Rabu, 30 September 2009

LANGKAH MEMUPUK HUBUNGAN ANTARA KAUM



Asrama 1Malaysia akan diwujudkan


PUTRAJAYA - Kerajaan sedang menimbangkan untuk mewujudkan sebuah asrama di Lembah Klang untuk memenuhi keperluan pelajar semua kaum yang menghadapi pelbagai masalah di rumah yang telah menjejaskan pembelajaran mereka, selaras dengan semangat 1Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak semalam. Perdana Menteri berkata, kerajaan sedang mencari tapak yang sesuai bagi asrama itu, dijangka beroperasi tahun depan. “Kita masih belum lagi memikirkan nama asrama itu tetapi ia akan menjadi yang pertama seumpamanya yang menempatkan pelajar semua kaum hidup bersama-sama. Ini merupakan satu eksperimen dan kemudian kita akan lihat. : “Mereka boleh tinggal bersama-sama dan ini akan dapat memupuk hubungan antara kaum yang baik. Kita berharap untuk memulakan ini tahun depan. Ia akan mengambil pelajar daripada peringkat, mungkin Tahun 4 ke atas hingga sekolah menengah,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai meningkatkan taraf hidup kaum

TEMAN amat berbangga dengan idea PM kearah memupuk hubungan antara kaum dari peringkat awal iaitu alam persekolahan.Maklumlah kini masyarakat mula dibarahkan dengan pelbagai isu yang merekahkan hubungan antara kaum ini.Kita di Malaysia merupakan masyarakat majmuk yang terulung didunia.Selama ini kita dapat menunjukkan perpaduan kaum yang menjadi contoh masyarakat dunia,tapi sejak mutakhir ini dicalarkan dengan pelbagai insiden yang dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan politik khususnya.

IDEA 'ASRAMA 1 MALAYSIA' ini juga bakal menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi
oleh pelajar seperti perbalahan keluarga,penceraian ibu-bapa,kemiskinan dan pembaziran
terhadap sekolah-sekolah yang tidak efektif dari segi bilangan muridnya ,contohnya S.R.J.K.
Tamil Ladang Sungai Timah ,Telok Intan,Perak yang dilaporkan mempunyai hanya seorang murid.

CUMA Teman nak berkongsi pandangan rasanya tidak semesti asrama itu diwujudkan di Ibu Negara K.Lumpur sebab murid-murid yang bakal ditempatkan dimerata sekolah di K.L itu
mungkin menghadapi kesesakkan pergi-balik walaupun bas disediakan.Ini akan menyebabkan masa di asrama yang singkat dan menyulitkan urusan harian mereka.Perkara ini telah berlaku terhadap pelajar Asrama Semai Bakti FELDA,menyebabkan ramai ibu-bapa yang anaknya terpilih pulang semula bersekolah di kampung.Walaubagaimanapun keadaan
lebih baik di Asrama Semai Bakti Kuantan dan Johor Bahru.

Bagaimanapun idea PM ini perlu disambut dengan baik demi memperbaiki nasib pelajar yang
kurang penjagaan dan semangat 1 Malaysia yang bakal dipupuk.
Hanya pelaksanaannya perlu mengambilkira persekitaran yang sesuai untuk mewujudkan
situasi yang memihak kearah matlamatnya...RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

Selasa, 29 September 2009

BENARKAH HASSAN PEMBOHONG!

DR.HASSAN ALI DITUDUH BERBOHONG OLEH APEK SORANG NI..BETUL KE?


Chang Khim dakwa Hasan berbohong
SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), Teng Chang Khim berkata, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berbohong apabila mendakwa beliau telah menuduh Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Hussin sebagai ‘tidak cekap’ dan ‘tidak layak’.Beliau yang juga Speaker Dewan NegeriSelangor berkata, beliau tidak pernah membuat apa-apa kenyataan mengenai pegawai daerah berkenaan semasa sesi pendengaran awam berlangsung. Katanya, beliau terkejut dengan ‘penipuan’ Hasan kerana beliau tidak pernah membuat apa-apa kenyataan mengenai pegawai daerah yang meluluskan peruntukan tahunan RM500,000 bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baru-baru ini.“Beliau berkata saya menuduh pegawai daerah berkenaan sebagai tidak efektif dan tidak cekap pada sidang media yang diadakan selepas pendengaran awam tersebut. “Ini merupakan penipuan secara terang-terangan oleh Hasan. Sekarang beliau cuba untuk melindungi penipuannya. Hasan sering kali tidak konsisten dalam kenyataannya,” katanya di sini, semalam.

HAI.. Dia tak tahu ke Dr Hassan ni Pesuruhjaya PAS Selangor...'ULAMA' tu takan berbohong
pulak.Sedangkan ulama-ulama PAS ni tahu siapa yang Islam dan kafir,mana boleh bohong ,Ulama mesti arif mana yang benar dan tipu..

Itulah lain kali DAP nak berkawan berhati-hatilah,jangan pilih yang pembohong,lain lah PAS
diaorang boleh berkawan dengan syaitan pun malah boleh mengkatogerikan kalau 'GENG'
dia kafir pun takpa tapi kalau bukan 'GENG' islam pun jadi kafir.

TEMAN ni rasa sedih kat P.R Selangor ni, nampaknya orang Islam mula tak terbela.Masa berpakat nak tubuh kerajaan kata nak jaga hak semua kaum.Sekarang ni apa dah jadi,masing-masing nak jadi hero kaumnya hingga menjejas hak orang lain.Pelbagai isu telah menjadi igauan rakyat.Mana pergi janji-janji nak memberi khidmat untuk rakyat?

Nampaknya si Luncai nak terjun dengan labu-labunya.....BIARKAN,BIARKAN...

Pandangan 'IKHLAS' Lim Guan Eng



BaganBN mampu pertahankan Pinang jika letak bekas MB itu sebagai calon
KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, beliau yakin Barisan Nasional (BN) mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang sekiranya meletakkan Ketua UMNO Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon. Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, keyakinan itu berdasarkan ‘aura’ yang dimiliki bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu selain sokongan padu yang diberikan pengundi di kawasan yang menjadi kubu kuat BN. “Terus terang saya katakan peluang BN) sangat cerah kalau mereka calonkan Isa. Saya rasa peluang akan terus meningkat sebanyak 70 peratus kerana beliau memang mempunyai sokongan padu di Bagan Pinang yang menjadi ubu kuat parti itu,” katanya. Beliau berkata, sebelum ini DAP telah membuat kajian di mana hasil keputusan menunjukkan setiap lapisan masyarakat sehingga di peringkat akar umbi kepimpinan UMNO khususnya pengundi menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi mahu Isa menjadi calon pada pillihan raya kecil DUN Bagan Pinang.
ADA UDANG DISEBALIK BATU!
Itulah yang dapat Teman simpulkan dari kata-kata musuh no wahid BN ini.Dikala orang UMNO
berteka-teki dan dan menyimpulkan pelbagai pandangan dan reaksi tentang siapakah calon yang paling layak untuk mewakili Bagan Pinang tiba-tiba musuh-musuh pula yang memberi
pandangan seolah-olah sahabat.
Inilah mainan politik 'IKHLAS' Lim Guan Eng.. Semua orang tahu K.M P.Pinang ini mewarisi
perangai bapanya. Isu Kg Buah Pala pun dia tak boleh selesai,ni nak campur urusan pemilihan
calon BN... pergilah campur urusan pemilihan calon PAS .BN tahulah siapa calon yang nak dipilih.
Memanglah Tan Sri Isa salah seorang calon yang mungkin dipilih tapi yang menyibuk hal orang buat apa! Orang punya pasallah....
Kalau dalam sidang parlimen tak pernah pulak nak setuju apa yang kerajaan BN rancang untuk
kebaikan negara,semuanya tak betul.Jadi teman rasa Guan Eng tak payah lak sibuk-sibuk jaga tepi kain orang pergi uruskan P.Pinang yang dah diberi mandat oleh rakyat untuk menjaganya.
Nanti Teman nak ke Tanjung beli buah pala,tapi teringat pulak kat Kg Buah Pala ...APA DAH JADI!

Sabtu, 26 September 2009

Calon Bagan Pinang - Serah kepada Datuk Seri Najib


Jangan ganggu Presiden UMNO buat keputusan - Isa
PORT DICKSON 25 Sept. - Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Samad meminta semua pihak menyerahkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan berhubung soal calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang 11 Oktober ini.
Menurutnya, ketika ini terlalu banyak andaian dan senario sehingga tugas-tugas Presiden diambil alih oleh orang lain untuk membuat keputusan dan menentukan calon yang akan bertanding kelak.
"Biasanya di peringkat UMNO bahagian kita akan menyenaraikan calon sama ada untuk pilihan raya umum mahupun pilihan raya kecil.
"Kemudian terserah kepada Presiden untuk memutuskan calon yang sesuai bagi bertanding dalam pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Mesra Rakyat di Masjid Kariah Bagan Pinang dekat sini hari ini.
TEMAN rasa isu calon PRK Bagan Pinang sengaja diperbesarkan oleh pihak-pihak tertentu.
Walaubagaimanapun keputusannya adalah ditangan Presiden parti. Keputusan samada UMNO
bahagian menghantar satu atau lebih nama tetap akan menjadi isu tetapi eloklah ikut prosedur
biasa hantar 3 atau 4 nama supaya tidak berbangkit jika BN tewas.
Tan Sri Isa sebenarnya telah menunjukkan contoh yang baik terutamanya kesetiaan kepada
UMNO apabila dia dikenakan tindakan disiplin,berbanding sesetengah pemimpin UMNO dan BN
yang belot dan menikam kembali apabila tindakan dikenakan.
TEMAN masih ingat selepas beliau digantung kerana politik wang beliau turun ke PRK Pengkalan Pasir di Kelantan untuk membantu kempen BN dan sehingga kehari ini kesetiaannya
tak perlu diragui.Mungkin kerana itulah agaknya UMNO Bahagian Telok Kemang terus memberi kepercayaan dan keyakinan terhadap BOS mereka.
Pun begitu rasanya Presiden UMNO akan menilai yang terbaik dan mengkaji semua pandangan. Peringkat bawah harus menerima dan akan bekerja sepenuhnya untuk memenangkan BN walau siapa saja calon yang diputuskan. Bagan Pinang adalah kubu kuat
BN dan sepatutnya BN tidak boleh tewas disana.
NAMUN tugas mengekalkan hak milik BN ini amat berat jika diukur prestasi BN
dalam PRK yang lalu...Dari itu komitmen dikalangan semua jentera diperlukan untuk meyakinkan pengundi Bagan Pinang memilih BN KEMBALI.

Khamis, 24 September 2009

PAS pembangkang dalam P.R Selangor

SELEPAS isu penggantungan Dr. Khir, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor nampaknya dah dapat PEMBANGKANG baru iaitu PAS melalui Dr. Hassan Ali.

ISU penjualan arak yang di kedai serbanika kawasan majoriti Islam yang diperjuangkan nampaknya tidak memihak kepada PAS. MB Khalid Ibrahim
nampaknya cuba cari jalan selamat meminta premis perniagaan membuat
kawalan sendiri demi menjaga sahabat karibnya DAP.


TERBARU isu melibatkan selcat seperti dilaporkan...



SHAH ALAM 23 Sept. - Exco kerajaan negeri, Datuk Dr. Hassan Ali diminta tidak campur tangan dalam urusan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) selepas ini.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, sebagai anggota majlis kerajaan negeri, Hassan harus faham yang dia sepatutnya tidak boleh masuk campur dengan urusan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan ini termasuk Selcat yang ditubuhkan di bawah undang-undang DUN.
Malah, katanya, tindakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu mengkritik Selcat secara terbuka tidak patut dilakukan.
"Beliau sepatutnya jangan cakap atau kritik secara terbuka terutama yang melibatkan perjalanan DUN.
"Apabila beliau mengkritik secara terbuka mengenai Selcat, ini menyebabkan berlakunya salah faham dan sekali gus mengurangkan kewibawaan dan integriti Selcat.
"Saya juga ingin ingatkan yang Selcat ini dilantik daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan mereka ada tanggungjawab dan tugas mereka sendiri," kata beliau ketika dihubungi hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Hassan baru-baru ini yang mahu Selcat merangka garis panduan yang betul ketika menyiasat pegawai kerajaan negeri.
Hasan menyatakan demikian apabila beberapa pegawai daerah yang menjadi saksi Selcat melahirkan rasa tidak puas hati dan terhina dengan cara jawatankuasa itu menyoal mereka.
Malah, salah seorang daripada mereka, Bakhtiar Hussin yang merupakan Pegawai Daerah Klang menyifatkan Selcat tidak mencerminkan proses siasatan sebenar.
Pegawai itu sebaliknya mendakwa siasatan Selcat lebih menjurus kepada serangan peribadi selain menjejaskan imej serta kredibiliti dirinya sebagai penjawat awam sejak 30 tahun lalu.
Bagaimanapun Santiago ketika diminta mengulas, perkara tersebut mempertahankan cara Selcat menyoal saksi-saksinya yang didakwanya mengikut standard antarabangsa dan Hassan yang tidak faham, tidak sepatutnya masuk campur.
"Jadi saya rasa saksi-saksi Selcat ini jawab sahajalah apa yang ditanya," katanya.
Santiago juga mengingatkan yang beliau berkata demikian bukan bermaksud hubungannya dengan Hassan tidak baik.
Sebaliknya, kata wakil rakyat DAP itu, beliau memberikan teguran dan ingatan kepada Hassan yang disifatkannya kurang faham dengan tugas dan tanggungjawab Selcat.


HAH! Itulah cara layanan anggota Selcat itu terhadap penjawat awam.
Dr. Hassan Ali cuma beri teguran dan pandangannya..' Kalau Pakatan Rakyat
nak kekal mendapat sokongan janganlah buat macam tu kepada penjawat awam'.
Teman-teman wartawan pun minta REAKSI Tun Mahathir kerana dah seolah-olah Dr. Hassan tak 'NGAM' dengan P.R Selangor...Dr. Hassan Ali boleh ke diterima oleh UMNO seandainya dia keluar dari P.R?
' Kerajaan biaya RM 1 juta nak jadikan dia seorang Doktor lepas tu menentang
kerajaan' maksudnya sorilah Dr Hassan Ali nak menyertai UMNO atau diterima
menyertainya...
TAK tahulah P.R Selangor ni apa lagi cerita selanjutnya..Dia cuba buang pembangkang dari
BN supaya tiada di dewan,akhirnya geng dia sendiri jadi pembangkang.
Begitulah akibatnya sama-sama berpaut di dahan yang rapuh.....
Buat rakyat Selangor.....Fikirlah Sendiri!

Selasa, 22 September 2009

PRODUK HALAL KESELURUH DUNIA




Malaysia akan menjadi hab kolagen halal dunia pertama dengan kejayaan pengambilalihan syarikat bioteknologi Australia yang tersenarai, berpengkhususan dalam pembangunan dan pengkomersilan kolagen ovin. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengambilalihan itu dilakukan oleh syarikat berstatus BioNexus, Malaysia, adalah satu langkah penting ke arah menjadi hab kolagen halal dunia. Holista Biotech Sdn Bhd, syarikat berstatus BioNexus menyelesaikan pengambilalihannya ke atas Colltech Australia Ltd, yang memegang paten untuk mengekstrak kolagen ovin dari kambing biri-biri sehingga 2023. Kolagen ovin diterima secara budaya dan diperakui halal. Muhyiddin berkata, dalam tempoh singkat, sektor bioteknologi negara berjaya melangkah ke hadapan, sekali gus membantu meningkatkan tahap pembangunan negara. “Kita harap akan dapat meningkatkan sumbangan sektor bioteknologi ini kepada lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara,” katanya kepada pemberita, semalam. Beliau berkata demikian selepas menyaksikan upacara menandatangani dua perjanjian, usaha sama antara UEM Land Holdings Bhd dengan Malaysian Biotech Corporation Sdn Bhd dan Holista-Colltech dengan Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia. Muhyiddin berkata, walaupun jumlah peratusan itu agak tinggi, pelbagai langkah sudah diambil untuk mencapai sasaran itu terutama melalui aktiviti pengkomersilan yang ditetapkan dalam jangka masa 2011 sehingga 2015. “Kita mempunyai asas agak kukuh kerana ianya (asas) sudah ada. Yang penting sekarang ialah meneruskan ke fasa pengkomersilan dan pembiayaan,” katanya. Sehingga kini terdapat 114 syarikat yang diberi taraf BioNexus, katanya.
TEMAN rasa hab halal telah dipromosikan sejak lama dulu,tapi diperingkat pengguna tempatan pun terkadang timbul pelbagai persoalan bila penguatkuasa KDNHEP Mmemeriksa dan menyaman banyak pengusaha yang tahap kebersihan permisnya sangat kotor dan meloyakan.
Macamana kita nak jadi pelopor produk halal jika pengguna utamanya merasai pelbagai keraguan...maknanya kita perlu menyaring diperingkat kita dulu.Tak bolehlah anggap mudah
perkara ini sebab bila kita nak melaksanakan fardhu kifayah untuk umat dunia perlulah
bertanggungjawab sepenuhnya,kalau tidak kita akan tanggung dosanya.
Kepimpinan negara telah berusaha meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dan antara
bangsa sehingga ke fasa yang tertinggi dan nampaknya telah mendapat kepercayaaan yang baik bila penyertaan yang diterima semakin bertambah,cuma rasanya tugas PBT dan KEMENTERIAN yang dipertanggungjawabkan untuk terus memantau dari segi pelaksanaan skop HALAL itu.
SEMOGA PRODUK HALAL YANG DIHASILKAN BENAR-BENAR HALAL DAN TIDAK MERAGUKAN UMAT ISLAM MAHUPUN SELURUH UMAT DUNIA dan sampai satu ketika
Malaysia akan dilabel negara PRODUK HALAL dan pengusaha tempatan akan dapat nikmatnya
disamping terus menjana ekonomi negara.

Jumaat, 18 September 2009

PANDET OH PANDET


Malaysia Tegaskan Tari Pendet Milik Indonesia



Jumat, 18 September 2009 07:00 WIB
JAKARTA, KOMPAS.com - Pemerintah Indonesia dan Malaysia sepakat menghindari klaim kepemilikan sepihak terhadap produk budaya serumpun atau cenderung universal. Klaim seperti itu sangat sensitif dan tidak boleh terjadi lagi.
Demikian dikatakan Menlu Indonesia Hassan Wirajuda dalam konferensi pers seusai menerima kunjungan Menlu Malaysia Datuk Anifah Aman, Kamis (17/9) di Jakarta.
LEGA.. Itulah kata-kata yang dapat teman zahirkan bila isu ini dapat dicari penyelesaiannya.
Pak Menteri kita Datuk Anifah Aman menyatakan Malaysia tak pernah mengaku bahawa tari pendet itu sebagai budaya kita.Beliau sendiri pun tak tahu macamana tarian itu.
Teman pun baru tahu nama tarian itu..bagaimana lenggoknya entahlah..asyik kot!
Menurut Konsul Kehormat Malaysia di Bali- Feisol Hashim..isu tarian pandet menjadi mainan
politik pihak-pihak yang cuba mencetus hubungan baik kedua-dua negara supaya menjadi dingin.
Hai entahlah orang kita ni ada saja cara nak timbulkan provokasi dan huru-hara,tak de kerja lain ke?
Pak Menteri ,Datuk Seri Rais Yatim menyatakan ini semua salah stesyen tv Discovery Channel
kerana menyelitkan tarian itu dalam klip video 30 saat berjudul Enigmatic.Ini dilakukan oleh
pihak swasta.Bagaimanapun permohonan maaf dan kenyataan terbaru ini diharap segera dapat meredakan ketegangan yang berlaku.
Walaupun setakat ini Menteri Kebudayaan Indonesia - Pariwisata Jero Wacik,belum secara rasminya menerima permohonan maaf itu,rasanya eloklah sempena Aidilfitri ini dua saudara
Islam serumpun menghayati seruan Syawal .......bermaaf-maafan.

Khamis, 17 September 2009

ANCAMAN KESELAMATAN HAMPIR 'SIFAR'



Lima lagi tahanan ISA dibebaskan
PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan pembebasan serta merta lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang terdiri daripada bekas pengikut Jemaah Islamiah (JI) setelah dianggap tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara. Mereka ialah Abdullah Daud, Mat Sah Mohd Satray, Ahmad Kamil Md Hanapiah, Mohd Nasir Ismail@Hassan dan Muhammad Amir Md Hanapiah. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, dengan pembebasan itu, kini tinggal sembilan lagi tahanan ISA terdiri empat rakyat Malaysia dan masing-masing seorang warga Bangladesh, Pakistan, Thailand, Singapura dan Indonesia.
TEMAN rasa lega dengan pengumuman KDN tersebut, alangkah bahagianya jika kita semua
berada dalam negara yang aman,makmur tanpa ada kacau bilau dan terhindar dari rusuhan atau peperangan.
Cuma berbaki 9 orang saja di penjara Kamunting,itu pun 4 saja rakyat kita yang lain orang luar.
Bayangkan jika yang mengancam keselamatan negara tanpa ada undang-undang pencegahan yang berkesan seperti I.S.A bakal memberi ruang lebih ramai lagi anasir jahat yang menggunakan kesempatan.
Biarpun banyak pihak yang mempertikaikan I.S,A dan minta ia dihapuskan namun kita harus
ingat keselamatan negara bukan perkara kecil.Banyak negara yang huru-hara kerana kebebasan melampau yang tiada pencegahan.
Teguran dan pindaan kepada peraturan tertentu mungkin diperlukan untuk penambahbaikan undang-undang tersebut,yang penting ianya memberi impak yang lebih baik kepada keselamatan negara. Kalau kita tidak melakukan kesalahan apa yang nak ditakutkan dengan
undang-undang tersebut.Pihak pelaksana yang kita harapkan menjalankannya sebaik mungkin.
LEBIH menggembirakan bila tahanan di Kamunting menuju 'SIFAR' tanda negara semakin kurang ancaman keselamatan.Bolehlah pihak berkuasa berada dalam keadaan lega dan tumpu
kepada aspek kawalan yang lain pula.
PENTING SEKALI semua pihak perlu ingat bahawa keselamatan negara adalah tanggungjawab kita bersama.
'SALAM AIDILFITRI BUAT ANGGOTA KESELAMATAN SELURUH NEGARA'

Rabu, 16 September 2009

SALAM AIDILFITRI

TEMAN nak ucap Selamat Menyambut Hari Raya aidilfitri kepada semua sahabat,saudara mara jauh dan dekat......


Ingatan untuk adik-adik jangan main mercun,ianya membahayakan diri
Jangan lupa juga kita kepada warga miskin dan anak yatim.Bersamalah kita membantu mereka yang memerlukan.

Begitu jua kepada pengguna jalanraya,jangan kerana terlalu ghairah nak pulang kekampung kita tidak berwaspada terutamanya penunggang motosikal yang biasanya penyumbang tragedi terbanyak.
Kepada peniaga-peniaga janganlah menggunakan kesempatan menekan harga
kepada pengguna,terutamanya penjual daging dan keperluan-keperluan aidilfitri yang lain.

Alangkah baik nya jika hariraya ini kita sambut juga bersama rakan dan
taulan dari bangsa lain,demi menjiwai semangat Satu Malaysia

HAH...Kalau kacau dodol tu ingat-ingatlah teman disini....

SEMPENA AIDIL FITRI 'MOHON AMPUN DAN MAAF ATAS SEGALA KESILAPAN SAMAADA SENGAJA ATAU TIDAK'.....

Selasa, 15 September 2009

Hujan Emas Di Negeri Orang





Malaysia Diminta Tidak Usir TKI Bermasalah sampai Hari Raya


TANJUNG PINANG, KOMPAS.com — Pemerintah Kota Tanjung Pinang, Provinsi Kepulauan Riau, meminta Pemerintah Malaysia tidak mengusir TKI bermasalah mulai 17 September 2009 hingga usai perayaan Idul Fitri 1430 H.
"Kapal Pelni yang membawa TKI pulang ke kampungnya dari Pelabuhan Kijang, Kabupaten Bintan, Provinsi Kepulauan Riau, tidak berlayar mulai 17 September 2009 hingga setelah Lebaran. Karena itu, kami meminta Pemerintah Malaysia tidak memulangkan TKI bermasalah untuk sementara waktu


TEMAN TERINGAT...sebuah lagu dendangan kumpulan D'Loyd....

'AKU PULANG DARI RANTAU,BERTAHUN-TAHUN DINEGERI ORANG OH MALAYA'

begitu menyentuh perasaan dan menjadi nostalgia kepada para peminatnya.

Berita diatas adalah rayuan pihak Indonesia kepada Malaysia....
Tidakkah kita memerlukan antara satu sama lain?

Izinkan teman berbicara.......Bermula dari TARIAN PANDET pencetus isu media Indonesia

terus memainkan peranan yang membakar emosi sebilangan rakyatnya yang membawa buluh runcing untuk mengganyang Malaysia.....

ISU terbaru warganya ketali gantung oleh mahkamah Shah Alam kerana mengedar 906 gram ganja dimanupulasi biarpun mereka tahu setiap negara kena menghormati undang-undang negara lain.



PERATURAN Malaysia terus dipertikaikan bila pihak Imigresen Malaysia dikatakan mengusir bayi-bayi bersama orangtuanya melalui pelabuhan Tanjung Pinang.Ianya adalah prosedur biasa


bagi mereka yang tidak melengkapi peraturan imigresen.



ISU gaji pembantu rumah telah berada dipersada liputan akbar beberapa ketika. Permintaan Indonesia mahukan gaji pembantu RM800.

Khabarnya gaji pembantu rumah dari majikan Malaysia adalah terendah berbanding negara

lain seperti Hong Kong, Sungapura,Taiwan,Arab Saudi dan Kuwait tapi mereka terlupa bahawa gaji sebagai pembantu rumah di negara asal hanya rm150-00 sahaja.


TEMAN nak cadangkan kat mereka..kalau susah-susah sangat ujudkan pekerjaan yang mencukupi di negara sendiri.Negara besar,tanah luas,cakap pun pandai sangat...Kan senang

tak payah TKI datang sini.

Pandailah Malaysia nak mengatasi tenaga kerjanya...Banyak lagi negara yang sudi hantar tenaga kerja mereka.
Warga Bangladesh juga TKI di Malaysia




RAKYAT ADALAH PENGADIL


Kuasa rakyat tentukan kelangsungan BN TAWAU - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan negara ini kuasa rakyat yang akan menentukan kelangsungan kuasa Barisan Nasional (BN). Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, bagi memastikan BN terus mendapat mandat memerintah negara ini, parti berkenaan perlu bersifat adil kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan kepercayaan.

KATA-KATA Dato Seri Najib bagi teman adalah satu KEBIMBANGAN


KEBIMBANGAN yang dizahirkan memang ada ASASNYA


ASASNYA adalah apa yang berlaku SEKARANG


SEKARANG ini........PARTI-PARTI KOMPONEN BN sedang bermasalah...

Bermula dengan MCA,MIC dan UMNO sendiri.....cuma yang kurang bermasalah

sahabat-sahabat di Sabah dan Sarawak sahaja.


KECUALI BATANG AI ,semua PRK selepas PRU 12 BN kecundang....rakyat terus mengadili

dan menggunakan kuasanya.Banyak cadangan dan pandangan disuarakan termasuk dalam

Perhimpunan Agung UMNO dan parti-parti komponen lainnya.tapi nampaknya masalah-masalah kritikal terus menerus timbul dan ditimbulkan seolah-olah tiada apa yang perlu

digusarkan...


SATU lagi PRK muncul menguji di Bagan Pinang....kali ini kubu BN ,NAMPAKNYA sudah ada

riak-riak yang mengganggu fokus pengadilan rakyat.Kalau BN tewas kali in memang satu

tamparan hebat..rakyat diluar mula memerhati dan berkata 'Kalau kalah kali ini alamatlah PRU

13'. Adakah kata-kata sebegini tidak memberi impak,pengalaman lepas telah membuktikan

zaman telah berubah...kalau dulu takpe sekarang 'jangan'.


DATO SERI NAJIB dan TAN SRI MUHYIDDIN nampaknya berusaha keras sejak menerajui

kepimpinan negara,tetapi diperingkat akarumbi belum begitu dilihat hasilnya sedangkan dipihak

pembangkang terus mengasak dengan pelbagai isu dan cara yang terus menjejas kredibeliti BN

dan dibanyak peringkat mereka terus mendapat kepercayaan walaupun banyak perkara yang ditimbulkan tidak sahih.


APAPUN .. rakyat adalah pengadil....

Mantan Perdana Menteri British, Sir Winston Churchill 'Demokrasi adalah satu cara pemerintahan yang paling buruk' tapi katanya juga 'Tidak ada cara lain yang lebih baik dari itu'


Cuba kita fikirkan pula ucapan pemikir politik Perancis abad ke 18, Jean Jacques Rousseau,katanya 'Jika ada satu masyarakat yang terdiri daipada dewa-dewa,masyarakat itu

akan dapat diperintah secara demokrasi,pemerintahan yang begitu sempurna itu tidak

sesuai untuk manusia'.


Dalam suasana senario politik sekarang BN perlu mempergiatkan usaha yang BERGANDA


BERGANDA usaha BERGANDA komitmen BERGANDA penyatuan


untuk memperolehi sokongan BERGANDA dan RAKYAT AKAN JADI PENGADIL

penentu PRU ke13....

Ahad, 13 September 2009

KPI Bukan hanya untuk MIC


Pilih pemimpin utamakan rakyat
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) agar tidak terlalu ghairah untuk meraih populariti di kalangan ahli parti sebaliknya tidak popular di kalangan rakyat sehingga menyebabkan parti yang diwakilinya kehilangan sokongan rakyat. Menurutnya, tumpuan utama setiap pemimpin itu hendaklah untuk meraih populariti dalam kalangan rakyat bagi membolehkan BN menang pada pilihan raya akan datang kerana dalam sistem demokrasi berparlimen negara meletakkan kuasa mutlak kepada rakyat untuk menentukan kerajaan. “Perkara ini relevan kepada semua parti komponen BN tidak kira UMNO, MIC, MCA dan parti komponen yang lain bahawa pertimbangan yang paling penting adalah sejauhmana kita popular dalam kalangan rakyat, bukan kalangan ahli parti,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpuanan Agung Tahunan MIC kali ke-63 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini semalam. Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, jika parti komponen BN melupakan perspektif itu, rakyat akan menghukum BN dalam pilihan raya umum akan datang. “Rakyat pada hari ini bukan seperti rakyat pada tahun 50-an. “Oleh itu, untuk BN menjadi relevan dan terus relevan, kita mesti berhubung dengan rakyat. Kita tidak akan kehilangan apa-apa jika dekat dengan rakyat,” katanya sambil memberi contoh pendekatan ‘tinjauan mesra’ turun padang yang dilakukannya pada hari ketiga di Jalan Petaling, Brickfields dan Lembah Pantai setelah dilantik menjadi Perdana Menteri. Sehubungan itu, Perdana Menteri turut menetapkan indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang harus dipatuhi oleh MIC iaitu untuk mendapatkan kembali sokongan masyarakat India di negara ini.

TEMAN rasa tertarik dengan kesungguhan PM dalam kenyataan yang menyentuh secara umumnya tentang prestasi yang sepatutnya diukur oleh bukan saja pemimpin MIC malah semua komponen BN, terlebih lagi UMNO sendiri.Kita tidak ada masa untuk terus leka

dengan jawatan dan kemenangan dalam parti andainya PRU 13 bukan lagi milik BN tiada gunanya.


Menyentuh tentang MIC,kemenangan barisan kepimpinan presiden teman ucap tahniah,tapi

ingatlah perpaduan sangat diperlukan selepas ini.Teman tertarik dengan pandangan Awang Selamat dalam ruangan bisik-bisiknya...Tolonglah sedar Samy...
KEPUTUSAN pemilihan jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden MIC semalam tidak mengejutkan kerana ia sudah dijangka.
Semua calon Presiden, S. Samy Vellu yang beliau awal-awal lagi mengambil sikap memihak secara keterlaluan, menang. Awang percaya jika Samy tidak campur tangan dan melakukan serangan politik, peluang untuk bekas Timbalan Presiden, S. Subramaniam menang jawatan itu, adalah cerah. Ternyata Subramaniam masih berpengaruh kerana undi yang diterimanya cukup signifikan (547) berbanding G. Palanivel yang berjaya mempertahankan jawatan (629).
Awang mengucapkan tahniah kepada semua yang berjaya dan berharap dengan terpilihnya barisan Samy, beliau akan segera berundur selepas ini. Rasanya tidak perlu beliau berlengah lagi dengan memberi 1001 alasan. Samy perlu pandai mencermin diri dan janganlah menafikan hakikat beliau sudah terlalu lama dan menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional (BN).


RASANYA kalau tak ulas pun ramai orang setuju dengan Pak Awang kita.. Bukan Samy Vellu tak bagus selama pemerintahannya banyak jasanya untuk orang india tapi maklumlah bila dah terlalu lama ni banyak perkara boleh diperkatakan,jadi faham-faham sajalah..


WAHAI pemimpin komponen BN, kita dah kesuntukan masa ..takan nak harap PM sorang . Semua perlu bangkit menyakinkan rakyat dan memenuhi KPI yang digariskan oleh Dato Seri Najib.

Khamis, 10 September 2009

Idea untuk bersatu



Makanan simbol penyatuan
DI pasar ini masyarakat bersatu untuk bersaing dalam perniagaan makanan.
DI sebuah tempat meletak kenderaan di tengah kota Lebanon, Kamal Mouzawak berjaya menguruskan satu cabaran besar. Beliau berjaya menyatukan rakyat Lebanon yang berbeza agama melalui satu keghairahan biasa iaitu makanan.
Antaranya ialah Hussein Abu Mansour dari perkampungan Druze di selatan wilayah Bekaa, Mona al-Dorr dari perkampungan Syiah berhampiran sempadan Israel sehinggalah kepada Sarkis dan Lina Geryes dari bandar penganut Kristian di bahagian utara.
Kesemua mereka bersatu untuk bersaing dalam perniagaan makanan berbanding perbezaan fahaman politik.
Teman rasa tertarik dengan pendekatan ini.Dalam sesebuah masyarakat pasti ada sesuatu perkara yang boleh menyatukan mereka,cuma nak kenalpasti apakah pendekatannya.
Kita di Malaysia yang aman makmur buminya memang telah bersatu antara pelbagai kaum berkat usaha kepimpinan terdahulu.Jangan kita nafikan jasa mereka dari PM Tunku Abd.Rahman hinggalah ke Dato Seri Najib sekarang.Pendekatan l MALAYSIA yang diperkenalkan beliau merangkumi hasrat penyatuan semua rakyat,cumanya masih ada juak-juak dajal yang terus menafikan hasrat murni itu.
Memang bukan mudah nak menyakini semua orang.Dalam negara demokrasi memang ada kebebasan bersuara,tapi apalah salahnya kita ambil yang positif dan kalau nak bangkang pun cara yang membina.Barulah dapat kita jalinkan satu ikatan harmoni antara kaum dan rakyat negara ini.
Kalau nak buat yang baik pun tak betul juga,alamat payahlah kita nak dapat sebuah negara aman makmur seperti dahulu.....bersamalah kita renungkan.

Rabu, 9 September 2009


Rakyat Malaysia di Jakarta diancam buluh runcing
JAKARTA - Jabatan Penuntut Malaysia di sini, menasihati semua pelajar Malaysia di Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini. Jabatan itu menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di sini, agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini. Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia. Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.

APA dah berlaku dengan saudara serumpun kita ni? ...Teman rasa gejala fitnah dan hasutan
menular begitu aktif dimana saja ibarat H1N1,sehingga menembusi benteng persaudaraan yang
begitu tebal selama ini antara kedua negara yang bersaudara.
Apakah mereka itu tidak sedar andai keretakkan berlaku antara kita ramai akan menjadi mangsa keadaan yang diwujudkan segelintir kita.Teman rasa Kepimpinan harus segera membendung emosi ini,demi kebaikan bersama,kerana kesan buruk menanti jika dibiarkan.
Sentimen benci-membenci bakal merosakkan segalanya...Wahai teman-teman disana fikirkanlah saudara-saudara kamu yang berada diperantauan mencari rezeki disini.
Apakah dengan hal yang sedikit kebenciannya ibarat nak istiharkan perang.Sedarlah ada ketikanya bila susah saudara kita disinilah bakal membantu.
banyak sangat perkara yang perlu untuk kita bersatu...KERANA KITA SERUMPUN,BERSAUDARA DAN SEAGAMA..JANGAN KERANA SEDIKIT FITNAH DAN HASUTAN SEGALANYA KITA LUPAKAN DENGAN ANCAMAN BULUH RUNCING...

MENYESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA....

SORONG-TARIK NIK AZIZ







Nik Aziz tolak sebarang rundingan dengan UMNO KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak sebarang rundingan dengan UMNO selagi parti itu masih memperjuangkan dasar kebangsaan dan tidak memperjuangkan Islam. Nik Abdul Aziz berkata, cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berunding dengan Pas demi kepentingan umat Islam di negara ini boleh dianggap sebagai 'cerita lama'. “Ini cerita lama. Nak berunding apa lagi, nak runding apa. Kalau nak runding fasal petroleum Kelantan bolehlah. Kalau nak tentu tarikh bila MB Kelantan pergi Kuala Lumpur yang itu boleh runding,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim dekat sini, semalam. Menteri Besar Kelantan itu berkata, adalah lebih baik tiada rundingan antara kedua-dua parti.

NAIK pelik pulak bila dengar kenyataan Nik Aziz ni .. tu hari dia kata hubungan dengan kerajaan pusat yang ditunjangi UMNO dah semakin baik,sekarang ni bila Dato Seri Najib beri cadangan nak berunding demi kepentingan umat Islam dia kata cerita lama pulak...
Kalau tidak wah sedia sangat nak jumpa PM dan PM pun kerap jumpa dia . Ada pulak pra syaratnya 'KALAU BINCANG PASAL PETROLEUM KELANTAN' boleh pulak.nilah nak kata
kalau ada untung pihak dia 'OK' kalau tak 'KO'.
Macam ni ke perangai Tok Guru,dolak-dalik ..langsung tak konsisten..kalau benarlah kita ni berjuang demi agama dan negara bukan itulah caranya...Ini betul-betul perjuangan berat sebelah saja..TU LAH KAWAN KATA TU HARI 'BAIK ADA MAKNA SAJA'

SEKARANG ni dia kata lebih baik tiada rundingan antara kedua-dua parti...tak taulah sampai
bila kenyataan ini boleh bertahan..SAMA-SAMA LAH KITA TENGOK..

Isnin, 7 September 2009

Politik emosi menguasai P.R.K

Sudah banyak pilihanraya kecil dilalui selepas PRU 12 dan pelbagai insiden berlaku mencacatkan keharmonian setiap PRK .Biarpun pelbagai peraturan tambahan diperkenalkan malahan dilangsungkan dalam bulan ramadhan sekalipun tetap mengundang pebagai kejadian yang tidak sepatutnya berlaku.
Adakah sebuah negara yang bernama MALAYSIA,yang dulunya dikenali seantero dunia aman damai dan harmoni walaupun rakyatnya berbilang kaum sudah jauh berubah dek kerana keadaan politiknya?

Politik matang berdasarkan parti bukan emosi: Tok Pa
KOTA BHARU – Pengerusi Badan Perhubungan UM-NO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berharap pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang akan mengamalkan politik lebih matang dan bukannya beremosi seperti sebelum ini. :“Dalam kempen nanti kita akan berhujah berdasarkan dasar, jasa kepada rakyat. Tidak harus emosional, kadang-kadang emosi sehingga berlaku pergaduhan. :“Bergaduh adalah politik tidak matang. Jadi kita akan membudayakan politik matang kerana kita semakin hari makin matang. Kempen juga berdasarkan parti bukan emosi dan jika emosi kita akan semakin mundur,” katanya ketika diminta mengulas mengenai nasihat kepada parti yang bakal bertanding di Bagan Pinang berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohd Nor kelmarin.

KEJADIAN bergaduh dah perkara biasa dalam setiap PRK,ada saja pihak yang menjadi punca
memanupulasikan keadaan sehingga pihak yang satu lagi naik angin juga.Peraturan tak di pedulikan-pihak berkuasa pun tak diendah, bila diambil tindakan mereka dipersalahkan.
Hasrat To Pa memang baik.. Beliau harapkan jentera UMNO akan bertugas dalam PRK Bagan Pinang nanti dengan jiwa pejuang yang luhur,cekal dan berdisiplin..elakkan perselisihan dan perjelaskan dasar parti dengan matang tanpa emosi.Moga kali ini pejuang UMNO dapat menghayatinya.

CUMA yang disebelah lagi tu kenala gitu juga..kalau satu pihak je nak tunjuk SEJUK dan satu lagi bagi PANAS manalah boleh tahan ,tambahan pula yang muda-muda darah mudah mendidih
APAPUN kenalah matang dalam segala tindakan.....

Sabtu, 5 September 2009

Agama jangan dipolitikkan

BILA agama dipolitikkan akhirnya bakal menyusahkan diri sendiri,demikian nasihat mereka-mereka yang arif
Jangan campur aduk agama, politik
KUALA LUMPUR - Mana-mana jawatankuasa rumah ibadat bukan Islam yang dilantik perlulah mengendalikan dengan cermat, berhati-hati, tahu mana yang efektif dan berusaha menjaga keharmonian semua pihak. Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, sesiapapun yang dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa rumah ibadat perlu menjaga nilai dan asas murni perpaduan kaum dan dilarang sama sekali menimbulkan sebarang provokasi perkauman. “Soal agama adalah perkara yang sensitif dan semua pihak harus berhati-hati tidak menimbulkan perkara yang boleh mengundang sebarang salah faham serta mengguris perasaan masing-masing. “Apa yang saya lihat kes di Selangor ketika ini adalah pihak pemerintah negeri itu telah mengubah perkara yang tidak patut diubah. Sedangkan sebelum ini, tidak timbul perkara tegang sehingga dua kaum, iaitu Melayu dan India berbalah soal rumah ibadat masing-masing,” katanya. :Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar bahawa jawatankuasa rumah ibadat selain Islam tidak harus dipengerusikan oleh orang politik kerana dikhuatiri akan meletakkan kepentingan politik melebihi sensitiviti kaum dalam menangani hal ehwal rumah ibadat di negeri itu. Noh dilaporkan berkata, adalah lebih sesuai jika Setiausaha Kerajaan Negeri mempengerusikan jawatankuasa berkenaan kerana beliau tidak mempunyai kepentingan politik dan akan menjaga kepentingan dan sensitiviti semua kaum dan agama. Mengulas perkara itu, Mohd Asri berkata, mengapa perlu ditimbulkan perkara yang menyusahkan diri sendiri, walhal formula kerajaan sebelum ini patut diteruskan dan diguna pakai sepenuhnya. Sementara itu, Penasihat Agama Islam Negeri Johor, Datuk Noh Gadut berkata, sewajarnya dalam soal agama ia perlu bebas dan tiada sebarang unsur politik. “Dalam Islam pun memang ditegaskan bahawa soal tempat ibadah iaitu masjid perlu bebas dan terhindar daripada politik dan tidak boleh campur aduk dengan hal dunia,” katanya.

ITU baru kes rumah ibadat.. yang berlaku di Selangor sekarang bila agama dipolitikkan melibatkan isu penjualan arak tanpa akta larangan oleh PBT kerana KHALID kata kena kawal sendiri.

BAGAIMANA pula rumah-rumah urut yang semakin bertambah dan kesannya kepada umat Islam.Inilah yang berlaku bila agama dipolitikkan oleh kuasa pemerintah yang tak sehati dan tak sejiwa,cuma berpakat luaran saja sebab nakkan kuasa.Bila kuasa dah ditangan mulalah nak jadi hero puak masing-masing hingga mengganggu-gugat hak orang lain dan agama lain,sedangkan segalanya dah termaktub dalam perlembagaan dan undang-undang negara.

Entahlah...biar masyarakat menilai pakatan mereka ini kemana akhirnya...

Jumaat, 4 September 2009

ARAK -Kes Kartika dan Polimik Politik Selangor

Kartika PENCETUS kepada pelbagai isu tentang hukum meminum arak dikalangan umat Islam dan polimik politik membabitkan kepimpinan P.R Selangor bila kelantangan DAP MEMPERJUANGKAN nasib bukan Islam tak seimbang dengan PAS berjuang untuk orang Islam sementara PKR yg menjadi MB seolah-olah dayus menyuruh permis perniagaan mengawal diri sendiri supaya jangan menjual arak kepada orang Islam.

Kartika ingin menjadi contoh umat yang mengaku kesilapannya dan redha menghadapi hukuman agar dosanya terampun.

Umat Islam Selangor bagaimana nasibnya bila tiada larangan penjualan arak di kawasan majoriti penduduk Islam.
Sementara sistem kawalan sendiri tanpa undang-undang menyekat dan hukuman akan membawa pelbagai kelemahan,contohnya larangan penjualan rokok kepada remaja bawah 18 tahun berserta hukuman denda dan penjara kepada peniaga pun tak berkesan.

Kejayaan DAP mempengaruhi MB Selangor terus mencetus peluang kepada SIS dan JAG terus mempertikai kan Islam.....

Kerajaan jangan tunduk desakan SIS, JAG
SHAH ALAM - Kerajaan tidak perlu tunduk dengan desakan Sister In Islam (SIS) dan The Joint Action Group for Gender Equality (JAG) yang mahu Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah dikaji semula Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, berkata kes yang melibatkan model sambilan, Kartika Sari Dewi adalah kompleks memandangkan ia merupakan insiden pertama yang berlaku di bawah Undang-Undang Syariah di Malaysia. Menurutnya, kedua-dua pertubuhan tersebut telah menjadikan asas syarak, garis panduan hukuman, perundangan dan perlembagaan serta pematuhan terhadap polisi di peringkat antarabangsa untuk dijadikan perbahasan seterusnya untuk dipertimbangkan oleh kerajaan. “Bagaimanapun, saya tidak bersetuju dengan gesaan drastik pihak SIS dan JAG terhadap kerajaan untuk mengkaji semula Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia bagi membolehkan semua kesalahan jenayah yang dilakukan oleh rakyat di negara ini ditadbir di bawah Kanun Keseksaan peringkat persekutuan. “Bagi saya ini adalah satu campur tangan di luar daripada bidang kuasa pihak yang mengemukakan cadangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam. Menurutnya, di bawah Perlembagaan Persekutuan, terdapat peruntukan yang jelas mengenai Islam sebagai Agama Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 3 (1). Oleh yang demikian katanya, sekiranya Perdana Menteri melayan tuntutan pihak tersebut, pendekatan itu sekali gus mengeruhkan lagi keadaan sehingga mampu menyentuh bidang kuasa Sultan, asas agama dan institusi-institusi Islam di Malaysia. “Saya khuatir kes Kartika ini akan di manipulasi untuk meminggirkan dan memandang prejudis terhadap Islam, umat Islam perlu berhati-hati dengan usaha pihak-pihak tertentu yang dilakukan secara terancang untuk cuba mengganggu gugat urusan agama Islam termasuk mendoktrinkan kefahaman yang salah daripada ajaran yang sebenar,” katanya

Syabas Nasharudin kerana memperjuangkan hak Islam sebenar,sepatutnya PAS Selangor pun tidak perlu tunduk kepada DAP!. Patutlah Nik Aziz suruh Nasharudin masuk UMNO bila tercetus idea perpaduan dulu.
Patutnya hak mempertahankan Islam adalah hak bersama kerana dalam masyarakat majmuk di Malaysia setiap penganut agama mempunyai hak mereka sendiri,walaupun arak dibenarkan untuk bukan Islam namun umat Isalam juga mempunyai hak dihormati dalam perkara pengendaliannya.
Relevan ke PAS terus berkawan dengan DAP .....SEBAB nampaknya kawan dah makan kawan.

RAKYAT SELANGOR KENA MENILAI KEMBALI...KARTIKA JADI CONTOH PELAKSANAAN HUKUM UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH....

Kg Buah Pala - Satu Tragedi

'Perisai manusia' halang roboh rumah


PENDUDUK kampung cuba menghalang jentolak dan pekerja untuk operasi meroboh rumah mereka di Kampung Buah Pala, George Town semalam.
GEORGE TOWN - Sebahagian penduduk Kampung Buah Pala di sini, naik angin dan bertindak menjadi 'perisai manusia' menghalang kerja-kerja merobohkan rumah oleh pemaju sekali lagi di sini semalam.
Segalanya bermula pada pukul 8.30 pagi apabila kira-kira 40 pekerja kontrak syarikat pemaju, Numestro Ventures (P) Sdn. Bhd. (Numestro) datang bersama dua jentolak, satu jengkaut dan kakitangan Tenaga Nasional Berhad.
Bagaimanapun mereka dihalang oleh beberapa penduduk serta kira-kira 80 penyokong sebuah parti politik, pertubuhan bukan kerajaan termasuk Ketua Pemuda MIC, T. Mohan sejak pukul 7.50 pagi.
Ekoran itu, sehingga pukul 9.30 pagi, kerja meroboh gagal bermula berikutan perselisihan pendapat di kalangan penduduk kerana ada yang enggan membenarkan kerja-kerja meroboh dilakukan pemaju sebaliknya meminta ia dilakukan penduduk sendiri.
Penduduk mendakwa pemaju hanya boleh merobohkan rumah yang telah dikosongkan sahaja dan jika rumah masih ada penghuni, ia mesti dikecualikan.
Bagaimanapun kekeliruan dapat diselesaikan apabila perbincangan antara Pengarah Urusan Nusmetro, Garry Ho dan pegawai bailif polis dengan Pengerusi Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, M. Sugumaran berjaya mencapai kata sepakat tetapi dengan syarat kerja meroboh tidak menggunakan jentolak.
Bagaimanapun, tindakan agresif penyokong penduduk Kampung Buah Pala yang kemudiannya didakwa menyerang Garry bersama lima pekerjanya menyebabkan polis terpaksa bertindak menenangkan keadaan.
Tindakan polis termasuk anggota Unit Tindakan Ringan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut berjaya mengawal ketegangan tetapi dalam insiden itu Garry cedera ringan apabila diasak kumpulan penyokong penduduk.

APA dah jadi ? kerajaan negeri ditunjangi DAP.. APAla sangat kuasa penduduk dan rakyat.
Pemimpin yang dipilih bagi membela nasib mereka gagal melaksanakan tanggungjawab. Sekian lama mereka perjuangkan nasib tapi penyudahnya rumah mereka nak diroboh juga.Cakap pemimpin di dewan berdegar-degar,komplen orang pun tak kurang hebatnya tapi bila tang tugas sendiri langsung tak le gi...
Kesian rakyat yang mengharap dan merintih,kemanalah arah mereka selepas ini hanya Tuhan yang tahu.Konflik terus berpanjangan tanpa penyelesaian,apakah nak menunggu sehingga ada korban -Kg Buah Pala akan terus berada dalam lipatan sejarah...DIMANA penyudahnya?

Semua barangan keperluan perlu dikawal

SETIAP tahun dan setiap kali menjelang perayaan,harga barangan mula dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu.Bermula dengan kekurangan bekalan gula sehinggalah harga barangan keperluan lain cuba dinaikkan dan kerajaan mula bertindak dengan pelbagai cara termasuk penguatkuasaan tapi keberkesanannya tampak terlalu sedikit.
Sehinggalah terpaksa senaraikan barangan tertentu sebagai kawalan,tapi keberkesanannya tetap nipis--kawal yang ini naik yang itu.

Bawang putih jadi barang kawalan
PUTRAJAYA – Bawang putih (China) antara tiga barangan kawalan baru selain ubi kentang import dan kacang tanah import yang diumumkan antara 18 senarai harga terkawal di bawah Skim Kawal Harga Musim Perayaan (SKHMP) dari 13 hingga 27 September sempena hari raya puasa tahun ini.


TINJAUAN kawan ke kedai-kedai runcit,mana yang sempat ramai peniaga merungut pasal pemborong menaikkan harga setiap barangan yang dibekalkan.Semua barang adalah keperluan,sebab setiap barang ada pembeli dan penggunanya.Bila barangan ditetapkan harga siling kepada peruncit mereka terpaksa jual dengan harga sama dan margin keuntungan makin nipis.Pembekal senang aje beri alasan kos minyak dah naik dan penghantaran jauh lebih-lebih lagi di kawasan pedalaman.
Jadinya kedai runcit dipedalaman tiada pilihan terpaksa terima keadaan ini,kerana tiada pilihan,kadang-kadang pembekal cuma satu je--nak taknak ambil juga daripada takde barang langsung dan mangsa terakhirnya adakah pengguna di kawasan itu,terpaksa beli walau berapa pun harga barangan keperluan tersebut.
NAMPAKnya semua barangan kena kawalan dan perlu ada formula melaksanakanya supaya semua pihak mematuhinya.Janganlah terus penduduk pedalaman yang terdiri dari kalangan rakyat miskin terus teraniaya.

Khamis, 3 September 2009

Nik Aziz kena jamin

Nampaknya pemimpin PAS kena ugut oleh kelab penyokong cinanya..........



Mahu jaminan sebelum sertai Pas KOTA BHARU -

Pemimpin Pas diminta terlebih dahulu meyakinkan masyarakat bukan Islam mengenai kesungguhan parti itu mempelawa mereka menyertai Pas termasuk kesediaan mengubah dasar dan perlembagaan parti. Pengerusi Kelab Penyokong Pas Kebangsaan, Hu Pang Chaw berkata, masyarakat bukan Islam juga ingin mengetahui hak-hak yang akan mereka peroleh termasuk sama ada suara dan pandangan mereka diterima oleh parti itu.“Kami takut suara kami tidak diambil kira manakala hak lain pula dipinggirkan,” katanya kepada pemberita bagi mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa sudah sampai masanya parti itu membuka keahliannya kepada bukan Islam selaras dengan dasar Pas yang tidak berteraskan perkauman.

Hu berkata, kenyataan Nik Aziz itu sebenarnya sudah lama ditunggu masyarakat bukan Islam yang menyokong parti itu memandangkan cadangan membuka keahlian parti sudah lama dibincangkan namun seolah-olah tidak diendahkan parti itu.
“Jika serius segerakanlah perkara ini dan ubahlah perlembagaan bagi membolehkan kami menyertai Pas," katanya.
Hu berkata kelab itu mempunyai 20,000 orang anggota di seluruh negara. - Bernama

Rasanya tak ada orang lain yang layak beri jaminan selain Nik Aziz,maklumlah dalam PAS cakap dia yang paling laku,tapi bagaimana PAS nak beri jaminan sedangkan dia sendiri ikut telunjuk DAP,sanggup sorok tangan dalam serban-ketepikan prinsip perjuangan semata-mata nak berkawan dengan DAP yang ternyata berbeza ideologi tu.
Bolehke beri jaminan kat kelab penyokong sedangkan diri sendiri pun tak terjamin dalam P.R. Inilah lakunan politik PAS yang siapa nak sokong tu fikir2la........

Rabu, 2 September 2009

Benar dan betul kata K.P Khairy Jamaludin

Khairy anggap politik kekacauan tidak bantu rakyat Perak

IPOH - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, cubaan pembangkang mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, hari ini, semata-mata bertujuan menimbulkan kekecohan politik. Beliau berkata, pembangkang mahu memecahbelahkan rakyat dengan memporak-perandakan kedudukan politik negeri setelah rakyat Perak menerima pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. “Mereka tidak ada hak dan bidang kuasa kerana sidang DUN yang dipanggil itu adalah bekas Speaker yang sudah tidak ada jawatan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh V Sivakumar, yang juga bekas Speaker, mengeluarkan notis minggu lepas mengenai persidangan DUN yang akan diadakan hari ini dan memaksa Speaker Datuk R Ganesan membuat kenyataan meminta semua Adun supaya mengabaikan notis berkenaan. Khairy berkata, pembangkang di Perak kini terdesak kerana banyak usaha yang dijalankan pentadbiran negeri yang dipimpin Zambry membawa momentum yang positif kepada BN. “Politik kekacauan yang dilakukan pembangkang seperti ini tidak akan membantu rakyat Perak yang inginkan kestabilan politik demi pembangunan negeri,” katanya. - Bernama

K.P UMNO Khairy Jamaluddin...syabas kerna menjadi contoh generasi muda merperjelaskan
yang hak dan yang batil. Apa yang mereka lakukan itu tidak lebih dari retorik dan lakunan politik untuk memesongkan hati rakyat, melurut simpati dari sikap gila kuasa yang tiada penyudah.Sudahlah derhaka kepada raja,tak mahu terima apa yang telah ditakdirkan cuba membelakangi undang-undang dan peraturan..akhirnya nak jadi si Luncai terjun dengan labu-labunya..biarkan,biarkan
Dr. Zamry punyai formula bernas untuk Negeri Perak, ini yang merunsingkan mereka.Rakyat akan terus menilai dan terkesan dengan keadaan yang berlaku. Perilaku buruk yang mereka itu lakukan pasti dinilai dengan timbangan akal fikiran rakyat.Rakyat Perak akan berubah dengan
contoh kepimpinan yang cemerlang menerajui negeri.
Teruskan perjuangan pemimpin2 muda yang akan membawa negara kemercu terbilang.

Selasa, 1 September 2009

Hubungan makin baik?

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam, mengakui hubungan di antara Kerajaan Negeri yang dipimpin Pas dengan Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional semakin baik.

Nik Abdul Aziz berkata, perkembangan itu jelas apabila beliau diundang beberapa kali bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Semakin baik (perkembangan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat). Saya baru-baru ini dijemput jumpa Perdana Menteri. Saya pun ada pergi ke Pekan jumpa Perdana Menteri.

“Saya baru-baru ini pun ada jemput Perdana Menteri datang merasmikan projek oleh ECER yang dijadualkan suatu masa nanti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Kemerdekaan Ke-52 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV dekat sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika mengulas perkembangan yang dijalin di antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Pusat pada masa kini.

Mengenai tuntutan royalti minyak yang dibuat Kelantan kepada Kerajaan Pusat, beliau berkata, daripada maklumat diperolehinya, memang mengesahkan Kelantan berhak menerima bayaran royalti itu.

“Dari segi ketentuan memang Kelantan berhak. Insya-Allah sempena Ramadan ini Allah buka pintu hati kita semua baik Pusat baik negeri menunaikan tanggungjawab masing-masing,” katanya.

Kelantan sebelum ini menuntut Pusat menjelaskan tunggakan royalti hasil pengeluaran petroleum negeri itu yang dikatakan RM1 bilion setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, tunggakan itu berikutan Kerajaan Pusat tidak menjelaskan royalti yang sepatutnya diberikan kepada rakyat negeri ini.

Menurutnya, anggaran pengeluaran minyak di negeri ini berjumlah RM2.5 bilion setahun berdasarkan data Jabatan Perangkaan.

"Sebanyak RM2.615 bililon dihasilkan pada 2006 dan terbaru RM2.7 bilion pada 2008,"
katanya.

Husam berkata, dengan konsep 1Malaysia yang dicanangkan selama ini oleh Kerajaan Pusat ia diharap tidak menjadi masalah untuk Kerajaan Pusat membayar royalti itu kepada rakyat Kelantan.

EWAH-EWAH-----Nampaknya kalau ada benda jam tulah hubungan jadi makin baik
sedangkan selama ini hak tu jugalah yang dihina,dicerca,dimaki dengan pelbagai tohmahan,kutukan dan perkara-perkara yang sama waktu dengan nya.
Macam tu yang dikatakan hubungan semakin baik........BAAAIK,BAIK ADA MAKNA TU