Selasa, 6 Oktober 2009

KONFRANTASI - JANGAN ULANGI SEJARAH!


Walaupun hujan lebat, lebih dari 2,000 orang, sebahagian besar daripadanya ialah perempuan, telah datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuala Lumpur, pada petang ini (5 Julai 1964) kerana menghantar Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, yang berlepas dengan kapal terbang Royal Malaysian Air Force (RMAF) ke Singapura, dalam perjalanannya ke London. Ramai di antara mereka telah membawa poster dan sepanduk-sepanduk yang bertulis "Sokong Tunku", "Kami bersama-sama Tunku", dan "Pergi jahanam dengan Soekarno", "Jahanamkan tali barut Komunis", dan " Soekarno, rakyat kamu berkehendakkan makanan dan kain, bukan senjata.". Tatkala Perdana Menteri dan rombongannya menaiki kapal terbang itu, maka orang ramai pun bersorak "Lanjut apalah kiranya usia Malaysia, sokong Tunku dan jahanam kan konfrantasi Indonesia
SEMASA peristiwa ini berlaku aku masih kecil lagi. Ayah pernah menceritakan 'Sekumpulan
askar payung terjun turun di kampung kami pada suatu malam.Mereka agak terpinga-pinga
kerana sasaran mereka turun dikawasan hutan - rupa-rupanya sebuah penempatan.Namun
baiknya orang-orang kampungku memberi perlindungan kepada mereka.Esoknya kumpulan askar itu menyelinap masuk kehutan berhampiran kampung'.
Suatu ketika aku berusia 12 tahun.. hutan di tepi kampungku sudah ditebang untuk dimajukan
dengan tanaman kelapa sawit. Ketika itu ayah kerap mengajakku kekawasan itu untuk mengutip kayu arang selepas pembakaran longgokan kayu-kayu hutan tersebut. Pernah aku temui tengkorak-tengkorak manusia dan yang paling aku ingat bila terjumpa satu rangka
manusia lengkap dengan selaras senapang yang telah reput. Ketika itu aku teringat apa yang
pernah diceritakan oleh ayah dan aku pasti apa yang aku temui adalah askar-askar yang
bersembunyi di hutan tersebut beberapa tahun dahulu. Mereka terperangkap disitu kerana
hutan itu dikelilingi kawasan yang telah dibangunkan.
ITUlah selingkar kisah benar yang aku lalui semasa kecil..... KONFRANTASI antara dua negara
serumpun...MALAYSIA dan INDONESIA.
Sekarang mereka gelar kita 'MALING SIA'.......PENCURI!
Terbaru sekumpulan kira-kira 200 rakyat Indonesia (sebilangan besarnya kanak-kanak) sekali
lagi berhimpun untuk "GANYANG MALAYSIA" membakar jalur gemilang dan berhasrat untuk serang Malaysia...
Aku merasakan mainan media adalah penyebab utama hubungan kedua-dua negara semakin tegang...Bermula dengan pelbagai isu remeh dan minoriti yang dimainkan seperti 'KES MANOHARA dan AMBALAT
disusuli pula iklan VISIT MALAYSIA dan TARIAN PENDET yang dipromosikan oleh Discovery Channel ..Malaysia terus dilabelkan sebagai pencuri. Tidak kurang pula dengan isu PEMBANTU
RUMAH yang begitu sensasi..kes-kes penderaan yang berlaku menjadi barah yang menambah
kebencian terhadap Malaysia dan rakyatnya.
ADAKAH hubungan yang semakin tegang ini tidak boleh dikendurkan.Malaysia melalui Menteri Luar Datuk Anifah Aman telah mengemukakan permohonan maaf dan dipihak kerajaan Indonesia mungkin masalah juga telah selesai tetapi mengapa segelintir rakyatnya masih ingin
mengganyang Malaysia?
Sejarah Konfrantasi harus dijadikan iktibar...
ISU-ISU yang timbul ambillah pendekatan bermesyuarah...Penderaan -siapa bersalah harus
dihukum.Begitu juga jenayah yang PATI lakukan di Malaysia,undang-undang dikuatkuasakan
Visit Malaysia dan Dicovery Channel cuma menggunapakai budaya tertentu bukan memiliki.
Lebih 100tahun dahulu orang melayu berpindah sekitar NUSANTARA ini, adat dan budaya
pastinya dibawa bersama,Jadinya rumpun kita adalah sama dan bersaudara .....
Bayangkan kalau Malaysia bertindak menghantar pulang TKI berjumlah 1.8 juta itu..pastinya
kerajaan Indonesia tak dapat memberi peluang pekerjaan kepada mereka.Yang pastinya sesetengah pemimpin Indonesia menjadikan perkara-perkara ini isu domestik ketika menghadapi pilihanraya.
Lebih 1 juta pembantu rumah Indonesia telah mendaftar untuk bekerja di Malaysia walaupun
cadangan gaji RM800 ditolak majoriti majikan negara ini, ianya tidak berpaksi kepada kes terpencil 'penderaan' yang berlaku.Ada pihak yang mecadangkan pembantu rumah Islam hanya
dibenarkan untuk majikan beragama Islam juga.Ianya suatu cadangan yang baik.Mereka juga perlu sama berfikir,tidak semua amah yang datang benar-benar ikhlas bekerja - ada segelintir
yang tak bagus lesapkan duit majikan dan lari ke KEDUTAAN dengan pelbagai alasan.
Dari itu semua pihak perlu duduk semeja menyelesaikan kemelut ini.Pelbagai cara boleh difikirkan ...contohnya budaya merenggangkan kita budaya jua boleh menyatukan kita.
INGATLAH suatu ketika dahulu filem-filem seperti SIPITUNG , JANGAN BIARKAN MEREKA LAPAR dan banyak lagi menjadi kegilaan di Malaysia. Kemudian diera berikutnya HAPUSLAH AIRMATAMU dan beberapa lagi menjadi filem bersama.Sekarang ini pun lagu dan filem tetap
menjadi halwa serumpun kerana bahasa kita sama....... Siti Nurhaliza, Salim Iklim dan Kumpulan Search pernah menjadi igauan di Indonesia begitu juga kini Peterpan,Kris Dayanti dan ramai lagi popular di Malaysia.
Pemimpin perlu menyelesaikan perkara remeh-temeh itu bukan rakyat yang perlu dihukum.
KONFRANTASI yang berlaku 1963-1966 TAK PERLU BERULANG LAGI.. kerana ianya telah diselesaikan dengan satu
perjanjian damai di Bangkok pada 11 Ogos 1966.Dulu mungkin sebabnya terlalu besar. Presiden Sukarno tak setuju dengan penubuhan Malaysia 16September 1963- gabungan Malaya/Sabah-Sarawak dan Singapura(keluar pada 9 0gos 1965)
GANYANG MALAYSIA pada 27Julai 1963 ..tidak sama dengan Ganyang Malaysia Otktober 2009...SEJARAH MENGAJAR KITA DAN BELAJARLAH DARI SEJARAH....

1 ulasan:

  1. Mana awak tahu 1.8 juta, dekat 6 juta yang ada di Malaysia......., aku nak sangat tengok muka-muka yang ada dalam TV itu datang Malaysia, dia orang kata nak serang Malaysia pda 8 Oktober ni..... kot mampus dulu kat dalam laut bahan di jerung....

    BalasPadam