Sabtu, 25 Disember 2010

IMPIAN HAMPA bakal PM?

Angan-angan Anwar seperti debu di atas pasir

KUALA LUMPUR 24 Dis. – Angan-angan dan cita-cita Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mempunyai batasan itu diibaratkan sebagai debu di atas pasir.
Bekas rakan karib Anwar, Datuk S. Nallakarupan berkata, mengikut rekod, apa yang dilakukan Anwar selama ini semata-mata untuk memenuhi impiannya menjadi Perdana Menteri.
“Saya katakan impiannya itu seperti debu di atas pasir berdasarkan rekodnya sebelum ini dan juga sikapnya yang tidak seperti pemimpin Malaysia yang lain.
“Anwar tidak peduli apa yang akan terjadi kepada bangsa dan negaranya dan berbuat apa sahaja asalkan impiannya menjadi Perdana Menteri menjadi kenyataan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

komen UG... Itulah Anwar yang sebenarnya.Memang beliau terus 'berjuang' menegakkan benang basahnya,biarpun satu persatu pembohongannya telah terbongkar.Biarpun juga pemimpin kanan  PKR keluar-masuk silih berganti.Namun cita-cita  menjadi PM tetap 'MEMBARA' biarpun sokongan dan kepercayaan pengikutnya semakin malap dan hampir padam...


Hanya PAS yang buat-buat tak faham dengan retoriknya...dan DAP punya agenda untuk memperkudakannya...



Jumaat, 24 Disember 2010

Kuala Lumpur sifar golongan miskin tegar?

KUALA LUMPUR - Kerajaan semalam mengisytiharkan bahawa kawasan bandar terutama di Kuala Lumpur tidak lagi mempunyai golongan miskin tegar.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, bilangan penduduk miskin dan mudah miskin pula telah dapat dikurangkan sekurang-kurangnya 50 peratus berbanding tahun lepas.

"Mulai tahun hadapan, kita akan tingkatkan (bantuan) golongan yang disasarkan ini. Kita ada program-program seperti penjualan rumah, bantuan pelajaran dan baru-baru ini Skim Prihatin untuk kematian dan lain-lain.
"Di bawah elemen kesejahteraan bandar, kita fokus kepada golongan miskin iaitu bantuan latihan kemahiran perniagaan kecil," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kongres Sedunia Pertama Pengurusan Aset Infrastruktur di sini semalam.

Februari lepas, beliau mengumumkan sasaran kementerian untuk membasmi kemiskinan tegar di seluruh Wilayah Persekutuan menjelang akhir tahun ini...sumber kosmo.


KOMEN UG...Kita berharap kenyataan ini sahih...apa yang disasarkan kerajaan telah tercapai matlamatnya,cuma jika masih ada yang tertinggal perlulah melapor diri kepada pihak yang bertanggungjawab.Maklumlah, kita tidak mahu nanti ada pihak lain yang akan menemui mereka-mereka yang tidak mendapat perhatian kerajaan...lalu menjadikannya isu demi kepentingan tertentu...
 

Khamis, 23 Disember 2010

Drs. Saiful BENGANG dengan PENDEDAHAN Papa Gomo...!

"Ini satu tuduhan berat ke atas saya dan saya tidak halal, tidak rela, tidak maafkan perbuatan ini dari dunia sampai akhirat kepada semua yang terlibat dalam perbuatan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

"Kalau betul saya lakukan perbuatan terkutuk itu, malah saksi utama sendiri kata menangkap saya dan perempuan itu, tapi apa tindakan dia (saksi), kenapa tidak dakwa? Dakwalah," 
DEMIKIAN kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selising, Drs. Saipul Bahrin Mohamad menyifatkan dakwaan perlakuan zina membabitkan dirinya dengan isteri seorang guru dalam blog papa gomo, merupakan perbuatan khianat dan fitnah besar untuk menamatkan karier politiknya.

BELIAU tampil menjawab tuduhan itu dan cabaran dari Pemuda UMNO Kelantan...

KOTA BHARU, 21 Dis – Apa respon Pas? Pemuda UMNO Kelantan hari ini mencabar Pas segera tampil membuat kenyataan berhubung pendedahan yang dibuat beberapa buah blog berhubung satu isu yang cukup mengemparkan, penangkapan ADUN Selising bersama seorang wanita di dalam sebuah koc VIP keretapi dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan baru-baru ini.

Menurutnya pendedahan oleh Ustaz Saidi Hussin yang merupakan Ketua Keselamatan Pas Semerak merangkap Ketua Keselamatan Pondok-pondok negeri Kelantan (Jawatan ketika di dalam Pas), saksi utama dalam kes tersebut, kini menjadi berita hangat di blog, facebook dan youtube.

KINI kita tunggu respon PAPA GOMO dan USTAZ Saidi yang katanya punyai bukti cukup dalam kes itu....

Rabu, 22 Disember 2010

Guan Eng takut Hantu Kubur?

GUAN ENG terus pinggirkan melayu dan Islam........

Kali in Forum Penyelarasan Umat (FORUM) membidas Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai pengecut kerana enggan bertemu mereka berhubung isu tanah kubur.

FORUM diwakili oleh beberapa NGO Islam di Pulau Pinang antaranya Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim), Islamic Propogation Society International (IPSI), Gabungan Bela Hak Insan (Gabungan), Persatuan Sukan India Muslim dan Jemaah Islah Malaysia (JIM).

Timbalan Pengerusi FORUM Mohd. Hafiz Nordin berkata.."FORUM juga kesal dengan tuduhan liar Guan Eng yang mendakwa kami ada kepentingan dalam menyelesaikan isu Lot 21 dan 22 di Jelutong yang mahu dijadikan kawasan perkuburan Islam.
"Kami bertindak atas dasar untuk mempertahankan umat Islam dan orang Melayu yang semakin tertindas dengan tindakan beliau," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya lagi, biarpun beberapa pertemuan dirancang, Setiausaha Agung DAP itu bagaikan tidak mahu melayan kehendak mereka.

Malah menurutnya, FORUM sendiri pernah beberapa kali menghantar surat untuk berjumpa Guan Eng bagi membincangkan beberapa isu yang membelenggu orang Melayu dan umat Islam di negeri itu tetapi tiada sebarang maklum balas positif.

JELAS sekali isu yg melibatkan melayu dan Islam tidak diminati oleh Guan Eng . Inilah kesannya bila DAP memerintah.Semua isu yang melibatkan kepentingan melayu mula dipinggirkan...ternyata konsep Malaysian Malaysia sedang diresapkan secara beransur-ansur.....



Selasa, 21 Disember 2010

DUN Tenang - Ujian bagi MCA.

Pengundi Cina berjumlah 38.13 peratus bakal menentukan apakah BN akan terus menguasai DUN Tenang,Johor


Pemergian Dato' Sulaiman Taha setelah dipilih menjadi calon BN bagi kerusi tersebut pada pilihan raya umum 2004  memenanginya dengan majoriti 5,517 undi menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran.  


Berdasarkan statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya umum lalu, DUN Tenang mempunyai 14,511 pengundi iaitu Melayu seramai 49.66 peratus, Cina (38.13 peratus), India (12.11 peratus) dan kaum-kaum lain (0.1 peratus).

Pengaruh Soi Lek di Parlimen Labis amat penting jika BN ingin terus mengekalkan kemenangan di DUN Tenang yang kini diambil alih oleh anaknya Chua Tee Yong.

Berdasarkan senario politik semasa negara tahap sokongan pengundi cina masih begitu rendah.Apakah pengundi Cina di DUN Tenang tidak terperangkap dengan senario politik negara dan kekal menyokong MCA,Chua Soi Lek dan BN?

 JANGKAAN awal menunjukkan pengundi Cina di DUN Tenang majoritinya penyokong setia BN......

Jumaat, 17 Disember 2010

Muadzam Shah ....gelaran BANDAR MELAYU kian terhakis.

Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) telah ditutup setelah lebih 25 tahun mentadbir Bandar Muadzam Shah. 

Ianya diambil-alih oleh Syarikat Teras Dara Konsortium(TDK) dan pentadbiran daerah diletakkan dibawah Majlis Daerah Rompin(MDR). Penutupan DARA telah menutup ruang dan cita-cita Bapa Pembangunan, Tun Abdul Razak untuk menjadikan Bandar Muadzam Shah sebagai sebuah bandar pendidikan.Bandar Muadzam Shah diwujudkan untuk bumiputera dan dan hampir 100% penduduknya adalah bumiputera.Tun Abd.Razak pernah mengilhamkan UiTM  dibina di bandar ini kerana ianya 'BANDAR MELAYU'Semasa hayat DARA sebagai badan yang bertanggungjawab membangunkan Bandar Muadzam Shah.Pun begitu Muadzam Shah masih boleh diberi status bandar pendidikan bila UNITEN,MRSM,Politeknik dan beberapa sekolah bertaraf asrama penuh berjaya didirikan di sana. Tetapi kini kemajuan tanah dan banyak syarikat di Bandar Muadzam Shah telah didominasi oleh kaum Cina.

Pembinaan kira-kira 200 unit rumah kedai dibawah pemaju Koridor Baru Sdn Bhd,LKPP Property Sdn. Bhd.dan beberapa syarikat  bumiputera lain bersama MDR(Majlis Daerah Rompin) tampak begitu membanggakan dan bakal merubah lanskap kemajuan BANDAR MELAYU ini...tapi malangnya sebahagian besar pembeli bangunan kedai 2,3 dan 4 tingkat ini adalah bukan bumiputera.Bila diajukan soalan kepada peniaga bumiputera mereka dengan jelas menyatakan terlalu sedikit bumiputera yang mampu membeli bangunan yang berharga RM359,000+ ++ keatas ini.Bahkan untuk menyewa pun mereka tidak mampu dengan kadar RM2000 keatas.

Peniaga bumiputera kebanyakkannya bergantung harapan kepada kedai dan gerai yang dibina oleh Majlis Daerah Rompin untuk berniaga kerana kadar sewanya yang mampu dibayar.Khabarnya Pekan Sehari Bandar Muadzam Shah antara yang terbesar di Malaysia..Disitulah sebilangan besar peniaga bumiputera berkampung.
Mungkin harapan Allahyarham Tun Razak ingin melihat BANDAR MELAYU terhasil dari segi penduduknya namun kuasa perniagaan telah semakin diterobos oleh oleh kaum Cina...


ADA suara-suara menyatakan 'kalau kaum cina tidak masuk maka tak majulah bandar MUADZAM SHAH'.

Selasa, 14 Disember 2010

Bila Dah Sakit baru nak BERSENAM.

Sikap rakyat Malaysia yang kurang bersenam dengan alasan tidak ada masa dan malas, mungkin akan mewujudkan generasi tidak berpeluh di negara ini suatu hari nanti.

Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Dr. Muhd. Kamil Ibrahim berkata, kewujudan teknologi canggih seperti komputer dan permainan video membantu melahirkan generasi kurang bersenam ini.

``Anak-anak muda sekarang lebih berminat dengan permainan video daripada keluar bersenam.

``Jika dahulu kita main bola sepak di padang, tetapi anak muda sekarang main bola melalui permainan video,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sikap rakyat Malaysia yang kurang bersenam dan langkah drastik Majlis Kecergasan Kebangsaan (MKK) untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sihat.

Menurut Muhd Kamil, ibu bapa turut menjadi penyebab jika anak-anak mereka tidak mahu bersenam.

``Kebelakangan ini seolah-olah satu budaya di negara kita ibu bapa memanjakan anak dengan permainan video.

``Ibu bapa beri alasan tidak sempat bersenam kerana bekerja, anak-anak pula asyik terperap dengan permainan video, jadi tidak hairanlah jika ramai rakyat kita yang tidak sihat,'' katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Aziz Al-Safi Ismail berkata, masyarakat biasanya hanya bersenam selepas ditimpa malapetaka (sakit).

``Bila dapat tahu kita menghidap apa-apa penyakit kronik, kita biasanya akan ikut apa sahaja yang disarankan oleh doktor.

``Masa ini barulah kita menganggap bahawa bersenam itu satu keperluan,'' ujarnya.

Beliau berkata, selain pakar kesihatan, pakar pemakanan juga perlu kreatif mengenai cara pemakanan yang seimbang.

``Kita tahu masyarakat kita kurang bersenam dan tidak mengamalkan cara hidup yang sihat.

``Sudahlah jarang bersenam, mereka juga suka makan makanan yang berlemak dan mempunyai kandungan gula yang tinggi,'' ujarnya.

Justeru katanya, pakar-pakar pemakanan perlu berusaha mencari idea kreatif untuk mencipta menu makanan yang seimbang.

Selain itu katanya, senaman perlu dijadikan aktiviti tetap bagi setiap keluarga.

``Pastikan setiap kali keluar bersenam, kita bawa sekali ahli keluarga.
``Tetapkan dalam jadual untuk melakukan riadah setiap minggu,'' katanya.

Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Prof. Dr. Nik Mohd Nasri Nik Ismail berkata, sikap kurang bersenam di kalangan masyarakat negara ini adalah satu yang membimbangkan.
``Isu malas bersenam sepatutnya tidak timbul kerana setiap orang bukannya bekerja 24 jam sehari.

``Kita boleh buat senaman ringkas di rumah 30 minit sehari sebelum atau selepas balik bekerja,'' katanya.

Menurut Nik Mohd Nasri, setiap individu perlu mengetahui tanggungjawab sendiri menjaga kesihatan.

OLEH itu mari kita mula bersenam.....

Bila Lelaki diGoda...!

Satu kajian membuktikan kini golongan lelaki juga tidak terlepas daripada menjadi sasaran kepada tingkah laku bersifat seksual yang dilakukan oleh kaum hawa.
 
Menurut Ketua Laboratari Perubahan Sosial, Ekonomi dan Keamanan, Institut Pengajian Sains Sosial Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Jamilah Othman, meskipun fenomena itu agak janggal tetapi ia kerap terjadi di tempat-tempat kerja sejak kebelakangan ini.
Kajian kualitatif yang bertajuk Penyelesaian Konflik Gangguan Seksual di Agensi-Agensi Kerajaan di Semenanjung Malaysia yang menemu bual sekumpulan responden pihak atasan mendedahkan fenomena itu memang berlaku.
“Saya telah menemu bual lelaki yang bertaraf bos dan mereka sendiri memaklumkan sindrom berkenaan. Kebanyakan pekerja bawahan wanita didapati suka mengganggu mereka,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Jamilah memberitahu, perlakuan itu berlaku ekoran sikap wanita kini yang lebih terbuka, berani dan tujuan mereka sememangnya bermotif jahat.
“Wanita-wanita dalam kumpulan ini sanggup berbuat begitu kerana rakus untuk segera dinaikkan pangkat tanpa perlu bekerja keras,” ujarnya...sumber kosmo.

INI sebenarnya berita yang dinanti-nanti oleh lelaki yang ingin digoda....tapi aku rasa wanita penggoda ni ada maksud tersendiri,maklumlah yang digoda ialah BOS.Setakat lelaki POKAI kat luar sana ...sape nak goda,buang masa aje....!

Isnin, 13 Disember 2010

KONSPIRASI LAGI.....peringkat DUNIA agaknya?

Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew tahu tentang kegiatan Datuk Seri Anwar Ibrahim kata Tun Mahathir mengulas laporan akhbar bahawa agensi perisikan Singapura mengesahkan kegiatan Ketua Pembangkang itu berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan agensi itu,menurut laporan Wikileaks yang disiarkan oleh The Sydney Morning Herald dan The Sun-Herald

 Cawangan Khas Malaysia telah berpakat dengan agensi Perisikan Singapura untuk membuat 'KONSPIRASI PERINGKAT TERTINGGI' bagi menghalang kemaraan Anwar serta Pakatan rakyat ke Putrajaya.Demikian kata....
Pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad......Perkara sebenarnya berlaku ialah -Satu kabel Jabatan Negara Amerika yang bocor,  pegawai perisikan Singapura dan Australia percaya beliau memang terlibat dengan perilaku dalam tuduhan yang sedang dihadapinya.

NONEKabel itu adalah salah satu daripada 250,000 kabel diplomatik di antara Jabatan Negara Amerika dengan kedutaannya di seluruh dunia yang telah didedahkan Wikileaks di Internet.

Menurut akhbar Australia, The Sun-Herald, kabel tersebut mendedahkan bahawa pegawai perisikan Singapura dan menteri kanan Lee Kuan Yew telah memberitahu pejabat Agensi Perisikan Australia bagi Penilaian Nasional (ONA), bahawa "ketua pembangkang Anwar 'memang melakukan dakwaan perilaku yang sedang dihadapinya'. "sumber malaysiakini.

BEGITULAH....Juak-juak TAKSUB Anwar...Mereka tetap menafikan laporan dari siapa pun yang tidak memihak
kepada mereka.Lalu menuduh ini kerja BN atau UMNO
BERKONSPIRASI dengan sipelapor...HA..HA..HA... lucu pulak jadinya BN dengan PAP tu siapa
lebih-lebih lagi Pihak Australia.Selama ni Anwar round the world menegakkan benang basahnya dan menjatuhkan imej negara....ada orang peduli,malah ramai yang menyokongnya.
KINI laporan Wikileaks berdasarkan apa yang mereka dapat...berapa banyak pulak jika BN nak bayar laporan yang belum tentu selamat jika BERKONSPIRASI..!


BERAPA BANYAK KONSPIRASI DAH..Dari dulu sampai sekarang.....
RAKYAT DAH BOLEH MENILAI KEADAAN SEBENAR......

Khamis, 9 Disember 2010

Misteri Kek Hitam untuk Guan Eng.

"Kita  bukan pro Barisan Nasional (BN), dulu BN pun teruk juga tapi tidaklah seteruk dan sekejam sekarang,"

"Sejak pakatan pembangkang memerintah kita semua sukar hendak hidup dengan aman, ada saja masalah.

"Kami mahu menuntut pelbagai janji yang diberi Guan Eng kepada rakyat Pulau Pinang sebelum menang pilihan raya umum dulu, dia kena ingat rakyat yang undi dia sehingga jadi Ketua Menteri, rakyat juga boleh buat sebaliknya.

DEMIKIAN kata-kata Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar (KMA), Mohamed Ghani Abd. Jiman yang mengetuai kumpulan  menghadiahkan kek-kek hitam berbentuk  'LOVE' sempena harijadi Guan Eng.Bukan kerana benci tetapi 'sayang' kepada MB dan Setiausaha Agung DAP itu dan berharap hatinya kembali bersih sambil beramai-ramai menyanyikan lagu selamat hari lahir untuk Guan Eng.

Kumpulan itu seramai 40 orang mewakili Persatuan Anak Jati Pulau Pinang (Pajim), penduduk Kampung Genting, Kampung Pokok Asam, Kampung Buah Pala dan Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) menghantar dua kek berbentuk hati dan satu bulat.

Ketiga-tiga kek yang ditempah khas itu diterima pegawai khas kepada Guan Eng, Amran Ahmad di tingkat tiga Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Di atas ketiga-tiga kek yang berwarna coklat hitam itu tertera perkataan-perkataan 'Selamatkan Kampung Genting', 'Daripada Anak Jati Pulau Pinang' dan 'Selamatkan Lot 21 dan 22' yang dipercayai merujuk kepada tanah untuk dijadikan perkuburan Islam di Jelutong.

NAMPAKnya puaslah makan KEK HITAM... si Guan Eng dan kuncu-kuncunya....macamanalah rasanya?

KALAU sedap maknanya tak seiring rupa.....TAPI aku rasa bagaimana marah pun rakyat P.Pinang takkan tergamak bubuh racun dalam kek hitam tu......!

Selasa, 7 Disember 2010

Kalender Islam tiada dalam ingatan....!

Peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah telah dijadikan asas kepada penetapan permulaan sambutan Maal Hijrah, kalendar Islam ataupun takwim Hijrah.

APABILA dilontarkan soalan mengenai urutan nama-nama bulan Islam kepada 10 anak muda kini, tidak mustahil sembilan daripada mereka terdiam atau tergagap-gagap menyebut satu demi satu bulan Islam.
Sementara yang seorang lagi pun, mungkin berjaya menamakan bulan-bulan Islam selepas menyanyi perlahan sebuah lagu bertajuk Bulan-bulan Islam nyanyian kumpulan nasyid Alarm Me yang pernah dihafalnya ketika di bangku sekolah.
Bagi kebanyakan anak muda, mereka sekadar tahu nama bulan-bulan tertentu yang melibatkan perayaan seperti bulan Ramadan, Syawal, Muharam dan Zulhijjah.
Senario sebegitu adalah gambaran umum mengenai betapa jauhnya takwim Islam di hati anak-anak muda kini berbanding takwim Masihi yang kita gunakan setiap hari.
Jika ada antara kita yang menghafal bulan-bulan Islam sekali pun, mungkin ada segelintirnya yang tidak tahu mengenai sejarah takwim Islam itu sendiri.sumber kosmo.

Begitulah senario masakini apabila keutamaan telah ditumpukan kepada kalender Masihi.Di sekolah agama rakyat pun kebanyakkannya tidak ditekankan kalender hijrah kepada murid-murid .....maka ianya tidak berada dalam ingatan mereka.Ramai juga yang tidak mengetahui bahawa kita menyambut tahun baru hijrah dan terlupa hadir kesurau ataupun masjid untuk membaca doa akhir tahun dan awal tahun.


Sesuatu harus dilakukan dalam sistem pendidikan terutamanya bidang agama supaya gunapakai dan ingatan terhadap kalender hijrah terpahat difikiran generasi mendatang....

Isnin, 6 Disember 2010

Siri Kejayaan Peneroka...RAMLI DAUD Sasterawan Felda.

Sasterawan Peneroka...Ramli Daud buktikan keupayaan. 

Selain mengerjakan kebun di Felda biasanya peneroka yang berjaya membuat pelbagai aktiviti sampingan tetapi seorang peneroka Sungai Klah, Trolak Ramli Mohd Daud, 74 berjaya sebagai seorang wartawan dan penulis sastera.


Beliau yang telah menghasilkan 20 buah buku,pernah memenangi pelbagai anugerah bagi kategori cerpen seperti Hadiah Sastera Malaysia 1982 dan 1983,Hadiah Sastera Perak 1985 dan Hadiah Sastera Utusan Melayu 1995.

Hasil tulisan menarik terhadap cerpen pada 11 oktober 2009, Jabatan Kesusteraan Bahasa Melayu,Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) menganjurkan Seminar Pemikiran Ramli Mohd. Daud sebagai Sasterawan Felda.

Pada usia emas beliau telah dijadikan bahan kajian pelajar UPSI yang mencatatkan perjalanannya sebagai sasteran dan kehidupan sebagai seorang peneroka Felda.

Antologi cerpennya bertajuk Melarik Waktu dan Pelanggaran Mimpi berfokus kepada pengalaman dan pemerhatian beliau mengenai kehidupan masyarakat peneroka dari awal pembukaan tanah rancangan hingga kini.


Wajarlah rasanya bagi peneroka meneliti dan menghayati karya Ramli Daud SASTERAWAN PENEROKA....

Aku petik sebuah pantun beliau tentang 1Malaysia....
Burung ketitir burung jelatik,
Di dalam taman bersuka-ria;
Kita ukir budaya cantik,
Hidup aman Satu Malaysia

FELDA BEGITU UNIK kerana penerokanya juga berbakat.......

Sabtu, 4 Disember 2010

IBU NEGERI ku....

Kuantan ialah Ibu Negeri Pahang Darul Makmur yang kini sedang pesat membangun bukan sahaja sebagai pusat pentadbiran, tetapi juga sebagai pusat perdagangan, pusat kewangan, dan pusat segala aktiviti sosial. Kuantan terletak kira-kira lima kilometer dari Laut China Selatan dan jauhnya dari Kuala Lumpur ialah 267.2 kilometer sahaja. Kuantan boleh dihubungi melalui jalan darat, laut dan udara. Pusat bandar Kuantan terletak di muara Sungai Kuantan dengan keluasan satu batu persegi (560 ekar).

BAGAIMANA KUANTAN MENDAPAT NAMA.
Siapakah yang membuka, bilakah dibuka dan siapakah yang menamakan Kuantan tiada seorang pun yang dapat menentukannya. Melalui catatan sejarah, Kuantan telahpun wujud semenjak awal tahun 1850-an lagi. Kewujudan awal Kuantan pada kurun ke-19 bermula sebagai penempatan. Abdullah Munsyi pada 1851 @1852 menyentuh mengenai Kuantan seperti berikut :
“Hatta maka pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil dari Kuantan. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, 40 buah dan di Pulau Kapas pun ada, dan di Pulau Badang pun ada, maka telah didapati dua buah perahu orang Kuantan dan dua buah perahu lepas lari”.
Menurut cerita lisan dari beberapa orang tua termasuk Tuan Kechik bin Tuan Abdullah, Batu Hitam, pada peringkat awalnya Kuantan lebih dikenali sebagai nama Kampung Teruntum. Penempatannya adalah di sekitarar Muara Sungai Teruntum, iaitu kawasan berhampiran hospital sekarang. Ia telah dibuka oleh Haji Senik dan pengikutnya sekitar tahun 1850-an.

Semasa tinggal di sini, mereka mengusahakan kawasan paya teruntum yang terletak di tapak hospital sekarang sehingga ke kawasan Sekolah Abdullah. Air daripada paya yang dikerjakan oleh mereka turun ke Sungai Besar (sekarang dikenali sebagai Sungai Kuantan) melalui Sungai Teruntum. Selain mengerjakan paya tersebut, mereka juga menangkap ikan dan berniaga secara kecil-kecilan. Bukti kawasan tersebut pernah dijadikan penempatan ialah terdapatnya perkuburan Cik Timah yang berhampiran Taman Esplanade.
(Cik Timah ialah anak Haji Senik yang telah disemadikan di tanah perkuburan tersebut. Apabila taman Esplanade diwujudkan di situ, ia melibatkan sebahagian daripada tanah perkuburan tersebut dan pusara Cik Timah telah dipindahkan ke Beserah bersebelahan pusara ayahnya Haji Senik dan ada sehingga hari ini...)
Berhubung dengan nama 'Kuantan', dikaitkan pula dengan pembukaan sebuah kawasan di hulu di Kampung Teruntum oleh orang Melayu dari daerah yang bernama Kuantan di Sumatera dengan diketuai oleh Encik Besar sekitar tahun 1854. Rombongan ini telah dibenarkan membuka kawasan tersebut. Orang yang datang kemudiannya telah memanggil tempat tersebut sebagai Kampung Orang Kuantan. Oleh sebab “Kampung Orang Kuantan” itu terlalu panjang, maka dipendekkan dengan panggilan KUANTAN sahaja yang kekal sehingga ke hari ini.

Sumber : Dipetik dan diolah semula daripada monograf "PAHANG DALAM SEJARAH", Lembaga Muzium Negeri Pahang, 1989.

Jumaat, 3 Disember 2010

Uranium boleh memusnahkan dunia.

Konflik Semenanjung Korea kini membimbangkan dunia apabila 2 bersaudara itu seakan bakal mengulangi Perang Korea 1953...malah mungkin lebih dashyat dari itu disebabkan kecanggihan teknologi senjata nuklear. 

Senjata nuklear adalah senjata yang mendapat tenaga dari tindak balas nuklear dan mempunyai kuasa pemusnah yang besar. Sebiji bom nuklear mampu memusnahkan sebuah bandar. Senjata nuklear hanya dua kali digunakan dalam sejarah dunia iaitu dalam Perang Dunia II oleh Amerika Syarikat terhadap bandar-bandar Jepun iaitu Hiroshima and Nagasaki.Selain malapetaka di Hiroshima,insiden kebocoran reaktor nuklear di Three Mile Island(AS) pada 1979, Chernobyl, Ukraine (1986) dan Tokai Mura, Jepun (1999) bagai menghitamkan lagi noda nuklear. Peristiwa Chernobyl menyaksikan seramai 350,400 orang yang mendiami kawasan berhampiran reaktor nuklear itu terpaksa dipindahkan dari kawasan yang tercemar dengan sinar radioaktif.

Negara kuasa nuklear adalah Amerika Syarikat, Rusia, United Kingdom, Perancis, Republik Rakyat China, India dan Pakistan. Kini Iran dan Korea Utara giat membangunkannya.Selain itu, negara Israel dipercayai mempunyai senjata nuklear, walaupun tidak diuji dan Israel enggan mengisytiharkan sama ada ia memiliki senjata nuklear ataupun tidak.

Dalam senarai kajian U.S. Strategic Air Command 1991, Israel, India, dan Pakistan telah disenaraikan sebagai negara senjata nuklear sah ada - “de facto” . Anggaran simpanan nuklear Israel antara 75–200 senjata, merangkumi bomb, kepala peledak peluru berpandu, dan kemungkinannya senjata bukan strategik (taktikal). Anggaran terbaru pula meletakkan antara 300 - 500 simpanan nuklear.

Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa Jepun dan Korea Selatan ialah model negara yang berjaya dalam penggunaan nuklear sebagai sumber tenaga elektrik. Kaedah loji jana kuasa nuklear yang bertindak dengan pembelahan nukleus Uranium U-235 dapat menghasilkan tenaga haba untuk mendidihkan air menjadi wap dan seterusnya memutarkan turbin menjana elektrik.

Pun begitu...bolehkah dunia mendapat jaminan dari negara-negara nuklear ,uranium mereka tidak bermaksud PERANG....

Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear : Nuclear Non-Proliferation Treaty atau NPT) adalah persefahaman terbuka yang ditandatangani pada 1 Julai 1968 untuk menghadkan pemilikan senjata nuklear

APAKAH perjanjian ini dipatuhi oleh negara-negara anggota.Jelas sekali disamping negara yang mengistiharkan kekuatan senjata nuklear mereka..ada juga negara yang merahsiakan dan membangunkan teknologi nuklear mereka secara senyap....!


TERNYATA negara'pemilik' nuklear lebih terarah untuk bertindak balas apabila mereka di ANCAM.....

Rabu, 1 Disember 2010

Monyet pun Semakin Cerdik.....

Seorang penjual topi berjalan melintasi hutan. Karena cuaca panas, ia memutuskan beristirehat sejenak dibawah satu pohon yang besar. Sebelum merebahkan diri, ia meletakkan keranjang berisi topi-topi dagangan disampingnya. Beberapa jam ia terlelap dan terbangun kerana suara-suara binatang.

Hal pertama yang disedarinya adalah bahawa semua topi dagangannya telah hilang. Kemudian ia mendengar suara monyet-monyet di atas pohon. Ia mendongak keatas dan betapa terkejutnya ia melihat pohon itu penuh dengan monyet yang semuanya memakai topi-topinya.

Penjual topi itu terduduk dan berpikir  bagaimana caranya ia boleh mendapatkan kembali topi-topi dagangannya yang sedang dipakai oleh monyet-monyet itu. Ia berfikir dan berfikir, sambil menggaru-garu kepalanya. Ternyata monyet-monyet itu menirukan tingkah lakunya. Kemudian, ia menanggalkan topinya dan mengipas-ngipaskan ke wajahnya. Ternyata monyet-monyet itu pun melakukan hal yang sama.

Aha..! Ia pun mendapat idea..! Lalu ia membuang topinya ke tanah, dan monyet-monyet itu juga membuang topi-topi  mereka ke tanah. Segeralah si penjual itu mengumpulkan dan mendapatkan kembali semua topi-topinya. Ia pun melanjutkan perjalanannya.

Lima puluh tahun kemudian, cucu dari si penjual topi itu menjadi seorang penjual topi juga dan telah mendengar cerita tentang monyet-monyet itu dari datuknya. Suatu hari, sama seperti datuknya, ia melintasi hutan yang sama. Ia beristirehat di bawah pohon yang sama dan meletakkan keranjang berisi topi-topi dagangan di sampingnya. Ketika terbangun iapun menyedari monyet-monyet dipohon tersebut telah mengambil semua topi-topinya.

Ia pun teringat akan cerita datuknya. Ia mulai menggaru-garu kepala, dan monyet-monyet itu menirunya.  Lalu ia membuka topi dan mengipas-ngipaskan ke wajahnya, monyet-monyet itu masih menirunya. Nah, sekarang ia merasa yakin akan idea datuknya. Kemudian ia melempar topinya ke tanah. Tapi kali ini ia agak terkejut, kerana monyet-monyet itu tidak menirunya dan tetap memegang topi-topi itu erat-erat.

Kemudian, seekor monyet turun dari pohon, mengambil topi yang dilemparkan oleh cucu penjual topi itu, lalu menepuk bahunya sambil berkata,

"Oh Engkau ingat engkau sorang aje yang ada datuk ...!"