Ahad, 17 Oktober 2010

Anwar Perlu Bertaubat Siri Kedua.

60 ahli dari tiga Cabang PKR semalam menghantar ‘Memorandum Taubat’ kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar segera bertaubat demi menjaga martabat perjuangan parti

PETALING JAYA 16 Okt. – Tiga wakil Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menghantar ‘memorandum taubat’ kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu segera bertaubat.
Memorandum satu muka surat itu dihantar oleh 60 ahli dari tiga cabang parti yang terdiri daripada wakil Perak serta Pulau Pinang (Butterworth dan Bayan Baru), di ibu pejabat parti tersebut di sini, pukul 11.30 pagi.
Wakil kumpulan itu, Nor Hilmi Ismail dari PKR Bayan Baru berkata, antara tujuan memorandum tersebut dihantar adalah berkaitan dengan kes yang melibatkan Anwar di mahkamah.
Katanya, ia bagi mendesak Anwar bertaubat segera demi menjaga martabat perjuangan parti berkenaan.
“Kes-kes mahkamah melibatkan Anwar dilihat merosakkan perjuangan parti.
“Oleh itu, jika Anwar enggan bertaubat selepas pelbagai pendedahan mengenainya dibongkar, lebih separuh daripada ahli parti mendesak beliau meletakkan jawatan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Jelas Nor Hilmi, semua ahli parti memerlukan pemimpin yang dapat memberi sepenuh perhatian terhadap perjuangan parti dan bukan sebaliknya, iaitu hanya tertumpu kepada isu-isu peribadi.

SETAHUN LALU Karpal Singh  telah meminta Anwar supaya bertaubat kerana ia sudah lebih tahu tentang apa yang dibuat oleh Anwar terhadal Saiful. Apabila Saiful melafazkan sumpah, Karpal sudah tahu bahawa Saiful memang benar. Dan apabila berlaku krisis Karpal dan Anwar berhubung isu raja-raja Melayu, Karpal dengan selamba menyebut "Anwar Ibrahim perlu bertaubat"

BERIKUTAN pengakuan terbaru melibatkan mereka-mereka yang hampir dengan Anwar.....mengakibatkan kepercayaan ahli-ahli PKR terhadapnya semakin RAPUH..... KERANA SEGALANYA SEMAKIN JELAS TERPAMPANG di mata mereka.....

1 ulasan: