Khamis, 10 Januari 2013

SIAPAKAH YG DIKATAKAN MURTAD....
Penjelasan dari seorang Ustad...Anda tidak dikategorikan sebagai seorang yang murtad sehinggalah anda melakukan perkara yang boleh menyebabkan tergugurnya aqidah anda seperti melakukan penyembahan berhala ataupun sesuatu yang lain selain daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, anda tidak mengucapkan perkara-perkara yang menafikan tentang kewujudan Allah Subhanahu Wa Ta’ala ataupun lainnya.

Ringkasnya, selagi anda tidak melakukan perbuatan yang syirik, kata-kata yang syirik dan juga aqidah anda masih tetap pada Tuhan yang satu, iaitu Allah Subhanahu Wa Ta’ala, maka anda adalah masih sebagai seorang muslim.

Adalah dinasihatkan supaya anda perbanyakan istighfar dan bertahlil bagi mengisi jiwa anda yang kosong. Jangan benarkan dan memberi peluang kepada syaitan dan anak cucunya untuk membisikkan sesuatu yang mungkar di dalam hati anda. tenangkanlah hati dan jiwa anda dengan zikir. Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala, maksudnya:

“(iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikru’llah “. Ketahuilah! Dengan “dzikru’llah” itu, tenang tenteramlah hati manusia”.

(Surah Ar-Ra’d 13: 28)
BERSAMALAH KITA BERUSAHA AGAR TIDAK KEARAH MNJADI MURTAD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan