Rabu, 30 September 2009

LANGKAH MEMUPUK HUBUNGAN ANTARA KAUM



Asrama 1Malaysia akan diwujudkan


PUTRAJAYA - Kerajaan sedang menimbangkan untuk mewujudkan sebuah asrama di Lembah Klang untuk memenuhi keperluan pelajar semua kaum yang menghadapi pelbagai masalah di rumah yang telah menjejaskan pembelajaran mereka, selaras dengan semangat 1Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak semalam. Perdana Menteri berkata, kerajaan sedang mencari tapak yang sesuai bagi asrama itu, dijangka beroperasi tahun depan. “Kita masih belum lagi memikirkan nama asrama itu tetapi ia akan menjadi yang pertama seumpamanya yang menempatkan pelajar semua kaum hidup bersama-sama. Ini merupakan satu eksperimen dan kemudian kita akan lihat. : “Mereka boleh tinggal bersama-sama dan ini akan dapat memupuk hubungan antara kaum yang baik. Kita berharap untuk memulakan ini tahun depan. Ia akan mengambil pelajar daripada peringkat, mungkin Tahun 4 ke atas hingga sekolah menengah,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai meningkatkan taraf hidup kaum

TEMAN amat berbangga dengan idea PM kearah memupuk hubungan antara kaum dari peringkat awal iaitu alam persekolahan.Maklumlah kini masyarakat mula dibarahkan dengan pelbagai isu yang merekahkan hubungan antara kaum ini.Kita di Malaysia merupakan masyarakat majmuk yang terulung didunia.Selama ini kita dapat menunjukkan perpaduan kaum yang menjadi contoh masyarakat dunia,tapi sejak mutakhir ini dicalarkan dengan pelbagai insiden yang dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan politik khususnya.

IDEA 'ASRAMA 1 MALAYSIA' ini juga bakal menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi
oleh pelajar seperti perbalahan keluarga,penceraian ibu-bapa,kemiskinan dan pembaziran
terhadap sekolah-sekolah yang tidak efektif dari segi bilangan muridnya ,contohnya S.R.J.K.
Tamil Ladang Sungai Timah ,Telok Intan,Perak yang dilaporkan mempunyai hanya seorang murid.

CUMA Teman nak berkongsi pandangan rasanya tidak semesti asrama itu diwujudkan di Ibu Negara K.Lumpur sebab murid-murid yang bakal ditempatkan dimerata sekolah di K.L itu
mungkin menghadapi kesesakkan pergi-balik walaupun bas disediakan.Ini akan menyebabkan masa di asrama yang singkat dan menyulitkan urusan harian mereka.Perkara ini telah berlaku terhadap pelajar Asrama Semai Bakti FELDA,menyebabkan ramai ibu-bapa yang anaknya terpilih pulang semula bersekolah di kampung.Walaubagaimanapun keadaan
lebih baik di Asrama Semai Bakti Kuantan dan Johor Bahru.

Bagaimanapun idea PM ini perlu disambut dengan baik demi memperbaiki nasib pelajar yang
kurang penjagaan dan semangat 1 Malaysia yang bakal dipupuk.
Hanya pelaksanaannya perlu mengambilkira persekitaran yang sesuai untuk mewujudkan
situasi yang memihak kearah matlamatnya...RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan