Isnin, 9 April 2012

ASAL NAMANYA TOK GURU...KAU PERCAYA!

RAMAI kalangan kita taksub dengan tok-tok guru.Kita rasa apa saja yg disampaikan Tok Guru kita benar belaka tanpa kita nilai dan halusi...

SHAH ALAM - Umat Islam dinasihatkan berwaspada dalam memilih guru supaya tidak terjebak dengan ajaran sesat.
Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata, guru agama yang dipilih perlu ‘murshid’ (tinggi ketakwaan dan ilmu serta terpelihara daripada sifat hati tidak baik) dan jelas tidak nampak kesalahannya.
“Orang Islam kena berhati-hati dan jauhi ajaran meragukan,” katanya ketika mengulas mengenai ajaran Ahmad 100 kepada Sinar Harian, semalam.
Mengulas mengenai Imam Mahdi, Mohd Tamyes berkata, imam itu tidak akan berkelakuan seperti duduk di atas al-Quran ketika berceramah atau menjalin hubungan dengan isteri orang.
“Naluri orang beriman kepada ALLAH, dia tahu apa dipelajari dalam ajaran itu tidak benar. Jika dia mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi dan berperangai sedemikian, jelas sekali dakwaan itu salah,” katanya.
Menurutnya, ajaran Islam sepatutnya disebarkan secara terang-terangan seperti dilakukan Rasulullah SAW kepada umatnya, bukan secara tersembunyi.


BUKAN saja sebagai contoh ajaran Ahmad 100 ni...malah banyak lagi ajaran-jaran sesat yang telah dikesan dan diharamkan oleh Majlis Fatwa tetapi orang kita mudah sangat terpedaya bila ada ajaran baru. Hati-hatilah memilih guru..ramai guru yg diiktiraf oleh pihak yg berwajib.

JANGAN ASAL NAMA TOK GURU KITA RASA APA SAJA YG DISAMPAIKAN BENAR .....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan