Ahad, 4 Mei 2014

Malaysia Mahu Kegiatan Militan Disekat Sepenuhnya








Bangi – Penahanan 11 individu, dipercayai anggota kumpulan militan, merupakan tindakan profesional Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyekat sepenuhnya kegiatan seumpama itu di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi......

ORANG ISLAM BUKANLAH PENGGANAS,TETAPI KEGIATAN SEBILANGAN MEREKA DENGAN KEGANASAN MENYEBABKAN IMEJ ISLAM ITU DIGAMBARKAN GANAS..
Beliau juga menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa penangkapan itu hanya akan menjejaskan nama Malaysia.

“Ini kerana kementerian berpendapat penangkapan ini akan diikuti dengan tindakan membawa militan ke mahkamah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

“Tindakan ini dilakukan mengikut perundangan, dan kita bertanggungjawab untuk telus dalam tindakan-tindakan yang dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Makan Malam Kejohanan Sukan Imigresen Malaysia ke-16 di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Datuk Seri Ahmad Zahid berkata Malaysia juga tidak mahu Islamofobia berlaku di negara ini.

“Ini kerana kita harus membezakan kegiatan militan dengan amalan Islam sebenarnya. Inilah yang mahu digambarkan oleh kementerian kerana kita tidak mahu menggambarkan seolah-olah orang Islam semuanya pengganas,” katanya.


SYABAS DIUCAPKAN KEPADA  DS ZAHID DAN KDN...SEMOGA USAHA YANG DILAKUKAN AKAN MENGGAMBARKAN HASRAT SEBENAR KERAJAAN DALAM MENANGANI KEGIATAN PENGGANAS TANPA MEMILIH BULU........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan