Isnin, 17 Februari 2014

TAK PERLU RISAU WAHAI PELABUR ASN DAN ASB...


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini menegaskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah 'HARUS'.
Ini termasuk dividen atau bonus yang diterima menerusi kedua-dua skim pelaburan itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Abd Shukor, Jawatankuasa Fatwa amat kesal kerana terdapat pihak-pihak tertentu cuba menimbulkan keraguan dengan memuat naik surat daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang menyatakan skim tersebut sebagai tidak patuh Syariah.

SENANG JE JANGAN LAYAN PUAK-PUAK YANG TAK DE KERJA LAIN.... PERLEKEH ORANG JE DIA TAHU...KALAU SERAH KAT DIA ABUK PUN TAKDE...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan