Khamis, 9 September 2010

PESTA HANTU DI PINGGIR MASJID.


Hantu semakin banyak dan mengadakan PESTA pulak tu...Walaupun Iblis dan syaitan diikat sepanjang Ramadhan tetapi jelmaan hantu dari manusia terus mengaruk......

Jawatankuasa Masjid Kapitan Keling dan Masjid Acheh di Georgetown Pulau Pinang merayu bantuan Yang di-Pertuan Agong supaya mengarahkan pihak berkuasa yang terbabit segera menghentikan 'pencabulan' sambutan Pesta Hantu Lapar yang menganggu penduduk setempat.

Sejak sebulan lalu, terdapat persembahan di mana gadis muda yang berpakaian menjolokkan mata menyanyikan lagu pop Cina, Inggeris, Melayu dan juga Hindi dengan iringan muzik yang mendesingkan telinga.

Ianya tidak jauh daripada dua masjid yang bersejarah - Masjid Kapitan Keling dan Masjid Acheh yang terletak kurang 30 meter dari satu sama lain. Bunyi muzik yang kuat itu juga menganggu umat Islam yang menunaikan solat di masjid berkenaan.

KENAPA mereka tidak mengadu kepada LGE ..MB yang diiktiraf 'khalifah' tu..Kan ke kuasa meluluskan lesen dan tapak PESTA tu dalam bidang kuasa Majlis Tempatan...

Lagi pelik PESTA dah berlanjutan sebulan ..nak RAYA dah.. baru jawatankuasa nak ambil tindakan... Mana perginya Suara PAS atau NGO lain selama itu.?

APAKAH agenda TERSIRAT pihak-pihak terlibat mengadakan PESTA Hantu berhampiran masjid dikala umat Islam berpuasa dan bertarawikh? sumbermalaysiakini.

2 ulasan:

  1. salam lebaran udangGalah
    macam mana perkara begini blh berlaku?
    ambil mudah saja... (sign)

    sepatutnya mereka boleh membuat aduan agar tidak mengganggu umat islam mengerjakan solat di masjid..

    Aku lihat tiada lagi hormat diantara 1 Msia. Sblm ni kecoh pasal BANGSA CHA hina nama ALLAH..
    blh habis lagi kecoh timbul kes lain pula..

    BalasPadam
  2. Nak buat macam mana bro, PAS pun dah tak mahu nak wujudkan negara Islam yang guna pakai undang-undang Hudud... mereka pun syok juga kalau dapat join lepas terawih....

    BalasPadam