Khamis, 16 Julai 2009

Manik Urai pembuka semangat BN

Hari ini kawan jumpa member baru balik dari PRK Manik Urai.Macam tak puashati je BN kalah 65 undi.Biasa la geng tu pun dah kira menang,kalau ikut rekod PRU lepas kira menanglah tu,
Member tu kata pas ni mungkin ada PRK lagi kat Kelantan. Hai takde keja lainlah pilihanraya je.Yang kawan tak syok PRK ni dah jadi tempat orang bergaduh.Walaupun SPR dan polis dah ujudkan peraturan tapi maklumlah puak-puak ni ramai yang tak reti bahasa.Masa nilah nak tunjuk terer macam dia tu bagus sangat.
Masa pilihanraya nilah peluang nak memburuk,memfitnah dan saja mereka cerita-cerita tak berasas tentang musuh politik masing-masing.Ai lemas rasanya layan kerenah politik ni,tapi kalau politik ni tak de macamana tu la caranya untuk pilih pemerintah.Nak pastikan cara politik bersih kirim salamla masing-masing akan menghalalkan cara untuk menang.
Kawan ni bukan apa,jangan jadi macam setengah negara tu dalam setahun 2/3 kali tukar kerajaan.
Apapun bagi kawan Manik Urai sebagai lembaran baru keyakinan rakyat dan penambahan sokongan terhadap kerajaan BN walaupun tak menang. Kalau nak banding PRK Bukit Gantang yang sebelum PRU lepas merupakan kawasan kuat BN jauh bezanya dengan Manik Urai di Kelantan yang lebih sinonim dengan PAS.
insiden pergaduhan kecil di Manik Urai perlu juga diambil perhatian,walaupun pelbagai peraturan diwujudkan ektrimis parti tetap dengan ego mereka.Bilalah mereka nak berubah.Tapi kawan rasalah asalnya orang kita ni tak begitu mereka ni orang timur yang penuh dengan adap sopan,tapi dek kerana ada juak-juak politik yang menjadi guru songsang ni la masalahnya.
Harap-harap hadiah 11 perkara sempena 100 hari jadi pencetus mengembalikan keyakinan rakyat.Kawan yakin banyak lagi hadiah untuk rakyat jika PM diberi kepercayaan oleh rakyat.Taulah kot warga yang tak reti terimakasih ni semuanya tak betul dia je yang betulnya.
OKlah kawan nak relak dulu nanti sembang lagi.

1 ulasan:

  1. Salam bro,

    Puak-puak ni bila dah pakai serban, dia ingat dah boleh pukul orang, berjihad konon........ tapi dia lupa jalan mana dikatakan jihad kalau UMNO di tuduh kafir....

    BalasPadam