Khamis, 7 Oktober 2010

PRESIDEN A.S OBAMA BAKAL DICABAR....

Billionaire Donald Trump says he's considering a run for president. After his name surfaced in a New Hampshire presidential poll, Trump insisted he wasn't behind it, though he is intrigued. "For the first time in my life, I'm actually thinking about it," Trump said during a Fox News interview. "I see what's going on with this country and it's never been worse. What's happening is a disgrace." 

 Donald Trump, raja  host reality show televisyen, telah menyatakan minatnya untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS). Ia mengatakan, "Seseorang harus melakukan sesuatu sebab kita sedang kehilangan negara ini."

Donald Trump mencoba untuk mengakhiri perdebatan panas di AS tentang pembangunan sebuah masjid dan pusat Islam di Ground Zero bekas World Trade Center, New York .Beliau menawarkan untuk
membeli bangunan itu 25 peratus lebih mahal dari harga asalnya sekitar 5 juta dollar AS.

Sebelum ini  dengan kekecohan yang diwujudkan oleh penentang pembangunan masjid di "Ground Zero", lokasi serangan 11 September di New York, mungkin dibatal. Dato' Bandar New York David Paterson mencadangkan lokasi pembinaan masjid itu dipindahkan....biarpun Presiden Barack Obama mempertahankan hak muslim AS itu.


API serangan 11 September, dituduh oleh George Bush dilakukan oleh Al Qaeda telah membenamkan World Trade Center (WTC) dan mengorbankan hampir 3.000 orang. Projek Pusat Islam dikawasan itu kemudian menjadi perdebatan nasional..... kenapa harus dibangun di tempat tersebut sehingga menimbulkan bantahan puak gereja dan 'Hari Pembakaran Al-Quran' menjadi pelampias kemarahan mereka....

 Trump yang dikatakan memiliki kekayaan berjumlah 2 million dollar AS, menawarkan dirinya menuju Rumah Putih  melalui Parti Republikan. Meski pun bakal menghadapi persaingan sengit dari Presiden Barack Obama dan wakil-wakil  Demokrat di Kongres, setakat ini belum ada penentang yang boleh mencabar Obama menjelang pilihanraya tahun 2012.

WALAU PUN BEGITU.....Trump yang dikenal di seluruh dunia kerana KEKAYAAN dan semangat KEUSAHAWANANnya, tetapi khabarnya warga New York ramai yang tidak begitu menyokongnya kerana gayanya yang 'PLAYBOY'. Perusahaan kasino Atlantic City yang didirikan Trump baru-baru ini terlepas dari status bankrup untuk kali ketiga  menurut The New York Times,

Rabu, 6 Oktober 2010

Bukan Melayu Perlu Fahami Sejarah Perlembagaan.

HAK KEISTIMEWAAN Orang melayu telah dipersetujui oleh kaum Cina,India dan minoriti lain.Kurniaan ini jangan diungkit dan diubah kerana kesannya ialah ketidakadilan kepada orang melayu...kata Pengerusi Majlis Amal Islam Malaysia,  Datuk Nakhaie Ahmad.

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Pembentukan Malaysia adalah berlandaskan Perlembagaan Persekutuan yang antara lain memaktubkan orang Melayu diberi hak keistimewaan dengan persetujuan semua pihak.
Dengan persetujuan itu, hak keistimewaan orang Melayu tidak boleh dipertikai dan dibangkitkan oleh kaum lain.

Nakhaie berkata lagi...
"Sekiranya kaum lain hendak mendapatkan kuasa politik di negara ini, kuasa bererti memberi keadilan kepada rakyat dan bukan untuk merampas hak Melayu.
"Acuan kenegaraan hari ini sudah cukup adil kepada orang Melayu dan bukan Melayu yang turut mendapat jaminan hak di negara ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam yang membidas sikap segelintir pihak yang ghairah memperjuangkan kaum sendiri dan mempertikai hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan.

KENYATAAN SULTAN JOHOR turut disokong oleh Osman Bakar ..Pengerusi Badan Bertindak Perpaduan Melayu.


''Saya meminta orang Melayu berdiri teguh di belakang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu mengikut Perlembagaan Persekutuan,'' katanya.
Tegas beliau, orang Melayu perlu sedar mengenai perkara tersebut dan bukan Melayu pula perlu insaf dan memahami sejarah pembentukan Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan.


"Masyarakat Malaysia harus tahu, hak dan kedudukan orang Melayu telah dijamin oleh perlembagaan dan perkara itu harus dihormati. kata Mohamad Razak..Presiden Majlis Belia Islam Malaysia(ABIM).....


"Perkara ini tidak boleh dijadikan bahan untuk memupuk perasaan benci antara kaum di negara ini," jelasnya.
Tambah Mohamad Razak, adanya hak keistimewaan Melayu ini tidak bermakna negara mengamalkan sikap perkauman, malah semua pihak haruslah berusaha membantu satu sama lain tanpa mengira bangsa walaupun Cina, Melayu atau India.
"Peranan institusi diraja sebagai ketua agama dan istiadat Melayu harus dikekalkan supaya kedudukan agama Islam JANGAN digugat," katanya.


Zaid Kamaruddin..Presiden (JIM) Pertubuhan Jamaah Islah berkata "Hak keistimewaan orang Melayu sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak perlu dipertikaikan lagi.
"Jika pindaan ingin dibuat dalam Perlembagaan maka ia perlulah dibuat dengan muafakat dan mendapat undian 2/3 Parlimen serta persetujuan Majlis Raja-Raja," katanya

MEMANG SUDAH MASANYA MELAYU PERLU SEDAR DAN BUKAN MELAYU PERLU MEMAHAMI SEJARAH PERLEMBAGAAN....Sepatutnya tugas pemimpin tidak kira dari parti mana pun memperjelaskan ketetapan ini kepada pengikut masing-masing tanpa prejudis....

SOAL PERJUANGAN KEPARTIAN untuk mencapai matlamat BERKUASA  adalah perkara yang berasingan.....

Selasa, 5 Oktober 2010

Orang Asli Galas dah ada calon sendiri?

Bunyinya macam pelik bila orang asli di DUN Galas tak mahu diganggu oleh mana-mana parti politik.Mereka nak berkempen sendiri dan dah ada jentera pilihanraya sendiri.Mereka mewakili siapa atau mereka dah ada calon nak bertanding?


KOTA BHARU 5 Okt - Masyarakat Orang Asli di Galas menubuhkan pasukan gerak gempur sendiri dan tidak mahu diganggu oleh mana-mana parti politik semasa kempen pilihan raya kecil di situ tidak lama lagi. Ketua Masyarakat Orang Asli kawasan itu, Pandak a/l Panjang Ey berkata, jentera pilihan raya parti tidak perlu masuk ke kawasan mereka semasa kempen nanti. "Kami mempunyai jentera gerak gempur sendiri untuk berkempen dalam pilihan raya kali ini," katanya pada majlis ramah mesra dengan pimpinan Pas Kelantan di kediaman rasmi Menteri Besar di sini hari ini. Pandak berkata, pemimpin-pemimpin masyarakat Orang Asli juga harus diberi peluang untuk berceramah bagi suarakan masalah dan aspirasi mereka pada pilihan raya kecil itu nanti.

Aku rasa ada yang tak kena dengan masyarakat asli di Galas ni.Mungkin mereka mahu jangan ada sesiapa datang berkempen di kawasan mereka sebab dah bengang dengan semua parti yang pernah menjadi wakil di sana.


Tapi, betulke mereka boleh bertegas dengan kenyataan mereka tu?..rasa-rasanya kenyataan tu macam ugut terhadap pihak-pihak tertentu yang bakal bertanding.Aku pernah dengar di satu kawasan ,semasa PRU orang asli ugut tak mahu undi kerana wakil rakyat tak pernah sampai ke kampung mereka ,bila tiba masa berkempen baru nampak muka..


Apapun kita bakal melihat apa sebenarnya motif masyarakat asli Galas bila tiba masanya nanti...

Samy Vellu Serah Surat Letak Jawatan...Kenangilah Dia.

SAMY VELLU bakal bergelar perunding perniagaan kepada negara,pencari sumber  pendapatan baru bagi Malaysia.Mampukah Tok Seri Samy menggalas tugas baru itu


KUALA LUMPUR 4 Okt. - Datuk Seri S. Samy Vellu sudah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Presiden MIC kepada Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, minggu lalu.
Sumber dalaman MIC yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, Samy Vellu tidak menerima sebarang tekanan atau paksaan daripada pihak ketiga untuk menyerahkan surat peletakan jawatan tersebut.
Malah katanya, Presiden MIC itu menyerahkan surat berkenaan dengan kerelaan hatinya kerana beliau bakal menerima tanggungjawab lain di luar parti iaitu sebagai perunding perniagaan bagi membantu negara meningkatkan sumber pendapatan.
"Untuk memikul tanggungjawab baru itu, Samy Vellu harus mengesahkan bahawa beliau berundur daripada jawatan Presiden MIC pada bulan Disember ini.
"Oleh kerana beliau telah mengesahkan peletakan jawatannya, pada bulan Januari depan beliau bakal bergelar perunding perniagaan bagi membantu Malaysia meningkatkan sumber pendapatan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Nampaknya kali ini bukan cobaan ..ini betul-betul punya .Samy Vellu tidak bersandiwara politik lagi.Desa-desus bahawa beliau tidak akan meletak jawatan sehingga 2012 adalah tidak benar.

SEBELUM berpisah dengan Tok Samy ingin aku kongsi bersama koleksi lawak nya yang aku petik dari Izo Blog. Com....


1. Commenting on the speed and efficiency of Pos Laju’s delivery system:”Besok kirim, hari ini sampai!” [Uish...camner tu yer? Mustahil tu]
2. At a TV interview, when trying to say he was ashamed, he said:”Kemaluan saya besar.” [Yang sebenar dia nak cakap saya malu besar]
3. Samy Vellu once said in a speech:”Kita akan bina satu jambatan untuk orang-orang kampong di sini.”One Pakcik asked, “Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?”and Samy gloriously replied, “Kalau takde sungai, kita bina sungai!”
4. Samy ‘s favorite quote on national television:”Toll naik sikit, manyak marah saya. You ingat semua ini toll saya punya bapa punya kah!?”
5. During the water crisis:”Semua orang diminta jangan membuang aiyerr.” [Yang sebenar dia nak cakap jangan membazir air]
6. Regarding social problems:”..orang-orang muda sekarang banyak hisap dada..” [Yang sebenar dia nak cakap hisap dadah]
7. At a blood donation campaign in Sungei Siput:”..marilah kita semua menderma dara..” [Yang sebenar dia nak cakap menderma darah]
8. During the height of the Al-Arqam saga, he said in a press conference:”Saya gembira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam.”
9. At an opening ceremony:”Tuan-tuan dan puan-puan, saudara mara, sesudah semua orang makan kenyang, sekarang kita mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik ke pentas untuk membuka kain.” [Yang sebenar dia nak cakap menarik tirai untuk rasmikan majlis]
10. Commenting about his modesty:”Sebenarnya, kemaluan saya sangat-sangat besar.” [Yang sebenar dia nak cakap dia dapat malu besar]
11. Pilihanraya:”Orang PAS selalu kafir sama orang, saya pun dia kafirkan.” [Hehehe...tak tahu nak komen ler..]
12. On the leak issue at the Parliament:”Itu attap bocor sebab ada banyak sampah! Awak ingat saya kasi bawa naik itu sampahkah?”

SEKIAN ADANYA...SELAMAT JALAN TOK SAMY, jasa dan lawakmu pasti dikenang......

Isnin, 4 Oktober 2010

Berhenti Melayan Orang Gila...

Pembantu rumah selain Indonesia.Kita kena cari alternatif lain...Kementerian Sumber Manusia kena segera bertindak.

ROMPIN - Bagi memenuhi permintaan perkhidmatan pembantu rumah di negara ini, kerajaan akan mendapatkan bekalan tenaga kerja itu daripada negara-negara Asia lain.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, kerajaan kini berusaha meningkatkan bekalan tenaga kerja bagi sektor pembantu rumah daripada negara pembekal yang lain seperti Thailand, Kemboja, India, Sri Lanka, Filipina dan Burma.
"Kita akan mengadakan perbincangan berhubung pengambilan pembantu rumah dengan negara-negara berkenaan dan saya sendiri akan pergi ke negara itu bagi melihat potensi dan persefahaman tenaga kerja sebagai pembantu rumah di sana," katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra dan jamuan Hari Raya di Dewan Orang Ramai Muadzam Shah dekat sini semalam.


Memang sudah sampai masanya,kita beralih ke negara tetangga yang lain dalam soal ini. Selama ini kita berurusan dengan jiran kita iaitu Indonesia kerana banyak faktor disebaliknya seperti budaya,bahasa,bangsa,sejarah dan ikatan silaturrahim yang sedia rapat,tetapi nampaknya mereka tidak mahu menghargai apa yang kita sumbangkan terhadap tenaga kerja  negara garuda itu.
Kita terus dilemparkan dengan penghinaan dan serangan kritikan hingga kepada ganyangan oleh kumpulan bajingan BENDERA ....biarpun melibatkan isu-isu kecil yang sepatutnya mudah ke meja rundingan.

Tetapi kita juga perlu membuat kajian terperinci bila ingin mengambil bekalan pembantu rumah dari Thailand,Kemboja,India,Sri Langka,Filifina serta Burma disebabkan faktor bahasa,,budaya,agama dan kehidupan yang berbeza.

Apapun kita perlu berubah arah demi menjaga maruah dan negara yang dipertikai oleh pencaci dan pencacai Indon yang gila...

Sabtu, 2 Oktober 2010

KISAH PONTIANAK SERUMPUN.

Di Pulau Sulawesi gempar apabila Pontianak menampakkan dirinya selama seminggu....
Pontianak itu dikatakan muncul dari sebuah rumah kosong berhampiran dan muncul jam 11 malam berterbangan dan kemudian menghilang  disaksikan oleh ribuan penduduk.


MAMUJU, KOMPAS.com — Ribuan warga Kota Mamuju, Provinsi Sulawesi Barat (Sulbar), geger saat menyaksikan kemunculan kuntilanak yang melayang-layang di atas sebuah rumah di Jalan Macciranae. Pada Jumat (1/10/2010) malam, ribuan warga Mamuju tampak memadati Jalan Macciranae Kelurahan Binanga, Kecamatan Mamuju, untuk dapat menyaksikan langsung munculnya kuntilanak.

Kisah pontianak pernah tersebar di Pulau Gadong melaka boleh disaksikan dalam You Tube...


 PONTIANAK MALAYSIA PUN BERAMBUT PANJANG.
KUALA LUMPUR - Ramai orang Melaka, Malaysia, menanti penampakan "kuntilanak" di jembatan Gadong, setiap malam hingga menjelang pagi. Kegemparan itu terjadi menyusul beredarnya video klip 50 detik yang berhasil menangkap gambar seorang wanita berambut panjang, berkain putih terapung sambil menangis.


Aku sebenarnya tertarik bila lihat kepercayaan orang Indonesia terhadap benda-benda tahyul dan ghaib,bomoh dan dukun sangat melampau. Inilah punca-punca masyarakat melayu mereka masih mundur dan ketinggalan..
Cukup aku tertarik bila berita KOMPAS itu lapurkan pontianak Malaysia pun berambut panjang.Nampaknya pontianak Malaysia pun meniru budaya pontianak Indonesia.Kenapa kumpulan BENDERA tak buat demo
terhadap hantu Malaysia yang meniru hantu mereka tu...TAKUT KE?
Kalau manusia Malaysia mempraktikkan budaya yang sememangnya milik serumpun mereka nak ganyang Malaysia...

Sekarang ni cubalah ganyang Pontianak Malaysia yang sama asal-usulnya seperti di Indonesia....

Jumaat, 1 Oktober 2010

PTPTN bukan Ceti atau Ah Long.

Selesaikan Hutang Anda Sebelum Mati........HUTANG PTPTN KENA BAYAR...Kecuali cemerlang memperolehi Ijazah Kelas Pertama...


KUALA LUMPUR - Jika sebelum ini peminjam degil Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihalang ke luar negara kerana tidak menjelaskan hutang, namun selepas ini mereka boleh menarik nafas lega.
Mereka kini boleh berbuat demikian bila-bila masa dengan syarat berjumpa PTPTN tujuh hari sebelum tarikh ke luar negara untuk mengadakan perbincangan mengenai hutang yang perlu dilangsaikan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah terbaru itu merupakan salah satu cara untuk menarik peminjam tegar datang berjumpa PTPTN sekali gus menyelesaikan masalah hutang tertunggak.
"Saya anggap cara ini juga dapat membantu PTPTN berjumpa dengan peminjam tegar yang degil secara bersemuka untuk berbincang secara baik bagi menyelesaikan masalah hutang tertunggak," katanya.

Aku petik satu cetusan rasa seorang peminjam PTPTN....."yang pastinya aku dah bayar gune duit KWSP aku.
aku actly keje govment. so, tak cukup 3 tahun lagik, takleh le amik sepenuhnya.
tapi aku kautim utk mik separuh dari simpanan aku kat KWSP tu utk bayar PTPTN nih..
ape2 pon tak rugi kalau mik KWSP bayar PTPTN nih..sbb leps 3 tahun n dah komfem duit KWSP tu ttp gak duit kita kan..
juz kurang ler sket..takpe, janji leh gak setel hutang kan.

Tapi tak bes nye PTPTN nih lepas 1 bulan aku tak bayar, tangguh, die dah hantar surat 14 hri notis suh bayr yg selebihnya secara ansuran. kalau tak, diowg block aku takleh ke luar negeri. GILE TAK?

Sebenarnya PTPTN telah menggunakan pelbagai kaedah menuntut hutang dari peminjam tegarnya..seperti 'Potong gaji '

Usaha pastikan pinjam dijelas secara konsisten mulai Jun depan

TEMERLOH: Semua peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diwajibkan membuat bayaran pinjaman menerusi potongan gaji mulai Jun tahun depan, kata Pengerusinya, Datuk Ismail Mohd Said.

Beliau berkata, ia usaha terbaru perbadanan berkenaan bagi memastikan peminjam membayar balik pinjaman secara konsisten pada masa depan. 


Juga  ......RM59.7 juta pinjaman PTPTN jadi biasiswa

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM59.7 juta pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditukarkan kepada biasiswa sebagai pelepasan kepada 2,162 pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) yang memperoleh ijazah kelas pertama, tahun ini.

Pelaksanaan dasar baru itu selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam pembentangan Bajet 2010 tahun lalu bahawa kerajaan akan menukarkan pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf bermula tahun ini.


...............Ada beberapa ingatan daripada Rasulullah kepada mereka yang berhutang, sama ada yang suka berhutang, melambat-lambatkan pembayaran hutang atau mereka yang tidak melangsaikan hutangnya.

Rasulullah turut memberi ingatan bahawa jika seseorang itu meninggal dunia, sedangkan dia masih berhutang, dosanya tidak akan diampunkan walaupun dia mati syahid dalam peperangan.

Seseorang yang berhutang hendaklah berikhtiar dan berusaha membayar hutang yang dipinjamnya kerana hutang itu wajib dibayar. Tindakan menunda atau melewatkan pembayaran hutang dilarang kerana itu satu kezaliman. Rasulullah bersabda yang maksudnya "penundaan hutang bagi mereka yang mampu adalah satu kezaliman".

Sementara itu, sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Melayu ketika menurunkan jenazah dari atas rumah menuju ke tanah perkuburan, waris si mati akan mengumumkan kepada orang yang hadir supaya menuntut mana-mana hutang yang ditinggalkan si mati.

Berkaitan hutang juga, roh si mati hanya akan bebas selepas segala hutangnya dijelaskan oleh warisnya atau sesiapa yang sanggup mengambil alih untuk menjelaskan hutangnya itu seperti orang perseorangan mahupun baitulmal......


PTPTN bukan Ceti atau Ah Long...Hasrat kerajaan memperkasa pendidikan demi kemajuan Negara harus dihargai oleh peminjam dengan membayar balik...untuk digunakan pula oleh generasi  selanjutnya.....