Ahad, 5 September 2010

WANITA TERUS DIAIBKAN.....


ATAS NAMA PERTANDINGAN WANITA TERUS DIRENDAHKAN MARTABATNYA......LAS VEGAS - Peserta Mexico, Jimena Navarrete dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Universe...................

Bagi umat Islam adalah jelas pertandingan ratu cantik adalah sesuatu yang bertentangan apatah lagi ia menjatuhkan maruah wanita melalui eksploitasi melampau bilamana adegan separuh bogel perlu diadakan sebagai sebahagian dari syarat pertandingan itu sendiri.

Dari sudut Barat, mereka berpandangan kecantikan wanita adalah sesuatu yang perlu diketengah dan dipertontonkan, barulah kejelitaan dan kecantikan wanita itu terserlah.

Wanitanya pula tidak kisah dieksploitasi malah berbangga melakukannya semata-mata mahu melayakkan diri sebagai wanita paling cantik di dunia.

Oleh itu adalah tidak menghairankan setiap mereka yang menonton pertandingan ratu cantik akan terpukau dengan kecantikan wanita-wanita yang menyertainya serta berharap untuk menjadi seperti mereka melalui bantuan alat-alat kecantikan yang menjadi antara penaja utama pertandingan tersebut.

Namun tahun ini berbeza sama sekali apabila beberapa peserta diminta hadir sesi fotografi untuk majalah, sama ada dalam keadaan bogel sepenuhnya atau hanya memaparkan bahagian dada mereka sebelum pertandingan tersebut berlangsung pada 23 Ogos lepas.

Gambar rasmi yang diambil jurugambar Fadil Berisha menunjukkan beberapa peserta dengan selamba beraksi mendedahkan dada dan tubuh badan mereka. Malah ada yang berbogel dengan hanya menutup bahagian strategik tubuh mereka dengan lukisan badan...sumber utusan/kosmo.

Komen UG...Begitulah bilamana manusia telah menjadikan nafsu sebagai Tuhan mereka.Pelbagai cara diexploitasi atas nama kebebasan dan hak asasi kononnya padahal ada yang tersirat dibelakangnya...Pertandingan yang menghina wanita dan membuang rasa malu dikalangan mereka dan penontonnya..........

"Malu Itu Tidak Datang Kecuali Dengan Membawa Kebaikan" (Riwayat Bukhari & Muslim)

Jumaat, 3 September 2010

SEJARAH KONFRANTASI JANGAN BERULANG.


PERANG BUKAN PENYELESAIAN......Ucapan khas Presiden Indonesia, Susila Bambang Yudhiyono yang disiarkan secara langsung di hampir di kesemua rangkaian TV Indonesia pada malam Rabu, 1 September 2010 dijangka membuka lembaran baru hubungan antara dua negara yang tegang sebelumnya.

Sekadar memetik sedikit amanat penting Presiden SBY.....

Katanya, hampir dua juta rakyat Indonesia mencari rezeki di Malaysia dan pelaburan Malaysia yang kedua tertinggi di Indonesia yang juga tiga kali ganda lebih tinggi daripada jumlah pelaburan Indonesia di Malaysia. Kemasukan pelancong Malaysia adalah kedua tertinggi di Indonesia menjadi punca rezeki kepada peniaga mereka, begitu juga halnya dengan hubungan sejarah ‘serumpun’ yang telah terjalin sejak beratus tahun terdahulu.

Ianya telah menutup samasekali implikasi perang antara Malaysia dan Indonesia seperti dicanang oleh Kumpulan Kurang Ajar Pembakar Jalur Gemilang....sehingga Indonesia dikatakan akan menambah kekuatan angkatan bersenjatanya....

'Armada kapal selama yang dimiliki oleh Indonesia yang hanya dua buah, dianggap kurang baik untuk melakukan patroli laut, dan rencananya dalam waktu dekat ini akan dilakukan penambahan.'

Pelbagai tuntutan oleh kumpulan bendera disanggah oleh kerajaan Malaysia....mewujudkan kemarahan menggila kumpulan itu sehingga melemparkan najis ke Kedutaan Malaysia ,membakar Jalur Gemilang dan mengistiharkan 'Ganyang Malaysia'...

PUTRAJAYA 2 Sept. - Kerajaan hari ini menegaskan, tuntutan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) supaya negara ini memohon maaf berikutan beberapa insiden membabitkan rakyat republik itu langsung tidak mempunyai asas.

Lebih memanaskan lagi episod ini bila media-media Indonesia membakar isu-isu tersebut......
Setiap kali berita utama di televisyen yang hampir 14 saluran (percuma) di Indonesia disiarkan, sudah pasti berita khas mengenai hubungan Malaysia-Indonesia hangat diperkatakan. Berita itu kebanyakannya mengecam Malaysia.

Sepatutnya Indonesia kena belajar dari sejarah KONFRANTASI dimana tentera Indonesia terkubur di bumi Malaysia.....

Jakarta – Pada 20 Januari 1963, Indonesia mengambil sikap bermusuhan terhadap Malaysia. Bangsa ini tidak terima dengan tindakan demonstrasi anti-Indonesia yang menginjak-injak lambang negara Indonesia, Garuda.

Untuk balas dendam, Presiden Soekarno melancarkan gerakan yang terkenal dengan nama Ganyang Malaysia. Soekarno memproklamirkan gerakan Ganyang Malaysia melalui pidato pada 27 Juli 1963.

CUKUPLAH SEKADAR ITU....Presiden SBY sedar.. Langit Tinggi atau Rendah....

Menyerang Malaysia adalah kerja sia-sia..masih banyak rakyatnya yang perlu pelbagai pembelaan......Hari ini kalau kita ke Indonesia antara yang ditemui di Pintu masuk negara itu adalah PEMINTA SEDEKAH....

RAKYAT TKI di Malaysia takan sengaja pulang meninggalkan sumber rezeki mereka di sini.......


BUDAYA HOMOSEKSUAL SEMAKIN BERKEMBANG ...


Gereja gay pertama


TINDAKAN seorang paderi menjadikan sebuah gereja di pinggir Kuala Lumpur sebagai tempat untuk mengembangkan budaya gay sangat membimbangkan.



KUALA LUMPUR - Seorang paderi di Malaysia, Ouyang Wen Fang mengumumkan bahawa dia sedang menubuhkan gereja gay pertama di negara ini.


Paderi berusia 40 tahun itu turut tidak mengendahkan amaran keras kerajaan supaya menghentikan rancangannya kerana bimbang ia akan menggalakkan gaya hidup homoseks di negara ini.


Amalan tersebut masih dikategorikan sebagai jenayah di Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam manakala pelakunya berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun.


Namun, gereja gay yang diasaskan bersama oleh paderi itu telah beroperasi secara senyap di sini sejak tiga tahun lalu dengan dikunjungi kumpulan penganut Kristian gay untuk beribadat pada hari Ahad dan mengkaji kitab Injil.


"Kami sedang berusaha untuk menggalakkan lebih ramai orang supaya menyertai gereja ini, kami mahu penganut Kristian gay tampil dan hidup tanpa berpura-pura," katanya.


Ouyang mendirikan rumah tangga selama sembilan tahun sebelum membuat pengakuan terbuka bahawa dia seorang homoseks pada 2006. sumberkosmo.


KOMEN UG..Apa dah berlaku kepada rakyat Malaysia?

APAKAH Ouyang lupa bahawa Perkara 11 Perlembagaan Malaysia menyebut

'Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya' bukan mengamalkan budaya songsang diluar tabie manusia....Nampaknya kebebasan beragama telah disalahguna oleh Ouyang..


Pandangan Islam tentang HomoSex

Dalam Islam, homoseksual disebut liwat. Menurut riwayat perbuatan liwat ini dilakukan pertama kali oleh kaum nabi luth. Sementara lesbian berasal dari kata esbos sebuah pulau di yunani tua tempat seorang wanita bernama sappho hidup. Sappo adalah tokoh mitos yunani kuno yang menperjuangkan hak-hak perempuan. Menurut sappho, kecantikan wanita tidak bisa dipisah dari aspek seksualnya. oleh karena itu kepuasan seksual juga mungkin diperoleh dari sesama wanita. sejak itu namanya dikaitan dengan lesbianisme.



Tidak perlu diragukan lagi perilaku seks yang menyimpang seperti homoseksual ini sangat dilaknat Allah. Al Qur'an menyebut perbuatan ini sebagai perbuatan maksiat yang melampaui batas (surat Al Ar’af 80-84). Allah meciptakan laki-laki dan perempuan, berpasang-pasangan, adalah supaya mereka bisa berinteraksi secara seksual dengan lawan jenisnya (heteroseksual). Agar mereka bisa meciptakan sebuah keluarga yang bahagia, normal, sehat dan berketurunan. Laki-laki diciptakan Allah untuk perempuan dan begitu pula sebaliknya.



Jika budaya sesat homoseksual ini kian berkembang, tidak mustahil azab yang telah diturunkan Allah pada kaum luth berulang, Allah kisahkan dalam al Quran:”maka tatkala datang adzab kami, kami jadikan negeri kaum luth itu (terjungkir-balik sehingga) yang diatas ke bawah dan kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi.” (surat Huud ayat 82)


Penyimpangan tabie yang mula diteroka Ouyang untuk penganut kritian Gay Malaysia ini jika dibiarkan lama-lama diterima oleh masyarakat seperti berlaku di barat. Mereka cenderung menganggap masalah homoseksual ini sebagai sebahagian dari agama dan tak ada yang boleh mencegahnya.



Apakah masyarakat Malaysia bakal menjadikannya budaya yang memang menjadikan nafsu sebagai Tuhan?.... Jadi, Homosek seharusnya disingkirkan jauh-jauh dari kehidupan kita terutama masyarakat timur seperti Malaysia....



HINA MELAYU...SIAPA PUNYA KERJA?

Satu lagi penghinaan terhadap melayu.Laman FB digunakan untuk menzahirkan kebencian antara kaum....

Siasat Facebook guna ‘Melayu Babi!’





KUALA LUMPUR – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) serta Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat laporan polis berhubung laman Facebook yang dicipta menggunakan nama ‘Melayu Babi!’ di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam.

GPMS Selangor diwakili Pengerusinya, Mohd Faizal Mohd Salleh mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat pengendali laman itu yang jelas mempersendakan Islam serta menggugat keselamatan negara.

Mohd Faizal berkata, tindakan pengendali tersebut dilihat boleh menggugat keharmonian antara kaum yang dikecapi selama ini kerana menggunakan perkataan kesat merujuk kepada sesuatu kaum.

“Kami berharap agar siasatan segera dapat dijalankan bagi menyiasat pengendali laman yang tidak bertanggungjawab itu dan tindakan tegas dapat diambil.


komen UG...Apakah pemimpin melayu akan terus berdiam diri setelah satu demi satu penghinaan terhadap bangsa dan kaum dicetuskan.....

Nampaknya ada pihak-pihak yang menzahirkan kebencian terhadap orang melayu terang-terangan tanpa selindung lagi....

Sebagai Tuan di bumi Malaysia dan melayu, apakah sanggup kita membiarkan penghinaan sebegini...

Bangunlah terus GPMS,GAGASAN dan PERKASA.... memperjuangkan bangsa,jangan peduli mereka yang mengkritik.Hang Tuah telah lama tiada..jangan sampai Melayu Hilang Di Dunia......!

Khamis, 2 September 2010

INGATAN DARI MENTERI BESAR...


Alhamdulillah..Hari ini aku terima Kad Ucapan Selamat Hari Raya dari M.B Datuk Seri Adnan Yaakub sekeluarga.
Terimakaseh M.B.... Aku hanya pemimpin kecil rasa berbangga atas ingatan itu..

Teringat aku senikata lagu...' Aku orang kecil , Engkau orang besar..Kau ibarat gajah ku hanya semut merah'......

Semut merah..semut merahlah...yang penting aku bahagia dan gembira hidup di Negeri Pahang
Darul Makmur dibawah kepimpinan Dato' Seri Adnan Yaakob..

Terimakaseh M.B ...Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin..

KERJAYA KETALI GANTUNG....




BANDAR RAYA MEXICO - Pihak berkuasa Mexico kelmarin mengumumkan penangkapan salah seorang raja dadah paling dikehendaki, Edgar Valdez Villarreal yang turut dikenali sebagai The Barbie kerana kulitnya yang cantik.

Menurut satu kenyataan Kementerian Keselamatan Awam Mexico, penjenayah kelahiran Amerika Syarikat (AS) itu ditahan pada satu operasi polis di tengah Mexico ekoran maklumat perisikan mula diperoleh sejak Jun 2009.

Valdez yang berusia 37 tahun merupakan orang kanan Arturo Beltran Leyva, ketua kartel dadah dan menjadi orang ketiga paling dikehendaki sebelum kematiannya pada Disember 2009 dalam satu operasi ketenteraan.

Sebagai ketua skuad pembunuh, Valdez dipercayai terlibat dalam rampasan kuasa untuk menggantikan Arturo yang bersaing dengan adiknya, Hector Beltran Leyva.

Jabatan Negara AS telah menawarkan hadiah mencecah AS$2 juta (RM6.29 juta) untuk maklumat yang boleh membawa kepada penangkapannya.

Berikut Raja Dadah pernah disenaraikan paling bahaya di dunia...

1. Pablo Emilio Escobar Gavira.

  • Raja dadah terkenal dan paling ganas daripada rangkaian Medellin Cartel.
  • Pada tahun 1993, Escobar mati di bawah tangan sekumpulan polis Columbia.
  • Selepas kematian, kumpulan Mendellin Cartel berpecah – belah dan pasaran dadah jenis kokain mula diambil alih oleh pihak lawan, Cali Cartel.

2. Amado Carillo Fuentes.

  • Penyeludup dadah utama di Mexico.
  • Bekalan kokain yang dibekalkan Carillo ke Amerika Syarikat (AS) adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding penyeludup – penyeludup lain di dunia.
  • Memiliki empayar kekayaan bernilai lebih RM81.58 bilion.
  • Turut dikenali sebagai El Senor De Los Cielos (Raja Langit).
  • Merintis penggunaan lebih 22 buah pesawat peribadi untuk menghantar kokain keluaran Columbia ke sejumlah lapangan terbang utama dan lapangan terbang kecil di serata Mexico.

3. Osiel Cardenas Gullen.

  • Raja dadah daripada kumpulan Gulf Cartel yang asalnya beliau adalah seorang mekanik.
  • Menerima jolokan Pembunuh Kawan kerana tindakannya membunuh Chava Gomez yang mengemudi Gulf Cartel pada ketika itu.
  • Banyak kontroversi yang ditimbulkan oleh Cardenas sehinggakan Biro Siasatan Persekutuan AS menawarkan RM6.5 juta untuk penangkapan Cardenas.
  • Ditangkap Tentera Mexico dalam satu pertempuran dengan Gulf Cartel pada 14 Mac 2003 di Matamoros, Mexico.

4. Joaquin Guzman Loera.

  • Selepas Cardenas, Loera menjadi ketua pengedar dadah utama di Mexico.
  • Bijak dan gemar menggunakan terowong – terowong yang rumit untuk menyeludup kokain dari Mexico ke AS sekitar awal tahun 1990 – an.
  • Pada tahun 1993, usaha Loera unutk menyeludup 7.3 tan kokain ke AS terkandas. Taktik penyeludupan yang menggunakan bertin – tin serbuk lada sebagai tempat simpanan dadah terkandas apabila bekalan itu dirampas oleh pihak berkuasa di Tecate, Baja California.
  • Dipenjarakan pada tahun 1993 dan berjaya meloloskan diri dengan merasuah pada tahun 2001.

5. Gilberto Rodriguez – Orejuela & Jose Santacruz – Londono.

  • Merupakan pengasas kumpulan Cali Cartel sekitar tahun 1970 – an.
  • Menggunakan status sebagai pengguna halal.
  • Mulanya, mereka terlibat dalam aktiviti penculikan dan penghasilan barangan tiruan. Kemudian, perniagaan itu berkembang kepada penyeludupan kokain dari Peru dan Bolivia ke Colombia.
sumber Kosmo.

BAYANGKANLAH SEJARAH PENEMUAN PIHAK BERKUASA BILA TERTANGKAPNYA SEORANG RAJA DADAH MEXICO... WANG TUNAI USD 250 JUTA = RM 875 JUTA tersimpan dirumahnya...... Sebab itulah ramai yang sanggup menjadikan mengedar dadah karier sebelum Ke Tali Gantung.......



Rabu, 1 September 2010

KUMPULAN BENDERA..DAH MAKAN KE BELUM?


Aku tertarik terhadap satu komen rakyat Indonesia bila Menteri Luar Datuk Anifah Aman meminta Indonesia menangkap ahli kumpulan Bendera yang mahu menyerang Malaysia......

'Kelompok yg hobinya maki2, marah2, protes dan sinis kalau mau perang lawan tuh kemiskinan dan kemelaratan,kebodohan,pornografi, koruptor, mafia hukum, serbuan brg produk dari cina, illegal logging, premanisme, bencana sinabung, dan segudang musuh lainnya kasihan deh loe'....katanya.

Setelah membakar Jalur Gemilang dan membawa hadiah Najis Manusia kepada Kedutaan kita....

Anggota Bendera kumpul cap jari darah

JAKARTA - Bantahan kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) Indonesia terhadap Malaysia berikutan insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia dekat kepulauan Riau terus dilakukan, walaupun pada hari Malaysia merayakan hari kemerdekaan ke-53, semalam. Dalam satu lagi demonstrasi yang diadakan di hadapan pejabat Bendera di Jalan Diponegoro, selain membakar Jalur Gemilang, puluhan orang turut mengajak anggota kumpulan itu mengumpul cap jari darah pada sehelai kemeja-T putih, yang mereka sebut sebagai ‘hadiah’ Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53. “Kami sengaja memberi hadiah untuk ulang tahun Malaysia hari ini (semalam). Kami ingin menyerukan bahawa kami tidak takut dengan Malaysia, kami ingin menunjukkan kekuatan kami,” katanya.

Itulah hakikatnya kelompok yang ketinggalan dari segala segi.Kalau kuat sangat perangilah kemiskinan dan pelbagai lagi perkara yang Indonesia masih jauh tertinggal.....

Sementara itu dikhabarkan bahawa Presiden Indonesia SBY akan membuat kenyataan resminya tentang pendirian Indonesia malam ini terhadap isu berbangkit.... Sama-sama kita tunggu kenyataan Pak Presiden..Logiknya takkan SBY nak melayan segelintir rakyatnya yang bodoh.Mungkin kerja mereka adalah berdemo kerana nak cari makan.Tunggu upah untuk sesuap nasi.... Kerana itulah perkara kecil yang boleh diselesaikan dimeja rundingan pun nak istiharkan PERANG...Kalau nak sangat bolehlah SBY hantar mereka ni sebagai pasukan payung terjun seumpama tentera yang' matikatak' dizaman konfrantasi dulu......