Rabu, 17 September 2014

Kenapa tak hormat lagu kebangsaan kita?





 TAK LAMA DULU........

Mat Sabu cuba mempertikaikan Lagu Negaraku mengatakan Lagu Kebangsaan kita meniru Lagu Terang Bulan Indonesia. Mat Sabu cuba menyalahkan bahawa Pemimpin yang terdahulu memilih lagu ini dengan meniru Lagu Terang Bulan Indonesia dengan menggunakan Cara Pemilihan yang salah.
 NAMPAK SANGAT MAT SABU BUTA SEJARAH KERANA INGIN MENYERLAHKAN KEHEBATANNYA....

KINI........

Anggota Parlimen Kuching Chong Chieng Jen dari parti DAP, yang mengecam lagu NegaraKu dimainkan di pawagam semasa sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, dalam akaun Facebooknya ....


NAMPAK SANGAT PEMIMPIN PR ni tidak peka kempen Kerajaan yg telah memulakan nyanyian lagu Negaraku di pawagan semasa Sambutan Kemerdekaan tahun lepas lagi.....Pemimpin yang MALAS BACA BUKU dan BUAT PENYELIDIKAN!!!!Malu dapat pemimpin yang sebegini rupa,Memang TIDAK LAYAK JADI PEMIMPIN NEGARA.

Menurut Akta Lagu Kebangsaan 1968, gagal berdiri untuk menghormati lagu Negaraku yang sedang berkumandang boleh didenda RM100 atau lebih buruk, merengkok sebulan dalam penjara.APAPUN  jiwa murni lebih bermakna dalam menilai kepentingan lagu itu sebagai rakyat yang taat-setia kepada negara......
NI BEBERAPA KOMEN RAKYAT DI FB....
  • Akim Rahmat  Tak hormat lgu negaraku sile kuar dari mesia kata jaid midi

  • Al-Zahir Beybres Sebagai warga Msia kita patut hormat lagu negara kita..klau kita yg tak hormat, nk minta mat bangla yg hormat ke? Akai ada?

  • Wak Segan Betul3...kasi penjara je sesiapa yang tak hormat...

  • ازهر مد ديسا selain dari lagu , bendera, undang-undang ..apa lagi cara nak tunjukkan rasa hormat kat negara

    eh ..rasanya 3-3 benda nie puak pembangkang tak hormat .. ini bukan anti kerajaan ..ini anti negara dah ..serupa komunis
     
     RAKYAT YANG BENAR-BENAR CINTAKAN NEGARA M AKAN HORMAT DAN TERSENTUH MENYANYI DAN MENDENGAR LAGU NEGARAKU...tetapi bagi mereka yg memang jiwa hitam dan sentiasa terbakar BEGITULAH KEADAANNYA......... 
     
    JANGAN JADI RAKYAT YANG KURANG AJAR..LEBIH-LEBIH LAGI YG BERGELAR PEMIMPIN...




Isnin, 15 September 2014

CUKUP-CUKUP SUDAH.....  CUKUP SAMPAI DISINI SAJA
TAPI RASANYA TAKAN CUKUP SETAKAT INI....PERANG SEDANG MEMBARA....

BUDAYA TUDUH-MENUDUH SEDANG BERLEGAR DIKALANGAN MEREKA.....



DARI DULU KEPIMPINAN ULAMA MEREKA JUNJUNG...SEKARANG APA DAH JADI?

KADANG-KADANG RASA KESIAN PULAK TENGOK ULAMA DICERCA....TAPI BIARLAH ITU URUSAN MEREKA.....KITA JANGAN CAMPUR....

Jumaat, 22 Ogos 2014


 

SELESAI SUDAH BERTAFAKKUR..
AL-FATIHAH DAN SALAM TAKZIAH.



KITA TERHARU DAN BERSEDIH DISINI
MEREKA PULA BERSEDIH DISANA..



Jumaat, 15 Ogos 2014

POLITIK UGUT MEREBAK DALAM PAS

NASRUDDIN HASSAN

KERANA ANWAR DAN PKR DALAM ISU MB SELANGOR PAS JADI MANGSA KECELARUAN.....NASRUDDIN HASSAN MELIHAT SENARIO ITU DAN MENJADI KEBIMBANGAN PAS JUGA.....


KUALA LUMPUR 14 Ogos - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan melahirkan kebimbangan terhadap budaya politik ugutan yang dikatakan semakin merebak dalam Pas berikutan krisis perebutan kuasa yang melingkari kerusi panas Menteri Besar Selangor.
Beliau yang dipetik melalui laman Facebook miliknya mempersoalkan jika proses penyaringan secara semula jadi sedang berlaku di dalam Pas ketika ini terhadap mana-mana pemimpin yang tidak patuh kepada pendirian parti.
Nasrudin dipercayai merujuk kepada tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selangor, Saari Sungib apabila meletakkan gambar cetakan paparan skrin laporan sebuah portal di dalam Facebooknya berhubung kesanggupan Saari menjadi ADUN Bebas jika sokongannya kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu tidak diterima Pas.
"Budaya politik ugut sudah merebak masuk dalam Pas. Apakah proses penyaringan sedang berlaku secara nature (semula jadi)? Semoga Allah selamatkan jemaah ini daripada mereka yang ada hasrat merosakkannya.
"Juga Allah memberi kekuatan dan petunjuk kepada pemimpin jemaah ini agar dapat memimpin dengan baik," katanya hari ini.
Terdahulu, dalam satu sidang media di sini, Saari dan seorang lagi ADUN Pas Selangor, Hasnol Baharuddin menyatakan sokongan kepada Wan Azizah untuk menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Berikutan tindakan itu yang bertentangan dengan pendirian Majlis Syura Ulama dalam menyokong Abdul Khalid, Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali berkata, siasatan akan dilakukan ke atas dua pemimpin berkenaan sebelum apa-apa keputusan diambil.

NAMPAKNYA PAS PERLU BIJAK MENANGANI ISU 2 ADUN INI YANG MELANGGAR KEPUTUSAN MAJLIS SYURA...PANDAI-PANDAI BUAT KEPUTUSAN SENDIRI,MUNGKIN KERANA ADA UDANG DISEBALIK BATU..APAPUN WAN AZIZAH SUDAH BOLEH TERSENYUM BILA MEMBILANG 30 ADUN MEYOKONGNYA TERMASUK DIRINYA SEBAGAI BAKAL MB SELANGOR YANG BARU.....


Rabu, 2 Julai 2014

Kerajaan Tidak Akan Gubal Undang-Undang Yang Mampu Gugat Keharmonian Negara

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kerajaan tidak akan menggubal sesuatu undang-undang yang boleh mengganggu-gugat keharmonian negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Beliau berkata kerajaan juga tidak akan melakukan sesuatu secara tergesa-gesa dan menafikan bahawa Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional telah siap dan akan dibentang kerajaan di Parlimen.

Nancy berkata sesuatu draf rang undang-undang perlulah melalui proses penggubalan yang ketat, dan isi kandungannya hendaklah tidak bercanggah dengan undang-undang tertinggi di negara ini iaitu Perlembagaan Persekutuan.

"Pada masa ini, saya sedang mengerjakan ibadah umrah di tanah suci Mekah dan demi kepentingan rakyat Malaysia, adalah wajar isu ini diperjelas sebaiknya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Jawatankuasa Perundangan dan Dasar-Dasar Mempromosi Keharmonian Nasional di bawah Majlis Konsultasi Perpaduan Negara sudah menyerahkan tiga draf rang undang-undang berkaitan kepada Nancy untuk diteliti.

-- BERNAMA

Isnin, 19 Mei 2014

PENGUNDI JUGA PUNYA PENGALAMAN....

PENGUNDI TELUK INTAN SEHARUSNYA TELAH MATANG....Mereka perlu bandingkan yang mana INTAN TELUK INTAN yang mana KACA TELUK INTAN.Mana yang telah matang..mana yang baru menetas dan masih meraba-raba mencari ibu....

TELUK INTAN: Barisan Nasional (BN) mengharapkan lebih 60,000 pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan menyokong calon parti itu yang berpengalaman, Datuk Mah Siew Keong.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemilihan presiden Gerakan itu sebagai calon BN adalah berdasarkan pengalamannya bukan sahaja dalam parti, malahan kerajaan dan masyarakat.
“Harapan saya ialah lebih 60,000 ribu pengundi di  Parlimen Teluk Intan akan memberi sokongan padu kepada beliau kerana kepemimpinan memilih beliau berdasarkan kepada pengalamannya.
“Banyak jasa beliau kepada rakyat, maka atas sebab itu kita yakin kalau beliau diberi peluang sekali lagi menjadi Ahli Parlimen di Teluk Intan, beliau dapat menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh pengundi,” katanya pada sidang media di sini, Isnin.
Siew Keong akan berdepan persaingan satu lawan satu dengan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.
Bagaimanapun, kata Muhyiddin, BN tidak akan mengambil sikap sambil lewa atau terlalu yakin dalam PRK itu hanya kerana meletakkan calon berpengalaman.
“Kita lihat peluang 50-50 setakat hari ini dan kita akan lihat trend pengundi dalam beberapa hari akan datang,” katanya.

TAN SRI MUHYIDDIN pastinya telah menilai kemampuan calon BN dan senario politik masakini dan Teluk Intan pasti memihak untuk kemenangan BN. Jauh disudut hati beliau pastinya Teluk Intan dan Perak bakal terus berada dalam genggaman BN....

Moga UMNO,Gerakan,MCA dan semua komponen akan bersatu merealisasikan harapan beliau dan semua penyokong.....

Ahad, 4 Mei 2014

Malaysia Mahu Kegiatan Militan Disekat Sepenuhnya








Bangi – Penahanan 11 individu, dipercayai anggota kumpulan militan, merupakan tindakan profesional Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyekat sepenuhnya kegiatan seumpama itu di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi......

ORANG ISLAM BUKANLAH PENGGANAS,TETAPI KEGIATAN SEBILANGAN MEREKA DENGAN KEGANASAN MENYEBABKAN IMEJ ISLAM ITU DIGAMBARKAN GANAS..
Beliau juga menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa penangkapan itu hanya akan menjejaskan nama Malaysia.

“Ini kerana kementerian berpendapat penangkapan ini akan diikuti dengan tindakan membawa militan ke mahkamah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

“Tindakan ini dilakukan mengikut perundangan, dan kita bertanggungjawab untuk telus dalam tindakan-tindakan yang dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Makan Malam Kejohanan Sukan Imigresen Malaysia ke-16 di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Datuk Seri Ahmad Zahid berkata Malaysia juga tidak mahu Islamofobia berlaku di negara ini.

“Ini kerana kita harus membezakan kegiatan militan dengan amalan Islam sebenarnya. Inilah yang mahu digambarkan oleh kementerian kerana kita tidak mahu menggambarkan seolah-olah orang Islam semuanya pengganas,” katanya.


SYABAS DIUCAPKAN KEPADA  DS ZAHID DAN KDN...SEMOGA USAHA YANG DILAKUKAN AKAN MENGGAMBARKAN HASRAT SEBENAR KERAJAAN DALAM MENANGANI KEGIATAN PENGGANAS TANPA MEMILIH BULU........