segalanya ketika itu. Mereka juga tidak memikirkan risiko dihadapan demi menyelesaikan masalah semasa.


Begitu mengerikan bila peminjam yang tidak dapat membayar hutang diugut dengan ancaman bunuh ,dirantai dan sebagainya sehingga memberi kesan negatif dalam kehidupan diri dan keluarganya.


Tindakan pihak polis memburu along-along ni sangat-sangat dihargai,begitu juga NGO yang turut membantu mangsa-mangsa.Bayangkan keadaan mereka yang dalam kesusahan dan ketakutan.Bagaimanapun perlu diwujudkan kesedaran menyeluruh kepada orangramai tentang tingginya risiko meminjam dengan along.

Skim Tuisyen Felda [STF]

Bermula tahun 2004 Felda telah menyediakan dana khas untuk meningkatkan prestasi akedemik anak-anak peneroka dalam peperiksaan UPSR,PMR dan SPM.
Program ini dilaksanakan di selaruh tanah rancangan dengan menggembeling tenaga guru-guru,kepimpinan peneroka dan pihak pentadbiran felda.
Setelah 5 tahun berlalu sasaran pencapaian telah menampakkan hasil yang baik apabila prestasi atau peningkatan kelulusan meningkat sekitar 1 hingga 3.6 peratus dan kegagalan menurun 4.1 peratus sehingga disember 2008.
keprihatinan dan dayausaha felda dalam merpertingkatkan prestasi pendidikan dikalangan generasi felda sangat dihargai demi masadepan mereka
manik urai : pas menang tipis
saya suka baca blog yanggambi setiap hari.kjhkghgkdjgh
fsdfhsdfkjfhg
gsdnglgnglnblbhg
Tak payahlah BN buat pembangunan kat Manik Urai sebab kalah

Petanda angin perubahan

TRONOH 14 Julai - Kekalahan tipis calon Barisan Nasional (BN) kepada calon Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai hari ini menunjukkan angin perubahan daripada rakyat bertiup kuat.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kejayaan mengurangkan majoriti Pas pada pilihan raya umum lepas yang melebihi 1,200 undi merupakan satu isyarat jelas bahawa rakyat mahukan pembaharuan.
''Saya rasa bersyukur walaupun kita kalah 65 undi. BN berjaya kurangkan majoriti tetapi malangnya kita tidak dapat undi yang boleh meletakkan kita dalam keadaan menang.
''Saya rasa kita tidak harus kecewa kerana keputusan ini menunjukkan ada peningkatan sokongan yang cukup jelas kepada BN," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis tilawah al-Quran peringkat kebangsaan kali ke-52 di Universiti Teknologi Petronas di sini malam ini.
Muhyiddin mengulas mengenai kegagalan BN merampas kerusi DUN Manek Urai selepas calonnya tewas kepada Pas dengan majoriti tipis 65 undi.
Pas mengekalkan kerusi DUN Manik Urai setelah calonnya, Mohd. Fauzi Abdullah mengalahkan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat.

Selasa, 14 Julai 2009

UMAT YANG TAK TAU BERSYUKUR

Tindakan Gabungan Anak Peneroka [ANAK] pimpinan sdr.Mazlan Aliman ,AJK PAS pusat membuat laporan polis mendakwa FELDA mengabaikan dan menipu masyarakat peneroka selama 40 tahun adalah satu tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh generasi Felda

Dakwaan 6 perkara yg dilemparkan oleh Mazlan terhadap kepimpinan negara dan felda adalah tidak berasas dan menggambarkan sikap generasi felda yg tidak bersyukur atas segala nikmat yg dinikmati selama bergelar anak peneroka.