Jumaat, 11 Disember 2009
PAS tipu Kelab Penyokongnya
Memang cakap senang , nak laksana yang payah..itulah yang berlaku terhadap KPP ..mereka berarak ke sana ke mari dalam PRU dan PRK ,berkempen memujuk masyarakat Cina bagi memastikan kemenangan calon PAS,tapi apa faedahnya.
TEMAN tertarik dengan petikan surat ini....... PAS UNTUK SEMUA HANYA CAKAP KOSONG..!
Saya merujuk berita Malaysiakini "PAS digesa beri keahlian penuh pada bukan Islam."Saya setuju dengan kenyataan ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang "menyifatkan cadangan PAS untuk menjadikan Kelab Penyokong PAS (KPP) sebagai satu sayap parti itu merupakan satu bentuk diskriminasi terhadap orang bukan Islam".Sejak pilihan raya umum tahun lepas, PAS selalu kata, "PAS untuk Semua". Ramai orang termasuk saya, yang berasal dari Perak percaya PAS mungkin akan bertindak adil kepada bukan Islam.Tetapi, kenapa PAS tidak sanggup untuk membuka keahlian penuh kepada penyokong kuat bukan Islam mereka di KPP? Mana keikhlasan PAS kepada orang bukan Islam?Kalau PAS tidak boleh adil kepada penyokongnya sendiri, saya rasa mereka tidak akan adil kepada rakyat biasa. "PAS untuk Semua" hanya cakap kosong.Saya berasa kesal sebagai orang bukan Islam yang pernah memberi undi kepada PAS pada pilihan raya tahun lalu.
Ini baru satu surat dari penyokong PAS yang termakan tipudaya PAS, bagaimana yang lain? Teman rasa ramai lagi yang terpedaya pada PRU lepas dan PRK selepas itu.
Kembalilah KPP kepangkal jalan..BUBARKAN saja... Lebih baik anda jadi rakyat yang pandai menilai mana yang baik dan buruk,yang bohong dan yang benar.
KACA DAN INTAN HAMPIR SERUPA..Hanya akal yang bisa membezakan..
Khamis, 10 Disember 2009
Nasharudin lebih kenal siapa DAP..
Nasharudin Md Isa, Timbalan presiden PAS membidas dan meminta Ngo supaya tidak mempermainkan sentimen agama kerana ia boleh meretakkan kesepaduan pakatan pembangkang...
Nampaknya Nasharudin lebih kenal dan tahu siapa DAP sebenarnya...Bila lagi Presiden dan Mursidul Am PAS nak mengaku bahawa sahabat mereka itu adalah musuh kafir yang perlu dijauhi!
Sementara itu
Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menyifatkan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming sebagai biadab apabila mengungkit perbelanjaan kerajaan membina masjid di seluruh negara. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan Kor Ming dilihat mahu menyalakan api dalam sekam.
Perkasa Pahang nampaknya mendahului apabila membuat laporan polis di Bentong. YDPnya
Dr Zuki Harun menyatakan perbuatan Ngo itu ' MENGHINA AGAMA ISLAM , Yang Dipertuan Agung dan Raja-raja Melayu serta berbaur hasutan..
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan Nga Kor Ming jangan membangkitkan sentimen permusuhan antara orang Islam dan bukan Islam. Tegas beliau, kenyataan Kor Ming mempersoalkan kerajaan membina banyak masjid di negara ini terang-terang cuba mengapi-apikan sentimen kebencian antara kaum.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz menganggap Kor Ming dengan sengaja tidak menghormati semangat Perlembagaan Persekutuan yang hanya menyediakan peruntukan kepada pembangunan agama Islam. Kata beliau, nampaknya sikap ihsan kerajaan selama ini (peruntukan kepada institusi ibadat agama lain) langsung tidak dihargai.
TEMAN setuju dengan saranan Hishamudin bahawa jangan ada orang mempertikaikan Ketuanan Melayu. Inilah jadinya bila ada yang terlebih berani bila ada sedikit jawatan dan kuasa.
PAS kena sedar siapa DAP sebenarnya. Taring dah mula keluar bila rasa dah 'kuat',mulalah mempertikai hak orang melayu dan Islam .
Cubalah kita kenang kembali...SIAPAKAH YANG MEMBERI LALUAN UNTUK DAP menjadi KURANG AJAR BEGINI?
Sabtu, 5 Disember 2009
DOA PECAH PERUT DAN KEBUMIKAN BN
Tapi yang ini bukan pepatah malah doa TGNA kepada PM dan kepimpinan UMNO serta proksinya agar pecah perut jika tak
melunaskan permintaan Kerajaan Kelantan berhubung isu royalti petroleum.
Hari ini dihadapan penyokongnya di Kota Bahru beliau menyatakan akan berdoa sampai pecah perut ...... untuk siapa-siapa yang berkenaan. Setelah bermandikan pelbagai isu sensasi melibatkan menantunya,Abdul Ariff Fahmi,tajaan menunaikan haji juga Kolonel
Mat..nampaknya beliau melepaskan geram terhadap tuntutan
royalti minyak...kalau tak layan akan berdoa musibah untuk PM hingga pecah perut!
Sebelum ini ADUN DAP Sungai Pinang menyebarkan SMS menyeru rakyat P.Pinang 'KEBUMIKAN BN' DAN BERSEMBAHYANG UNTUK ROH MEREKA pada perayaan 'Qing Ming'.
Hai..entahlah... Teman lihat jenaka ini terus berkumandang dikalangan PR mungkin sebab dah mula tergugat oleh penerimaan rakyat terhadap kepimpinan PM - Dato Najib.
Doa NA dan ADUN DAP tu termakbul untuk siapa agaknya....Perut siapa yang bakal meletup dan bakal dikebumikan?
Dulu sewaktu Tun Mahathir memecat DSAI , di seluruh dunia manusia berdoa agar Tun Mahathir ditimpa musibah..terbukti T.M macam biasa je...
TEMAN taklah nak memandai-mandai..tapi rasanya kalau nak berdoa , doalah untuk ' KEBAIKAN bukan MUSIBAH...!
JAIS - Akil Hayy tak layak ajar agama
Sabtu, 28 November 2009
Nordin Mat Top masih diburu
NEW DELHI - Adakah Noordin Mohd. Top (gambar) masih hidup?
Lelaki ini, yang disyaki sebagai militan digeruni di Asia Tenggara sebelum ini telah dilaporkan ditembak mati oleh polis Indonesia pada September lalu.
Namun mengikut status terkini laman web Interpol, nama lelaki itu disenaraikan dalam "Senarai Orang Paling Dikehendaki" dan status itu pastinya menghantui fikiran.
Nama Noordin yang dikatakan pakar membuat bom, dan gambarnya terus muncul di ruangan "Red Corner" laman web Interpol bersama-sama 556 penjenayah antarabangsa yang masih dikehendaki oleh polis antarabangsa.
Bukan itu sahaja. Terdapat juga satu Notis Khas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)-Interpol terhadap Noordin yang lebih dikenali sebagai Mat Top.
Notis itu adalah bagi individu atau entiti yang mempunyai kaitan dengan gerakan keganasan seperti Al-Qaeda atau Taliban.
Notis itu mengenakan sekatan seperti larangan melakukan perjalanan dan pembekuan aset-aset.
Noordin, dari Johor, dikaitkan dengan Jemaah Islamiyah (JI) yang didakwa mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda dan didakwa menjadi perancang beberapa siri pengeboman di Jakarta, Indonesia. - Bernama
TEMAN terkenangkan sejarah pengeboman di Indonesia 2002 di Bali, 2003 Hotel Marriot,.2004 Kedutaan Australia,2005 kembali ke Bali dan 2009 di Jakarta melibatkan ramai jiwa terkorban. Nordin antara perancang utama disamping nama-nama lain yang menggerunkan
seperti Hambali,Abu Dujana,Azahari Husin dan ramai lagi yang telah berjaya ditumpaskan oleh polis Indonesia.
Apakah keganasan telah berakhir dan saki-baki pejuang Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah telah meletak senjata atau masih ada gerakan bawah tanah yang menunggu masa aktif kembali....ATAUPUN BENAR NORDIN MAT TOP MASIH HIDUP....!
Kalau begitu siapa yang dikebumikan di kampungnya di Pontian, Johor?
Jumaat, 27 November 2009
NIK AZIZ TUA DAN KELETIHAN
SUDAH-SUDAHLAH TU ..AYAH DAH TUA, TAK LARAT DAH..
BERILAH ORANG LAIN TADBIR NEGERI..KESIAN TENGOK AYAH KELETIHAN.Anak Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap tiada pihak yang yang melarang ayahnya meletak jawatan jika beliau berhasrat berbuat demikian "kerana ayahanda telah tua dan keletihan".
Terdahulu Husam mencadangkan supaya Ahmad Yaacob menggantikan Nik Aziz sebab ia lebih layak atas kapasitinya sebagai Timbalan M.B setelah Dato Mohd Amar Abdullah mencadangkan supaya Nik Aziz menyenaraikan penggantinya.
Sementara itu Zaki Ibrahim, Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan terus mempertahankan Nik Aziz masih layak mentadbir walaupun dah terlalu lama (19 tahun ) dan dah tua.
TEMAN rasa Nik Abduh kesiankan Ayahandanya...Dah sampailah masanya untuk bersara, berilah peluang kepada orang lain pulak.Mungkin Nik Abduh nak supaya Ayahandanya 'BERTAUBAT' dari dok mengata orang je..dah sampai masanya pun..
Husam pulak memang dah nampak 'TAK SEBULU' dengan BOSnya sebab tu dia segera sambut
pandangan Mohd Amar. Nampaknya dah ada "KLU" nak suruh NIK AZIZ lepaskan jawatan
untuk peralihan kuasa...JANGAN SAMPAI BERLAKU RAMPAS KUASA agaknya.
Nampak sangat dah berlaku ketidakharmonian dalam PAS Kelantan setelah pelbagai kecelaruan berlaku.... Faham-fahamlah 'Parti yang mengaku memperjuangkan Islam dan menganggap orang lain semua tak betul' sedang cuba memperbetulkan dirinya sendiri!
TEMAN.....Sokong Nik Abduh ...!
Selasa, 17 November 2009
TUN MAHATHIR KEMBALI ?
Pengerusi Risda, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik hari ini mencadangkan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan jawatan menteri kanan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
TEMAN rasa terpanggil untuk mengulas,dalam keadaan ramai yang bimbang Tun Mahathir akan kembali kearena politik sebabnya semua orang tahu..selama 22 tahun menjadi PM pelbagai perubahan dan pembangunan drastik telah dilaksanakan menjadikan Malaysia terkenal dan digeruni kawan dan lawan.
Disamping itu semasa berada dipersada kepimpinan tiada pihak yang berani lebih bersuara apatah lagi menentang. Kini diluar kuasa kepimpinan pun suara Tun masih jadi buruan ramai.Ringkasnya banyak pihak masih perlu dan gunapakai pandangan dan ideanya.
Seperti kata Tan Sri Rahim juga sedangkan tanpa jawatan pun Tun masih dijemput ke negara-negara seperti Jepun ,Arab Saudi dan serata dunia untuk mendengar pandangan dan hujahnya.
Inikan pula jika Tun berada dalam kerajaan dan menjawat Menteri Kanan seperti dicadangkan.
Sumbangan Tun sememangnya masih diperlukan oleh negara dan negara-negara dunia ketiga
khususnya dunia Islam..
Cuma rasanya ramai yang kecut perut jika Tun kembali kepangkuan kepimpinan kerajaan.
TEMAN nak lihat dan dengar reaksi Anuar, Nik Aziz ,Guan Eng dan lain-lain pemimpin pembangkang...!
GHAIRAHNYA PAS
Ketika SPR dan BN mula membuat rayuan selepas mahkamah tinggi membuat keputusan
'mengosongkan DUN Kota Siputeh', Azizan Razak dah begitu ghairah nak merampas DUN
itu............................................
TAK SABAQ-SABAQ PAK HANG NI.. Rasa macam keputusan mahkamah tinggi tu..PAS dah menang dah. Luka di Bagan Pinang yang masih berdarah nak segera diubati agaknya..
Mentang-mentanglah Abu Hassan menang tipis di Kota Siputeh, Azizan rasa DUN itu mudah dirampas oleh PAS.
Teman yakin BN Parlimen Jerlun sedia mempertahankan Kota Siputeh. Dengan jumlah pengundi melayu 91.7 % UMNO perlu berusaha mengembalikan sokongan dan kepercayaan pengundi-pengundi bumiputera ini. Teman yakin Mukriz ada formula meyakinkan pengundi.Semoga SEMANGAT BAGAN PINANG akan menular di Kota Siputeh..
Azizan dah ada calon di Kota Siputeh..... hebat Pesuruhjaya PAS Kedah ni
Apakah beliau tak menilai kepimpinannya diterima rakyat atau tidak? Apakah pembangunan Kedah dapat dinilai prestasinya sehingga kini atau kawasan balak bakal habis tak lama lagi?
TEMAN yakin pengundi Kota Siputeh telah bersedia jika di amanahkan buat perubahan.Kekesalan mereka atas kesilapan PRU 12 bakal tiba masanya ditebus kembali..
PILIHAN KALI INI PASTI BERASASKAN AKAL DAN HATI AGAR TIDAK TERGADAI MARUAH DIRI.....
Isnin, 16 November 2009
KENAPA AZMIN PERLU TAKUT?
SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia, S A Vickneswaran kerana memfitnahnya.
KENYATAAN MEDIA AZMIN...
Isnin, 9 November 2009
TIADA 'UBAT' UNTUK MANTAPKAN PAS
dr aziz bari kata - ' CARI SENDIRI bila peserta suruh dia buktikan isu PRESIDEN dan 2 lagi terlibat dengan idea 'KERAJAAN PERPADUAN'
Seperti dijangka, seminar politik PAS hari ini panas dengan isu kepemimpinan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikritik keras seorang ahli akademik, Prof Dr Abdul Aziz Bari sebelum ini.
SEBELUM ini dalam kenyataannya DR AZIZ BARI menyebut perlu ada 'KORBAN' demi menyelamatkan PAS. Di Maksudkan kepada Hj Hadi, NasharudiDr Hassan Ali.
Dr. Aziz juga kecewa bila peserta seminar tidak terbuka menerima analisisnya,malah timbul perbalahan dan tidak intelektual. Peserta PAS primitif dan tak cerdik politik...! malah peserta
minta buktikan dakwaan nya 'Hadi ialah Paklah versi PAS dan Dah kehilangan stim'
HAI...Teman rasa tertarik dengan apa yang berlaku...Dulu kalau berbalah begitu orang UMNO
lah mangsa tuduhannya sekarang ni berjangkit pulak ke? Baru ada sikit pandangan membina
dari Ahli Akademik yang dikatakan RAPAT dengan PAS - dah celaru.... Itulah jenis PUAK yang tak boleh ditegur...
Paling menarik bila Abu Bakar Chik berkata 'Tak boleh tengok muka profesor Dr Aziz Bari' dan mencabar beliau menyertai politik.
Dr Aziz dalam ucapan balasnya menyatakan ' Tidak lagi akan menulis mengenai PAS dan akan fokus kepada MCA'
Begitu akhirnya respon PAS terhadap pandangan seorang profesor yang jujur mengemukakan kajian ilmiahnya tapi ditolak kerana..........semua orang tahu sebabnya...'TAK MEMIHAK'
MUNGKIN BENAR KATA DR AZIZ DALAM MENJAWAB SALAH SATU SOALAN...' TIADA UBAT UNTUK MANTAPKAN PAS'
Jumaat, 6 November 2009
KEJUJURAN DATIN SERI ROSMAH
Syukur kehadrat Ilahi bila Teman dengar berita kejujuran Isteri Perdana Menteri, Dati Seri Rosmah Mansor....
Semasa bercuti dengan keluarga di selatan Perancis pada Ogos lepas, Datin Seri Rosmah Mansor terjumpa sebuah kotak milik Putera Saud Al-Saud dari Arab Saudi dalam sebuah bot dan memulangkannya kepada kerabat diraja itu.Sebagai balasan kerana kejujurannya itu, isteri Perdana Menteri diberikan US$2 juta untuk rakyat Malaysia yang memerlukan
Maklumlah RM7 juta bukanlah satu jumlah yang kecil, berupa hadiah dari Putera Al -Saud.
Dahlah beliau jujur memulangkan kotak berharga kepunyaan seorang raja, bahkan bila ditawarkan hadiah beliau HADIAHKAN kepada rakyat Malaysia pula.
Agihan hadiah tersebut disalurkan kepada persatuaan-persatuan amal, UKM dan Sekolah Permata Pintar. Persatuan-persatuan tersebut seharusnya mengucap rasa syukur kepada Ilahi dan terima kasih kepada DSR..
Selama ini kita dengar pelbagai fitnah dan cerita memburukkan isteri PM tapi kali ini kita sama-sama dengar dan lihat hadiah hasil kejujurannya. Bukan senang nak lihat orang tak gelap mata dengan ganjaran sebanyak itu. KALAU BELIAU KEBAS JE RM7 JUTA TU ORANG LAIN BUKAN BOLEH KATA APA ....
JELASLAH DATIN SERI BUKAN SEORANG YANG TAMAK HALOBA....
ALLAH MENGINGATKAN..' MEREKA YANG MENGHIMPUN EMAS DAN PERAK KEMUDIAN TIDAK BERBELANJA KEJALAN ALLAH, BERITAHU MEREKA KEGEMBIRAAN MASUK NERAKA' .. MAKSUD AL QURAN Ayat 34 Surah Al Taubah.
Khamis, 5 November 2009
SETIAP SEDUTAN MEMBAWA PADAH
Seorang sahabat memberi alasan disebabkan perokok macam beliaulah maka kerajaan dapat
pungutan cukai yang menjana ekonomi negara. Ada pandangan agar harga rokok dinaikkan hingga RM30 sekotak. Teman rasa dengan harga sekarang ni pun telah menggalakkan banyak rokok seludup masuk kenegara kita dengan pelbagai jenama seperti BOLA, NUSANTARA (1..2 yang teman tahu) sebab teman bukan perokok.
Cuba kita perhatikan maklumat kesihatan ini..
Kandungan Berbahaya Dalam Rokok (Fakta)Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida. Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser. Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua. Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat. Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%. Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.
Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima. Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas. Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan. Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya. Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing. Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.
Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :- Melahirkan bayi yang kurang berat badan - Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan - Lebih terdedah kepada kanser - Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :- Lebih mudah mendapat lelah - Mendapat jangkitan paru-paru - Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu - Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
Statistik Kematian Akibat Tabiat MerokokDi Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.Faedah Berhenti Merokok- Hidup lebih lama - Dapat menghindari racun - Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok - Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak - Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat - Meningkatkan deria rasa dan bau - Gigi lebih putih dan nafas lebih segar- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.
Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok - Yakinkan diri - Buat nota peringatan - Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok" - Tumpukan pada hari ini - Sentiasa berfikiran positif - Dapatkan sokongan - Lawan keinginan untuk merokok - Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok
Rawatan Untuk Berhenti Merokok
Vibration Liquid Chlorophyll (Minuman Klorofil Alfalfa)Membantu menyingkirkan segala racun dan toksik di dalam tubuh akibat kandungan rokok yang merbahaya. Sangat baik diamalkan seisi keluarga.
Seri Wajah 99 C6Formula bagi membantu mereka yang ingin berhenti merokok. Ia berfungsi menghilangkan ketagihan merokok.
"Setiap Sedutan, Membawa Padah"
Menurut satu kajian yang dibuat di sebuah negeri 15% daripada penduduknya merokok dan peningkatan semakin ketara dikalangan remaja berusia 13 -18 tahun.
Kerajaan sepatutnya mewartakan fatwa haram sebagaimana diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tahun 1995 walaupun ianya bakal memberi implikasi terutamanya ekonomi.
Perokok tegar terus menggunakan alasan ' MAKRUH' yang entah dari mana datangnya mempertahan tabiat mereka sedangkan mudarat asap rokok terhadap orang lain begitu tinggi kesannya. Pengwujudan 'KAWASAN LARANGAN MEROKOK' walaupun berkesan tapi tidak membantu proses berhenti menagihnya.
Apapun TUGAS kempen berhenti merokok bukan terbeban di bahu Kementerian Kesihatan dan kerajaan sahaja. Orang ramai malah perokok sendiri perlu menyahut cabaran 'Setiap Sedutan Membawa Padah' itu
Hadis Rasulullah SAW ' Bezakanlah dirimu dari Kaum Musyrikin' (Al-Bukhari @ Muslim)
Rabu, 4 November 2009
SIAPA BAKAL JADI KORBAN?
Isnin, 2 November 2009
CERITA BABI
menurut CANIBAL dari New Guinea
rasa daging saya hampir sama dengan daging manusia...
MEMANG ORANG ISLAM tak makan daging saya tapi mereka boleh ditipu dengan pelbagai produk berasaskan tulang dan lemak saya.
SAYAlah binatang yang paling banyak
lemak dan murah harganya...
PENEMUAN PUSAT SAINS FARMASI USM
Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.
LAMBAKAN pelbagai gula-gula getah dan jeli dengan daya tarikan pebagai warna dipasaran menggamit anak-anak kecil membelinya. Harian Metro pernah melaporkan lebih 50 jenis gula-gula gelatin BABI berada dipasaran.
Pengurus Halogen (M) Sdn. Bhd, Muhamad Azhar Abdullah membuat lawatan kekilang menghasilkan gelatin di China. 70-80% syarikat galetin menghasilkan galetin porcine iaitu sumber lemak babi. Galetin dipasaran yang berwarna putih jernih adalah dari sumber babi sementara gelatin berwarna kuning berasaskan lembu.
DULU kita pernah dikejutkan dengan SOSEJ BABI,SERBUK DAGING BABI yang dicop HALAL. Nampaknya kealpaan dipihak umat Islam akan memberi ruang pihak lain menipu dan mempersendakan agama kita..
' APAKAH KITA TAHU BABI TAK DAPAT DISEMBELIH DILEHER? KERANA
MEREKA TIDAK MEMPUNYAI LEHER SESUAI DENGAN ANATOMI
ILMIAHNYA. BAGI ORANG MUSLIM BERANGGAPAN KALAU BABI MEMANG
HARUS DISEMBELIH DAN LAYAK BAGI KONSUMSI MANUSIA TENTU SANG
PENCIPTA AKAN MERANCANG HAIWAN INI MEMILIKI LEHER'...
"teman ada satu teka-teki.. Kenapa ketika ibu babi dan anak-anaknya melintas jalan..anak-anak babi tu tunduk aje?"
KIRA-KIRANYA cerita babi ini sentiasa berkisar dipersada tanahair kita, dengan isu kotor kandang dan najisnya sehingga penternak-penternak sanggup berdemo mempertahankan kononnya hak mereka hinggalah datangnya wabak selsema babi yang mengancam nyawa.
Hairannya yang membela tak pulak kena selsema ... rakyat jelata yang tak ada kena mengena menjadi mangsa.
Dah Tuhan kata BABI tu haram tentulah ada sebab-musababnya .... FIKIRKANLAH BERSAMA....
Isnin, 26 Oktober 2009
1 MALAYSIA PENCETUS PERPADUAN
Teman rasa tugas dan tanggungjawab Jab. Perpaduan dan Intergrasi Nasional semakin mencabar dan perlu diperluaskan skopnya dan pendekatan penjelasan terhadap rakyat terbanyak.
Rukun Tetangga (RT) yang dulunya begitu aktif sekitar tahun 70an dan 80an semakin dilihat tidak berfungsi diakhir 90an dan 2000.
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
SKIM Rukun Tetangga atau dikenali sebagai RT cukup aktif sekitar 20 tahun lalu. Semua golongan penduduk ditemukan dalam aktiviti kemasyarakatan itu.
Baik Melayu, Cina, India, Punjabi dan semua bangsa bersatu padu menjayakan program itu. Balai-balai RT diuruskan oleh mereka. Jika pengerusinya seorang Cina, maka setiausahanya ialah Melayu dan ahli-ahli jawatankuasanya terdiri daripada semua golongan.
Setiap malam, kumpulan demi kumpulan diatur bagi meronda kawasan kejiranan masing-masing.
Pendek kata, aktiviti itu muhibah sifatnya dan amat ideal dalam masyarakat majmuk di Malaysia ini.
Kini, sejak beberapa tahun kebelakangan, skim itu sudah hilang hangatnya.
Awang, tidak pasti sama ada skim RT itu masih wujud atau tidak? Namun apabila terbaca kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon semalam, yang meminta RT bergiat lebih aktif lagi, barulah Awang sedar rupa-rupanya ia masih wujud.
Awang berharap skim RT dapat digemilangkan semula seperti mana 20 tahun lalu. Uar-uarlah melalui media supaya ia dikenali semula.
Melalui pengalaman 20 tahun lalu, Awang yakin skim RT ini berupaya mengembalikan perpaduan antara kaum dalam erti kata muhibah yang sebenar.
TEMAN cuba merujuk kembali tugas dan liabiliti JPNIN ni disebabkan Teman pun ahli RT dan SRS yang aktif . Yang pastinya JPNIN mempunyai 5 produk utama.
- Tabika Perpaduan (TP) - bertujuan mendidik anak2 melangkah ke S.K dengan lebih berpotensi dalam semua aspek, pertumbuhan yang seimbang dan menguasai kemahiran2 asas.
- Rukun Tetangga (RT) - Memelihara dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan membina intergrasi nasional selaras dengan dasar2 kerajaan dan 5 prinsip rukunnegara.
- Skim Rondaan Sukarela (SRS) - Membantu mencegah jenayah dan gejala sosial, menguatkuasa undang2,memberi perlindungan harta dan memupuk semangat kejiranan setempat disamping itu bekerjasama dengan pihak polis dan Skuad Cegah Jenayah QRT (Quick Reponse Team) utk mencegah kes ragut,samun,pecah rumah dan pelbagai lagi.
- Disamping itu JPNIN juga mempunyai produk dipanggil Kelab Rukun Negara (KRN) dan Sekretariat Rukun Negara yang bertujuan meningkatkan intergrasi nasional dikalangan rakyat dan siswa-siswi sekaligus meningkatkan kefahaman terhadap prinsip2 rukun negara.
TEMAN berpendapat sebenarnya rakyat Malaysia sangat cintakan perpaduan tetapi golongan-golongan MUNAFIK yang tak sedar dirinya munafik telah mengkucar-kacirkan negara majmuk ini, biarpun rakyat telah mengenali perpaduan sejak sekian lama.
Nampaknya Dato Azman Hassan - Ketua Pengarah JPNIN perlu ada mekanisma baru untuk mempromosikan produknya supaya mencapai sasaran.
Tan Sri Koh Tsu Khoon pun kenalah buat sesuatu atas tugas mencabar yang diamanahkan kepadanya demi negara. Program2 JPNIN seperti debat perpaduan dan pengurusan perhubungan kaum perlu pendekatan untuk dihayati dengan lebih meluas.
Apapun PERPADUAN adalah ASAS KEMAKMURAN NEGARA....Kita tak sanggup melihat PERANG SAUDARA menjadi punca negara mencipta sejarah kehancuran.........
Jumaat, 9 Oktober 2009
PURDAH PERLU DIHARAMKAM?
an
Larangan pakai purdah dikritik
KAHERAH - Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi dikritik kerana mengarahkan seorang pelajar perempuan membuka purdah dan hasratnya untuk mengharamkan pemakaian purdah. "Mohammed tidak boleh lagi mengekalkan jawatannya. Beliau mencemarkan Al-Azhar setiap kali mengeluarkan kenyataan," kata Ahli Parlimen pembangkang, Hamdi Hassan dari Ikhwan Muslimin. Semasa melawat sebuah sekolah pada awal minggu lalu, Mohammed mengarahkan seorang pelajar perempuan menanggalkan purdah dengan mendakwa pakaian itu adalah amalan tradisi dan bukan ajaran Islam.: Beliau turut berikrar untuk mengharamkan pemakaian purdah di semua sekolah-sekolah yang mempunyai kaitan dengan Al-Azhar.: Pengkritik tidak begitu mempedulikan pandangan Mohammed mengenai purdah, tetapi apa yang mencetuskan kontroversi ialah keputusan beliau untuk mengharamkan pemakaian purdah.
Selasa, 6 Oktober 2009
KONFRANTASI - JANGAN ULANGI SEJARAH!
Ahad, 4 Oktober 2009
PRK jadi tempat melepaskan dendam
Kejadian dihari penamaan calon N31 DUN Bagan Pinang diwarnai dengan mengkasari dan mencederakan pihak lawan.Ini dilakukan oleh penyokong parti yang mendakwa memperjuangkan Islam dan orang lain semua kafir!
Teman menilai mereka ini mempunyai perasaan hasad dan dendam terhadap orang Umno.Bila tengok orang UMNO dalam hati pelbagai perasaan
menyala dan terbakar...
Hishammuddin kecewa Azeez dicederakan
PORT DICKSON 3 Okt. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kesal apabila Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dikasari dan dicederakan oleh penyokong pembangkang pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di sini hari ini.
Kata beliau, dahulu wartawan diserang dalam pilihan raya kecil, sekarang pemimpin pula dicederakan.
''Pembangkang selalu melaungkan slogan demokrasi dan kebebasan. Bukan bermakna mereka boleh bebas melakukan perkara yang menyalahi undang-undang," kata beliau di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di mana menjadi pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang di sini hari ini.
BEGITULAH PAS Dah bertukar daripada mahu menjalankan hukum Allah kepada menganjurkan rusuhan, caci-maki dan dendam kesumat terhadap orang UMNO.Dah jadi macam orang gila,bertempek sorak ditengah jalan- jangan sebut lagilah nak jalan hukum Allah..Allah pun dia tipu...
Ini semua berkat fatwa-fatwa sesat yang dibawa TGNA....Kafir ahli dan penyokong UMNO,Boleh bersahabat dengan syaitan, Boleh mencarut sebab Allah pun mencarut dan pelbagai lagi menjadikan pengikut -pengikut taksub melabelkan orang UMNO musuh no wahid
yang mesti diPERANGI...perasaan DENDAM bersarang di jiwa orang Pas terhadap orang UMNO!
Hadis Nabi SAW menyebut..maksudnya "Pertolongan Allah SWT bersama dengan golongan umat yang bersatu di belakang pemerintah dan syaitan berlari(bergerak) bersama golongan yang menentang pemerintah." [ Riwayat at-Thobrani ].
Sabtu, 3 Oktober 2009
CALON BEBAS TERKENA SUMPAHAN?
Melepaskan jawatan dan keahliannya sebelum dipecat,untuk bertanding sebagai calon bebas.
PELIK...Beliau mendakwa akan mendapat sokongan pengundi jika bertanding sebagai calon bebas berasaskan pergolakan PKR dan BN tapi bila
datang untuk penamaan calon PENYOKONG dan PENCADANG pun TAK ADA!
MAKA ...TAK BOLEHLAH BERTANDING...
PORT DICKSON – Bekas Ahli Jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Telok Kemang, Shahruddin Abd Hamid, 52, semalam, mengumumkan keluar parti serta-merta untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang. Menurutnya, keputusan itu dibuat atas kehendak peribadi dan permintaan dari penduduk tempatan yang mahukan beliau menentang calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Samad dan calon dari Pas, Zulkefly Mohd Omar.
Khamis, 1 Oktober 2009
TIDUR SEBANTAL MIMPI LAIN-LAIN
nak bersama tolak tepi lain-lain perkara,Rupanya pernikahan ini tak berdaftar pun..
SPR tidak iktiraf Pakatan Rakyat
PORT DICKSON – Suruhanjaya Pili:han Raya (SPR) tidak membenarkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP memasang bahan kempen mereka bersama Pas sepanjang tempoh berkempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang. :Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, hanya parti yang bertanding pada pilihan raya kecil itu saja yang dibenarkan untuk mengibarkan bendera, logo serta gambar pemimpin mereka. Menurutnya, SPR hanya mengiktiraf parti yang bertanding iaitu Pas dan Barisan Nasional (BN) serta Bebas sekiranya ada, dan bukannya gabungan Pakatan Rakyat (PR) kerana ia tidak didaftarkan. “BN mempunyai 14 parti gabungan dan mereka berdaftar. Tetapi pakatan pembangkang ini tidak berdaftar. Jadi ini bermakna, parti DAP dan PKR tidak boleh memasang bahan kempen bersama Pas. “Dalam istilah SPR, kita hanya mengiktiraf parti atau gabungan yang berdaftar. Bagi pakatan pembangkang ini, mereka tidak berdaftar. Saya pun hairan mengapa mereka tidak berdaftar,” katanya. Katanya, kalau media hendak sebut nama pakatan rakyat, itu hak media tetapi ‘legally speaking’ ia tidak wujud kerana yang wujud hanya pakatan pembangkang, bukan PR.
LEPAS ni Teman dapat rasakan pasti S.P.R dipersalahkan...
DATUK Wan Omar kena tegas dengan peraturan....Beberapa PRK sebelum ini banyak pihak
seakan-akan mencabar wibawa S.P.R. Arahan demi arahan seolah-olah dipermain-mainkan.
Sepatutnya bukan sahaja bendera,logo dan gambar pemimpin parti yang tidak bertanding tidak dibenarkan malah perkara peraturan ini sepatutnya tidak dibenarkan menjadi bahan kempen juga.
Tindakan tegas perlu diambil mengikut peraturan S.P.R bukan hanya arahan sahaja..
KITA serahkan kepada S.P.R melaksanakan tugasnya..JANGAN BERI MUKA KEPADA YANG INGKAR!
KALAU TIDUR SEBANTAL MIMPI LAIN-LAIN..MACAMANA NAK BAHAGIA?
Rabu, 30 September 2009
LANGKAH MEMUPUK HUBUNGAN ANTARA KAUM
Asrama 1Malaysia akan diwujudkan
PUTRAJAYA - Kerajaan sedang menimbangkan untuk mewujudkan sebuah asrama di Lembah Klang untuk memenuhi keperluan pelajar semua kaum yang menghadapi pelbagai masalah di rumah yang telah menjejaskan pembelajaran mereka, selaras dengan semangat 1Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak semalam. Perdana Menteri berkata, kerajaan sedang mencari tapak yang sesuai bagi asrama itu, dijangka beroperasi tahun depan. “Kita masih belum lagi memikirkan nama asrama itu tetapi ia akan menjadi yang pertama seumpamanya yang menempatkan pelajar semua kaum hidup bersama-sama. Ini merupakan satu eksperimen dan kemudian kita akan lihat. : “Mereka boleh tinggal bersama-sama dan ini akan dapat memupuk hubungan antara kaum yang baik. Kita berharap untuk memulakan ini tahun depan. Ia akan mengambil pelajar daripada peringkat, mungkin Tahun 4 ke atas hingga sekolah menengah,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai meningkatkan taraf hidup kaum
TEMAN amat berbangga dengan idea PM kearah memupuk hubungan antara kaum dari peringkat awal iaitu alam persekolahan.Maklumlah kini masyarakat mula dibarahkan dengan pelbagai isu yang merekahkan hubungan antara kaum ini.Kita di Malaysia merupakan masyarakat majmuk yang terulung didunia.Selama ini kita dapat menunjukkan perpaduan kaum yang menjadi contoh masyarakat dunia,tapi sejak mutakhir ini dicalarkan dengan pelbagai insiden yang dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan politik khususnya.
IDEA 'ASRAMA 1 MALAYSIA' ini juga bakal menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi
oleh pelajar seperti perbalahan keluarga,penceraian ibu-bapa,kemiskinan dan pembaziran
terhadap sekolah-sekolah yang tidak efektif dari segi bilangan muridnya ,contohnya S.R.J.K.
Tamil Ladang Sungai Timah ,Telok Intan,Perak yang dilaporkan mempunyai hanya seorang murid.
CUMA Teman nak berkongsi pandangan rasanya tidak semesti asrama itu diwujudkan di Ibu Negara K.Lumpur sebab murid-murid yang bakal ditempatkan dimerata sekolah di K.L itu
mungkin menghadapi kesesakkan pergi-balik walaupun bas disediakan.Ini akan menyebabkan masa di asrama yang singkat dan menyulitkan urusan harian mereka.Perkara ini telah berlaku terhadap pelajar Asrama Semai Bakti FELDA,menyebabkan ramai ibu-bapa yang anaknya terpilih pulang semula bersekolah di kampung.Walaubagaimanapun keadaan
lebih baik di Asrama Semai Bakti Kuantan dan Johor Bahru.
Bagaimanapun idea PM ini perlu disambut dengan baik demi memperbaiki nasib pelajar yang
kurang penjagaan dan semangat 1 Malaysia yang bakal dipupuk.
Hanya pelaksanaannya perlu mengambilkira persekitaran yang sesuai untuk mewujudkan
situasi yang memihak kearah matlamatnya...RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.
Selasa, 29 September 2009
BENARKAH HASSAN PEMBOHONG!
Chang Khim dakwa Hasan berbohong
SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), Teng Chang Khim berkata, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berbohong apabila mendakwa beliau telah menuduh Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Hussin sebagai ‘tidak cekap’ dan ‘tidak layak’.Beliau yang juga Speaker Dewan NegeriSelangor berkata, beliau tidak pernah membuat apa-apa kenyataan mengenai pegawai daerah berkenaan semasa sesi pendengaran awam berlangsung. Katanya, beliau terkejut dengan ‘penipuan’ Hasan kerana beliau tidak pernah membuat apa-apa kenyataan mengenai pegawai daerah yang meluluskan peruntukan tahunan RM500,000 bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baru-baru ini.“Beliau berkata saya menuduh pegawai daerah berkenaan sebagai tidak efektif dan tidak cekap pada sidang media yang diadakan selepas pendengaran awam tersebut. “Ini merupakan penipuan secara terang-terangan oleh Hasan. Sekarang beliau cuba untuk melindungi penipuannya. Hasan sering kali tidak konsisten dalam kenyataannya,” katanya di sini, semalam.
HAI.. Dia tak tahu ke Dr Hassan ni Pesuruhjaya PAS Selangor...'ULAMA' tu takan berbohong
pulak.Sedangkan ulama-ulama PAS ni tahu siapa yang Islam dan kafir,mana boleh bohong ,Ulama mesti arif mana yang benar dan tipu..
Itulah lain kali DAP nak berkawan berhati-hatilah,jangan pilih yang pembohong,lain lah PAS
diaorang boleh berkawan dengan syaitan pun malah boleh mengkatogerikan kalau 'GENG'
dia kafir pun takpa tapi kalau bukan 'GENG' islam pun jadi kafir.
TEMAN ni rasa sedih kat P.R Selangor ni, nampaknya orang Islam mula tak terbela.Masa berpakat nak tubuh kerajaan kata nak jaga hak semua kaum.Sekarang ni apa dah jadi,masing-masing nak jadi hero kaumnya hingga menjejas hak orang lain.Pelbagai isu telah menjadi igauan rakyat.Mana pergi janji-janji nak memberi khidmat untuk rakyat?
Nampaknya si Luncai nak terjun dengan labu-labunya.....BIARKAN,BIARKAN...
Pandangan 'IKHLAS' Lim Guan Eng
BaganBN mampu pertahankan Pinang jika letak bekas MB itu sebagai calon
KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, beliau yakin Barisan Nasional (BN) mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang sekiranya meletakkan Ketua UMNO Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon. Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, keyakinan itu berdasarkan ‘aura’ yang dimiliki bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu selain sokongan padu yang diberikan pengundi di kawasan yang menjadi kubu kuat BN. “Terus terang saya katakan peluang BN) sangat cerah kalau mereka calonkan Isa. Saya rasa peluang akan terus meningkat sebanyak 70 peratus kerana beliau memang mempunyai sokongan padu di Bagan Pinang yang menjadi ubu kuat parti itu,” katanya. Beliau berkata, sebelum ini DAP telah membuat kajian di mana hasil keputusan menunjukkan setiap lapisan masyarakat sehingga di peringkat akar umbi kepimpinan UMNO khususnya pengundi menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi mahu Isa menjadi calon pada pillihan raya kecil DUN Bagan Pinang.
Sabtu, 26 September 2009
Calon Bagan Pinang - Serah kepada Datuk Seri Najib
PORT DICKSON 25 Sept. - Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Samad meminta semua pihak menyerahkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan berhubung soal calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang 11 Oktober ini.
Menurutnya, ketika ini terlalu banyak andaian dan senario sehingga tugas-tugas Presiden diambil alih oleh orang lain untuk membuat keputusan dan menentukan calon yang akan bertanding kelak.
"Biasanya di peringkat UMNO bahagian kita akan menyenaraikan calon sama ada untuk pilihan raya umum mahupun pilihan raya kecil.
"Kemudian terserah kepada Presiden untuk memutuskan calon yang sesuai bagi bertanding dalam pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Mesra Rakyat di Masjid Kariah Bagan Pinang dekat sini hari ini.
Khamis, 24 September 2009
PAS pembangkang dalam P.R Selangor
ISU penjualan arak yang di kedai serbanika kawasan majoriti Islam yang diperjuangkan nampaknya tidak memihak kepada PAS. MB Khalid Ibrahim
nampaknya cuba cari jalan selamat meminta premis perniagaan membuat
kawalan sendiri demi menjaga sahabat karibnya DAP.
TERBARU isu melibatkan selcat seperti dilaporkan...
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, sebagai anggota majlis kerajaan negeri, Hassan harus faham yang dia sepatutnya tidak boleh masuk campur dengan urusan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan ini termasuk Selcat yang ditubuhkan di bawah undang-undang DUN.
Malah, katanya, tindakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu mengkritik Selcat secara terbuka tidak patut dilakukan.
"Beliau sepatutnya jangan cakap atau kritik secara terbuka terutama yang melibatkan perjalanan DUN.
"Apabila beliau mengkritik secara terbuka mengenai Selcat, ini menyebabkan berlakunya salah faham dan sekali gus mengurangkan kewibawaan dan integriti Selcat.
"Saya juga ingin ingatkan yang Selcat ini dilantik daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan mereka ada tanggungjawab dan tugas mereka sendiri," kata beliau ketika dihubungi hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Hassan baru-baru ini yang mahu Selcat merangka garis panduan yang betul ketika menyiasat pegawai kerajaan negeri.
Hasan menyatakan demikian apabila beberapa pegawai daerah yang menjadi saksi Selcat melahirkan rasa tidak puas hati dan terhina dengan cara jawatankuasa itu menyoal mereka.
Malah, salah seorang daripada mereka, Bakhtiar Hussin yang merupakan Pegawai Daerah Klang menyifatkan Selcat tidak mencerminkan proses siasatan sebenar.
Pegawai itu sebaliknya mendakwa siasatan Selcat lebih menjurus kepada serangan peribadi selain menjejaskan imej serta kredibiliti dirinya sebagai penjawat awam sejak 30 tahun lalu.
Bagaimanapun Santiago ketika diminta mengulas, perkara tersebut mempertahankan cara Selcat menyoal saksi-saksinya yang didakwanya mengikut standard antarabangsa dan Hassan yang tidak faham, tidak sepatutnya masuk campur.
"Jadi saya rasa saksi-saksi Selcat ini jawab sahajalah apa yang ditanya," katanya.
Santiago juga mengingatkan yang beliau berkata demikian bukan bermaksud hubungannya dengan Hassan tidak baik.
Sebaliknya, kata wakil rakyat DAP itu, beliau memberikan teguran dan ingatan kepada Hassan yang disifatkannya kurang faham dengan tugas dan tanggungjawab Selcat.
HAH! Itulah cara layanan anggota Selcat itu terhadap penjawat awam.