Selasa, 17 Ogos 2010

MESYUARAT TIKUS -TIKUS



Pada suatu ketika tikus-tikus di satu penempatan berasa amat bimbang dengan kehadiran seekor kucing yang amat ganas.Telah banyak keluarga tikus yang menjadi mangsanya. Demi menyelesaikan masalah itu ketua tikus berhasrat memanggil satu mesyuarat tergempar dikalangan komunitinya. Maka sampai masanya berhimpunlah tikus-tikus dikawasan itu untuk bermesyuarat. Ketua tikus pun mengemukakan masalah yang sedang mereka hadapi dan mohon cadangan anggotanya bagaimana untuk mengatasinya. Tiba-tiba seekor tikus tua bangun dan mengemukakan cadangannya ' Aku cadangkan kita menggantung loceng dileher kucing keparat itu, supaya apabila dia datang loceng tersebut akan berbunyi dan kita semua sempat bersembunyi '. ' Bagus cadangan itu kata ketua tikus, bagaimana yang lain?' Seekor tikus kecil lantas bangun dan berkata,' Masalahnya siapa dikalangan kita yang sanggup menggantung loceng tersebut?' Semua tikus- tikus yang hadir berpandangan sesama sendiri.......MESYUARAT BERAKHIR TANPA SEBARANG KEPUTUSAN.....

MENAHAN LAPAR DAN DAHAGA KETIKA BERPUASA.


LAPAR dan DAHAGA adalah satu dugaan ketika berpuasa dibulan Ramadhan.....
Berikut diperturunkan petua bagi mengurangkan lapar dan dahaga dan kita boleh bekerja seperti biasa...InsyaAllah.

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa "( QS Al-Baqarah : 183 ).

MESTI BERSAHUR ....Ketika makan nasi, berdoalah selayaknya sebagai Muslim.Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul.Baca Surah Al-Ikhlas setiap kali memakan nasi gumpalan itu...habis 3 gumpal itu makanlah seperti biasa.

Selepas makan sahur makanlah kurma 7 biji.Sebelum makan baca selawat dan makan buah kurma pertama begitulah seterusnya sampai habis 7 biji.

Amalan ini untuk orang yang akan bekerja esoknya, tambahan yang bekerja dibawah panas matahari seperti buruhkasar, berkebun dan sebagainya.

Sebenarnya Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yang dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt.

Buah kurma 7 biji kalau kita makan dalam sehari, iblis takkan dekat dengan kita juga ianya amalan Rasulullah saw selain memberikan tenaga....ruj.iqrak


Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Isnin, 16 Ogos 2010

SUSU DI BERI DIBALAS TUBA...




Tahun 1958..Kira-kira 400 peneroka asal LKTP Lurah Bilut meneroka hutan untuk membuat penempatan.Ketika itu jalan berdebu,keperluan harian untuk makan ,minum dan mencuci menggunakan air paya,sungai dan hujan...

Tapi DULU....Bukit sama didaki, lurah sama dituruni..Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing..

Teringat aku semasa tahun 1987..Temuduga terbuka pemilihan peneroka di Felda Keratong..beribu orang datang , ada yang dari luar Pahang..tak pernah tinggal di Pahang pun. Datang minta tandatangan Tok Penghulu Bukit Ibam kononnya dah menetap 5 tahun di Pahang kerana itu syarat kelayakkan....

Apabila berjaya jadi peneroka Felda.....Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air..
Felda sediakan tapak rumah dan kebun 10 ekar dengan nilai terendah setelah ditolak kos pembangunan.Pelbagai kemajuan dicapai bila menjadi peneroka berbanding duduk di kampung.Segala kemudahan prasarana disediakan, kemudahan pendidikan dan pelbagai imbuhan dan insentif.Masyarakat diatur sedemikian rupa sehingga Felda menjadi agensi yang begitu berjaya...

KINI...Setelah lebih 50 tahun..Bakti Di Semai,, Bukti Di Tuai....PENEROKA BERANI MENYAMAN FELDA...ANGKARA SIAPA...?

LAPURAN MALAYSIAKINI MENYEBUT..

Selepas disaman 766 peneroka Serting pada Isnin lepas, Felda bakal berdepan lebih banyak lagi tindakan undang-undang daripada peneroka di seluruh negara, kata Pengerusi Biro Felda PKR Suhaimi Said.

Mazlan Aliman menyatakan....

Peneroka daripada Kota Tinggi di Johor dan tiga lagi gugusan di Pahang - Jengka, Bera dan Keratong - akan terlibat.

ATAS ALASAN.....
"wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit" .

KATANYA LAGI...Majlis Pemuafakatan antara kilang dan peneroka(JCC) dianggotai oleh Pengurus Kilang,Pengurus Felda dan JKKR yang dilantik oleh UMNO tidak mampu memperjuangkan nasib peneroka...

BEGITULAH senario terkini para peneroka felda yang telah digula-gulakan oleh mereka-mereka yang berkepentingan politik. Demi mencapai agenda ke Putrajaya PRU13 mereka sanggup menghasut dan porakperandakan masyarakat felda yang begitu aman bahagia sejak ia dibangunkan...

KINI ....Keakraban peneroka bersama Felda terus diragut..Estet terbesar melayu ini bakal
digugat dengan perbalahan..

INGATLAH PARA PENEROKA YANG TERLIBAT...Kenanglah kembali jasa Bapa Pembangunan, Tun Abd. Razak yang mengilhamkan tanah rancangan ini..Jangan sampai 'Yang Di Kejar Tak Dapat Yang Di Kendong Berciciran....Menyesal Dahulu Pendapatan , Menyesal Kemudian Tak Berguna....andai... Nasi Telah Menjadi Bubur


KEARAH KEAMANAN SEJAGAT..


Presiden Amerika Barack Hussein Obama..dilahirkan pada 4 Ogos 1961 di Hawaii berketurunan Afrika/Amerika mempertahankan pembinaan masjid untuk umat Islam ketika majlis berbuka puasa.....

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama semalam terus mempertahankan kebebasan beragama di negaranya termasuk hak umat Islam membina sebuah masjid tidak jauh daripada lokasi serangan 9/11 digelar 'Ground Zero' walaupun berdepan kontroversi hebat.


“Sebagai warga negara dan presiden, saya percaya umat Islam mempunyai hak yang sama untuk mengamalkan ajaran agama mereka seperti juga warga yang lain.


Masjid yang turut akan dilengkapi pusat komuniti tersebut telah diluluskan pembinaannya pada 3 Ogos yang lalu, dimana ketika Dewan Bandaraya New York mengumumkan penglulusan tersebut, terdengarnya tepukan dan sahutan gembira.

Namun terdapat juga suara dan bantahan mengenai projek tersebut.

Obama mengatakan masyarakat islam di New York mempunyai hak yang sama untuk mempraktikkan agama islam di New York.

Kerana membuat pilihan yang kurang popular, pendapat Obama tersebut turut ditentang pemimpin konservatif Republikan, Sarah Palin dan Newt Gingrich yang menyokong supaya projek tersebut dilupuskan.

perbahasan sama ada pembinaan itu patut dibenarkan mencetuskan perdebatan dengan penyokong menuduh pengkritik bersikap perkauman dan Islamofobia, manakala penentang memberi amaran ia adalah penghinaan kepada peringatan terhadap 3,000 mangsa serangan 11 September.


Apapun Masyarakat dunia terus memandang kepada Amerika dan Obama yang jauh berbeza
berbanding rejim terdahulu.....Apakah doa umat Muslim telah dimakbulkan Ilahi, demi melihat KEAMANAN SEJAGAT...!

Ahad, 15 Ogos 2010

TUNTUTAN BERSEDEKAH


Di dalam Sahih Bukhari ada menyebut bahawa Baginda saw. adalah orang yang pemurah dalam bersedekah lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan....Apakah yang dimaksudkan dengan amalan sedekah..?

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 195

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

Di antara amalan yang termasuk dalam pengertian sedekah ialah....

1- Menyampaikan ilmu pengetahuan dengan cara apapun.
2- Membantu orang lain dalam apa saja urusan selain perkara maksiat.
3- Berjalan menuju ke masjid atau ketempat solat berjemaah.
4- Mengangkat sesuatu yang mengganggu lalulintas dan yang membahayakan orangramai
termasuk membuang kotoran di masjid.
5- Menyuruh yang baik dan mencegah yang munkar.
6- Mengelakkan diri daripada melakukan kejahatan dan membantu orang yang dizalimi.
7- Memberi nafkah dan makan minum untuk ahli keluarga.
8- Memberi makan minum pada tetamu dan mereka yang kelaparan.
9- Menanam pokok sehingga dimakan ulat atau binatang.
10.Bermanis muka dan senyuman.
11.Membantu orang yang sesat dalam perjalanan serta berkata-kata dengan perkataan yang
baik dan lemah lembut.
12.Nasihat.
13.Memelihara harta mengikut kehendak agama.
14.Memberi tangguh bayaran hutang.
15.Tasbih,tahmid,takbir, zikirullah dan solat dhuha.
16.Mendamaikan pergaduhan.
17.Menyalurkan nafsu mengikut saluran yang halal......ruj. buku sedekah oleh Ustad Banjari.

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 261
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

YA ALLAH JADIKANLAH KAMI HAMBAMU YANG PEMURAH.....

HARAPAN DUNIA...


PRESIDEN USA menghayati sepenuhnya konsep beragama....

WASHINGTON 14 Ogos - Presiden Barack Obama semalam buat pertama kali menyokong penuh pembinaan masjid berhampiran Ground Zero iaitu tapak Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang musnah dalam serangan 11 September 2001, dengan mengatakan prinsip penubuhan negara menuntut perkara sama.

Ianya menimbulkan kemarahan kelompok penentang, juga menjadi kebimbangan Muslim negara itu walaupun ianya pasti cukup menggembirakan...

Pertubuhan-pertubuhan Islam Amerika Syarikat (AS) menggesa agensi penguatkuasa berkawal pada Hari Raya Aidilfitri bulan depan, yang kebetulan disambut pada 11 September, ulang tahun kesembilan serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Ini berikutan...

kemarahan berhubung rancangan pembinaan masjid di Ground Zero dan Hari Membakar al-Quran Antarabangsa yang dirancang sebuah gereja di Florida juga pada 11 September, telah menimbulkan kebimbangan berlakunya tunjuk perasaan.

"Atas nama rakyat Amerika, saya dan Michelle ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada warga Muslim di Amerika dan seluruh dunia," kata Presiden Obama"

Sebelum itu beliau juga telah bersama-sama tokoh-tokoh muslim A.S berbuka puasa di White House. Tindakannya menunjukkan Presiden yang berdarah keluarga Muslim ini memberikan harapan tinggi kepada dunia khususnya dan dunia Islam amnya......

Sikap yang ditunjukkan oleh Presiden A.S itu boleh meyakinkan kita bahawa Hari Membakar AL-Quran yang direncanakan oleh segelintir ahli gereja A.S tidak akan menjadi kenyataan......

Sabtu, 14 Ogos 2010

KENAPA JADI ANAK DERHAKA...!


Bilangan 'ANAK DERHAKA' semakin bertambah, rumah 'Orang Tua' semakin meriah...!

Satu kajian yang dijalankan beberapa pensyarah Institut Kajian Sosial, Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati dengan bilangan warga emas (60 tahun ke atas) bakal mencapai jumlah 2.2 juta orang menjelang tahun 2020, jumlah ANAK DERHAKA juga dijangka bertambah.

Menurut hasil kajian 'Keperluan Sokongan Emosional Dalam Kalangan Anak Dewasa Yang Menjaga Warga Tua', lebih banyak rumah penjagaan orang tua akan tumbuh di negara ini dalam tempoh 10 tahun lagi.

KITA menyebut dan menilai ANAK itu DERHAKA bila ibu-bapa dihantar ke Rumah Orang Tua..benarkah begitu?

Seringkali kita mendengar yang zaman sekarang anak-anak makin ramai yang derhaka kepada ibubapa. Disebalik fenomena yang berlaku ini adakah kita (Ibubapa) mengkaji dan merenung sejenak kenapa anak-anak pada hari ini semakin nakal,jahat dan menderhakai kepada ibubapa mereka? Jika ibubapa mendidik anak-anak dengan betul mengikut gaya hidup islam perkara sebegini dapat dikurangkan. Apabila anak derhaka kepada ibubapa kita bising tetapi adakah kita telah mendidik anak-anak kita dengan betul? Didikan agama yang cukup? Apa kata kita lihat dahulu kisah di bawah :

Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya. Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran. Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.” Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri.

Kajian dibuat sebenarnya pada zaman sekarang lebih ramai ibubapa yang menderhaka kepada anak-anak kerana didikan agama tidak diberi secukupnya kepada anak-anak dan lahirnya genarasi tidak bertamadun zaman moden yang ada pada hari ini. Jadi, didiklah anak-anak sejak dari dalam kandungan lagi. Semoga generasi pewaris kita hidup dalam jalan yang diredhai oleh yang Maha Esa -petikan dari Selangor2u..

RINGKASNYA ANAK DERHAKA LAHIR DARI IBUBAPA YANG DERHAKA JUGA......