Ahad, 31 Oktober 2010

Bila Melayu menyertai DAP.....

‘‘Mereka akan terus berlakon kononnya boleh menerima orang Melayu tetapi hakikatnya mereka mahu melihat Melayu lemah dan tidak bermaya. 


‘‘Kadang-kadang mereka sanggup melakukan sesuatu yang lebih baik daripada pemimpin Melayu hanya mahu memperdayakan pemikiran Melayu,” itulah antara luahan A. Rahman Manap yang pernah menjadi calon DAP P.Pinang, beliau membuat pendedahan tersebut kerana tidak mahu orang Melayu tertipu dengan segala muslihat DAP. 

Menurut beliau, perjuangan DAP adalah total kepada kepentingan kaum Cina dan parti itu sebenarnya mahu meruntuhkan penguasaan politik Melayu di tanah air ini. 

Katanya, walaupun Lim Guan Eng sering menyatakan bahawa DAP hanya memusuhi UMNO tetapi realitinya parti itu bersikap anti-Melayu. ‘‘Mereka hanya mahu menjadikan Melayu sebagai alat mereka mencapai cita-cita politik.” 

Rahman menjadi aktivis DAP pada dekad 90-an,pernah menyandang jawatan AJK DAP Bayan dan Exco DAP P.Pinang ... telah menubuhkan tiga cawangan DAP Melayu dan pernah bertanding di Parlimen Permatang Pauh atas tiket DAP pada 1995 tapi tewas.. sumber suaraperkasa & utusan.

Awang Selamat menulis dalam ruangan bisik-bisiknya....
Kejayaan DAP mendapat banyak undi Melayu pada PRU ke-12 adalah atas sokongan para penyokong Pas selain sebahagian lagi penyokong PKR. Jika tidak kerana faktor Pas, DAP tidak akan mendapat sokongan Melayu yang signifikan. 

Sesungguhnya masyarakat Melayu masih menghindari DAP apatah lagi dalam senario pasca PRU ke-12. DAP menjadi lebih rasis dan semakin agresif dalam gerak tindak mereka untuk menulis semula Perlembagaan negara. Yang tersirat, hala tuju parti itu adalah bagi menubuhkan negara republik - tanpa raja, tanpa mengambil kira sejarah bahawa Melayu sebagai kaum teras dan tanpa Islam sebagai agama rasmi.

Sesungguhnya DAP adalah parti paling rasis di dunia. Pada Awang, ancaman DAP adalah jauh lebih berbahaya daripada apa-apa ancaman sekalipun yang pernah dihadapi dalam sejarah tanah air. Cuma bentuk penjajahan mereka lebih halus, berselindung atas slogan demokrasi dan tanpa menggunakan senjata. Tetapi implikasinya amat besar. Perlembagaan termasuk kedudukan Islam dan institusi beraja menjadi taruhan, yang akhirnya membawa Malaysia menuju negara republik. Apakah itu yang kita mahu?

AKU melihat DAP adalah musuh sebenar masyarakat Malaysia selepas era penjajahan dan komunis..Apakah orang melayu tak mahu sedar hakikat ini . ....


TETAPI harus kita amati...Siapa yang memberi ruang kepada DAP kalau bukan orang melayu sendiri.....?

Khamis, 28 Oktober 2010

PKR bakal jadi 'PARTI TAUKEH'......Hishammudin Rais.

DEMOKRASI PKR jemput JEMBALANG.....


TERIMAKASIH HR kerana berani berkata benar...Begitulah kolumis itu berbicara hari ini..amat berbeza dengan semalam..

Sistem pemilihan PKR yang sedang diperkenalkan hari ini amat terbuka. Keterbukaan ini dihebohkan sebagai merayakan demokrasi. Ini silap. Sebenarnya keterbukaan ini hanya telah membawa masuk ramai ahli-ahli baru dalam PKR. Ini memang di alu-alukan. Dalam masa yang sama keterbukaan ini telah juga menjemput masuk pelbagai jenis hantu dan jembalang dalam PKR.

AKU petik beberapa perenggan yang rasanya sangat elok untuk dinilai oleh semua...


- Pucuk pimpinannya cuba membawa demokrasi dengan membezakan diri mereka dengan demokrasi yang diamalkan oleh musuh politik mereka. Ini adalah kesilapan besar. Mereka ingin 'meng-ada-kan' atau mencipta demokrasi.

- Sistem baru yang sedang dicuba oleh PKR ini amat jelas bukan mengembangkan demokrasi malah menguncupkan demokrasi. Kalau sebelum ini ahli-ahli PKR memilih pimpinan mereka melalui perwakilan, kali ini pengundian di seluruh negara, di setiap cabang. Seharusnya demokrasi dilihat berkembang. Hakikatnya mengempis.

- Saya berani berkata sedemikian kerana dari apa yang saya perhatikan, besar kemungkinan PKR akan menjadi parti tauke - parti orang-orang kaya. PKR akan menjadi parti untuk mereka yang memiliki dana dan modal. Rintik rintik dan awan hitam ini telah mula kelihatan dimana PKR berkemungkinan akan dibajak.


- Watak-watak reject dan recon kelihatan banyak diterima masuk untuk menjadi ahli PKR.Hasilnya, keterbukaan ini telah membawa masuk pelbagai gedebe, kaki pukul atau kaki buang kerusi. Para gedebe ini masuk dengan membawa penyokong-penyokong mereka.

- Akhirnya hanya mereka yang memiliki dana yang cukup sahaja yang boleh berkempen ke hulu ke hilir. Lihat dan saksikanlah, cita-cita untuk meluaskan ruang demokrasi kini telah dibajak oleh mereka yang kaya, yang berduit.
Jika sosok yang tidak memiliki dana tetapi masih ingin menawarkan diri maka sosok ini wajib bertemu dengan para tauke dan tuan besar yang memiliki dana. Sosok ini mesti sanggup merendah diri untuk menjadi kuda tunggangan para tauke, tidak kiralah tauke judi atau tauke 'lendir' China Doll. Pasti ada tuan-tuan besar yang berbini besar yang sanggup menaja. Di sinilah berlakunya pembajakaan.....sumber malaysiakini.

KomenUG... kita semua kenal  HR biasanya menulis tentang kebobrokan kerajaan dan UMNO...mungkin kali ini tak tahan tengok Sistem Pemilihan PKR,parti demontrasi jalanan sanjunganya,yang semakin terpesong......
Kononnya PKR berhasrat mewujudkan demokrasi sebenar demi membuktikan kebenaran perjuangannya..
Nampaknya haprak....

Demokrasi sebenarnya adalah untuk memilih warga yang memiliki ketrampilan intelek dan keilmuan untuk berfikir, berhitung dan mengambil tindakan serta keputusan secara rasional setelah menilai semua fakta.Ini yang dibawa oleh UMNO.Konsep satu ahli satu undi yang diwujudkan PKR cuba memperlekehkan cara pemilihan UMNO akhirnya memakan diri sendiri.

MEREKA TERLUPA  ahli PKR ramai yang lahir dari penentang-penentang dalaman UMNO dan mereka yang memang kaki gaduh.....





Rabu, 27 Oktober 2010

AZMIN pilih NURUL IZZAH....FUZIAH SALLEH tersingkir ke TEAM ZAID?


DARI SUMBER-sumber PKR di Permatang Badak Kuantan , dalam satu kenyataan Azmin secara jelas mengatakan bahawa beliau lebih bersedia untuk bersama Nurul Izzah. Nampaknya ada perubahan dalam "Team Azmin" Calon Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kini memilih Nurul Izzah Anwar sebagai regu barunya untuk bersaing dalam pemilihan PKR 2010

KINI jelaslah.... ini adalah cara Nurul Izzah ' membunuh'  Fauziah Salleh yang turut bertanding jawatan yang sama. Fauziah dianggap calon orang lama bahkan berkaliber oleh ramai orang PKR berbanding Nurul Izzah yang dianggap muka baru dalam PKR dan kurang bergelumang dalam dunia politik sedangkan yang ditandinginya ialah jawatan Naib Presiden..jawatan yang tinggi  dan penuh tanggungjawab. Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan sebelum ini dikatakan bakal mendapat sokongan penuh daripada wanita PKR untuk bertanding jawatan Naib Presiden. Malah, beliau difahamkan satu-satunya pemimpin wanita yang mendapat mandat dan amanah daripada pergerakan itu. Namun, keadaannya berubah apabila Nurul Izzah tiba-tiba menawarkan diri bertanding jawatan tersebut.

Perpecahan pasti akan berlaku khasnya dalam sokongan kaum hawa yang terpaksa memilih antara 2 calon tersebut atau akhirnya semua terlepas. Apakah Nurul Izzah boleh bertanding tanpa menggunakan pengaruh Anwar dan Azizah, memang semakin jelas PKR adalah sebuah parti yang dikuasai oleh `keluarga DS Anwar'. 


Awalnya Fuziah yang merupakan calon pilihan PKR Pahang dilihat selesa kerana berada satu "line up" dalam Team Azmin dan Zuraida,tapi segalanya bakal berubah?. Kini Azmin  menyokong Nurul Izzah,  bagaimanakah nasib Fuziah ?.

Impian Fuziah  menjadi calon wanita pertama menang jawatan Naib Presiden kini tergugat, bila kelibat Nurul Izzah menjelma.

Persoalannya  ......Apakah Fuziah sanggup berada dalam "Team Zaid Ibrahim"?......

Kasihanilah mereka....Segerakan Pampasan.

Orang Asli kecewa tanah kebun mereka diceroboh .......
Mereka mendirikan khemah sementara bagi menghalang kerja operasi di tanah terbabit hingga pihak syarikat membayar pampasan. 

Kerakusan pihak terbabit mengusahakan projek lombong bijih besi menyebabkan  4 orang pemilik tanaman di sini, dihimpit kebimbangan apabila kebanyakan pokok yang ditanam musnah dalam sekelip mata.

“Tanah pertanian ini adalah rezeki kami sekeluarga sejak dulu lagi dan saya amat sedih apabila melihat kawasan ini kosong dan hanya ada jengkaut untuk menjalankan operasi cari gali,”


KAMPUNG GANOH,ROMPIN,PAHANG – Kira-kira 100 masyarakat Orang Asli Kampung Ganoh di sini, berhimpun secara aman bagi menuntut pampasan kepada syarikat yang menjalankan aktiviti melombong bijih besi di perkampungan berkenaan.

Penduduk mendakwa, syarikat terbabit menjalankan kerja cari gali sejak enam bulan lalu di tanah pertanian yang diusahakan penduduk selama ini hingga menjejaskan sumber pendapatan penduduk.


Mereka turut mendakwa, kawasan seluas 3.2 hektar yang diusahakan oleh empat penduduk di kampung itu, kebanyakannya musnah akibat daripada kerja melombong besi terbabit.

Kebanyakan penduduk yang bergantung harap kepada aktiviti pertanian dengan menanam pokok getah, kelapa sawit, rambutan, pokok cempedak dan petai kecewa apabila tanaman mereka ditebang syarikat itu.


Seorang penduduk, Husin Yahya, 53, berkata, sebelum ini syarikat cari gali itu memberi jaminan kepada pemilik tanaman mereka berjanji membayar semula pampasan selepas syarikat terbabit menebang tanaman penduduk.

Bagaimanapun Husin berkata, sehingga ke hari ini syarikat itu belum menunaikan janji mereka kepada penduduk hingga sebahagian daripada pemilik tanaman hilang sumber pendapatan. sumber sinarharian.



Kampung Orang Asli Ganoh,Rompin  adalah penempatan lama yang dibuka sejak 1954 dengan dihuni lebih 54 keluarga.
Kebanyakan penduduk di situ hanya mengharapkan tanah pertanian yang diusahakan sejak sekian lama. Ramai lagi turut bimbang sekiranya kawasan lain di kampung ini juga akan mengalami nasib yang sama dengan apa yang berlaku kepada empat pemilik tanaman di sini.
Mereka berharap syarikat perlombongan memberi pampasan segera dan setimpal dengan apa yang telah diusahakan penduduk.....

Dikhabarkan bahawa Syarikat tersebut mendapat kelulusan Pejabat Tanah Rompin.....tetapi masyarakat asli di sana yang rata-ratanya miskin dan hidup ibarat kais pagi makan pagi sangat perlukan pampasan segera demi menyara kehidupan mereka.....



Selasa, 26 Oktober 2010

FELDA TIDAK BANKRAP......

DALAM KES KEMAHANG PEGUAM FELDA GAGAL HADIR...kini giliran PENERBIT dan PENCETAK SUARA KEADILAN PULA ........

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini memperoleh penghakiman ingkar berikutan kegagalan penerbit dan pencetak akhbar Suara Keadilan - Pelita Koridor Sdn Bhd serta pencetakan NPK Sdn Bhd memasukkan kehadiran mereka dalam saman fitnah RM200 juta.

Saman itu adalah kerana penyiaran artikel fitnah bertajuk Felda bankrap.

Hakim Mahkamah Tinggì Kuala Lumpur, Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu dalam kamarnya.

Ketika membenarkan permohonan Felda itu yang diwakili peguam Firuz Hussein Ahmad Jamaluddin untuk mendapatkan penghakiman ingkar berkenaan, hakim Sabariah berkata kos perbicaraan akan ditaksirkan kemudian...sumbermalaysiakini.


INI pula cerita N Surendren yang kata Felda tak boleh saman Suara Keadilan.....

i
"Felda adalah badan berkanun yang ditubuhkan dengan menggunakan wang rakyat. Felda ditubuhkan untuk memberi bantuan dan faedah kepada rakyat. Undang-undang adalah jelas, Felda tidak boleh saman fitnah (kepada Suara Keadilan).

"Prinsip undang-undang adalah jelas, apa-apa badan yang yang ditubuhkan dengan wang rakyat dan untuk kebaikan rakyat, tidak boleh mengeluarkan saman fitnah setiap kali dikritik oleh rakyat," katanya peguam yang dilantik oleh akhbar berkenaan, N Surendran


 OH...Kalau mereka fitnah Felda tak apa ..
Kalau Felda nak saman tak ada law... apahal ni...Hakim dah buat keputusan....lihatlah sendiri....



Dato' Ahmad Maslan dah beri komen bila Felda dikatakan kalah dalam kes di Kuantan....


Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan berhubung bayaran tanaman semula kepada peneroka "kerana ia menyebelahi Felda".
"Felda tidak kalah dalam kes ini. Kita tidak merayu kerana selama ini, mereka yang menguruskan kebun sendiri memang diberi wang tanaman semula itu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Felda," kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dalam satu sidang akhbar.

Beliau yang juga ketua penerangan Umno menjawab kenyataan pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman yang dipetik oleh Harakah sebagai berkata "Felda Kalah lagi"



FELDA berada di landasan yang benar.....
Apa yang didakwa oleh Suara Keadilan telah dibuktikan silap oleh Felda.Semua angka dan perbelanjaan telah diperjelaskan oleh Dato' Ahmad Maslan dalam sidang dewan dan roadshow beliau...


Sehingga kini Felda masih berdiri kukuh sebagai institusi yang membangunkan rakyat luarbandar dengan jayanya....

TERNYATA Tuduhan FELDA BANKRAP hanya bermotifkan politik "Kejayaan Felda meningkatkan sosio ekonomi bumiputera telah menjadi satu kekuatan kepada BN dan perkembangan itu merupakan sebab kenapa ia menjadi sasaran akhbar lidah rasmi PKR, Suara Keadilan',demikian kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir.


Rakyat Gua Musang ' dahagakan' Projek Perumahan Rakyat.

RAMAINYA RAKYAT MISKIN memerlukan rumah.....ORANG ramai menyerbu bimbang tak dapat borang...!sedangkan borang boleh dicetak lagi. Ada dalam kalangan pengunjung yang bergaduh sesama sendiri dengan menarik borang bagi mendapatkan borang tersebut hingga menyebabkan banyak borang yang koyak serta renyuk.

Kejadian tersebut juga nyaris mencederakan tiga beranak yang sedang berjalan untuk keluar dari khemah tersebut. orang ramai menyerbu masuk ke dalam khemah sebaik sejumlah borang diletakkan di situ.

“Melihatkan orang ramai mula menyerbu ke khemah, saya mulai cemas, ketika itu yang saya mampu berusaha menyelamatkan anak saya berusia 4 dan 6 tahun dari terjatuh atau pun terpijak...kata seorang pengunjung, Nik Mah Salleh.

GUA MUSANG - Kerajaan memperuntukkan subsidi u:ntuk golongan berpendapatan rendah dalam usaha membantu mereka memiliki kediaman sendiri di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan harga yang berpatutan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

:Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kediaman itu akan dijual antara RM33,000 dan RM35,000 seunit dengan kadar sewa RM124 hingga RM190 sebulan adalah rendah berbanding pasaran semasa.


”Pembinaan 1,500 unit kediaman ini menelan belanja RM180 juta dan membabitkan subsidi bernilai RM128juta. Kos pembangunan bagi setiap unit bernilai antara RM80,000 dan RM120,000 bergantung kepada lokasi dan kos tanah.

”Ini :bermakna kerajaan menanggung kos penyenggaraan dalam usaha untuk membantu rakyat di negara ini memiliki kediaman sendiri dan selesa walaupun tergolong dalam mereka yang berpendapatan rendah,” katanya. sumber sinarharian.


ITULAH keperluan utama rakyat bawahan...RUMAH dan makanan .Kalau keduanya telah terjamin barulah pergi kepada yang seterusnya pendidikan,kesihatan dsbnya.
Sama ada di kawasan luar bandar mahupun bandar, masyarakat Melayu adalah golongan teramai yang dikelaskan miskin dan miskin tegar .
OLEH kerana itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  mahu KLB  menyiapkan pangkalan data semasa merasmikan Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
Pangkalan data bertujuan bagi memudahkan pelaksanaan program pembasmian kemiskinan dan kemiskinan tegar membabitkan 15,000 kampung di seluruh negara dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya menjelang 2012.

DS Najib berkata...'Beri tempoh kepada BN 10 tahun lagi ...kita akan beransur-ansur melaksanakan pembangunan dan menghapuskan KEMISKINAN.....".

Isnin, 25 Oktober 2010

Penerima Bantuan Yayasan Pahang...Jangan jadi kacang lupakan kulit.

Sejak tahun 1983 - 2008, Yayasan Pahang telah memperuntukkan hampir 0.5 Billion bagi bantuan pendidikkan anak2 Pahang. RM 150 juta daripadanya adalah Biasiswa, dan RM250 juta untuk pinjaman Yayasan Pahang, dan RM 100 juta utk program pendidikan.
JENGKA - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang menghargai sumbangan RM1.5 juta daripada Yayasan Pahang untuk menaja pelajar terpilih mengikuti program Mengubah Destini Anak Bangsa selama dua semester.


Pengarahnya, Prof Madya, Datuk Dr Hilmi Ab Rahman berkata, melalui tajaan itu, lebih ramai pelajar yang berasal daripada golongan berpendapatan rendah tetapi cemerlang dapat mengikuti pengajian di UiTM.


Menurutnya, UiTM akan terus memainkan peranan untuk mendidik anak bangsa dalam bidang akademik dan kepakaran dalam pelbagai bidang yang dapat mengisi peluang pekerjaan negara. 
sumber sinarharian.

Sedikit maklumat mengenai skim geran dan kelayakan penerimanya.....Skim ini mula diperkenalkan pada tahun 1999. Skim ini dikhaskan kepada pelajar - pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang dikenalpasti oleh YP dan diiktiraf oleh Kerajaan. 

Pelajar akan diberi bantuan RM500 sebagai persediaan awal ke IPT sebagai penghargaan kerajaan negeri kerana menambah jumlah anak Pahang di menara gading.

KRITERIA

1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai ;

i. Pemohon, ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur ; atau


ii. sekiranya Pemohon dan Ibubapa tidak dilahirkan di negeri Pahang , maka pemohon hendaklah telah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun .

Sehingga kini Yayasan Pahang dah biayai lebih 400,000 anak-anak Pahang untuk sektor PENDIDIKAN...itu belum sektor yang lain.Adapun sumber YP utamanya adalah dari hasil balak.Kini ianya semakin meruncing.Aku teringat pada satu ucapan MB DS Adnan Yaacob membidas suara-suara sumbang mereka yang menuduh hasil balak Pahang diseleweng oleh pihak-pihak tertentu sedangkan rakyat 'TAK MERASA'...jawabnya...Itu biasiswa dan geran YP bukan hasil balak..Pembangunan Pahang juga dari hasil balak...siapa yang kata tak merasa langsung datang jumpa saya....MB aku ni memang seorang yang tegas,sebab tu ada pihak terutamanya pembangkang cukup tak senang dengannya....

Aku biasa ke YP untuk mohon geran anakku yang melanjutkan pelajaran...sungguh istimewa layanan petugas-petugas di sana..sehingga hendak ke tandas pun ditunjukkan sampai ke muka pintu....

Tahniah MB kerana dapat memimpin Pahang dengan baik.....layaklah DS Adnan Yaakob terima Doktor Kehormat dari Universiti Yarmouk....

 Sesungguhnya pohon kacang takkan lupa pada junjungnya....

1,500 Unit Rumah Untuk Rakyat Kelantan.

RAKYAT dapat RUMAH RAKYAT bukan LADANG RAKYAT......


"Kalau hendak tunggu kerajaan negeri Kelantan ini laksanakan, sama seperti menunggu 'bulan jatuh ke riba,' saya fikir sampai bila pun tidak sampai di Kelantan.
"Rakyat yang susah juga ada keinginan untuk memiliki rumah yang selesa, maka untuk itu atas pertimbangan dan kebijaksanaan pimpinan kerajaan BN, maka ia dilaksanakan hari ini.
"Di kebanyakan negeri (lain) pun, projek perumahan bukan saja dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat tetapi juga oleh kerajaan negeri yang mampu,"TS MUHYIDDIN YASSIN.


GUA MUSANG 24 Okt. - Kerajaan Pusat melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan membina 1,500 unit rumah bernilai RM180 juta di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang pertama di negeri ini., Pelaksanaan projek itu telah dirancang lebih awal selepas Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah memaklumkan masalah yang dihadapi oleh rakyat di kawasan ini dan ia bukan bertujuan memancing undi ketika Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas. sumber utusan.

Kisah Ladang Rakyat...aku petik sedikitdari blog The Unspinner.. ..
Ladang Rakyat ini adalah salah satu helah digunakan untuk memotong balak dan jadikan hutan Kelantan sampai botak seperti dalam gambar sini.

Nak memotong hutan dah ada kawasan2 yang kena sustainable pembalakan. Pembukaan hutan untuk perladangan adalah alasan yang digunakan oleh trio Husam, Nik Amar dan Takiyuddin untuk sapu licin hutan.

Apa dibuat selepas hutan ini disapu licin?

Memang betul dijadikan ladang. Apa dilakukan adalah untuk diberikan ladang itu kepada satu rakyat Cina yang sanggup kasi balik al fulus untuk lebai2 ini. Di ladang rakyat kawasan Gua Musang, taiko Cinanya bernama KK Tan.


Ladang Rakyat adalah airmata rakyat Kelantan.....Semoga Perumahan Rakyat bakal menyapu titisan airmata itu.....

Ahad, 24 Oktober 2010

Wajib Lulus Sejarah dalam SPM.

Siapa kata keamanan yang dinikmati kini diperoleh secara percuma? Hanya mereka yang buta sejarah, hanya mereka yang tidak kenang budi, hanya mereka yang berusaha membawa balik pengganas Chin Peng sahaja kata begitu.
ucapan DS Najib... sempena Perhimpunan Raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di Stadium Putra Bukit Jalil pada 10 okt 2010.

Katanya lagi....“Betapa besarnya kesengsaraan mereka. Keluarga dan anak menitis air mata apabila menerima kepulangan bapa mereka sebagai jenazah. Sedih dan pilu (juga melanda) apabila keluarga mereka balik dengan tangan dan kaki kudung serta mata buta.

Menurut beliau, keamanan negara dibayar dengan nyawa dan kecacatan anggota badan oleh pasukan keselamatan terutama semasa zaman darurat menentang ancaman pengganas komunis.
“Kira-kira 28 juta penduduk negara ini wajib berterima kasih kepada kira-kira 300,000 bekas tentera yang membayar harga keamanan ini, kerana atas pengorbanan merekalah menjadikan negara ini berkembang maju, hebat pada masa ini.

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013...sumber utusan.

Mungkin ada yang akan mengatakan "Mana lebih penting Bahasa Inggeris atau Sejarah?" Di Jepun, mereka tak pakai pun bahasa inggeris, mereka lebih guna bahasa Jepun dan hasilnya Jepun begitu maju.Lagi baiknya matapelajaran sejarah ni di ajarkan sejak dari sekolah rendah lagi,biar generasi pewaris ini tahu dan tidak akan buta sejarah.

Sabtu, 23 Oktober 2010

Satu Lawan Satu di Batu Sapi?

YONG TECK LEE calon Pakatan Rakyat....Apakah PKR TERPAKSA akur dengan SAPP...

Pada 1994, Yong menjadikan 'hilang kepercayaan' sebagai alasan meninggalkan Presiden PBS, Datuk Seri Joseph Kitingan yang bertanggungjawab membawanya masuk dalam politik.

SAPP diluluskan Pendaftar Pertubuhan sebagai parti politik baru manakala pada 22 Januari 1994, Yong sah sebagai Presiden SAPP

Malaysiakini melaporkan....
Parti Maju Sabah (SAPP) akan meletakkan presidennya, Datuk Yong Teck Lee sebagai calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi 4 November ini....
PKR dan BN dijangka mengumumkan calon masing-masing esok.

Pahang Daily pula melaporkan....
Datuk Yong Teck Lee  dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat. Perkara ini disahkan oleh Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh selepas berakhirnya rundingan tersebut hari ini. Sebelum ini, timbul desas desus bahawa akan wujud pertandingan tiga penjuru antara PKR-BN-SAPP. 

Yong Teck Lee pernah hilang kelayakan sebagai ADUN Likas dan Ahli Parlimen Gaya sejak September 2002 berikutan kesalahan mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana rasuah.
KOTA KINABALU 20 Jun 2008 – Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee  disiasat kerana disyaki terlibat dalam satu kes rasuah membabitkan RM5 juta yang didakwa dilakukan ketika beliau menjadi Ketua Menteri Sabah....sumber Bernama.


AKHIRnya Pembangkang akur dengan kelebihan Yong Teck Lee..Walaupun Anwar selama ini melaungkan tidak akan bersekongkol dengan pemimpin yang telah ada rekod rasuah tetapi laungannya tidak berkesan lagi....Malah 6 kotak dokumen rasuah pemimpin UMNO yang pernah didakwa tidak terungkai hingga ke hari ini
menjadikan antara sebab-musabab Ezam hilang kepercayaan dan keluar dari PKR....

PERSOALANnya pengundi Batu Sapi telah memberi kepercayaan kepada Yong sehingga dinobat sebagai  KM Sabah tetapi amanah itu pernah dikhianati......

APAKAH  perlu diberi kepercayaan lagi....?

Jumaat, 22 Oktober 2010

Siapa Pula Calon BN di Galas?

NIK AZIZ telah TEMUI CALONNYA...

Perkara pertama, saya akan tolak perokok. Mereka bukan sahaja membahayakan kesihatan sendiri tetapi membazirkan wang,” kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dipetik oleh akhbar New Sunday Times.

PAS telah mengumumkan calon DUN Galas....Nampaknya orang asli kempunanlah gamaknya.....

GUA MUSANG 21 Okt. – Pengamal perubatan yang juga Pemangku Yang Dipertua Pas Kawasan Gua Musang, Dr. Zulkefli Mohamad, 44, dipilih sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
Pengumuman calon tersebut dibuat oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan pada ceramah perdana sempena 20 tahun pemerintahan Islam di Kelantan kira-kira pukul 11 malam ini, di Dataran Ilmu di sini. ..sumber Utusan.

Dr. Zulkifli  pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2004 di Dun Galas dan pilihan raya umum 2008 bagi Parlimen Gua Musang.

Meskipun begitu,dalam kenyataannya beliau menyedari bertanding di kubu kuat Tengku Razaleigh bukanlah mudah untuk mencapai kemenangan, namun dengan kegigihan dan kesungguhan, beliau sedia menghadapinya demi memikul tanggungjawab parti.

JELAS sekali PAS masih bimbang jika BN mengumumkan Tengku Razaliegh sebagai calon DUN Galas...seperti kenyataan Suhaiza Kaiat - Ketua Penerangan ,Dewan Pemuda Pas Pusat 'Ku Li diuji atau dibuli' seolah-olah UMNO selama ini tidak pernah menghargai Tengku tetapi berpura-pura menghargai beliau bila DUN Galas mengalami kekosongan.....

Saya menjangkakan bantuan Ku Li kepada UMNO di Galas kelak umpama menolong anjing tersepit sahaja. Jika UMNO dapat menawan Galas maka nama Najib lah yang akan disanjung. Sebaliknya jika UMNO kalah di Galas maka nama Ku  Li lah yang akan dipersalahkan.  Itulah hukum rimba yang ada dalam UMNO yang sudah busuk sampai ke usus...katanya

NAMPAKnya PAS terus memainkan sentimen begini kerana bimbang Tengku Razaliegh  menjadi calon kepada BN.....di DUN Galas..



Khamis, 21 Oktober 2010

Pembangkang jadi Enau Dalam Belukar di Batu Sapi...

PELUANG BAGI BN....PEMBANGKANG GAGAL capai kata sepakat,apabila masing-masing berkeras ingin menjadi MP BATU SAPI....PKR dan SAPP berdegil mahu calon masing-masing diketengahkan.....
 
  Calon BN daripada Parti Bersatu Sabah (PBS)sementara SAPP akan mengumumkan calonnya Sabtu ini, manakala  PKR memaklumkan akan mengumumkan calonnya "sedikit masa lagi".


Pilihan raya kecil Batu Sapi dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PKR dan SAPP apabila usaha mencari jalan penyelesaian antara kedua-dua parti pembangkang itu menemui jalan buntu.

Namun begitu Pejabat Pilihan Raya Negeri Sabah setakat ini telah mengeluarkan 20 borang pencalonan untuk pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. Mungkin pertandingan lebih dari 3 penjuru...


Nampaknya usaha Anwar memukau Yong Teck Lee tidak berhasil. Yong begitu yakin bakal menggoncang BN di Batu Sapi...

PALING penting BN perlu menggunakan peluang sebaik mungkin dan menggarap semangat Persidangan UMNO walaupun calon didatangkan dari PBS.Seperti kata TS Muhyiddin..kata sepakat dalam BN tidak dapat dimiliki oleh Pakatan Pembangkang...apabila mereka gagal memutuskan 1 calon untuk menentang BN..


SEMOGA SEMANGAT BN bakal mempertahankan BATU SAPI...kekal sebagai KUBU KUATnya..di Sabah....

BIARKAN PEMBANGKANG JADI SEPERTI ENAU DALAM BELUKAR....



Rabu, 20 Oktober 2010

SABAH...Role Model Gagasan 1 Malaysia.

SABAH DIGELAR 'FIXED DEPOSIT' UNTUK BN...BN perlu mencatatkan kemenangan di Batu Sapi, demi menandakan sokongan kepada kerajaan untuk konsep 1Malaysia .


APAKAH SAPP kekal bertanding?.....Timbalan presiden SAPP, Datuk Eric Majimbun, berkata majlis tertinggi parti itu telah membuat keputusan untuk bertanding di Batu Sapi dan keputusan itu tidak mungkin diubah.

"SAPP adalah parti tempatan. Jika kami tidak bertanding di Sabah, di manakah lagi kami dapat bertanding," katanya.


Pakatan Pembangkang bakal mengadakan perbincangan kerana bimbang berlaku pertandingan 3 penjuru,nampaknya SAPP sedia membincangkan kerjasama dengan PKR dalam menghadapi pilihan raya kecil itu.

WALAU APA PUN berlaku di pihak pembangkang BN tak perlu gusar...BIARKAN MEREKA......


Konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan diuji buat julung kalinya di Sabah apabila rakyat di kawasan Batu Sapi, di bahagian pantai timur negeri itu keluar mengundi dalamn pilihan raya kecil pada 4 November ini.

"Saya fikir majoriti rakyat Sabah termasuk di Batu Sapi menerima atau telah mengamalkan konsep 1Malaysia sejak zaman dahulu kala. Kami mempunyai sejarah perpaduan yang panjang dalam kepelbagaian budaya, sebab itu perdana menteri kita telah menggambarkan Sabah sebagai 'role model' terbaik gagasan 1Malaysia.

"Tambahan pula, konsep 1Malaysia adalah baik untuk kita, terutama ia memberi tumpuan mengenai perpaduan kebangsaan dan pembangunan ekonomi untuk semua.


"Saya percaya rakyat Batu Sapi telah menikmati kemajuan pesat di bawah pimpinan BN, termasuk kemudahan asas dan bantuan lain seperti subsidi untuk nelayan," kata penganalisis politik tempatan dan bekas wartawan Othman Hamid kepada Bernama.

PASTIKAN PKR mahupun SAPP  berkubur di Batu Sapi.. Datuk Musa Aman pasti mahu membersihkan Sabah dari pengaruh pembangkang...dan membuktikan Batu Sapi memang KUBU KUAT BN...

Pembangkang takut 3 Penjuru...

 Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee telah mengumumkan parti itu akan bertanding di Batu Sapi bagi menyakinkan rakyat Sabah bahawa mereka mampu menguruskan pentadbiran negeri sendiri.

Katanya, keputusan untuk bertanding adalah ujian getir bagi SAPP setelah berkerat arang dengan BN dan mengisytiharkan mereka sebagai parti pembangkang pada 2008.



 Semalam Anwar Ibrahim  mengumumkan PKR sebagai calon pembangkang dan berharap  Parti Maju Sabah (SAPP) - akan memberikan laluan bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru.


KUALA LUMPUR 19 Okt. - Parti Maju Sabah (SAPP) diminta tidak meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi bagi memberi laluan kepada calon pakatan pembangkang..sumber Utusan.


Dengan majoriti diperolehi BN 3,708 undi melalui Parti Bersatu Sabah pada PRU  ke 12 lalu........
Edmund Chong Ket Wah memperoleh 9,479 menewaskan lawannya hanya mendapat 5,771..Pakatan Pembangkang nampaknya ketar lutut nak menghadapi BN  dalam PRK ini..lebih-lebih lagi 3 penjuru...

Takkan Yong Teck Lee nak biarkan Pakatan Pembangkang ambil tempatnya sedangkan pembangkang tempatan dah ada...Nampak sangat PKR TAMAK nak tambah kerusi parlimen.....

SOALNYA SEJAUH MANA PENGARUH PKR DI BATU SAPI?....


Selasa, 19 Oktober 2010

OSAMA LADEN masih HIDUP...!


 
 
.

Ganjaran bagi penangkapan Osama  ialah AS$25 juta (RM77.38 juta).

Rantau utara Waziristan di Pakistan yang bergunung-ganang dan berhampiran sempadan Afghanistan dipercayai menjadi pusat persembunyian  Osama. 

KABUL - Ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin Laden hidup dengan selesa di sebuah rumah di barat laut Pakistan, dekat dengan timbalannya, Ayman al-Zawahiri, lapor stesen televisyen CNN yang memetik kenyataan seorang pegawai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Menurut CNN, militan kelahiran Arab Saudi itu yang dikehendaki berhubung serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat (AS), dilindungi oleh masyarakat setempat dan beberapa anggota perkhidmatan perisikan Pakistan. 
Kali terakhir Osama dikesan ialah menerusi dua rakaman suaranya yang dikeluarkan pada awal Oktober lalu.....sumber kosmo.


WAH...Nampaknya Bush betul-betul bengang...Dia dah tak ada kuasa sekarang,dendam kesumatnya terhadap Osama tak berbalas...segalanya terkucil...


Inilah kuasa Ilahi, kalau Ia berkehendak sesuatu tiada yang boleh menghalang.Walaupun Yahudi berusaha menghapuskan Osama dengan pelbagai cara dan senjata tercanggih,namun tidak di izinkan Nya....

Ingin aku berkongsi 1 firman ALLAH yang sangat realistik  menerusi Kalam Nya  Al-Quranul Karim..

” Dan (ingatlah) ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan tipu daya terhadapmu (Muhammad) untuk MENANGKAP SERTA MEMENJARAKANMU, atau MEMBUNUHMU, atau MENGUSIRMU. Mereka membuat tipu daya sedangkan ALLAH adalah sebaik-baik Pembalas tipu daya ” ........ 



Isnin, 18 Oktober 2010

Adakah Gobala akan tinggalkan PKR?

GOBALAKRISNAN TERPAKSA 'SERANG' AZMIN...kalau tidak ia tersungkur.

Azmin bertindak rasis kerana memanggilnya 'paria'..Gobala takkan tinggalkan PKR ,cuma BENGANG dengan Azmin saja...

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Masa depan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) diramal malap sekiranya Azmin Ali berjaya menduduki kerusi Timbalan Presiden parti itu berikutan perseteruan yang berlanjutan antara mereka.
Seorang bekas pemimpin tertinggi PKR yang enggan namanya didedahkan berkata, lantaran itu Gobalakrishnan tidak mempunyai pilihan selain menyerang Azmin secara terbuka ketika ini.
Katanya, serangan itu dibuat dengan harapan ahli di peringkat akar umbi khususnya orang India tidak akan memberikan undi kepada Naib Presiden PKR itu.
"Tindakan Gobalakrishnan ini (menyerang Azmin) tidak sukar dibaca. Dia sebenarnya terdesak dan secara tidak langsung mahu membantu seorang seorang lagi calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim yang juga tidak sehaluan dengan Azmin.
"Sama-sama kita nantikan kesudahannya. Jika Azmin berjaya menewaskan Zaid, pada masa itu tidak mengejutkan sekiranya Gobalakrishnan menjadi korban politik kerana dia sudah mengambil risiko yang besar dengan menyerang Azmin secara terbuka," katanya.
Khamis lalu, Goblakrishnan dalam satu sidang akhbar di Parlimen mendakwa Azmin adalah seorang yang rasis kerana pernah memanggilnya dengan gelaran 'paria'.
Ia merupakan permulaan kepada siri kritikan terbuka Gobalakrishnan terhadap Azmin dan semalam, beliau sekali lagi menyerang Azmin sebagai punca kepada masalah yang berlaku dalam parti.
Beliau secara terbuka berkata akan menyokong sesiapa sahaja sebagai calon Timbalan Presiden PKR asalkan bukannya Azmin.
Dalam perkembangan berkaitan, bekas pemimpin tertinggi PKR itu memberi jaminan bahawa serangan Gobalakrishnan itu bukannya satu sandiwara.
Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa semua pemimpin tertinggi PKR tahu mengenai ketegangan yang wujud di antara mereka berdua.
"Saya sendiri pernah menyaksikan bagaimana Azmin memanggil Gobalakrishnan dengan perkataan 'paria' pada mesyuarat parti di Damansara.
"Semua yang hadir terkejut dan Gobalakrishnan sendiri menjerit marah," dakwanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, walaupun berang dengan Azmin, Gobalakrishnan tetap bersama PKR kerana Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak sebagai orang tengah yang meredakan ketegangan.
"Memang Gobalakrishnan ini lantang dan berani 'menghentam' sesiapa sahaja dalam mesyuarat, tetapi dia ada kelemahan iaitu mudah 'cair' apabila dipujuk Anwar sendiri," katanya..sumber utusan.

Kisah 'Ultraman lawan Raksaksa' ini belum berakhir...sama-samalah kita nantikan adengan seterusnya.....

Ahad, 17 Oktober 2010

BN Bukannya... Buat Satu Projek Riuh Satu Negara..



"Kita buat banyak tapi tak riuh rendah. Mereka buat sedikit tapi riuh sekampung. Kita buat bangunan tak gembar gembur...kita buat setinggi gunung...(tapi kadang kadang) orang tak hargai," DS Najib...

DS Najib berkata walaupun kerajaan memberikan pengecualian pembayaran bil eletrik bagi pengguna yang bil eletriknya berjumlah RM20 ke bawah kepada lebih kurang sejuta isi rumah di seluruh negara, tetapi tidak mengembar gemburkannya seperti sebuah negeri di bawah Pakatan Rakyat yang memberikan air percuma bagi setiap penggunaan 20 meter padu ke bawah.
 

DS Najib juga menyatakan...  pelbagai insentif disediakan demi kepentingan rakyat dalam bajet kali ini, antaranya Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas bagi membantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah di mana skim itu akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.

Itu antara intisari kata-kata DS Najib ketika melancarkan Karnival Skuad Sayang Wanita Umno di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang, dekat Kuala Lumpur.


BEGITULAH Keadaan sebenar di negara kita.Banyak  pembangunan telah dilimpahkan sejak dari awal kerajaan BN memerintah.Jika dibandingkan keadaan negara sebelum merdeka,merentas tahun 70an,80an,90an dan akhirnya menitip tahun 2000....Pelbagai perubahan berlaku miniti pemerintahan 5 PM dan kini DS Najib memikul tanggungjawab berat diawal kuasanya...


1 Malaysia telah mula diterima umum walaupun peringkat awalnya begitu berliku...
Biarpun kerajaan BN mengalami tekanan hebat dalam PRU 12  namun ketabahan DS Najib bakal membuka hati dan minda rakyat untuk terus menilai dan BERUBAH KEMBALI ke landasan asal menjelang PRU 13.....




PEMIMPIN BN KENA BUAT KERJA....Jangan Buat Sikit Riuhnya Lebih.....Rakyat Sedang Menilai.



Anwar Perlu Bertaubat Siri Kedua.

60 ahli dari tiga Cabang PKR semalam menghantar ‘Memorandum Taubat’ kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar segera bertaubat demi menjaga martabat perjuangan parti

PETALING JAYA 16 Okt. – Tiga wakil Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menghantar ‘memorandum taubat’ kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu segera bertaubat.
Memorandum satu muka surat itu dihantar oleh 60 ahli dari tiga cabang parti yang terdiri daripada wakil Perak serta Pulau Pinang (Butterworth dan Bayan Baru), di ibu pejabat parti tersebut di sini, pukul 11.30 pagi.
Wakil kumpulan itu, Nor Hilmi Ismail dari PKR Bayan Baru berkata, antara tujuan memorandum tersebut dihantar adalah berkaitan dengan kes yang melibatkan Anwar di mahkamah.
Katanya, ia bagi mendesak Anwar bertaubat segera demi menjaga martabat perjuangan parti berkenaan.
“Kes-kes mahkamah melibatkan Anwar dilihat merosakkan perjuangan parti.
“Oleh itu, jika Anwar enggan bertaubat selepas pelbagai pendedahan mengenainya dibongkar, lebih separuh daripada ahli parti mendesak beliau meletakkan jawatan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Jelas Nor Hilmi, semua ahli parti memerlukan pemimpin yang dapat memberi sepenuh perhatian terhadap perjuangan parti dan bukan sebaliknya, iaitu hanya tertumpu kepada isu-isu peribadi.

SETAHUN LALU Karpal Singh  telah meminta Anwar supaya bertaubat kerana ia sudah lebih tahu tentang apa yang dibuat oleh Anwar terhadal Saiful. Apabila Saiful melafazkan sumpah, Karpal sudah tahu bahawa Saiful memang benar. Dan apabila berlaku krisis Karpal dan Anwar berhubung isu raja-raja Melayu, Karpal dengan selamba menyebut "Anwar Ibrahim perlu bertaubat"

BERIKUTAN pengakuan terbaru melibatkan mereka-mereka yang hampir dengan Anwar.....mengakibatkan kepercayaan ahli-ahli PKR terhadapnya semakin RAPUH..... KERANA SEGALANYA SEMAKIN JELAS TERPAMPANG di mata mereka.....

Siapalah Yang Bertuah...!

NIK AZIZ AKAN JUMPA CALON UNTUK DI PILIH.

Pada mulanya Nik Aziz dijangka mengumumkan nama calon pada 22 Oktober ini, tetapi mengikut perkembangan terbaru, ia mungkin diadakan lebih awal.

"Mungkin diadakan serentak pada hari pelancaran jentera pilihan raya PAS pada 19 Oktober ini," .


PAS dilaporkan tidak mempunyai masalah dengan pemilihan calon.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata ini adalah antara ketetapan yang akan dibuat oleh Menteri Besar Kelantan tersebut.

“Tok Guru (Nik Aziz) akan panggil mana-mana nama calon yang disenarai pendek mungkin untuk menerima amanat daripadanya sebelum seorang daripada mereka diumumkan sebagai calon,” katanya kepada pemberita di kediaman Nik Aziz di Kampung Pulau Melaka di Kota Bharu, hari ini....sumber malaysiakini.




SIAPALAH agaknya yang bakal mendapat perkenan dan mandat Pok Nik kali ni ya.? Maklumlah harapan Pok NIK agar BN tak pilih Ku Li tak kesampaian...Jadi kena cari yang setanding dengan Tengku Li.....


APAKAH  Pandak A/L Panjang Ey  ....calon masyarakat asli yang disebut-sebut bakal 'MENJELMA dalam ilham POK NIK...?

Jumaat, 15 Oktober 2010

SIAPA PENGHASUT SEBENAR?

PEMBANGKANG TUDUH ICT JELAS MENGHASUT PENEROKA.....  

ICT JELAS MEMANG MAJALAH untuk Peneroka di terbitkan setiap suku tahun.Ianya adalah INFO yang khusus buat warga Felda.Pengisiannya juga termasuk ISU-ISU semasa yang wujud dikalangan warga FELDA....

DALAM keluaran Bil:4/2010  diterbitkan wawancara bersama abang kepada Mazlan Aliman ,Haji Abd. Rahim Aliman seorang peneroka Felda Redong,Segamat,Johor. Beliau telah menggambarkan bahawa perjuangan Mazlan adalah sesat dan menyeru adiknya kembali ke pangkal jalan. Beliau juga menyeru peneroka supaya menyerahkan pengurusan ladang peneroka kepada Felda.


Petikan dari Pahang Daily........Sikap pengurusan pejabat Felda mempergunakan apa saja alat bagi membendung kesedaran peneroka amatlah tidak wajar dan jelek sekali. Ini hanya mempertontonkan kepada umum bahawa agensi tersebut mulai goyah, dihambat keserabutan dan mulai hilang arah apabila peneroka bangkit menuntut hak dan keadilan mereka. Terbaru, melalui majalah terbitan Felda ICT JELAS Bil: 4/2010 yang dipaksa peneroka membayarnya, dimainkan pelbagai isu yang jelas mendoktrinkan fahaman UMNO untuk disumbat ke dalam otak peneroka. Majalah yang sepatutnya mendedahkan kejayaan peneroka atau mendedahkan perkembangan teknologi baru dunia pertanian, sebaliknya digunakan untuk menyerang pejuang isu-isu Felda. 

Dalam artikel “Lahirmu Dalam Sejarah” di muka surat 18 pula dibangkitkan kembali sejarah Tragedi Sungai Lui yang mengisahkan orang Cina membunuh orang Melayu pada masa penaklukan Jepun. Apa tujuan dibangkitkan kembali cerita itu? Ia tidak lain dititip sebagai gerak saraf selaras dengan politik perkauman Umno untuk membelit otak peneroka. Berpolitik cara begini tidak matang dan undur ke belakang.

Melalui artikel “Peneroka Mendakwa Felda Ke Mahkamah” pada muka surat 22, pengarangnya cuba menakut-nakutkan peneroka dengan menuduh peguam pihak peneroka yang menyaman Felda hidup mewah dengan hasil bayaran guaman peneroka. 


HAA....Kenapa jadi ketar lutut bila Felda menjawab balik isu-isu 'pembongkaran' Mazlan ni....
Biasalah Felda kena jawab balik bila ada tohmahan dan fitnah yang dibawa oleh Mazlan. Sedangkan Abang dia sendiri menjadi peneroka yang taat dan bersyukur ......DIA lebih mengenali siapa ADIKnya si Mazlan....


Majalah ICT Jelas memang diterbitkan sejak dulu lagi...Itulah tanda kemajuan Felda ,mempunyai majalah khusus buat peneroka mengetahui perkembangan institusi dan kegiatan mereka di seluruh negara.


Artikel sejarah adalah slot pengisian untuk peneroka mengenang kembali jerih-perit mereka semasa mula menjadi peserta Felda.Bukannya mereka boleh mewah dan senang seperti sekarang dalam sekelip mata.

Artikel Peneroka ke Mahkamah...memang benar peguam mengaut untung terhadap peneroka yang berjaya dihasut.Soal menang kalah belum tahu lagi ...contoh arahan mahkamah Kuantan supaya Felda membayar kepada10 orang peneroka  tuntutan wang tanam semula,memang Felda kena bayar walaupun kes itu tidak dibawa ke mahkamah...yang pasti setiap mereka kena bayar upah peguam..
Begitu juga di Kemahang..khabarnya peneroka belum dapat duit hasil 'kemenangan kontroversi' itu.Kemana perginya Wan Soh......Kenapa timbul pula ketua baru Wan Ismail yang sedang mengambil tandatangan peneroka di sana supaya menyerahkan kuasa menerima wang kepadanya sebelum diagihkan.......!
Cas peguam dikatakan RM 3K setiap peneroka,sepatutnya RM 22K tinggal baki RM19K seorang......

KENAPA pencacai Mazlan Aliman mula kusut dengan laporan ICT Jelas yang menjelaskan kedudukan sebenar bukan memghasut peneroka seperti didakwa..


PENGHASUT SEBENAR ialah Mazlan Aliman yang cuba meruntuhkan sebuah institusi yang begitu berjaya dan mendapat pengiktirafan DUNIA.....



Ada Juga Perompak Yang Baik.

BAIK...baik ada makna tu....

“Di sebalik tindakan ganas mereka mengikat dan memukul saya dua beranak dengan sisi parang ketika memaksa kami menyerahkan semua barang berharga yang ada, mereka turut meminta maaf kerana terpaksa bertindak demikian sedangkan mereka mengakui sebagai orang baik-baik.

“Suspek juga seolah-olah rasa bersalah dengan tindakan mereka mengikat tangan, kaki dan mulut kami malah berulang kali bertanya sama ada saya dan mangsa yang lain boleh bernafas atau sebaliknya,” katanya


KUANTAN - Seorang pengurus agensi Etiqa Takaful bukan sahaja terkejut dan ketakutan malah motif rompakan lima penyamun ‘pelik’ yang menceroboh rumahnya di Indera Mahkota 13 di sini tengah hari kelmarin turut menimbulkan tanda tanya.

Situasi yang dilalui mangsa, Nazila Mohd Nadzir, 46, ketika berdepan lima perompak berusia dalam lingkungan 30-an itu agak mencemaskan pada awalnya setelah dia bersama empat yang lain termasuk dua anaknya diikat kaki, tangan dan mulut selain diacukan sebilah parang.

Perompak ganas itu bagaimanapun mula berubah sikap menjadi lebih bertimbang rasa selepas mendapat habuannya malah meminta maaf berulang kali atas tindakan mereka mengasari dan merompak keluarga wanita itu membabitkan kerugian keseluruhan kira-kira RM20,000. 


DUNIA NI ..macam-macam. Sebetulnya perompak tu tak termasuk dalam kategori GANAS cuma terpaksa merompak atas sebab-sebab tertentu..keperluan dan desakan hidup.
ATAU mungkin inilah pertama kali merompak jadi kurang berani lagi....

Bagaimanapun kakak tu dah hilang    RM 20,000...... 

Khamis, 14 Oktober 2010

Makan di Gerai bertemankan Tikus.

Dua juta tikus di George Town LEBIH BANYAK daripada penduduk bandar itu.......Setiap bulan 1300 ekor tikus ditangkap dan dibunuh di P.Pinang.



GEORGE TOWN - Nama-nama seperti Jalan Chowrasta, Jalan Penang, Jalan Macalister dan Jalan Burmah di sini memang cukup terkenal sebagai lokasi tumpuan pelancong.
Namun di sebalik populariti itu, disebabkan pengabaian kebersihan dan sikap ambil mudah segelintir golongan peniaga menyebabkan lokasi tersebut kini menjadi antara tempat pembiakan tikus.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris mendakwa, dianggarkan terdapat dua juta ekor tikus di George Town iaitu melebihi jumlah penduduk di kawasan itu terutama di kawasan gerai makan serta pasar.
Menurut beliau, perkembangan tersebut menunjukkan amalan pengurusan sisa dan kebersihan di negeri ini begitu rendah.
Katanya, kepesatan pembangunan bandar dan perancangan penduduk yang tidak sempurna memburukkan lagi keadaan.

AKU cuma nak cadangkan antara dua pilihan Majlis Tempatan menjalankan usaha besar-besaran menghapus tikus-tikus itu atau jadikan ia ikon pelancongan baru di Pulau Pinang.....


LIDAH BERCABANG mencatur pemilihan cabang PKR.

KERTAS UNDI yang diterima lebih banyak daripada ahli yang mengundi....Ianya berlaku dicabang Hulu Selangor.PELIK ya...dalam pemilihan cabang PKR ada pengundi hantu....Mereka buat bantahan ke PKR pusat. 4 lagi bantahan terbaru  ialah cabang...Kota Raja,,Kuala Langat,Pandan dan Kelana Jaya...


Bantahan Kota Raja kerana pengiraan Undi dibuat di pejabat PKR tanpa kehadiran calon,sementara diKuala Selangor kertas undi disalah cetak....

PKR TERIMA Bantahan dari 64 cabang....

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Jawatankuasa pemilihan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima lima lagi bantahan daripada ahli parti itu yang tidak bersetuju dengan perjalanan mesyuarat cabang yang diadakan baru-baru ini.

Marilah kita teliti sebahagian surat Zaid Ibrahim kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR..Dr. Molly Cheah.


Per: Proses Pemilihan Parti

Saya telah meniliti dan mengikuti perkembangan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) yang baru selesai. Banyak masalah timbul yang telah menjadi pengetahuan umum bahawa berlaku kekecohan dalam pemilihan peringkat Cabang.

Ada beberapa isu yang telah dibangkitkan oleh pihak-pihak yang terlibat yang menimbulkan tanda tanya sama ada pemilihan parti dapat dilaksanakan dengan telus dan adil dalam pemilihan Majlis Pimpinan Pusat nanti.

Antara perkara-perkara tersebut ialah tindakan dan keputusan pengawas pemilihan yang jelas memihak kepada kumpulan tertentu: jumlah pengawas yang tidak mencukupi, lalu dibantu oleh penyokong pihak yang bertanding; daftar pengundi yang digunakan oleh pengawas berbeza dengan senarai yang ada pada pihak yang bertanding; kertas undi yang sudah dipangkah didapati digunakan untuk memenangkan seseorang calon, jumlah kertas undi yang melebihi jumlah ahli yang hadir; peti undi yang tidak telus cahaya (transparent); calon tidak diwakili secara sah oleh polling and counting agent untuk mengesahkan jumlah kertas undi dan jumlah undi yang telah dikira; kertas undi tidak ada nombor siri; dan tidak ada proses pengesahan oleh wakil calon bahawa pengundian dibuat oleh nama pengundi yang berdaftar sahaja.


Satu pertiga daripada 195 cabang PKR yang telah mengadakan pemilihan mereka tetapi ianya BAGAI PERANG SAUDARA dalam PKR...
Inikah yang disebut parti yang memperjuangkan keadilan?


TEPUK DADA TANYALAH ANWAR IBRAHIM........

Rabu, 13 Oktober 2010

Jalanraya Bapak Aku Yang Punya.....

Sekali Air Bah...Sekali Pantai Berubah...Sekali Banjir Jalanraya membawa petaka...Sekali lagi kita memikirkan cara mengatasinya.....


Kaedah-kaedah motor (Had Laju) 1989 memperuntukkan bahawa kelajuan maksimum untuk bas ekspres dan bas pelancongan adalah 90 km/j di lebuh raya dan 80 km/j di jalan-jalan biasa.Kenapa kita TIDAK BOLEH AKUR?.....MEMANG JARANG KITA LIHAT BAS EKSPRES  mematuhi had kelajuan milik mereka itu.....

‘‘Kerajaan negeri Melaka minta Kerajaan Pusat wajibkan supaya bas ekspres dipasang pedal yang hanya boleh memecut semaksimum 90 kilometer sejam (km/j) sahaja...Begitulah cadangan Dato' Ali Rustam....


AKU cuma membayangkan jika bas ekspres tak boleh memecut lebih dari 90km/jam...bagaimana kalau perlu tekan minyak ketika memotong sedangkan kenderaan dihadapan semakin hampir atau perlu menambah sedikit kelajuan kerana mengelakkan sesuatu yang bakal mengakibatkan kemalangan...

Bagi aku pemandu telah terdidik sepenuhnya dengan peraturan jalanraya.Bukan mudah menjadikan sesaorang layak sebagai pemandu kenderaan awam terutamanya.

Pada 10 Oktober lalu, seramai 12 orang terbunuh manakala 40 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah bas, tiga buah kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau .


Biasanya kita akan membuka mata dan mencari alternatif bila kemalangan atau sesuatu telah berlaku,tetapi kadar kemalangan tidak susut malah semakin meningkat....

SIKAP kita perlu diubah....Sebagai contoh kemajuan prasarana jalanraya di Malaysia jauh lebih maju berbanding Indonesia tetapi kadar kemalangan mereka adalah rendah sedangkan aku tengok jalanraya 2 lorong mereka jadi hingga 5 lorong semasa sesak....tetapi sikap timbangrasa dijalanraya mereka begitu tinggi sehinggakan pejalan kaki pun boleh melintas dengan hanya mengangkat isyarat tangan...TAPI pejalan kaki yang sedang melintas dilaluan pejalan kaki ditempat kita ...ada yang kena langgar..

KALAU KITA' BERI HON' kepada sesetengah pemandu atas sebab kesalahannya...KITA ditunjukkan PENUMBUK.....

mungkin anda ada PENGALAMAN YANG LEBIH HEBAT LAGI......MARILAH kita BERKONGSI......

KEMISKINAN akan di PINGGIRKAN menjelang 2020.

BANYAK kes berlaku bantuan telah disalurkan oleh Kementerian Luar Bandar dan Wilayah tetapi kemudiannya beberapa kementerian yang lain juga turut memberi bantuan yang sama kepada keluarga yang sama sedangkan masih ramai yang ketinggalan. Ianya tidak efisien kerana bantuan perlu diperluas dan dinikmati oleh semua.....

Pangkalan data basmi kemiskinan - Shafie

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Pangkalan data bagi memudahkan pelaksanaan program pembasmian kemiskinan dan kemiskinan tegar membabitkan 15,000 kampung di seluruh negara dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya menjelang 2012.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, buat masa ini pangkalan data kawasan luar bandar di tiga buah negeri iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan sudah siap dilaksanakan.
"Kita menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS) untuk mengemaskinikan dan melengkapkan pangkalan data bagi mengenal pasti jenis bidang ekonomi dan pelan pembangunan yang mahu dibangunkan di semua 15,000 kampung tersebut.
"Setiap kampung mempunyai keperluan serta kesesuaian bidang ekonomi yang berbeza dan kita percaya melalui pangkalan data ini, usaha kerajaan untuk membasmi miskin tegar dan golongan miskin dapat dilaksanakan secara holistik," katanya.

Biasanya rakyat menyalahkan polisi kerajaan yang tidak benar-benar berusaha menghapuskan kemiskinan dan merapatkan jurang antara kaya dan miskin walaupun telah berjanji berbuat demikian. Sebaliknya kerajaan dikatakan menaikkan gaji dalam sektor kerajaan, gagal mengawal harga khidmat dan barang-barang keperluan penting , gagal memberi subsidi perumahan kepada orang-orang miskin secara besar-besaran, membiarkan pengumpulan tanah dan harta oleh golongan yang sudah mempunyai rumah, dan tidak melaksanakan polisi pendapatan minima untuk kepentingan kumpulan pendapatan rendah. Pembahagian hasil sumber DIKATAKAN tidak adil. Orang-orang kaya BERTAMBAH KAYA..dan yang MISKIN terus melarat....


DI Harapkan PENGKALAN DATA yang dimaksudkan oleh Shafie Afdal benar-benar dapat merealisasikan impian PM dan rakyat bahawa kemiskinan bakal dihapuskan....seperti kata PM 'Beri tempoh 1o tahun lagi,kita akan melaksanakan semua program membasmi kemiskinan sebaik mungkin'......



Selasa, 12 Oktober 2010

25 Negara PENDUDUKnya Sedang 'LAPAR' di Dunia..

MARIlah bersama kita salurkan bantuan bagi yang MAMPU...Renungilah mata anak-anak yang sedang KELAPARAN......

WASHINGTON — Kemiskinan, konflik, dan ketidakstabilan politik menyebabkan satu billion manusia menderita kelaparan tahun ini, yang sebahagian besar berpusat kepada anak-anak di Afrika dan Asia, menurut laporan Indeks Kelaparan Global yang diterbitkan pada ISNIN (11/10/2010).

"Dari 122 negara yang tertera dalam laporan tahunan, 25 negara di antaranya memiliki tingkat kelaparan yang cukup membimbangkan dan empat negara di Afrika berada pada tingkat sangat serius," menurut laporan International Food Policy Research Institute/IFPRI), Concern Worldwide, dan Welthungerhilte. 


"Perang saudara yang berlarut-larut sejak akhir 1990-an telah menyebabkan keruntuhan ekonomi, pengungsian besar-besaran, dan kondisi ketidakamanan makanan yang kronik menjadikan Congo negara yang penduduknaya paling 'LAPAR' di dunia mengikut laporan itu.

Turutan kelaparan terburuk seterusnya adalah Nepal, Tanzania, Kamboja, Sudan, Zimbabwe, Burkina Faso, Togo, Guinea-Bissau, Djibouti, Mozambik, India, Banglades, Liberia, Zambia, Timor Leste, Niger, Angola, Yaman, Republik Afrika Tengah, Madagaskar, Komoro, Haiti, Sierra Leone, dan Etiopia. 

BOLEH Menitis airmata kita bila mengenangkan begitu ramai manusia dalam kelaparan diseluruh dunia...
Sedangkan kita di Malaysia ramai orang 'mati' kerana KEKENYANGAN'....

Dalam sebuah hadith disebut: “Ziarahlah orang yang sakit, berilah makan orang yang lapar dan bebaskanlah orang yang susah!” Bela dan bantulah mereka yang kurang bernasib baik kerana kemiskinan itu boleh menyebabkan seseorang menukar agamanya. Dari Anas bin Malik r.a. menyebut, Sabda Rasulullah S.A.W “Hampir-hampir kefakiran itu membawa kepada kekufuran“ (Hadis Riwayat At-Tabarani. ).

Majoriti negara tersenarai penduduknya beragama Islam...
Semoga membuka mata negara Islam yang kaya dan mewah MEMBANTU MEREKA....!

AMARAN BUAT AHLI SIHIR...!

Hei si hantu raya
Jembalang angin
Aku tahu asalmu
Engkau dari bulu hidung Nabi Adam
Makanan engkau telur ayam
Mari engkau
Mari makan benda-benda ini.
Hei si hantu raya
Mari kau bersahabat
Mari menjaga diriku
Engkau taat perintahku
Ikut segala perintahku.


AKU cuma petik sedikit antara seruan pengamal sihir,sesungguhnya sihir menjadi sebahagian dari kehidupan sesetengah masyarakat melayu.Sifat dengki dan khianat masih terus berleluasa dikalangan kita.Ilmu sihir biasa digunakan untuk menutup perniagaan orang lain,sakit hati ,melakukan jenayah dan sebagainya.......

KUANTAN - Malaysia disaran agar menggubal Akta Jenayah Sihir bagi membanteras kegiatan jenayah menggunakan ilmu hitam serta mengekang amalan itu daripada berleluasa di kalangan masyarakat melalui mekanisme perundangan.

Pensyarah Kanan Sekolah Pengajian Islam Kolej Antarabangsa Institut Kemahiran Ikhtisas Pahang (IKIP), Dr. Mahyuddin Ismail berkata, penggubalan akta berkenaan memberikan kuasa kepada pihak yang berkenaan untuk mengambil tindakan berhubung jenayah membabitkan sihir.

Menurut beliau, langkah itu wajar diambil supaya pengamal sihir boleh dibawa ke muka pengadilan dan diadili sebagaimana kes-kes jenayah lain.

"Bukan hanya di Malaysia tetapi negara-negara lain juga mengalami masalah sama (sihir) tetapi tidak ada penyelesaian dari segi undang-undang.

"Sebenarnya, jenayah sihir ini boleh dibuktikan di mahkamah syariah dan sivil," katanya ketika membentangkan kertas kerja pada Seminar Undang-Undang Jenayah Sihir di Kolej Antarabangsa IKIP baru-baru ini.

Seminar anjuran bersama oleh Kolej Antarabangsa IKIP, Yayasan Pahang, Jabatan Kehakiman Syariah Pahang dan Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) itu dirasmikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Datuk Rahman Md. Yunus..


 Al-Quran menyebut.....
'Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir”. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui'. Al-Baqaroh : 102.

SESUNGGUHNYA jauhilah diri kita dari kemusnahan yang bakal membawa kita ke NERAKA JAHANAM.......

Isnin, 11 Oktober 2010

Ah Long Bukit Beruntung Tak lah Ganas.

RAMAI YANG TELAH MENJADI MANGSA..tetapi semakin ramai yang berminat meminjam...



KUALA LUMPUR - Membimbangkan! Percaya atau tidak, wanita bujang dan berkahwin menjadi golongan yang kian terhimpit apabila statistik Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA menunjukkan mereka semakin galak meminjam dengan ah long melibatkan hutang mencecah RM2.9 juta sejak 2009 sehingga Ogos tahun ini.

Dalam tempoh dua tahun itu, sebanyak 51 aduan yang diterima biro itu melibatkan wanita berusia dalam lingkungan 20 dan 30-an mengatakan hidup mereka diselubungi kebimbangan lantaran menjadi buruan lintah darat tersebut kerana gagal melunaskan hutang.

Bagi tahun 2009, sebanyak 51 wanita Melayu Lembah Klang telah meminjam dengan ah long membabitkan hutang RM2.2 juta manakala tahun ini sehingga Ogos pula seramai 16 peminjam berbuat demikian membabitkan hutang berjumlah RM784,000.

Difahamkan, rata-rata jumlah pinjaman berjumlah di antara RM1,000 dan RM300,000 itu dibuat oleh golongan tersebut ialah untuk memulakan perniagaan dan menyertai program pemasaran pelbagai peringkat (MLM).

Ketika mendedahkan perkara tersebut, ketua jabatan itu, Datuk Michael Chong berkata, walaupun jumlah pengadu melibatkan wanita Melayu masih rendah berbanding wanita kaum lain, ia tidak boleh dipandang ringan.

Komen ug...Kalau nak berniaga masih banyak cara meminjam wang....Bank dan pelbagai institusi pinjaman sedia menawarkan pinjaman.JANGAN lah sesekali mendekati Ah Long...MACAM PERGI SERAH NYAWA..!

Ahad, 10 Oktober 2010

Siapa Bakal Menggalas Biawak Hidup?

KU LI nafi terima tawaran sebagai Pengarah Pilihanraya DUN Galas....Begitulah bunyi ayat kebanyakkan blog pro-pembangkang sebelum ini......................................                   Sebenarnya apa yang dikatakan Tengku Razaleigh ialah..."Rakan, rakan, saya tidak berkata ya ataupun tidak. Saya akan menjelaskan berhubung Galas apabila saya pulang ke Malaysia,"

 Kesediaan veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah menerima pelantikan sebagai pengarah pilihan raya BN di DUN Galas disambut sinis oleh pemimpin pembangkang.


Bagi timbalan presiden PKR Syed Husin Ali, tindakan Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu tidak ubah seperti "menggalas biawak hidup".


"Ku Li setuju galas beban sebagai pengarah PRK (pilihan raya kecil) Galas untuk Umno. Tak ada pilihan lain? Harap dan doa Ku Li selamat dari menggalas biawak hidup," katanya dalam laman Twiter.


Semalam, Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang mengesahkan menerima pelantikan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang selepas pulang daripada bercuti di luar.


Menurut Razaleigh beliau menerima tanggungjawab itu sebagai anggota Umno dan Ketua Umno bahagian Gua Musang selama hampir 50 tahun, selain anggota parlimen kawasan berkenaan..sumber MK.

DAH  Tak ada tuduhan lain yang boleh dibuat....Syed Hussin kata Ku Li bakal menggalas BIAWAK HIDUP..apahal pulak puak PiiKehYaar ni dah sewel ke..
Tak habis dengan Sakit Dalaman dan Biawak Hidup dalam pemilihan cuba nak keluar tajuk pulak....

SEBENARnya puak-puak ni dah ketar lutut bila Tengku Razaleigh setuju menerima perlantikkan itu,sebab tu Pok Nik sendiri mula pasang cerita Mak Yong bila nama Tengku Razaleigh DISEBUT sebagai Pengarah Pilihanraya juga mungkin calon BN di Galas.....Beliau menyifatkan cadangan itu menghina Tengku Razaliegh."Saya boleh sebut ini dah melampau,bukan taraf dia bertanding di DUN..Dia menteri dah,dah keParlimen nak turun ke DUN...ini dah tak betul.Tak jaga lidah betul ,jagalah lidah sikit...Ku Li ni keturunan raja dan pernah jadi menteri kewangan tiba-tiba nak letak di DUN..ada masalah lain le ni".....

Sekarang ni PAS dah cuba alih perhatian nak letak calon orang asli pulak...demi memikat hati kira-kira 1800 PENGUNDI pribumi itu...

Aku yakin bila Tengku Razaleigh bertemu Ketua Orang Asli Pandak A/L Panjang Ey  segalanya akan SELESAI......

Istana diceroboh pencuri...

HAI...Macam-macam berlaku.Istana tempat bersemayam Yang Di-Pertuan Agong pun diceroboh pencuri.Pengawal pun tak menyedarinya...... Rasanya ini kerja 'Mat Pit',dah habis dah lokasi lain.....Istana jadi sasaran.


 KUALA TERENGGANU- Kira-kira 650 ukiran bunga hiasan tembaga pada pagar bahagian belakang Istana Nur Nadhirah, Jalan Kamarudin di sini hilang dipercayai dicuri baru-baru ini.
Kejadian itu hanya disedari kira-kira pukul 9 pagi Khamis lalu ketika pihak polis menjalankan pemeriksaan rutin di sekitar kawasan itu.
Istana itu menjadi tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin apabila Seri Paduka berangkat pulang ke bandar raya ini.
Ia berlaku sehari sebelum keberangkatan pulang Seri Paduka bagi menyaksikan upacara pelepasan peserta kejohanan sukan berkuda Sultan's Cup Endurance di negeri ini semalam.
Difahamkan, individu yang terlibat dalam kehilangan ukiran tersebut mungkin menyangka ia mengandungi emas kerana warnanya yang kekuningan atau mahu menjualnya kepada peniaga barangan lusuh.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan ketika ditemui mengesahkan kejadian itu namun beliau tidak mahu mengulas lanjut kerana kes berkenaan masih dalam siasatan....berita kosmo.

BUKAN sahaja Sultan tidak dihormati oleh segelintir rakyat, malah golongan pencuri pun dah tak mengira tempat...asal dapat habuan sudah..!
Nampaknya kawalan di Istana perlu ditambah,,jangan sampai ianya diceroboh lagi............
Apa salahnya selain pengawal istana,pasukan tentera,PGA , Wataniah atau RELA diberi tugas sesekali mengawal istana.

Sebagai contoh.....setahu aku Istana Sultan Johor punyai Askar Timbalan Setia yang cukup ramai.. bertugas dan mengawal disana,tak mungkin penceroboh berani kesana...


Sabtu, 9 Oktober 2010

Penonton misteri di stadium Komanwel New Delhi.

SELAMAT BERJUANG BUAT ATLET TANAH AIR DI SUKAN KOMANWEL KE 19 NEW DELHI..

 Pelik!........ Tiket habis dijual tetapi stadium kosong

SAYA tidak dapat bayangkan apakah reaksi pengkritik di tanah air andai gelanggang bagi acara sukan temasya besar di Malaysia hanya separuh penonton atau tiada penonton langsung.

Ia harus memalukan bagi penganjur tapi di New Delhi, senario ini dapat dilihat hampir setiap hari sehingga cetus persoalan apa sudah jadi dengan semua tiket dicetak. Di gelanggang angkat berat, umpamanya hanya atlit, pengurusan pasukan, pengadil dan jurugambar saja memenuhi ruang dalam gelanggang. 

Kebanyakan penonton yang hadir untuk membeli tiket kecewa kerana petugas di kaunter tiket berkata, semua tiket sudah habis dijual, pada hal dalam gelanggang masih ada banyak tempat duduk kosong.
Seorang penonton yang ditemui pula berkata, dia terperanjat apabila diminta mengisi borang untuk membeli tiket.

“Saya belum pernah lihat di mana-mana sebelum ini penonton perlu berbuat demikian,” kata bapa kepada seorang atlit tempatan yang bertanding di sini.


“Saya diminta menunjukkan kad pengenalan, alamat dan butiran lain. Ini membuat saya muak dan tidak mahu pergi ke stadium. Saya difahamkan, ini dilakukan sebagai satu langkah waspada memastikan saya tidak membawa senjata masuk ke gelanggang bersama pengganas.”


Di sini versi mengenai jualan tiket adalah pelbagai sehingga kita tidak tahu yang mana satu benar. Cuma apa yang pasti, anda tidak akan mendapat sebarang penjelasan apa yang sedang berlaku di sini sehingga tamat temasya - sama ada tiket sudah habis atau kenapa tempat duduk di gelanggang kerap kosong atau hanya separuh penonton.

Anehnya, sukar dibayangkan bagaimana penganjur Sukan Komanwel mahu membayar semula pinjaman kepada kerajaan pusat kerana penjualan dan agihan tiket menjadi satu isu besar.

Selepas melihat semua gelagat ini sejak beberapa hari lalu, saya hanya dapat membuat satu rumusan iaitu penganjur tempatan kita jauh lebih hebat dan penganjur di New Delhi boleh belajar erti ikhlas daripada kita--Namaste- Berita Harian..


MEMANG PELIK  bila keadaan begini berlaku....Tapi kalau tiket habis penganjur taklah rugi, lantaklah ada orang tengok atau tidak.Hairannya kemana pergi penonton yang beli tiket tu ya?

AKU PUN SEDANG  FIKIR  NI .........!