Selasa, 21 Jun 2011

Kek Lapis Mengandungi DNA Babi...

Aku tolong sebarkan dari blog sahabat Tendang terajang......Gempar! Aku baru dapat emel dari kawan yang memberikan maklumat tentang "mentega" dari New Zealand. Mengikut daripada Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor, terdapat DNA Babi dalam mentega yang diimpot dari negara tersebut!

Lebih hebat lagi mentega ini banyak digunakan di dalam Kek Lapis Sarawak (bukan kek lapis dari Sarawak). Sila rujuk isi kandungan/ramuan yang ditulis pada kek-kek tersebut kerana kebanyakan resipi kek lapis ini merujuk kepada mentega berjenama yang dinyatakan


Nota: Kehebatan anak tempatan dan Jabatan Agama Islam Johor menyelidiki DNA telah terbukti! Ilmu yang diizinkan Allah ini adakah diharamkan untuk digunapakai sebagai mencari bukti dalam sesuatu kes?

Isnin, 20 Jun 2011

Apakah Negara Bertambah Aman?

Kedaulatan Undang-Undang semakin dicabar....Apakah Negara sudah tidak boleh aman.Apakah semakin ramai bijakpandai semakin negara bakal huru-hara..Apakah kita tidak pernah mengambil iktibar dari negara-negara yang terus bergolak...Apakah hala tuju PERKASA ini benar?.Apakah kita harus  mengikut rentak mereka yang senget..maka kita semua jadi senget.....

Perhimpunan 'Gerak Aman' pada 9 Julai dilancarkan oleh Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali petang ini yang didakwanya untuk mempertahankan keamanan dan menghalang BERSIH daripada mengadakan demonstrasi jalanan.

perkasa launch anti-bersih campaign 190611 3Sekumpulan penyokong PERKASA pula bertindak membakar dan memijak gambar pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan sebelum sidang akhbar bermula selepas majlis pelancaran tersebut.

Ibrahim turut membayangkan jika perhimpunan itu tidak dibatalkan, maka akan berlaku huru-hara.

"Tuan-tuan bayangkan perhimpunan BERSIH tidak dibatalkan, mereka teruskan juga, (mereka) tidak umum bahawa mereka akan batal pada 7 atau 8 Julai, saya percaya masyarakat Tiong Hua mungkin ramai-ramai, semua sekali, belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah.
"Apa sahaja boleh berlaku," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak polis bertindak apa cara sekalipun untuk menjaga keamanan
"Kalau (perhimpunan BERSIH) tak dibatalkan, kita teruskan... Kalau nak tangkap, tangkap semua, asalkan negara kita aman. Jangan buat kekacauan," kata Ibrahim yang mendapat tepukan kira-kira 500 penyokong PERKASA dan NGO Melayu yang berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman.

Kalau Ambiga dengan ego dan haluan sengetnya seperti diketahui umum..Apakah PERKASA juga menghala haluan sama....?.Datuk Berahim perlu lebih bijaksana...