Selasa, 31 Ogos 2010

CATATANKU SEMPENA SAMBUTAN MERDEKA.





HARI INI BERGELAR PAHANG
DARULMAKMUR.........Semasa melawat Muzium Negeri Pahang di Bandar DiRaja Pekan...aku sangat tertarik melihat sejarah bendera Negeri Pahang.

Asal Usul Nama Negeri Pahang

Pada zaman dahulu Negeri Pahang Darul Makmur mempunyai berbagai nama. Pengarang China menyebutnya sebagai Pang-Hang, Peng-Heng, Pang-Heng, Pong -Fong, Phe-Hang,Pang-Kang dan lain-lain. Pada tahun 1225 Chao Ju-Kua telah mengarang sebuah buku bernama Chu-Fan-Chi, beliau menyatakan di antara beberapa buah negeri yang ditakluki di bawah kuasa San-fo-chi ialah negeri yang bernama Peng-keng. Peng-keng itu ialah Negeri Pahang Darul Makmur.

Orang Arab dan orang Eropah zaman dahulu menyebut Pam, Pan, Phang, Paam, Pao, Paon, Phaan, Paham, Fanhan, Phang dan Pahagh. G.R. Tibbetts, seorang ahli sejarah yang mengulas kisah yang ditulis dengan huruf Arab dalam buku karangan Mas'udi itu pada pendapat Tibbetts ialah Pahang. Dia lebih setuju menyebut perkataan Fanjab itu sebagai Fanhan, Panghang atau Panhang. Semuanya itu dimaksudkan Pahang. Ada setengah pendapat menyatakan Pahang berasal dari bahasa Siam asli ertinya timah. Orang Siam asli yang dulunya mendiami negeri ini dengan membuka lombong bijih timah terutama di Sungai Tembeling.

Mengikut cerita orang tua-tua Melayu pula, pada zaman dahulu di Sungai Pahang iaitu bertentangan dengan Kampung Kembahang, ada sebatang pokok kayu mahang yang besar rebah melintang menyeberangi sungai itu.Dari pokok mahang itu kononnya berasal nama Negeri Pahang Darul Makmur itu.Gelaran tua bagi Negeri Pahang Darul Makmur itu ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. Bandar Dirajanya terkenal hingga sekarang dan ibu negeri pada zaman dahulu iaitu Pekan.Sebelum ditakluk oleh kerajaan Melayu Melaka ia dikenali sebagai Pura.

SEJARAH BENDERA NEGERI PAHANG... Mengikut turutan diatas..

1. Digunakan sejak Zaman Bendahara sejak dari Melaka hingga Zaman Wan Ahmad.

2.Digunakan Zaman Sultan Abd.Jalil Riayaat Shah = 1699-1718

3.Digunakan di Zaman Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah= 1882

4.Bendera Pahang hingga sekarang.....

Rona hitam adalah simbol kebesaran Bendahara iaitu suatu simbolik melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintah di Pahang adalah bertaraf Bendahara. Putih pula adalah melambangkan raja. Maka tambahan warna putih di atas rona hitam membawa makna bahawa Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan beraja. Ia juga membawa erti bahawa negeri ini ada keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tatasusila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada raja sebagai sebuah negeri yang berdaulat.

DAULAT TUANKU.....SEMOGA NEGERIKU KEKAL MAKMUR SEIRING NAMANYA....

Ahad, 29 Ogos 2010

ISLAMOFOBIA - KEBENCIAN TERHADAP MUSLIM.


Pembinaan masjid di Ground Zero Amerika Syarikat -Cabaran bagi Obama....



ORANG ramai berarak sebagai tanda protes pembinaan masjid di New York.

SEBUAH masjid baru yang bakal dibina di bandar raya New York, Amerika Syarikat (AS) menarik ratusan orang berdemonstrasi Ahad lalu dengan pihak pembangkang membawa papan tanda yang mengaitkan Islam dengan darah.

TERDAHULU PRESIDEN BARACK OBAMA telah menyatakan sokongannya terhadap pembinaan Pusat Islam itu..... 'Umat Islam memiliki hak yang sama dalam melaksanakan ibadah seperti orang lain di negara ini'. katanya.. TETAPI..Penunjuk perasaan yang berarak melaungkan..... "Tak ada masjid, tak mungkin!"

Papan tanda yang diangkat oleh berdozen penunjuk perasaan yang berdiri di belakang polis menulis 'SHARIA' menggunakan tulisan berwarna darah untuk menggambarkan undang-undang syariah Islam yang mengatur perilaku orang Islam.

Para pembangkang mendesak masjid itu dipindahkan ke lokasi yang lebih jauh dari tapak Ground Zero yang meragut nyawa lebih 2,700 ketika peristiwa 11 September 2001.

"Mereka patut membinanya di Asia Barat," kata Ayling.

TERNYATA PERISTIWA 11 SEPTEMBER DI TAPAK GROUND ZERO menghantui penentang-penentang tersebut.....

Satu kumpulan yang membentangkan banting dengan imej memukul, merejam dan lain-lain penyeksaan yang mereka dakwa dilakukan oleh mereka yang mengikut undang-undang Islam.

Gambar seorang lelaki memakai kopiah, pakaian tradisi Arab dipasang pada salah satu dua mok peluru berpandu merupakan sebahagian tindakan antimasjid tersebut.....

Terdengar jeritan 'Obama: Dengan nama tengah Hussien. Kami Faham. Bloomberg: Apa Alasan anda?..bermaksud Obama dari keturunan Islam, pasti membela Islam....sedangkan Datuk Bandar New York bukan Islam...

Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg mempertahankan rancangan pembinaan masjid berkata, hak untuk mengamalkan agama merupakan sebab utama AS ditubuhkan.

Kalangan Muslim dan penyokong pembinaan Masjid itu berkata ' Muslim turut terkorban ketika peristiwa 11 September itu dan mereka yang menentang pembinaan masjid itu sebagai tidak bersifat AS'. "Mereka mengajar anak-anak mereka mengenai kebebasan beragama di AS tetapi mereka tidak mengamalkan apa yang mereka sampaikan," Apapun Obama bakal memghadapi cabaran besar dalam mempertahankan dasar AS dan kepentingan Islam di negara polis dunia itu.....

ADAKAH TARIKH 11 SEPTEMBER bakal menyaksikan peristiwa berdarah dikala umat Islam menyambut Hari Raya di AS........ Obama perlu bersiap-sedia.......




GURAUAN PETANG...jenakalawaksantai.



MANA PERGINYA LAGI SERINGGIT..?

Kisahnya begini...Ada 3 orang berkawan baik..kamceng la katakan pergi bercuti ke Pulau Tioman.Sesampainya disana mereka pun segeralah mencari resort untuk menginap.Cari punya cari dapatlah akhirnya satu resort yang sewanya cuma RM30 sahaja...Tertarik dengan harga yang begitu murah jika dibanding dengan resort lain,mereka pun masuk dan menyatakan hasrat untuk menginap 1 malam di situ...

Untuk penjimatan mereka berpakat untuk sewa 1 bilik sahaja.Tanpa banyak soal masing-masing keluarkan RM10..kira kongsilah 3 orang.Kerana kepenatan datang dari jauh dan naik feri pun hampir 2 jam,mereka terus masuk kebilik bila dapat kunci.

Selepas ketiga-tiganya pergi ke bilik...Minah cun kat front office baru teringat bahawa resort tu tengah buat promotion.Ada diskaun lagi....satu bilik ada potongan RM5..maknanya harga sewa cuma RM25 sahaja.

Segeralah minah cun panggil bell boy suruh pulangkan balik baki RM5 kat mamat 3 orang tu. Dalam perjalanan si bell boy terfikir yang duit baki ada RM5..sedangkan mamat penyewa tu ada 3 orang..macamana pulak nak bagi samarata kat diorang tu..?

Fikir punya fikir last-last bell boy dapat idea...pulangkan RM 1 untuk setiap orang...bakinya RM2 aku kebas.....

......maknanya... ......Mamat 3 orang tu cuma bayar duit sewa resort seorang RM9...

......Jumlah semuanya...RM9 kali 3 = RM27
......Bell boy ambik RM2.....
......JADI JUMLAH SEMUA RM27 + RM2 = RM29
......MANA LAGI SERINGGIT?

......CUBA CARI.....!

Sabtu, 28 Ogos 2010

TERLALU RAMAH ATAU BODOH...


KONFLIK KUALA LUMPUR -JAKARTA terus jadi pertikaian di Indonesia.Terbaru Profesor dari Universiti Indonesia mempertikaikan cara pemerintah Indonesia menangani isu itu.


JAKARTA — Pakar Hukum Internasional Universitas Indonesia, Hikmahanto Juwana, menilai diplomasi yang dilakukan Pemerintah Indonesia dalam penyelesaian konflik dengan Malaysia dilakukan "setengah hati". Pemerintah terkesan ragu dalam mengambil langkah diplomasi yang lebih tegas.

Diplomasi sangat setengah hati. Kita jadi sulit membedakan apakah kita ini terlalu ramah atau bodoh.
-- Hikmahanto Juwana

Pada tanggal 18 Agustus lalu, Menteri Luar Negeri Marty Natalegawa mengatakan bahwa penangkapan yang dilakukan oleh Polis Marin Diraja Malaysia terhadap petugas Kementerian Kelautan dan Perikanan terjadi di wilayah Indonesia. Namun, keyakinan ini dinilainya mulai melemah setelah kesaksian tiga pegawai KKP menyatakan bahwa GPS-nya mati. "Sehingga, ketika ditengah laut itu, mereka menggunakan peta. Setelah keterangan ini, Pemerintah mulai ragu apakah ini terjadi di wilayah kita," ujar Hikmahanto.


JELAS..BAHAWA PETUGAS INDONESIA YANG DITANGKAP OLEH POLIS MERIN MALAYSIA tidak pasti posisi mereka kerana sistem pengesan terputus dan mereka hanya berpandu kepada peta....

JADI..Kenapa penunjuk perasaan bertindak melulu sebelum situasi sebenar diketahui....


Hikmahanto menyebut lagi....

Seharusnya Pemerintah Indonesia dan Malaysia duduk satu meja untuk membicarakan insiden tersebut untuk memastikan di mana penangkapan terjadi. Jika memang terjadi di wilayah Indonesia, maka Malaysia harus meminta maaf.

"Sebaliknya, kalau memang di wilayah Malaysia, kita yang minta maaf.

Itulah sebenarnya harus berlaku antara kedua negara,bukan ..Jalur Gemilang menjadi mangsa..menyemarakkan semangat membenci antara kedua-dua negara dan akan menambah episod-episod yang bakal merosakkan hubungan dua-hala yang terkawal sebelum ini...


SAMBUTAN MERDEKA AKAN TIBA untuk kedua-dua negara tentunya kita tidak mahu suasana merdeka yang TERLUKA........



MALAYSIA KU

53 sebab Malaysia istimewa




KATA orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Kalau difikirkan secara mendalam, pepatah yang diakhiri dengan baris ‘lebih baik di negara sendiri’ itu ada benarnya.

Sepatutnya, semakin jauh kita mengembara ke destinasi yang di luar sempadan negara, kita perlu rasa semakin dekat dan rindu pada asal-usul dan keistimewaan di tanah air sendiri.

Selain taat pada konsep Rukun Negara, ada banyak cara untuk rakyat Malaysia mengisi konsep kecintaan mereka terhadap bumi yang bertuah ini.

Sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-53 tiga hari lagi, apa kata kita imbas entiti kembara dan pelancongan yang menjadikan Malaysia tiada duanya di dunia ini.

53 pilihan rawak bagi edisi Horizon kali ini adalah mewakili variasi elemen yang telah lama menjadi sebahagian daripada kebanggaan, sejarah dan gaya hidup rakyat Malaysia.

Selain destinasi popular, senarai ini turut mengetengahkan seleksi istimewa kulinari, budaya, warisan seni bina dan pencapaian prasarana unggul.

Setiap satunya bukan sahaja telah melonjakkan nama Malaysia di peta pelancongan dunia, malah ia menjadi permata yang dekat dengan hati, lalu menjadikan kita semua rakyat Malaysia!

1. Teh tarik – Apabila larutan teh bersama susu krim manis dan dicurah menggunakan kole pada kedudukan tinggi, maka terciptalah minuman rutin warga Malaysia yang dinikmati tidak kira waktu.

2. Songket – Fabrik tenunan tangan yang diserikan motif berbenang perak atau emas. Kekuatan nilai estetika dan identiti bangsa menjadikannya antara tekstil warisan yang elegan.

3. Taman Negara – Kekayaan khazanah alam dilindungi di banyak kawasan yang diwartakan sebagai taman negara. Masing-masing menyimpan tarikan ekosistem yang bernilai tambah.

4. Malaysia Airlines (MAS) – Syarikat penerbangan nasional utama dan banyak memenangi pengiktirafan dan anugerah antarabangsa.

5. Hari Raya Aidilfitri – Sambutan penting selepas sebulan umat Islam berpuasa, selain Hari Raya Aidiladha. Keraian ini merapatkan hubungan ahli keluarga dalam semangat ‘balik kampung’.

6. Menara Berkembar Petronas – Hingga kini, statusnya kekal sebagai menara berkembar tertinggi di dunia dengan ketinggian 452 meter. Bangunan ikonik ini umpama salam pengenalan Malaysia kepada dunia.

7. Nasi lemak – Hidangan warisan ini memerlukan beras ditanak dengan santan kelapa dan dihidangkan bersama sambal, bilis goreng dan telur.

8. Wau bulan – Permainan tradisional persis layang-layang yang terkenal di negeri Kelantan.

9. Genting Highlands – Resort pelancongan tertinggi di Malaysia iaitu pada aras 2,000 meter dari aras laut ini menawarkan penginapan, taman tema dan tema percutian kelas satu.

10. Rangkaian lebuh raya – Jaringan lebuh raya utama negara melancarkan perhubungan darat di Semenanjung Malaysia.

11. Tahun Baru Cina – Perayaan besar bagi kaum Tionghua yang bercerita tentang kedatangan tahun baru. Sambutannya dimeriahkan dengan limau mandarin, pemberian ang pau, tarian singa dan bingit mercun.

12. Menara Kuala Lumpur – Menara telekomunikasi tertinggi yang terletak di Bukit Nenas di tengah-tengah ibu negara. Lokasi ini menyediakan pusat rekreasi, restoran berputar dan dek peninjau.

13. Pulau Langkawi – Pulau bebas cukai yang terletak di negeri Kedah ini terkenal dengan kisah Mahsuri dan pelbagai lagi tarikan buatan selain taman geologi berusia jutaan tahun.

14. Roti canai – Hidangan sarapan popular yang dimakan bersama kuah dal dan teh tarik.

15. Batik lukis – Seni tekstil indah hasil daripada teknik melukis, mencanting dan mewarna. Penggunaannya juga telah dipelbagaikan.

16. Proton – Pengeluar kereta nasional pertama ini telah dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pelbagai model berprestij telah menambat hati pemandu tempatan dan juga luar negara.

17. Pulau Tioman – Pernah tersenarai sebagai 10 pulau tercantik dunia dan kewujudannya kini sedang dipertahankan sebagai antara syurga aktiviti selaman skuba dan gaya hidup pulau yang menyeronokkan.

18. Masjid Negara – Menjadi lambang kedaulatan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Siap dibina pada 27 Ogos 1965 dan mampu menampung seramai 15,000 jemaah.

19. Litar Antarabangsa Sepang – Prasarana kelas dunia untuk perlumbaan Grand Prix A1, Grand Prix Motosikal dan Formula Satu.


TASIK Kenyir yang mendamaikan.


20. Deepavali – Festival cahaya yang disambut penuh adat oleh penganut Hindu. Ia jatuh pada hari ke-14 bulan Aipasi, kalendar Tamil.

21. Perak Man – Rangka tulang berusia 10,000-11,000 tahun di Gua Gunung Runtuh, Hulu Perak. Penemuan fosil manusia era Paleolitik paling sempurna di Asia Tenggara itu melakar sejarah tersendiri.

22. Bandar Raya Melaka – Kota warisan sejarah yang sarat nilai pertembungan budaya Melayu, Cina, India, Portugis serta Baba dan Nyonya.

23. Perodua – Syarikat pengeluar kereta nasional kedua dan ditubuhkan pada 1993.

24. Tasik Kenyir – Merupakan tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara dan terletak di Hulu Terengganu.

25. Orang Utan - Haiwan primat yang menjadi maskot negara ketika Sukan Komanwel 1998. Sebuah pusat pemeliharaan orang utan sering dikunjungi di Sepilok, Sabah.

26. Krismas – Keraian 25 Disember yang disambut secara berbeza oleh kaum Cina, India serta bumiputera Sabah dan Sarawak yang beragama Kristian.

27. Pulau Pinang – Selain Melaka, negeri ini turut melestari pelbagai nilai sejarah hebat Negeri Selat.

28. Vaisakhi – Diraikan penganut agama Sikh pada tarikh 14 April.

29. Muzium Negara – Ia dirasmikan pada 31 Ogos 1963, berlokasi di Kuala Lumpur dan merupakan lokasi wajib bagi anak Malaysia untuk mengenali sejarah.

30. LIMA – Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi dijayakan secara dwitahunan. Pameran berprestij itu mengumpulkan jentera udara dan maritim yang berkaitan komersial dan pertahanan.

31. Pulau Sipadan – Terletak berhampiran bandar Sampoerna, Sabah, ia adalah antara pulau terindah di dunia dan ibarat syurga buat komuniti penyelam skuba.

32. Homestay – Konsep inap desa yang berjaya melonjakkan industri pelancongan domestik. Masyarakat kampung didekati melalui acara seni, masakan dan gaya hidup.

33. Kereta Api Tanah Melayu – Nostalgia pengangkutan bijih timah kini menghubungkan penduduk di sepanjang laluan landasan 1,699km di seluruh negara.

34. Batu Caves – Formasi gua batu kapur semula jadi yang menjadi meriah terutamanya ketika penganut Hindu menyambut Thaipusam.

35. Gua Niah – Gua batu kapur terbesar di dunia iaitu seluas 12 hektar di Miri, Sarawak. Fosil manusia berusia 40,000 tahun pernah ditemui di situ.

36. Citrawarna 1M alaysia – Ibu negara disimbahi warna kebudayaan dari 14 buah negeri di seluruh negara pada setiap penghujung Mei.

37. Cendol – Hidangan pencuci mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan dihidang bersama ais parut, santan dan gula melaka.

38. Putrajaya – Pada tahun 1999, Putrajaya telah menggantikan Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan dengan ciri-ciri bandar raya pintar.

39. Rumah panjang – Rumah tradisional masyarakat Iban di Sarawak. Setiap rumah mengandungi sehingga 20 bilik dan diketuai oleh tuai rumah.

40. Gunung Kinabalu – Berketinggian 4,095 meter, ia adalah gunung tertinggi di Malaysia dan terletak di Kota Kinabalu, Sabah.


KEUNIKAN kain songket.


41. Piala Monsoon – Kejohanan kapal layar antarabangsa mengumpulkan jaguh-jaguh dunia di Pulau Duyung, Terengganu setiap musim tengkujuh.

42. Petaling Street – Bekas penempatan kaum Cina yang kini menjadi lokasi niaga gerai paling terkenal di tengah-tengah Kuala Lumpur.

43. Istana Negara – Tempat bersemayamnya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang turut menjadi lokasi istiadat pertabalan dan upacara rasmi.

44. KLIA – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, Selangor menjadi pintu masuk udara utama dengan akses jaringan kereta api elektrik dan lebuh raya canggih.

45. Pasar Seni – Turut dikenali sebagai Central Market, ia menjadi pusat yang mengumpulkan barangan seni, kraf dan cenderamata tempatan.

46. Le Tour de Langkawi – Kejohanan lumba basikal terbesar yang mengumpulkan para peserta dari seluruh dunia.

47. Raflesia – Selain bunga raya sebagai bunga kebangsaan, bunga eksotik terbesar di dunia ini sinonim dengan diversiti belantara Malaysia khususnya di Malaysia Timur.

48. Lemang – Diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasak di dalam buluh. Makanan ini popular dimakan bersama rendang.

49. AirAsia – Syarikat penerbangan nasional kedua dan syarikat penerbangan tambang murah pertama di Asia.

50. Hari Gawai – Diraikan oleh kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu di Sarawak sebagai meraikan musim menuai padi.

51. Wat Phothivihan – Patung Buddha tidur yang kedua terbesar di dunia terletak di Tumpat, Kelantan.

52. Bangunan Sultan Abdul Samad – Sebuah bangunan warisan kebangsaan yang menjadi saksi kepada penurunan bendera Union Jack dan digantikan dengan Jalur Gemilang pada 31 Ogos 1957.

53. Hari Kebangsaan – Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang wajib dihayati demi menyuntik semangat patriotisme dan kesetiaan pada negara.


MERDEKA...MERDEKA....MERDEKA.....!


BANTAHAN ORANG ASLI DITOLAK.


PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN OLEH 27 ORANG ASLI DITOLAK..Projek Empangan Klau Raub, Pahang diteruskan........


PUTRAJAYA, 28 Ogos - Seramai 27 orang Asli semalam gagal dalam permohonan bagi semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan ketua pengarah Jabatan Alam Sekitar laporan kajian penilaian kesan alam sekitar (EIA) bagi projek pembinaan Empangan Kelau, Raub, Pahang.



..Permohonan semakan kehakiman ini difailkan pada 9 Okt 2007 oleh tiga orang Asli suku kaum Senoi dan 24 orang Asli suku kaum Temuan. Pemohon diwakili oleh Pendor bin Anger dan 26 yang lain menamakan ketua pengarah Jabatan Alam Sekitar, kerajaan negeri Pahang dan kerajaan Malaysia sebagai responden. Mereka memohon satu perintah deklarasi bahawa kerajaan Pahang dan kerajaan Malaysia dalam memutuskan untuk membatalkan Warta No 10 bertarikh 29 Nov 1976, iaitu tanah yang mereka diami, telah mengingkari kewajipan fidusiari terhadap mereka. Mereka mendakwa tanah itu adalah tanah turun-temurun dan telah mewarisinya sejak zaman nenek moyang mereka lagi dan mereka juga mencari rezeki di kawasan itu untuk menyara keluarga. Mereka juga memohon perintah deklarasi bahawa kerajaan Malaysia yang meluluskan pembinaan projek empangan itu telah mengingkari kewajipan fidusiari untuk melindungi, memajukan dan memelihara orang asli di negara ini.


Pahang Daily Mengulas..... Sebenarnya projek bernilai RM8 bilion ini jelas telah melanggar prinsip asas kemanusiaan. Malah Kerajaan Negeri Selangor sendiri mengatakan yang masalah air tidak seteruk yang digambarkan .


KOMEN UG63.. Sebenarnya siapa yang mendalangi bantahan yang dibuat oleh orang asli tersebut,sedangkan majoriti mereka telah bersetuju dengan projek tersebut dengan pampasan dan imbuhan yang telah dimeterai......Keputusan kehakiman adalah demi kebaikan mereka juga...

Orang Asli Setuju Pindah Untuk Pembinaan Empangan Klau

6 Ogos 2009
RAUB, 6 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 115 keluarga Orang Asli dari perkampungan Sungai Temir di sini pada Khamis menandatangani perjanjian bersetuju pindah ke satu Rancangan Penempatan Semula di Sungai Bilut bagi memberi laluan kepada pembinaan projek Empangan Klau yang menyalurkan air mentah ke Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui, yang menyaksikan upacara menandatangani perjanjian itu di sini, berkata tanah rizab Orang Asli seluas 105 hektar akan ditenggelami air bagi projek empangan itu.

Mengikut perjanjian itu setiap keluarga yang terlibat akan mendapat sebuah rumah dengan keluasan 700 kaki persegi yang mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air yang bernilai RM25,000 seunit di satu kawasan yang mempunyai kemudahan jalan, jambatan, bekalan air dan elektrik, telekomunikasi, tadika, surau, dewan orang ramai, bilik rawatan dan kedai.

"Bagi memastikan masyarakat itu menjana pendapatan selepas berpindah, kerajaan telah memperuntukkan lot ekonomi yang merangkumi tanah seluas dua hektar bagi tanaman kelapa sawit dan 0.4 hektar tanah dusun," kata Chin.

Sepanjang tempoh 48 bulan setelah pemindahan, setiap keluarga akan menerima elaun sara hidup sebanyak RM680 sebulan.


Dalam keadaan kehidupan orang asli yang daif...pampasan yang diberikan telah membawa mereka keluar dari tahap KEMISKINAN......



Jumaat, 27 Ogos 2010

MOTIVASI SOLAT.



APASAL LAA, AKU BELUM TERFIKIR NAK BENTANG SEJADAH,
HIDUP SENANG REZEKI DATANG MELIMPAH,
NAK DIRIKAN SEMBAHYANG,RAKAN BAIK SETAN SURUH LENGAH-LENGAH,
ALLAH TARIK NIKMATKU SAMPAI NANGIS KELUAR AIR MATA DARAH BARU LAH PADAH.


APASAL LAA AKU MALAS SEMBAHYANG,
ALLAH KASI AKU JASAD SIAP DENGAN BAYANG-BAYANG,
BUKANKAH AKU LEBIH BAIK DARIPADA TIANG,
BERDIRI TANPA ROH MALAM DAN SIANG.


APASAL LAA AKU MALAS SEMBAHYANG,
KERJA DAH BEST KELUARGA PUN DAH SENANG,
NEGARA AMAN DAMAI TAK LAGI HIDUP BERDAGANG,
TAKKAN 5 MINIT 5 WAKTU AKU TAK BOLEH NAK LUANG.


APASAL LAA AKU MALAS SEMBAHYANG,
TENGOK TV MAIN BOLA AKU SANGGUP SAMPAI PETANG,
BELI TIKET KONSERT,BAYAR TIME SHOPPING AKU SANGGUP BERATUR PANJANG,
INGAT MASUK SYURGA TU BOLEH MAIN HUTANG-HUTANG.


APASAL LAA AKU MALAS SEMBAHYANG,
KENA INGAT UMURKU BUKANNYA PANJANG,
PAGI SIHAT ENTAH PETANG NANTI DAH KEJANG,
NANTI DALAM KUBUR KENA BALUN SORANG-SORANG.


APASAL LAAA..... AKU MALAS SEMBAHYANG,
SEKSA NERAKA CUBALAH AKU BAYANG,
PERJALANAN AKHIRAT TERLALULAH PANJANG,
JANJI ALLAH TAALA AKAN TERTUNAI TAK SIAPA BOLEH HALANG.

APASAL LAAAA....AKU MASIH MALAS SEMBAHYANG....?drp.jenakaselambasantai..

Rabu, 25 Ogos 2010

NEGARA ISLAM DAN HUDUD PAS .... ADAKAH DAP AKAN KELUAR PAKATAN? .



ADAKAH DAP AKAN TUNDUK DENGAN KETEGASAN PAS...?

"Dan selagi hudud dan penubuhan negara Islam menjadi satu momokan untuk DAP manakala PAS pula menentang negara sekular, maka kedua-dua mereka akan bertelagah sehingga hari kiamat, maka BN dan Umno akan terus menguasai negara ini dan kita boleh lupakan hasrat mengambil-alih kerajaan persekutuan.” Dr. Dzulkifly Ahmad......sumber Malaysiakini.

Sejarah mungkin berulang?

Pada 2001, DAP meninggalkan Barisan Alternatif secara tergesa-gesa apabila PAS berkeras mempertahankan bahawa parti itu akan menubuhkan negara Islam yang berpaksikan undang-undang Islam dan hukum hudud jika berkuasa.

Kata Dr. Dzulkefly Ahmad lagi.....

Sekiranya perbalahan umum itu berterusan, maka sejarah akan berulang yang menyaksikan pakatan pembangkang menumbangkan sesama mereka
Beliau menggesa pemimpin Pakatan Rakyat supaya menghentikan perbalahan mengenai ura-ura hukum hudud akan dilaksanakan jika mereka membentuk kerajaan persekutuan.

JELAS SEKALI KEPIMPINAN PAS TIDAK BERSETUJU SARANAN NIK AZIZ, inikan pula DAP....Karpal dah bersedia mayatnya dilangkah kalau konsep negara Islam ala-Pas hendak dilaksanakan.....

DAP merasakan mereka kuat tanpa PAS ..Itu yang berlaku PRU 2001 bila mereka meninggalkan Barisan Alternatif.

Dalam PRK Sibu...DAP pernah dicabar oleh SUPP.....

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang mengambil pendirian tegas berhubung isu itu dan sebaliknya mencabar DAP sama ada sama ada parti itu menyokong negara Islam seperti yang dibawa rakannya PAS.
"Ini merupakan cabaran kami kepada DAP. Mereka asyik bercakap mengenai perubahan. Kami mahu mereka nyatakan sama ada mereka sokong sebuah negara Islam. "Kami mahu pemimpin DAP, jika mereka benar-benar serius bagi membawa masa depan yang lebih baik bagi Sarawak, mereka mesti umumkan bahawa mereka tidak mahu sebuah negara Islam ala PAS," kata ketua publisiti SUPP Sibu Daniel Ngieng pada sidang akhbar sempena pilihan raya kecil di Sibu

SEMENTARA ITU NIK AZIZ MEMPERTAHANKAN PENDAPAT KARPAL ITU SEBAGAI PANDANGAN PERIBADI......

"Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu merupakan pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti,"
Paling jelas pemimpin lain dalam PAS dan PKR mula membantah saranan Tok Guru......Kenapa mereka tak hormat kat Tok Guru lagi demi takut kehilangan DAP......?

MUNGKIN NIK AZIZ TAK TAKUT KEHILANGAN DAP.....!



TENGAH SERONOK CERITA SEJARAH....Aku ketengahkan satu lagi lembaran sejarah di Rompin iaitu Bukit Ibam...

Bukit Ibam berasal dari sebuah kampung kecil jauh di pedalaman..kira-kira 125 km dari bandar Rompin.Sekitar 60an penempatan ini menjadi maju dilengkapi dengan pelbagai prasarana...



Kalau anda sampai ke Bandar Rompin...Lihatlah kearah KOMPLEK PEJABAT DAERAH..Betul-betul dihadapannya ada sebuah kepala keretapi lama. Ianya ialah sejarah kepunyaan Syarikat RompinCo. terlibat bermulanya sejarah Bukit Ibam..


Ceritanya bermula apabila seorang Asli bernama Leman menemui sejenis batu logam yang akhirnya setelah dibuat penyelidikan ianya ialah bijih besi.Bermula dari situ sebuah syarikat Inggeris, Eastern Mining & Mineral Company(EMCO) membangunkan lombong bijih besi disitu.


Olehkerana jarak ke pelabuhan kecil di Kampung Pantai Bernas begitu jauh untuk menghantar bijih,jalan keretapi dibina oleh Syarikat Rompin Mining Company/ROMPINCO.Sebelumnya perhubungan ke sana adalah melalui sungai Rompin ke Kampung Aur dan jalan darat ke Bukit Ibam sejauh 18 km. Menurut ceritanya, dahulu jika bersampan dari Aur ke Rompin memakan masa selama 2 minggu.


Semasa pembinaan jalan keretapi, jurutera syarikat itu bernama Fittsburg membaca buku bertajuk ' I Bought A Mountain'... maka nama IBAM diambil dari huruf-huruf awal buku berkenaan.


Kini Bukit Ibam tinggal kembali sebagai sebuah perkampungan,yang ada di sana sebuah tasik bekas lombong yang dipanggil 'Tasik Biru'. Uniknya tiada kehidupan dalam tasik itu.Menurut ceritanya apabila lombong ditutup semua peralatan besi termasuk jentera yang tak berguna dihumban kedalam tasik itu..oleh kerana itu airnya sentiasa biru tetapi tiada seekor ikan pun hidup didalamnya....sumber;SKIbam/pej.Daerah

Selasa, 24 Ogos 2010

DIMANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG


PETANG ini aku ingin berkisah sedikit tentang tempat tinggalku..maksudnya daerah yang ku duduki.Biarpun sebenarnya aku berdagang kesini sejak 27tahun dulu tetapi aku begitu gembira dan bersyukur tinggal di daerah yang nyaman ini....Disini tempat aku mencari rezeki, menimba pengalaman dan memperolehi kejayaan dalam arus kehidupan....

Kuala Rompin asalnya adalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di tepi Kuala Sungai Rompin. Sejarah namanya dikaitkan dengan sebatang pokok. Pada masa dahulu banyak pokok ru atau cemara tumbuh di sepanjang pantai daerah Rompin. Boleh dikatakan tidak ada pokok selain pokok ru atau cemara tumbuh dengan banyaknya disitu. Antara pokok ru yang banyak itu, ada sebatang pokok Ru yang besar dan tinggi. Yang ganjilnya ialah batang pokok Ru itu ramping di bahagian tengahnya. Walau bagaimanapun keadaan ini tidakpun menjejaskan kekuatan pokok Ru itu pada keseluruhannya.

Hal ini cukup menghairankan penduduk tempatan dan cerita ini sering menjadi buah mulut mereka pada setiap masa. Ada yang menganggap keganjilan itu sesuai dijadikan penempatan. Semenjak daripada itu tempat ini dikenali dengan Ru Ramping. Oleh sebab nama itu panjang, akhirnya penduduk tempatan memendekkan kepada Rumping. Seterusnya dialek tempatan menyebabkan perkataan Rumping menjadi atau disebut Rumpin tetapi lama kelamaan ianya dieja Rompin.

sumber.. pejabat daerah Rompin.

Aku juga ada kisah tambahan tentang...PENDUDUKAN BINTANG TIGA (KOMUNIS) DIROMPIN,PAHANG.NANTI AKU CERITAKAN DALAM LEMBARAN YANG LAIN....

Isnin, 23 Ogos 2010

GENERASI FELDA BUKTIKAN KEJAYAAN.

Transformasi ekonomi luar bandar menerusi Felda - Generasi peneroka menyahut cabaran....... BERJAYA DIBIDANG PENDIDIKAN.

Semasa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) diwujudkan hasil idea bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein, ramai yang ragu sejauh mana rancangan tanah Felda ini mampu merubah kehidupan peneroka dan generasi pewarisnya. Hari ini masyarakat peneroka Felda di 317 rancangan tanah berjumlah kira-kira 4.8 juta orang dan mewakili 15.6 peratus daripada keseluruhan penduduk negara ini. Mereka bukan saja sudah membaiki kedudukan sosioekonomi, malah turut merubah landskap geografi negara. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim River, Perak, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib ialah seorang daripada mereka yang berbangga dengan warisan Felda ini. Beliau ialah anak peneroka Felda Sungai Behrang di Slim River dan memang berbangga dengan apa yang disumbangkan Felda selama ini terutama mengeluarkan masyarakat luar bandar daripada kepompong kemiskinan. “Kebanyakan peneroka Felda datangnya dari perkampungan terpencil di luar bandar yang sebelum ini hidup serba miskin dan melarat. Tidak pernah mereka bayangkan suatu hari nanti pendapatan mereka boleh menjangkau sehingga RM4,000 sebulan, jauh lebih baik berbanding pendapatan anak mereka yang keluar dari pusat pengajian tinggi,” katanya baru-baru ini. Bapa Mohd Khusairi menyertai Felda Sungai Behrang pada 1968 dan pada masa itu taraf hidup tidak banyak berubah namun ada kerja dan matlamat yang perlu dicapai. Selepas tujuh tahun apabila getah mengeluarkan hasil, kehidupan warga peneroka yang hanya bergantung kepada barang makanan yang didapatkan dari kedai syarikat, mula meningkat. “Sebelum menjadi peneroka, mereka tinggal di kampung tradisi yang ada sebahagian mereka hanya menumpang di rumah saudara-mara dan ada juga yang tiada rumah sendiri. Apabila menyertai Felda mereka diberikan tanah suku ekar dan sebuah rumah satu bilik dengan tandas di luar rumah. ITULAH Gambaran KEHIDUPAN AWAL dan akhirnya memupuk kejayaan seorang anak peneroka Felda..ramai lagi yang telah berjaya seperti Mohd Khusairi.Sehingga kini Felda telah melahirkan sejumlah hampir 90 ribu graduan diseluruh negara.Ini adalah hasil pendekatan Felda menaikkan taraf pendidikan anak-anak peneroka dengan memberikan skim tuisyen percuma(STF) dan bantuan kewangan bagi yang melanjutkan pelajaran peringkat diploma(RM500) dan Ijazah(RM1000)ianya tidak termasuk biasiswa bagi yang layak... DULU....Malu nak mengaku sebagai anak peneroka, tapi sekarang amat berbangga.. Tanah rancangan yang dulunya kontang..tempat bermain anak-anak dengan hanya berseluar pendek dan berlenggeng,comot dengan debu..kini generasi ini telah sebaris dengan mereka yang bergelar bangsawan.....

SYUKUR KEPADA TUHAN...

FINLAND NEGARA TERBAIK DUNIA,MALAYSIA KE 37.




MALAYSIA DITANGGA KE 14 di dunia dalam pencapaian ekonomi berbanding Singapura ditempat pertama sementara Indonesia ditempat ke 76. Demikian majalah Newsweek melapurkan......

Disamping itu kedudukan negara ditempat 37 terbaik dunia dan ke 2 di Asean dibelakang Singapura(ke 20), Thailand(58), Philipina(63), Indonesia(73) dan Vietnam(81)...

Dari segi pendidikan negara menduduki tempat ke 36 dunia, Kesihatan ke 52, Kualiti hidup ke 48 dan politik ke 54...


KOMEN UG63...Tertarik dengan pencapaian ekonomi negara, memanglah jauh ketinggalan daripada Singapura yang mengatasi negara-negara maju dunia.Begitupun bolehlah berbangga dengan pencapaian kita..

Tak sedapnya pulak ialah suasana politik kita di kategorikan buruk ditempat ke 54..lebih teruk dari Indonesia (ke 52)..

Ini siapa punya kerja sampai suasana politik kita mendapat tempat tercorot berbanding ekonomi, pendidikan,kualiti hidup dan kesihatan...

Nampaknya..negara semakin maju suasana politik semakin kacau.Dulu negara mundur dan miskin kita boleh bersatu..KINI...Kuasa dah jadi rebutan.............!

Ahad, 22 Ogos 2010

TELUR GRED A VS TELUR GRED AAA.




Pas takut pada DAP - Ternyata PAS di ' remote control'. Nik Aziz takkan mampu ubah suara Karpal singh.....



SHAH ALAM – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta menghentikan sandiwara berhubung isu hukum hudud.


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, ia kerana Pas hanya berani bersuara mengenai isu tersebut tetapi tidak berani melaksanakannya kerana takutkan sekutunya, DAP.


“Dulu, semasa Pas sendirian tanpa PKR dan DAP pun tidak mampu melaksanakan hukum hudud apatah lagi apabila bergabung dengan DAP dan PKR. Sebenarnya Pas takut dengan DAP, tidak berani hendak bercakap,” katanya.


KOMEN UG63... PR sekarang ibarat telur dalam satu sarang...bukan semuanya gred A..DAP dah jadi gred AAA berbanding PAS dan PKR. DAP dah berjaya menghasut PAS dan PKR membelakangkan agama dan kepentingan sendiri demi persahabatan...akhirnya mengikut telunjuknya...


Karpal bermatian tak setuju hudud dan negara Islam..langkah mayat dia dulu katanya...
Jangan mimpi kerana hudud tak ikut perlembagaan negara...


Itu adalah dasar DAP.....juga dasar PR.Bila Karpal yang bersuara, bukan pandangan peribadi..ianya pandangan DAP malah PR sekali......Nik Aziz tak usah nak selindung mengatakan itu pandangan peribadi Karpal...


Tak tahulah mungkin juga Karpal boleh berubah bila ditabal sebagai 'Khalifah' dan didoakan
dalam khutbah jumaat..


“Lihat sahaja contoh di negeri Selangor, Pas terpaksa bersekongkol dengan DAP untuk menghalalkan penjualan arak, rumah urut, pusat judi dan sebagainya....

KONTROVERSI KHUTBAH SOLAT JUMAAT.


MAKIN RAMAI TAMPIL MENGESAHKAN APA YANG DIANGGAP TUDUHAN DAN REKAAN .....
Doa Khutbah: Nama Guan Eng Terus Disebut

Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang fail laporan polis

PETALING JAYA: Kontroversi penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam khutbah solat Jumaat terus berlanjutan apabila sebuah lagi masjid di negeri itu mengesahkan mengenai perkara tersebut.

Terbaru, nama Setiausaha Agung DAP itu sekali lagi disebut dalam bacaan doa khutbah kedua di Masjid Jamek Kubang Buaya, Butterworth.

“Memang ada doa”

JELUTONG – Bukan baru-baru ini tetapi kira-kira dua hingga tiga bulan lalu nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng disebut dalam bacaan khutbah solat Jumaat di Masjid Jamek Jelutong.

Ketua UMNO Cawangan Jelutong, Abu Kassim Ismail berkata, beliau yang ketika itu berada dalam masjid agak terkejut kerana nama Guan Eng disebut bagi mengantikan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin serta Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.

Menurutnya, khatib yang membaca khutbah mungkin khatib jemputan kerana bukan yang biasa bertugas di masjid berkenaan.

“Masa itu saya agak hairan kerana selepas mengucapkan semoga Guan Eng sejahtera, saya cuba mendapatkan nama khatib di papan kenyataan masjid tetapi tidak tercatat apa-apa.

SEKARANG APA KATA PAS..yang melebelkan isu ini rekaan UMNO..Khutbah jumaat bukan sedikit orang yang mendengarnya...

Apa yang paling mengecewakan bila nama Yang Di Pertuan Agung sanggup diketepikan demi memuja Guan Eng...

Sabtu, 21 Ogos 2010

BERHENTI MEROKOK BERMULA RAMADHAN.


Ustad beri Tazkirah kat Surau semalam berkata..Bulan Ramadhan ni paling sesuai untuk penagih ROKOK berazam untuk berhenti...Katanya kalau waktu siang berpuasa kita boleh menahan diri..berazamlah untuk malam dan seterusnya....berhenti terus.

KEMENTERIAN KESIHATAN rupanya sedang berkempen sempena Ramadhan ini...aku ambil sedikit petikan dari INFO SIHAT.

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KEMPEN NAFAS BARU BERMULA RAMADHAN

JAWAPAN

Kempen Nafas Baru Bermula Ramadhan merupakan beberapa siri kempen menggalakkan orang ramai berhenti merokok. Nama Kempen Nafas Baru
Bermula Ramadhan diambil bersesuaian dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak iaitu merupakan peluang yang sangat baik kepada orang-orang islam untuk meninggalkan tabiat merokok.

Tips Berhenti Merokok


Sihat sepanjang hayat. Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.

Tip Berhenti Merokok 12 M :
  1. Melengah-lengahkan
    • Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar

  2. Menarik nafas panjang
    • Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan

  3. Minum air
    • Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein

  4. Menyibukkan diri
    • Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok

  5. Menjauhkan diri
    • Daripada orang yang merokok

  6. Mengelakkan diri
    • Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok

  7. Mengunyah sesuatu
    • Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis

  8. Membasuh tangan selalu

  9. Mandi dengan kerap

  10. Meregangkan otot
    • Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk

  11. Meditasi

Terjumpa pula aku satu tulisan...Seorang penulis Mesir bernama Jamal A-Bana -seorang pemikir liberal yang pendapatnya sering bertentangan dengan Ulama.Katanya 'Merokok tidak membatalkan puasa' alasannya..merokok itu menghirup dan menghembus udara seperti kita bernafas, ianya bukan makanan atau minuman,Katanya lagi tiada Nas yang melarang merokok secara jelas..

Apapun bagi aku jangan layan lah orang gila tu.....ajaran sesat agaknya,seronok pulak nanti kaki rokok pakai fatwa dia...

Sabda Rasulullah saw..'Ramadhan itu ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran ialah masuk Surga'.

Persoalannya ramai teman-teman aku berazam berhenti merokok bermula ramadhan tapi berakhir bila Syawal menjelma......

Jumaat, 20 Ogos 2010

MESYUARAT TIKUS-TIKUS siri 2



BEBERAPA WAKTU BERLALU...Ketua tikus semakin bimbang kerana semakin ramai anak buahnya menjadi mangsa kucing durjana....

Entah-entah silap haribulan aku pun akan menjadi mangsa, tak berKETUA lah tikus-tikus disini.Tak ada yang layak menggantikan aku...kata hatinya. Ini tak boleh jadi, aku mesti memanggil mesyuarat sekali lagi..kali ini keputusan mesti dicapai..rasanya cadangan menggantung loceng dileher kucing keparat itu
memang bagus...tapi siapa yang berani melaksanakan...fikirnya.

TANPA berlengah Ketua tikus pun memanggil mesyuarat untuk kali ke 2...

Sampailah masa dan ketikanya, berhimpunlah tikus-tikus di kawasan itu...untuk bermesyuarat.

DENGAN nada begitu terharu dan bersemangat Ketua tikus pun berkata;
Hari ini kita kena capai keputusan kerana saya begitu sedih semakin ramai keluarga kita menjadi mangsa si Celaka itu.Cadangan menggantung loceng dileher si Jahanam itu sebenarnya sangat baik..jika kita berjaya semua kita akan selamat, jadi kita perlukan seorang pahlawan yang berani...siapa antara kamu yang bakal menjadi Pahlawan itu?

Semua tikus-tikus mendiamkan diri.... Setelah melihat tiada seekor pun anak buahnya yang berani menawarkan diri Ketua tikus pun berkata: 'Kalau begitu kita kena cadangkan siapa bakal pahlawan itu...silalah...

Tikus kecil pun bangun berkata, " Aku cadangkan Ketua kita....................' lalu disambut dengan sokongan sebulat suara tikus-tikus yang hadir....'SOKONG...SOKONG...!

KEMUDIAN semua mata tertumpu kepada Ketua tikus.....Mukanya dah pucat lesi dan terpercik peluh jantan didahinya.....
Dengan terketar-ketar ia berkata..' EER..ERR..SE..SE....SE ..benornya a..aku dah tua , uzur pulak tu dan perlu mengundur diri sebagai ketua..kamu semua kenalah lantik ketua baru..katanya sambil berlalu dari situ...

SEMUA TIKUS-TIKUS BERPANDANGAN SESAMA SENDIRI dan..... Mesyuarat berakhir lagi tanpa sebarang keputusan.

Khamis, 19 Ogos 2010

TEGUR-MENEGUR HAK SESAMA MUSLIM...


PAHANG DAILY MELAPORKAN...ORANG RAMAI BERBUKA DIPADANG MPK BERSEBELAHAN MASJID TAPI RAMAI YANG TAK SEMBAHYANG....


KUANTAN, 19 Ogos - Senario umat Islam berbuka puasa di padang MPK3 depan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I kini menjadi satu "trademark" pelancongan baru negeri ini. Bilangan yang menjadikan lokasi tersebut sebagai tempat berbuka semakin hari semakin bertambah. termasuk orang bujang dan yang sudah berkeluarga . Suasana senja yang menarik dan kedamaian berada di atas rumput yang menghijau menyebabkan warga Kuantan mengambil peluang berada disitu setiap kali mahu berbuka puasa. Malahan, "orang luar"juga menjadikan lokasi terbabit untuk tujuan yang sama. Apa yang berlaku di Kuantan ini mungkin tidak terdapat di mana-mana masjid di seluruh negara . Sewajarnya aksi itu boleh dicatatkan dalam "Guiness World Record Book", sebagai perkarangan masjid yang paling ramai umat Islam berbuka puasa. Namun, Ramai umat Islam yang berbuka puasa disitu, tidak pula mengimarahkan masjid untuk bersama-sama bersolat Maghrib berjemaah. Berbuka puasa di depan masjid dikira baik, tapi keengganan untuk berjemaah di dalam masjid amat menghairankan para jemaah masjid itu. Tinjauan krew kami mendapati umat Islam hanya menjadikan lokasi berkenaan sekadar untuk berbuka puasa dan kemudiaannya sanggup melepak disitu sehingga masuk ke waktu Isyak . Persoalannya sekarang, apakah jawatakuasa masjid negeri tidak memantau perkara ini. Sedangkan ia berlaku di depan mata mereka setiap kali tatkala bulan Ramadhan menjelma?.

AKU TAK SETUJU P.D menyalahkan jawatankuasa masjid semata-mata.Apakah..tugas P.D hanya
memantau,cari isu dan menyalahkan orang,jadi apa tugas kita semua sebagai muslim sedangkan
tegur-menegur dan saling menasihati sesama muslim amatlah digalakkan di dalam Islam.Ini kerana Islam itu merupakan agama yang mementingkan aspek kemasyarakatan dan persaudaraan dalam menuju redha Allah S.W.T.Nabi S.A.W sendiri telah menyatakan dalam hadis yang sering kita dengari dan dinukilkan oleh Imam Nawawi dalam Matan Al-Arbain An-Nawawiyyah..

“Agama itu nasihat”

Begitulah pentingnya nasihat dalam masyarakat Islam cuma janganlah sampai melampaui had dan adab dalam memberikan teguran dan nasihat tersebut.

PAHANG DAILY juga seolah-olah menyalahkan jawatankuasa masjid dengan menyatakan jawatankuasa sepatutnya mengedarkan pamplet atau flyers menyuruh orang bersolat,menubuhkan team khas bertemu orang ramai , memperdengarkan kaset/cd tazkirah tentang solat berjemaah sebelum berbuka dan mengajak orangramai berjemaah atas padang.Juga menegur yang melepak dan berpasangan atas padang tanpa menutup aurat.

Memang cadangan itu baik tapi adakah kita tidak boleh bantu melaksanakan cadangan itu.Masjid tu hak kita bersama...

Berapa kerat sangatlah Jawatankuasa masjid yang ada, masa tu nak sembahyang..masa tu juga nak pergi nasihatkan orang.Sepatutnya yang hadir tu tahu tugas mereka sebagai muslim.Takan boleh berpuasa tak boleh sembahyang...!

RASANYA TIDAK TEPAT MENYALAHKAN JAWATANKUASA MASJID SAJA SEDANGKAN IANYA TUGAS KITA SESAMA MUSLIM...

Jika kita merujuk kepada kitab Al-Wafi syarah Matan Al-Arbain An-Nawawiyyah ada dinukilkan kata-kata Fudhail Bin I’yadh :

“Mukmin itu menasihati dan menutup(aib dan kesalahan),Orang yang jahat itu menyingkap dan mendedahkan(aib dan kesalahan)”

Jelas dengan kata-kata Fudhail Bin Iyadh tersebut,menunjukkan pendekatan yang wajib diikuti dalam memberikan teguran dan nasihat bukan menyalahkan muslim yang lain.

CERITAKU......zammbegha..!



SUATU MASA DAHULU di negeri bernama Dar Cappati, berhampiran dengan negeri Dar Canai dan Dar Perata...tinggal sepasang suami -isteri jauh di pedalaman.
Suami isteri miskin itu hidup susah dan tidak pernah keluar jauh dari rumah mereka......

Saban hari pasangan bahagia ini menyara hidup dengan apa yang mereka usahakan sekitar rumah nya.Makanan harian mereka berdua adalah capati yang dibuat sendiri.....

Bertahun-tahun makan' capati '...Suatu hari sisuami berkata kepada isterinya.. Wahai isteriku ..kita hari-hari makan capati, dah terlalu jemu rasanya. Abang rasa eloklah sesekali kita ke bandar dan merasa makanan orang disana.

Elok juga tu, balas siisteri.....

Maka keesokkan harinya kedua suami -isteri itu berjalan menyusuri gunung,sungai dan padang nan luas untuk ke bandar.Setelah beberapa hari sampailah ke sebuah pekan kecil.

Oleh kerana terlalu lapar dan dahaga ,mereka terus menuju ke sebuah gerai menjual makanan.
Ramai orang sedang menjamu selera di gerai itu. Sang Suami terus menggamit seorang pelayan gerai tersebut.Olehkerana tidak memahami bahasa yang diucapkan oleh kedua suami-isteri itu, pelayan mengunjukkan senarai menu.

Pasangan itu tak tahu membaca..jadi mereka memesan dengan menunjuk-nunjuk sahaja..

Apabila makanan sampai alangkah terkejut keduanya kerana yang diminta itu....CAPATI..

Di sebabkan lapar mereka makan juga sampai habis....Sisuami mula mencari akal bagaimana hendak mendapatkan makanan selain capati. Tiba-tiba ia melihat orang di sebelah makan sejenis bubur, lalu ia memberitahu isterinya ..Kita akan minta makanan itu.. Kebetulan pula orang sebelah mengangkat tangan dan meminta dengan kuat kepada pelayan...ZAMMBEGHA..! katanya..

Sisuami sangat gembira..Oh namanya zammbegha......lantas mengangkat tangan dan berkata ZAMMEGHA kepada pelayan..

Selang beberapa minit pesanan 'bubur' jiran sebelah pun sampai..
Kemudian pasangan itu melihat pelayan membawa hidangan untuk mereka.Apabila dihidangkan
ianya CAPATI juga...

Suami-isteri itu kehairanan..lalu makan juga sampai habis.Setelah selesai membayar mereka terus pulang ke kampung tanpa datang-datang lagi kebandar.......Sekian.

(zammbegha..maksudnya tambah lagi).



IKLAN SEBENTAR...Tunggu Esok MESYUARAT TIKUS-TIKUS siri ke 2 dan jawapan TEKA-TEKI.....Jangan kemana-mana..!

NUKILAN DARI SAHABATKU DI SEBERANG.


HARI INI AKU SIARKAN CATATAN DARI SAHABAT BLOGGER KU DARI INDONESIA BERNAMA ITIK BALI...RASANYA AMAT BERMAKNA UNTUK TATAPAN KITA BERSAMA SEBAGAI SAUDARA SERUMPUN.....

CATATAN BERTAJUK...
SEANDAINYA SAYE ORANG MALAYSIE.....


Perkenalkan sebelumnye, name saye Zubaidah Rosida Majenun Maimunah Jamilah Nurhaliza binti Encik Agong Rizaldi Makromah .

Maaf saje kalo name saye agak panjang, mungkin saye bile di Indonesie sudah masuk MURI sebagai pemilik nama terpanjang se Tanah Malake, tapi sayangnye di
Malaysie tak ade. Suatu karye yang bagos untuk dari Bangsa kalian.

Salut itu.

Tapi kapan-kapan kite nak hendak buat semacam MURI namun pasti yang lebih dahsyad, bagusnye kite nak hendak kasih name MURAM (Museum Rekor Ala Malaysia).

Sebenernye saye hendak bepergian ke Indonesie, tapi saye lihat suasana sedang tak bagus. Bendera Malaysie dibakar sana sini. Apa pasal saye bener-bener tak tahulah.

Kami bangsa Malaysie sebenernye kagum sangat dengan Indonesie yang punye banyak ragam budaye. Tapi sayangnye kalian tak pernah merase memiliki dan sering mengabaikan, jadi apa salahnye kalau kita orang
Malaysie yang merawatnye dan mempatenkan menjadi milik kami.

Kenape setelah pasal tu barulah kalian bereaksi? Berteriak-teriak protes, “Ini milik kami..ini milik kami, kalian mencuri milik Indonesia, kalian maling!”

Kenape sebelumnye kalian mengabaikan milik kalian?? Kenape tak pernah terlintas ide untuk mempatenkan semue warisan budaye milik Nenek Moyang kalian dahulu sebelum bangse lain mengklaimnya?? Bahkan para pemimpin kalian sibuk dengan urusan sendiri. Parlemen sibuk mencari kursi, sampe lupe bahwa kalian hendaknya bersatu merawat budaye nan elok nian itu.

Saye tak yakin pemerintah kalian berani tegas memprotes. Kenyataannya meski kite telah mengklaim 100 makanan tradisionalpun, kalian tak hendak bertindak juge. Diam pula tanpe ade tindakan balik. Ape gunenye kalian protes jike tak ade tindakan.

Ya to? Bener to?

Owww maafkan saye, menggunakan logat Jawa. Comel nian. Ndak apa-apa to? Kalaupun saye pake paling kalian hanye bise protes seperti sebelum-sebelumnya. Sedang pemerintah Indonesia paling hanye bise diem sambil mengelus dadenye saje.

Tengoklah keberanian dan ketegasan kami dalam menegakkan hukum, sehingge tak ade macam mafia pajak dan korupsi yang membuat rakyat miskin kian miskin bise diredam. Bahkan untuk teroris pun kami tak ada ampon. Itulah makenye masyarakat kite lebih taat hukum.

Contoh saje keberanian pemerintah Malaysie. Jangan hanye bise memprotes dan menghine kami saje. Meski negare kita tak seluas Indonesie, penduduknye tak sebanyak Indonesia serta kekayaan alamnye tak seelok Indonesie tapi dalam hal diplomasi, Pemerintah Malaysia lebih tegas. Makanye tak heran bila kite selalu menang dalam hal diplomasi.

Seperti pasal baru-baru ni, penangkapan 7 Nelayan Malaysie yang kedapatan mencuri di perairan Kepulauan Riau. Kami hanya mengikuti pasal, “Kalian jual Kamipun beli”. Kalau kalian membebaskan mereka kamipun akan membebaskan DKP yang kami tahan pule.

Impas kan? Itulah pintar-pintarnya kami berdiplomasi dan keberanian kami membela warge kami yang mengalami kesusahan.

Kalian berani tak mengambil tindakan macam kami ni? Sungguh, saye tak yakin sangat.

Teringatpun Manohara punya kasus dengan Pangeran Kelantan. Katanye, sewaktu mengalami penyiksaan dan melarikan diri dari Malaysia, tak ada perhatian sedikitpun dari Pemerintah Indonesia. Justru yang menolongnye Kepolisian Singapore.

Bila Mahonara yang kasusnye banyak di publish media saje tak dapat perhatian yang layak lalu bagaimane nasib ribuan TKI
yang mencari makan di Malaysie yang mendapat berbagai macam masalah dan penyiksaan tu?

Saye tahu, kalian bisanye protes jak. Tak tahukah kalian bahwe di Negare kami masih banyak TKI yang mencari duik demi budak-budak mereke di kampong. Bise saje kami usir mereka dari kami punya country tapi kalau kami usir mereke, hendak kemane pule mereke.

Kamipun masih menimbang Rase kemanusiaan tu..


Sudahlah saye tak ingin berdebat panjang tentang siape yang salah dan siape yang benar. Apalagi ini di bulan puase, tak baik lah bertikai macam tu. Lebih baik kalian tengok Ipin dan Upin karya bangsa kami yang kalian sukai juge.

Sebagai sesama orang Melayu dan sebagai saudara SERUMPUN, kami hanya mengikuti peribahase, “Rumpun tetangge memang lebih hijau daripade Rumpun sendiri”

Jadi ape salahnye kalo kami menginjak-injak dan makan


Udanggalah" Kita bukan sahaja saudara serumpun dan seagama malah lebih dari itu..ibarat cubit paha kanan paha kiri terasa sakit juga....'

Rabu, 18 Ogos 2010

MARI BERTEKA-TEKI.


Hari ini aku nak beri TEKA-TEKI 3 SERANGKAI sempena Ramadhan....Ianya berbunyi begini... Teka-teki 1, Dalam sebuah sungai ada 3 ekor buaya sedang kelaparan....Tiba-tiba ada 3 ekor babi hendak melintas sungai itu.Babi pertama tanpa berlengah masa terjun..buaya pertama pun tanpa tunggu tangkap dan makan babi itu.Kemudian babi kedua pun terjun untuk menyeberang, malangnya ia juga dimakan oleh buaya kedua pula. Tanpa teragak-agak babi ke3 juga terjun,,tapi buaya ketiga tak tangkap pun babi itu....KENAPA AGAKNYA? Teka-teki 2, Esoknya... Tiga ekor kancil hendak melintas sungai tersebut.Kancil pertama terjun dan ditangkap oleh buaya pertama.Begitu juga kancil kedua terjun dan ditangkap lalu dimakan oleh buaya kedua.Apabila kancil ketiga terjun ia ditangkap oleh buaya ketiga tapi tidak dimakan lagi(disimpan)......KENAPA PULA AGAKNYA? Teka-teki 3, Sampailah Suatu Ketika... Ketiga-tiga ekor buaya perlu melintas satu titi....Buaya pertama melintas dengan gagahnya tapi terkandas dan jatuh ke gaung.Buaya kedua pun berbuat demikian tetapi senasib dengan buaya pertama.Buaya ketiga turut meniti,perlahan-lahan akhirnya BERJAYA?...KENAPA BOLEH BERJAYA dan DI MANA TITI ITU BERADA? JAWAB jangan tak JAWAB....! untuk suka-suka saja..hadiah lumayan juga melencong keluar negara (RM..T.S) JAWAPAN SEBENAR AKAN DISIARKAN 48 JAM DARI SEKARANG....

HIDAYAH DARI ILAHI..

SEMPENA RAMADHAN INI, INGIN AKU KONGSIKAN 3 KISAH YANG AKU PETIK DARI SEBERANG...... Sesiapa yang Allah keluarkan dari kegelapan kepada cahaya, akan mendapati betapa terangnya kebenaran tersebut. Kerana cahaya tersebut akan menyingkap untuknya hakikat kebenaran, sehingga ia dapat mengetahui bahawa yang hak itulah yang hak dan yang bathil itulah yang bathil.
Asy-Syaikh ‘Abdullah al-‘Ubailan (Ulama Hadis ‘Arab Saudi).


Dulu Perompak 7 Kg Emas, Kini Kiai Alim


YOGYAKARTA, - Jalan hidup seseorang sukar diduga. Kelmarin jadi penjahat, belum tentu besok masih juga penjahat. Buktinya, Sandiman Nur Hadi Widodo, mantan perompak toko emas Riau yang menggondol 7 kilogram emas tahun 1996.

Dulu, dia dihukum empat tahun penjara. Kini, dia jadi pendiri dan pengasuh pondok pesantren dan panti asuhan Al Ghifari di Gontan, Sidoreja, Lendah, Kulonprogo, Yogyakarta.

Selama di penjara, Sandiman justru mendapat hidayah dari Allah dan belajar agama. Hebatnya lagi, hanya dalam waktu tiga bulan, Sandiman mampu menghafal Alquran 30 juz atau menjadi hafidz.


Kisah Suparni, dari Pelacuran ke Tasbih


JOMBANG — Suparni adalah seorang wanita yang terjerumus ke kerjaya pelacuran. Ia miskin papa. Beruntung, sebelum jauh terjerumus, Suparni sudah insaf.


Dulu, ketika masih jadi "orang nakal", dapat duit gampang dan jumlahnya cukup banyak. Tapi selalu cepat habis tak berbekas.
-- Suparni
Kini, dalam usia 60 tahun, Suparni adalah tukang cuci baju . Yang lebih menyentuh lagi, dia aktivis sebuah majlis Yasin di desanya, Kepuhkembeng, Kecamatan Peterongan, Jombang, Jawa Timur.



Raja Gaduh Bertobat,


BLITAR, - Keinginan kuat untuk menjadi raja adu-kuat membawa Darwanto alias Paegox, 30, mengembara ke Banyuwangi hingga Banten guna menimba ilmu kesaktian.

Tujuannya, agar saat berkelahi atau beradu tenaga tak mudah dikalahkan. Namun, setelah ditangkap polis akibat pergaduhan ia merasakan jiwanya kosong dan seolah-olah mengalami tekanan diri.

Setelah bebas Darwanto dikenal dengan sebutan Paegox kini banyak mengadakan kegiatan sosial untuk mengisi bulan Ramadan Firman Allah swt: “ Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang berlebih-lebihan terhadap dirinya (dengan memperbuat dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah swt. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kembalilah (bertaubatlah) kamu kepada tuhanmu, dan patuhlah kamu kepadaNya sebelum tiba siksaan kepadamu, kemudian kamu tidak mendapat pertolongan” (Az-Zumar: 53,54).

Selasa, 17 Ogos 2010

MESYUARAT TIKUS -TIKUS



Pada suatu ketika tikus-tikus di satu penempatan berasa amat bimbang dengan kehadiran seekor kucing yang amat ganas.Telah banyak keluarga tikus yang menjadi mangsanya. Demi menyelesaikan masalah itu ketua tikus berhasrat memanggil satu mesyuarat tergempar dikalangan komunitinya. Maka sampai masanya berhimpunlah tikus-tikus dikawasan itu untuk bermesyuarat. Ketua tikus pun mengemukakan masalah yang sedang mereka hadapi dan mohon cadangan anggotanya bagaimana untuk mengatasinya. Tiba-tiba seekor tikus tua bangun dan mengemukakan cadangannya ' Aku cadangkan kita menggantung loceng dileher kucing keparat itu, supaya apabila dia datang loceng tersebut akan berbunyi dan kita semua sempat bersembunyi '. ' Bagus cadangan itu kata ketua tikus, bagaimana yang lain?' Seekor tikus kecil lantas bangun dan berkata,' Masalahnya siapa dikalangan kita yang sanggup menggantung loceng tersebut?' Semua tikus- tikus yang hadir berpandangan sesama sendiri.......MESYUARAT BERAKHIR TANPA SEBARANG KEPUTUSAN.....

MENAHAN LAPAR DAN DAHAGA KETIKA BERPUASA.


LAPAR dan DAHAGA adalah satu dugaan ketika berpuasa dibulan Ramadhan.....
Berikut diperturunkan petua bagi mengurangkan lapar dan dahaga dan kita boleh bekerja seperti biasa...InsyaAllah.

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa "( QS Al-Baqarah : 183 ).

MESTI BERSAHUR ....Ketika makan nasi, berdoalah selayaknya sebagai Muslim.Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul.Baca Surah Al-Ikhlas setiap kali memakan nasi gumpalan itu...habis 3 gumpal itu makanlah seperti biasa.

Selepas makan sahur makanlah kurma 7 biji.Sebelum makan baca selawat dan makan buah kurma pertama begitulah seterusnya sampai habis 7 biji.

Amalan ini untuk orang yang akan bekerja esoknya, tambahan yang bekerja dibawah panas matahari seperti buruhkasar, berkebun dan sebagainya.

Sebenarnya Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yang dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt.

Buah kurma 7 biji kalau kita makan dalam sehari, iblis takkan dekat dengan kita juga ianya amalan Rasulullah saw selain memberikan tenaga....ruj.iqrak


Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".