Sabtu, 28 November 2009

Nordin Mat Top masih diburu

BELIAU MASIH DALAM SENARAI PENGGANAS YANG DIBURU...BEGITU HEBATNYA NORDIN MOHD. TOP. POLIS ANTARABANGSA MASIH 'MENGIGAU' BAYANGANNYA WALAUPUN JASADNYA TELAH DIKEBUMIKAN 2 BULAN YANG LALU...


NEW DELHI - Adakah Noordin Mohd. Top (gambar) masih hidup?
Lelaki ini, yang disyaki sebagai militan digeruni di Asia Tenggara sebelum ini telah dilaporkan ditembak mati oleh polis Indonesia pada September lalu.
Namun mengikut status terkini laman web Interpol, nama lelaki itu disenaraikan dalam "Senarai Orang Paling Dikehendaki" dan status itu pastinya menghantui fikiran.
Nama Noordin yang dikatakan pakar membuat bom, dan gambarnya terus muncul di ruangan "Red Corner" laman web Interpol bersama-sama 556 penjenayah antarabangsa yang masih dikehendaki oleh polis antarabangsa.
Bukan itu sahaja. Terdapat juga satu Notis Khas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)-Interpol terhadap Noordin yang lebih dikenali sebagai Mat Top.
Notis itu adalah bagi individu atau entiti yang mempunyai kaitan dengan gerakan keganasan seperti Al-Qaeda atau Taliban.
Notis itu mengenakan sekatan seperti larangan melakukan perjalanan dan pembekuan aset-aset.
Noordin, dari Johor, dikaitkan dengan Jemaah Islamiyah (JI) yang didakwa mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda dan didakwa menjadi perancang beberapa siri pengeboman di Jakarta, Indonesia. - Bernama


TEMAN terkenangkan sejarah pengeboman di Indonesia 2002 di Bali, 2003 Hotel Marriot,.2004 Kedutaan Australia,2005 kembali ke Bali dan 2009 di Jakarta melibatkan ramai jiwa terkorban. Nordin antara perancang utama disamping nama-nama lain yang menggerunkan
seperti Hambali,Abu Dujana,Azahari Husin dan ramai lagi yang telah berjaya ditumpaskan oleh polis Indonesia.

Apakah keganasan telah berakhir dan saki-baki pejuang Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah telah meletak senjata atau masih ada gerakan bawah tanah yang menunggu masa aktif kembali....ATAUPUN BENAR NORDIN MAT TOP MASIH HIDUP....!
Kalau begitu siapa yang dikebumikan di kampungnya di Pontian, Johor?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan