Isnin, 2 Ogos 2010

FELDA TIDAK TERJEJAS DENGAN TOHMAHAN...




Tohmahan hanya retorik pembangkang. FELDA TURUN MEMPERJELASKAN TOHMAHAN PEMBANGKANG .......TAN SRI ROZALI ISMAIL- PENGERUSI SYABAS ADALAH IKON GENERASI
KEDUA FELDA

JENGKA 7 – Pelbagai tohmahan timbul berkenaan Felda antaranya mengenai isu Felda bankrap sehingga mengundang kebimbangan terutamanya kepada warga Felda termasuk peneroka.

Presiden Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), Tan Sri Rozali Ismail ketika mengulas mengenai isu itu berkata, tohmahan itu adalah retorik pembangkang untuk menjejaskan kredibiliti Felda dan pemimpin kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, apabila disebut Felda, ia bukan membabitkan pengurusan Felda sahaja, malah peneroka dan generasi kedua yang terbabit secara langsung dalam pembangunan setiap rancangan.

“Warga Felda perlu menolak tohmahan itu kerana kedudukan kewangan sangat stabil dan kukuh. Felda mempunyai sistem kewangan teratur sejajar dengan peraturan ditetapkan kerajaan.

“Warga Felda perlu bermuafakat dan bekerjasama di bawah satu bumbung untuk membantu kerajaan, menyumbang idea dan tenaga sebagai cara mengenang budi Felda terhadap keluarga, bangsa serta negara.

Rozali berkata, warga Felda bangga dikenali sebagai anak peneroka kerana institusi itu sangat hebat dan ternama bukan sahaja dalam kalangan masyarakat tempatan malah luar negara.


PAHANG DAILY ONLINE dalam laporan 'TAK SENANG HATINYA' menyebut....

Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda. Tan Sri Rozali Ismail telah diusung ke hulu ke hilir oleh agensi itu. Rozali yang merupakan anak peneroka Felda Gendangsa di Selangor itu kononnya dijadikan "ikon generasi kedua Felda", bagi menunjukkan bahawa anak Felda juga telah berjaya dan ada yang menjadi "Tan Sri". Langkah ini diambil bagi membuktikan bahawa Felda tidak pernah menekan peneroka dan senantiasa bersikap adil kepada masyarakat itu sejak dulu, kini dan selamanya. Jika tidak masakan anak peneroka seperti Rozali ini boleh berjaya. Maka kini Rozali dijadikan "bahan jenaka" Felda untuk mengaburi mata generasi kedua. Terbaru, Rozali telh diberi mandat untuk "berkempen bagi pihak Felda" di Dewan Orang Ramai, Felda Kenanga Jengka 7, Maran

BETULLAH TU.. Kalau orang nak menegakkan benang basah menuduh FELDA BANGKRAP,
itulah gayanya... sedangkan usaha Felda itu bertepatan dengan dakwaan 'ANAK' dan
juak-kuak pembangkang ..Felda perlu membuat penjelasan dengan mengemukakan bukti-bukti kejayaannya....


IANYA SESUAI DENGAN SARANAN PM TERHADAP GENERASI KEDUA FELDA...

Datuk Seri Najib Razak mahu generasi kedua dan ketiga Felda yang mencecah 1.5 juta orang melakukan transformasi yang besar bagi menjadi warga paling berjaya sehingga menerjah ke peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri berkata, mereka tidak lagi boleh hanya bermegah menjadi juara kampung seperti era 1960-an dan 1970-an kerana masyarakat kini berada pada abad ke-21 yang memerlukan mereka turut menjadi juara pada persada global.

“Kita tidak boleh main sekadar dalam perkampungan kita. Pemikiran kita mesti menerjah sempadan antarabangsa. Ini generasi yang akan datang, kemampuan kita bukan lagi kemampuan yang dilingkari dengan kepentingan setakat apa yang dilihat di kawasan kita, kawasan dalaman, meskipun dalam negara kita.

DATUK SERI KHALID NORDIN PERNAH MENJELASKAN PRESTASI PENCAPAIAN GENERASI FELDA..........................

Generasi muda FELDA perlu diberi peluang luas meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin berkata, pendidikan merupakan pelaburan paling berkesan dalam membentuk modal insan yang berpengetahuan.

Beberapa langkah yang dapat dilaksanakan ialah dengan menempatkan pelajar yang cemerlang di institusi pengajian tinggi.

Kini, lebih 86,820 graduan anak FELDA berjaya dilahirkan dengan 161 daripanya berkelulusan doktor falsafah-PhD.

KINI ANAK-ANAK FELDA TELAH BEGITU BERJAYA HASIL DARI PERANCANGAN KERAJAAN mewujudkan Felda lebih sedekad dahulu. Kalau dahulu ibu-bapa mereka hadir
menjadi peserta Tanah Rancangan dengan sehelai sepinggang kini ada yang telah bertaraf jutawan....cuma mereka yang tidak bersyukur dan berusaha untuk maju akan ketinggalan..

FELDA HANYA 1 DIDUNIA... TIADA AGENSI LAIN SEUMPAMA ITU yang dapat membela
BANGSA seiring KEJAYAANNYA........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan