Khamis, 7 Januari 2010

Demontrasi kebangkitan Umat Islam

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(PERKASA),PEKIDA,Angkatan Belia Islam(ABIM) dan Persatuan Kebajikan Pelajar Islam(PKPIM) bakal mengadakan perhimpunan di Masjid Negara dan Masjid Kg Baru selepas solat jumaat esok. Sementara itu Persatuan Pengguna Islam Malaysia bersama 13 NGO yang sebelum ini membuat laporan polis bakal bersama mengadakan demo tersebut di masjid-masjid seluruh negara.

PM - Dato SERI NAJIB menyatakan ' TIDAK BOLEH HALANG DEMO ISU NAMA ALLAH'

Kerajaan tidak akan menghalang orang ramai yang ingin mengadakan perhimpunan di masjid-masjid selepas solat Jumaat esok bagi membantah mingguan Katholik menggunakan nama 'Allah', kata perdana menteri.

'SATU HATI MEMPERTAHAN KESUCIAN ISLAM' - Itulah tema perhimpunan esok.....namun
reaksi pelik tercetus daripada golongan yang selama ini mengaku hanya mereka yang memperjuankan Islam.
Apa dah jadi kepada PAS bila Ketua Penerangannya cuba putarbelitkan situasi yang melanda umat Islam ini dengan menuduh UMNO mempolitikkan isu ini.Apakah kerana dah bersekongkol dengan DAP dan PKR sejak PRU 12,maka PAS dah jadi ulat gonggok...sepatutnya PASlah yang terkehadapan berjuang . Adakah PAS terus mempertahankan keputusan mahkamah tinggi itu dengan menyatakan ianya satu cara 'dakwah'..
Mula-mula tu bagus dah bila Nasharudin, Nik Aziz, Haron Din dan Haron Taib menentang keputusan mahkamah tinggi tu...tapi lepas Lujnah Politik PAS bermesyuarat isnin lepas..habuk pun takda.....takda keputusan, berbeza pendapat!...

Nampak nya Anuar Ibrahim membenarkan ahli PKR menyertai perhimpunan esok tapi tak 'MENGGALAKKAN'.. serupa tak bagilah tu..
Nilah dia cakap tak serupa bikin ..tengok cakap depan siapa , kalau depan DAP 'JANGAN PERGI' kalau depan Umat Islam 'Suka kau lah..tak pergi lagi bagus'...

Sementara itu AJK Pusat PRM, Zulkarnain Abdullah dah ingatkan PAS jangan 'politikkan' isu nama Allah ini..itulah sebabnya kot PAS kata UMNO yang politikkan isu ini..

Apapun Teman fikir inilah masanya umat Islam perlu bersatu tanpa mengira parti . Kalau kita masih membenarkan permainan jahat musuh-musuh agama diteruskan maka adakah kita bersedia terima akibatnya?

Harapkan Zulkifli Nordin dalam PKR dan mungkin ada beberapa orang dalam PAS yang tidak REDHA nama 'ALLAH terus digunakan oleh Herald The Catholic Weekiy untuk bersama-sama UMNO dan NGO mempertahankan kesucian Islam.....!

AMIN......