Jumaat, 6 Ogos 2010

SETIAP DAERAH MENGUNDI DISEDIAKAN ANGGOTA...


PAS PERTIKAI KENAPA POLIS BELANJA BANYAK UNTUK P.R.K...! ADAKAH mereka tak pernah terfikir mengapa ianya berlaku?...............................
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) membuat kajian terhadap wang rakyat yang digunakan mereka dalam 11 pilihanraya kecil sejak 2008. PAS menganggarkan bahawa PDRM telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM 55 juta bagi 11 pilihan raya berkenaan. Tahun lalu, Dewan Rakyat mendedahkan bahawa PDRM belanjakan RM 31 juta untuk lima pilihan raya (Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Batang Ai, Bukit dan Selambau). Itu baru lima pilihan raya kecil. Bagi baki enam pilihan raya kecil yang lain, PAS menganggarkan PDRM belanjakan tidak kurang RM5 juta bagi setiap tempat. Ini jauh berbeza dengan laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengumumkan perbelanjaan mereka bagi 11 pilihanraya kecil (Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Manek Urai, Bukit Gantang, Batang Ai, Bukit Selambau, Bagan Pinang, Penanti, Permatang Pasir, Hulu Selangor, Sibu) iaitu sebanyak RM6,451,285 sahaja. Ini menunjukan PDRM belanja 11 kali ganda lebih banyak daripada SPR yang menganjurkan pilihan raya.
INILAH yang dikatakan 'Sudah Gaharu Cendana Pula, Sudah Tahu Bertanya Pula'.. Dulu tidak berlaku begini tapi sejak PR semakin naik tocang PRK menjadi 'MEDAN PERANG' negara Malaysia yang aman-damai sebelumnya.. Setiap kali PRK berduyun-duyun penyokong.. -penyokong ganas turun memberi sokongan dan mengganas... Sekadar menyebut satu -dua contoh pernah berlaku Wartawan asing dipukul dan dirampas kameranya....Kes bertumbuk, membaling batu dan botol, maki hamun .......Fitnah,ugutan dan kekerasan telah menjadi perkara biasa dalam setiap PRK. Maka PDRM semakin bertambah-tambah tugasnya,beribu-ribu anggota ditempatkan dalam setiap PRK demi menjaga keselamatan....tentulah KOS akan BERTAMBAH... Kalau polis tak jaga ..MEREKA salahkan pulak... Kalau keadaan aman, kerja Polis menjadi mudah......TAKLAH banyak duit dibazirkan...................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan