Selasa, 17 November 2009

TUN MAHATHIR KEMBALI ?

IANYA SATU GERAKHATI YANG MENGEJUTKAN bila...


Pengerusi Risda, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik hari ini mencadangkan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan jawatan menteri kanan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

TEMAN rasa terpanggil untuk mengulas,dalam keadaan ramai yang bimbang Tun Mahathir akan kembali kearena politik sebabnya semua orang tahu..selama 22 tahun menjadi PM pelbagai perubahan dan pembangunan drastik telah dilaksanakan menjadikan Malaysia terkenal dan digeruni kawan dan lawan.

Disamping itu semasa berada dipersada kepimpinan tiada pihak yang berani lebih bersuara apatah lagi menentang. Kini diluar kuasa kepimpinan pun suara Tun masih jadi buruan ramai.Ringkasnya banyak pihak masih perlu dan gunapakai pandangan dan ideanya.

Seperti kata Tan Sri Rahim juga sedangkan tanpa jawatan pun Tun masih dijemput ke negara-negara seperti Jepun ,Arab Saudi dan serata dunia untuk mendengar pandangan dan hujahnya.
Inikan pula jika Tun berada dalam kerajaan dan menjawat Menteri Kanan seperti dicadangkan.
Sumbangan Tun sememangnya masih diperlukan oleh negara dan negara-negara dunia ketiga
khususnya dunia Islam..

Cuma rasanya ramai yang kecut perut jika Tun kembali kepangkuan kepimpinan kerajaan.

TEMAN nak lihat dan dengar reaksi Anuar, Nik Aziz ,Guan Eng dan lain-lain pemimpin pembangkang...!

2 ulasan:

  1. Salam bro, sesuai dan kena pada tempatnya..... kalau Lee Kuan Yu boleh dilantik jadi Menteri Mentor dalam kabinet Singapura, mengapa Tun tidak boleh ?......

    BalasPadam
  2. salam. udang galah naik ke darat ke. nampaknya tuan juga menyokong atas pandangan berkaitan. ini menandakan tuan faham akan perjuangan tun.

    BalasPadam