Jumaat, 22 Ogos 2014


 

SELESAI SUDAH BERTAFAKKUR..
AL-FATIHAH DAN SALAM TAKZIAH.



KITA TERHARU DAN BERSEDIH DISINI
MEREKA PULA BERSEDIH DISANA..



Jumaat, 15 Ogos 2014

POLITIK UGUT MEREBAK DALAM PAS

NASRUDDIN HASSAN

KERANA ANWAR DAN PKR DALAM ISU MB SELANGOR PAS JADI MANGSA KECELARUAN.....NASRUDDIN HASSAN MELIHAT SENARIO ITU DAN MENJADI KEBIMBANGAN PAS JUGA.....


KUALA LUMPUR 14 Ogos - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan melahirkan kebimbangan terhadap budaya politik ugutan yang dikatakan semakin merebak dalam Pas berikutan krisis perebutan kuasa yang melingkari kerusi panas Menteri Besar Selangor.
Beliau yang dipetik melalui laman Facebook miliknya mempersoalkan jika proses penyaringan secara semula jadi sedang berlaku di dalam Pas ketika ini terhadap mana-mana pemimpin yang tidak patuh kepada pendirian parti.
Nasrudin dipercayai merujuk kepada tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selangor, Saari Sungib apabila meletakkan gambar cetakan paparan skrin laporan sebuah portal di dalam Facebooknya berhubung kesanggupan Saari menjadi ADUN Bebas jika sokongannya kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu tidak diterima Pas.
"Budaya politik ugut sudah merebak masuk dalam Pas. Apakah proses penyaringan sedang berlaku secara nature (semula jadi)? Semoga Allah selamatkan jemaah ini daripada mereka yang ada hasrat merosakkannya.
"Juga Allah memberi kekuatan dan petunjuk kepada pemimpin jemaah ini agar dapat memimpin dengan baik," katanya hari ini.
Terdahulu, dalam satu sidang media di sini, Saari dan seorang lagi ADUN Pas Selangor, Hasnol Baharuddin menyatakan sokongan kepada Wan Azizah untuk menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Berikutan tindakan itu yang bertentangan dengan pendirian Majlis Syura Ulama dalam menyokong Abdul Khalid, Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali berkata, siasatan akan dilakukan ke atas dua pemimpin berkenaan sebelum apa-apa keputusan diambil.

NAMPAKNYA PAS PERLU BIJAK MENANGANI ISU 2 ADUN INI YANG MELANGGAR KEPUTUSAN MAJLIS SYURA...PANDAI-PANDAI BUAT KEPUTUSAN SENDIRI,MUNGKIN KERANA ADA UDANG DISEBALIK BATU..APAPUN WAN AZIZAH SUDAH BOLEH TERSENYUM BILA MEMBILANG 30 ADUN MEYOKONGNYA TERMASUK DIRINYA SEBAGAI BAKAL MB SELANGOR YANG BARU.....