Khamis, 16 Januari 2014

MEMANG SEPATUTNYA PEGAWAI PENGUATKUAS TERDIRI DARI BEBILANG KAUM...


Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil lebih ramai pegawai berbangsa Cina bagi mengubah tanggapan kaum itu mengenai jenayah rasuah di negara ini. 

Perkara itu dinyatakan Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon, selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed di ibu pejabat SPRM, di sini semalam. 

Woon berkata, itu adalah maklum balas Abu Kassim selepas pihaknya memberitahu mengenai tanggapan kaum Cina yang menganggap mereka sering menjadi mangsa atau dipersalahkan dalam isu rasuah. 


“Tanggapan berdasarkan kaum ini adalah perkara biasa. Ada yang menganggap rasuah berlaku kerana sogokan orang Cina, sedangkan orang Cina merasakan mereka adalah mangsa. 

“Rasuah ini bukan isu sesuatu kaum. Kita sebenarnya harus sama-sama membanteras rasuah. Justeru, SPRM akan mengambil lebih ramai pegawai daripada kaum Cina untuk mengatasi isu persepsi ini. 

“Suruhanjaya ini turut memberi jaminan akan menambah baik aspek perhubungan awam mereka,” katanya. Seramai 24 Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA hadir pada pertemuan dengan Abu Kassim itu.
SAMPAI BEGINI SEKALI PENGHINAAN MEREKA...





DAH takde cara lain nak berpolitik...selain dari PENGHINAAN.. Inilah minda politik pemimpin DAP
dan pengikutnya..Mereka mnghina dgn membuat replika PM makan kangkung tanpa mereka sedar otak mereka pun tahap Kangkung....tempat Machang Bubok P.Pinang

APAKAH RAKYAT boleh menerima cara penghinaan ini!!!