Khamis, 10 September 2009

Idea untuk bersatu



Makanan simbol penyatuan
DI pasar ini masyarakat bersatu untuk bersaing dalam perniagaan makanan.
DI sebuah tempat meletak kenderaan di tengah kota Lebanon, Kamal Mouzawak berjaya menguruskan satu cabaran besar. Beliau berjaya menyatukan rakyat Lebanon yang berbeza agama melalui satu keghairahan biasa iaitu makanan.
Antaranya ialah Hussein Abu Mansour dari perkampungan Druze di selatan wilayah Bekaa, Mona al-Dorr dari perkampungan Syiah berhampiran sempadan Israel sehinggalah kepada Sarkis dan Lina Geryes dari bandar penganut Kristian di bahagian utara.
Kesemua mereka bersatu untuk bersaing dalam perniagaan makanan berbanding perbezaan fahaman politik.
Teman rasa tertarik dengan pendekatan ini.Dalam sesebuah masyarakat pasti ada sesuatu perkara yang boleh menyatukan mereka,cuma nak kenalpasti apakah pendekatannya.
Kita di Malaysia yang aman makmur buminya memang telah bersatu antara pelbagai kaum berkat usaha kepimpinan terdahulu.Jangan kita nafikan jasa mereka dari PM Tunku Abd.Rahman hinggalah ke Dato Seri Najib sekarang.Pendekatan l MALAYSIA yang diperkenalkan beliau merangkumi hasrat penyatuan semua rakyat,cumanya masih ada juak-juak dajal yang terus menafikan hasrat murni itu.
Memang bukan mudah nak menyakini semua orang.Dalam negara demokrasi memang ada kebebasan bersuara,tapi apalah salahnya kita ambil yang positif dan kalau nak bangkang pun cara yang membina.Barulah dapat kita jalinkan satu ikatan harmoni antara kaum dan rakyat negara ini.
Kalau nak buat yang baik pun tak betul juga,alamat payahlah kita nak dapat sebuah negara aman makmur seperti dahulu.....bersamalah kita renungkan.

1 ulasan:

  1. Puak-puak ini bukan hendakkan keharmonian, mereka cuma hendak kuasa, walau pun sekejap semata-mata untuk mencuri kekayaan negara. Itu sahaja yang puak-puak munafik ini mahu.......

    Kalau masalah rakyat mereka apa peduli, nak huru hara ke apa ke...... kalau huru hara lagi senang mereka nak kaut harta negara, rakyat bukan tahu.... sebab itu meereka ini suka anjurkan huru hara....

    BalasPadam