Isnin, 2 Disember 2013

TRAFORMASI UMNO MENURUT PM..

KUALA LUMPUR, 2 Dis  - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata proses transformasi dalam UMNO perlu berlangsung dengan mengambil kira keperluan bagi parti itu bergerak selaras dengan realiti politik baharu yang kini mewarnai landskap politik negara.
Najib yang juga Presiden UMNO berkata kejayaan yang dikecapi UMNO selama ini bukan jaminan bagi kejayaan akan datang, lebih-lebih lagi susulan perubahan yang berlaku dalam landskap politik tanah air, disulami perubahan demografik dan teknologi selain peningkatan tahap pendidikan rakyat Malaysia.
“Untuk kekal relevan, UMNO mesti sanggup lakukan transformasi yang mencerminkan ia merupakan parti yang mampu menjamin masa depan orang Melayu dan negara secara keseluruhannya,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan parti yang ditubuhkan pada 1946 itu perlu meningkatkan usaha melatih pemimpin di semua peringkat yang faham dengan apa yang perlu dilakukan demi survival parti dan perjuangannya.
Najib berkata demikian dalam wawancara khas dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013, di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini hari ini.
“Kita tak boleh lagi terima anggota UMNO tanpa kita tarbiah atau didik mereka melalui kursus tertentu, bentuk minda mereka untuk berfikir…dalam konteks persekitaran baharu, politik baharu, bukan lagi politik lama,” kata Najib.
Beliau memberi peringatan bahawa anggota UMNO yang tidak faham politik baharu bakal ditolak rakyat.
“Sebab itu UMNO kena sesuaikan diri, (termasuk) sediakan pemimpin-pemimpin yang menghayati politik baharu,” jelasnya dalam wawancara khas 40 minit yang antara lain mengupas soal cabaran, harapan dan hala tuju UMNO selepas pilihan raya umum ke-13 pada Mei dan pemilihan parti pada Oktober lepas.
Menurut Najib, sebahagian daripada proses transformasi dalam parti sudah berjaya manakala sebahagian lagi belum tiba ke penghujungnya.
Dalam pada itu, perdana menteri berkata ada keperluan untuk UMNO membuka pintu lebih luas kepada golongan profesional kerana ia difikirkan mampu member kekuatan kepada kepimpinan di peringkat bahagian dan cawangan.
Mengulas pandangannya itu, Najib berkata ketua cawangan yang terdiri daripada golongan profesional biasanya mempunyai pengaruh lebih besar terutama di kawasan bandar.
Menurutnya, penyertaan golongan profesional di semua peringkat dilihat mampu mempengaruhi masyarakat setempat dalam usaha menarik sokongan terhadap UMNO dan Barisan Nasional, termasuk di kawasan bandar.
“Untuk itu, kita mesti ada program untuk memperbanyak kemasukan golongan profesional dan Generasi Y terutama di kawasan bandar.
“Kekuatan kita masih di luar bandar, namun kekuatan (UMNO) di bandar perlu ditambah lagi,” jelas Najib.

JAWA BERNAM: USTAZ KAZIM ELIAS ISYTIHAR KELUAR PARTI PAS!!!

 USTAZ KAZIM ELIAS ISYTIHAR KELUAR PARTI PAS!!!:

 SEBENARNYA berita yang tidak mengejutkan apabila Ustaz Kazim sendiri mengisytiharkan keluar dari PAS petang tadi selepas bertemu dengan PM...Yang terkejutnya adalah Puak PAS kerana UKE terpilih sebagai MT UMNO..Ianya bakal mencorakkan dimensi baru kpd peranan ulama dalam UMNO untuk menegur dan membetulkan perjalanan parti itu dimana ada kesilapan hukum dsbnya....

Isnin, 28 Oktober 2013

Strategi Contextualisation Melalui Kalimah Allah

 Sejak keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 oktober 2013 yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh majalah Kristian Katolik The Herald, isu ini kelihatan menjadi satu polemik yang mengundang pelbagai komen di luar konteks keputusan tersebut.
Kita melihat pelbagai liputan yang seolah-olah memberi gambaran bahawa penganut Kristian di Malaysia dizalimi dan keputusan Mahkamah Rayuan itu tidak berasas. Keluarlah dalam pelbagai media, kartun-kartun, karikatur, lawak jenaka dan pelbagai anologi yang tidak munasabah. Amat malang juga apabila mereka yang terdiri daripada golongan cerdik pandai turut sama mengeluarkan kenyataan yang di luar konteks. Turut juga memberi komen dalam isu ini adalah tokoh-tokoh Islam luar negara yang memberi kenyataan tanpa melihat isu sebenar dalam penghakiman tersebut.
Penghakiman Mahkamah Rayuan baru-baru ini bukan melarang orang kafir daripada menyebut kalimah Allah. Sebutlah kalimah Allah dan cubalah untuk mengenali Allah dengan sebenar-benarnya. Apa yang dilarang adalah penggunaan kalimah Allah oleh majalah Kristian yang terang-terangan bertujuan untuk menyebarkan ajaran Kristian kepada orang Melayu Islam. Penggunaan kalimah Allah adalah salah satu cara untuk menunjukkan bahawa dakyah Kristian yang mereka bawa sebenarnya amat dekat di hati umat Islam. Inilah strategi mereka yang disebut “contextualization”.

Dalam gambar di atas, Maryam digambarkan dengan gambaran yang menyerupai masyarakat setempat yang menjadi sasaran dakyah kristian. Strategi contextualisation merupakan satu pintu masuk, satu cara supaya dakyah mereka mudah diterima, dekat di hati sasaran mereka, meggunakan pelbagai imej, istilah, nama dan perkataan yang telah biasa didengari. Penggunaan nama Allah dalam The Herald adalah salah satu manifestasi strategi ini, yang membuka pintu-pintu baru kepada dakyah mereka. Bayangkan, orang Melayu Islam akan merasa janggal untuk hadir ke gereja atas apa jua alasan, namun kejanggalan tersebut tidak akan lagi ketara sekiranya gereja nanti disebut sebagai rumah Allah!
Aktivis yang terpedaya
Sesetengah aktivis dan para pendakwah Islam berpendapat bahawa penguatkuasaan larangan sebegini akan hanya menjauhkan orang kafir daripada dakwah mereka. Mereka menggunakan pelbagai istilah seperti tolak-ansur atau toleransi, mengurus perbezaan secara berhikmah atau mengajak supaya isu ini ditangani dengan dialog dan tidak perlu dibawa ke mahkamah.
Kita perlu meneliti isu ini daripada awal, dan bukan hanya melihat keputusan ini sebagai satu-satunya peristiwa. (sila rujuk kronologi isu ini di sini->http://www.ismaweb.net/v4/2013/08/kronologi-penghakiman-isu-kalimah-allah/). Pembohongan yang berlaku di pelbagai media sekarang cuba menenggelamkan fakta bahawa kumpulan missionary Kristian inilah yang sebenarnya menggugat struktur masyarakat sedia ada. Malaysia yang agama persekutuannya ialah Islam sememangnya telah mempunyai peruntukan undang-undang yang mengawal penyebaran agama lain di kalangan orang Islam. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri menggunakan kuasa sedia ada dalam mengawal permit penerbitan akhbar dan majalah untuk membendung dakyah kristianisasi yang cuba dilaksanakan oleh majalah The Herald.
Akhirnya, setelah melalui beberapa fasa amaran dan permit bersyarat daripada KDN, pihak Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur telah mencabar keputusan KDN di mahkamah pada dalam tahun 2009. Sekali lagi, isu penyalahgunaan kalimah Allah ini bukan dibawa ke mahkamah oleh orang Islam, tetapi dibawa ke mahkamah oleh pihak missionary Kristian!
Dengan jelasnya fakta ini, maka tidak sepatutnya sesetengah aktivis dan pendakwah Islam menidakkan keputusan mahkamah dan berundur ke belakang, seolah-olah usaha dialog dan perbincangan tidak pernah wujud. Kenapa setelah beberapa tahun isu ini di mahkamah dan setelah keputusan berpihak kepada KDN, barulah pihak-pihak ini beria-ria mengusulkan kepada penyelesaian berhikmah? Kita perlu menyedari bahawa kita berada dalam suasana yang mana kita sedang menghadapi serangan. Wajarkah setelah kita berjaya mempertahankan diri daripada serangan kali ini, kita pula yang beria-ria untuk berlembut? Bukankah kita sepatutnya bersatu hati dan cuba mempersiapkan diri sebelum menghadapi serangan seterusnya? Lebih patut lagi sebenarnya untuk kita yang memulakan serangan, menutup segala pintu masuk kepada ancaman yang dibawa oleh dakyah sesat ini, dan menyedarkan semua pihak tentang bahaya yang menanti sekiranya kita terus dengan kelalaian dan tidak sensitif dengan perancangan pihak yang mahu mengganggu gugat keamanan dan keharmonian yang sedia wujud.
Amatlah janggal orang yang cuma memburukkan imej agama Islam dengan komen-komen di luar konteks. Isu sebenar di hadapan kita adalah agenda kristianisasi yang mengancam umat dan bukannya menyekat orang-orang bukan Islam daripada mengenal Allah.
Berfatwa tanpa mengenal realiti
Pelbagai media yang ada juga secara jahat mengambil pandangan para ulama luar negara tanpa penjelasan yang wajar. Saya percaya mana-mana tokoh ulama Islam akan menjawab bahawa kalimah Allah bukan milik eksklusif umat Islam. Mereka juga akan menjawab bahawa adalah sesuatu yang tidak wajar untuk menyekat orang bukan Islam daripada menyebut nama Allah. Kedua-dua jawapan ini adalah respon yang benar, bahkan saya juga mempersetujuinya. Namun perlu diingat sekali lagi, persoalan sebenarnya yang patut ditimbulkan adalah adakah wajar mana-mana kerajaan negara Islam membiarkan penyebaran agama lain dan pemurtadan umat Islam dibiarkan berleluasa? Inilah isu yang sebenarnya. Saya percaya bahkan amat yakin bahawa para ulama tersebut akan bersetuju bahawa mana-mana kerajaan umat Islam mempunyai tanggungjawab untuk menutup mana-mana pintu kepada agenda memurtadkan orang Islam bahkan golongan sebegini sepatutnya dihukum dengan sekeras-keras hukuman.
Gadaian politik
Sebenarnya pihak yang memusuhi agama Islam amat pandai mengeksploitasi segala kelemahan umat. Kita dapat menilai daripada isu penyalahgunaan kalimah Allah ini, betapa umat Islam begitu lemah dan terperangkap dalam kerangka politik sempit. PAS selaku Parti Islam tidak sesekali akan menyokong apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan walaupun dalam isu sebesar ini. Walaupun terdapat segelintir kecil ulamak PAS yang bersuara, namun suara mereka tenggelam oleh pendirian rasmi Pakatan Rakyat dalam isu ini. Pihak kerajaan pula, walaupun berada di pihak yang menang seakan-akan takut untuk mencanang kemenangan yang dicapai dan memperkukuh mekanisme sedia ada untuk menyekat usaha memurtadkan umat Islam, bahkan lebih malang lagi apabila beberapa menteri membuat kenyataan seolah-olah memperkecilkan isu kalimah Allah ini, barangkali kerana tidak mahu menggugat sokongan yang mereka sentiasa perolehi daripada Sabah dan Sarawak. Sampai bilakah isu umat Islam akan terus menjadi barang gadaian yang sedia untuk dipertaruhkan atas survival politik?   PETIKAN DARI LAMAN AIDC

Isnin, 21 Oktober 2013

Budak Sri Kinta: JAMIL KHIR BAHAROM BERI CALON PAS SUNGAI LIMAU TAK...

Budak Sri Kinta: JAMIL KHIR BAHAROM BERI CALON PAS SUNGAI LIMAU TAK...: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kini menjadi agenda utama Ketua UMNO Bahagian Jerai yang baharu, Datu...

Khamis, 5 September 2013

PETRONAS PERJELAS ISU HARGA MINYAK                           

KUALA LUMPUR: PETRONAS tampil menjelaskan tanggapan salah sebilangan rakyat, bahawa Malaysia dapat mengeluarkan produk petroleum lebih murah seperti gasoline dan diesel, jika ia mengeluar dan menggunakan sendiri minyak mentahnya.

Perbadanan minyak negara itu berkata, minyak mentah Tapis blend yang ditemui di perairan Malaysia, adalah bahan yang sangat mahal.
Oleh itu, dengan mengeksport Tapis blend dan mengimport minyak kurang berkualiti untuk penggunaan domestik, Malaysia meraih manfaat lebih besar daripada sumber minyak mentah semula jadinya dan pada masa sama memastikan jaminan tenaga untuk penggunaan domestik.
PETRONAS dalam satu kenyataan malam tadi, mengulas mengenai rasionalisasi subsidi kerajaan baru-baru ini yang menimbulkan kebimbangan dan tanggapan salah sebilangan rakyat.

Mereka berpendapat rakyat sepatutnya menikmati produk petroleum, terutama gasoline dan diesel, pada harga minimum selari dengan status negara sebagai negara pengeluar minyak, katanya.

Ini bertentangan dengan Arab Saudi dan negara Asia Barat yang menghasilkan minyak mentah murah dalam kuantiti yang besar.
Tapis blend mencatat premium tinggi berbanding minyak biasa pada harga AS$122.96 setong pada 30 Ogos, 2013, berbanding Brent blend pada harga AS$115.38 pada hari sama.

PETRONAS berkata, harga runcit semasa produk petroleum di pam di Malaysia tidak menggambarkan kos sebenar pengeluaran komoditi itu memandangkan ia tidak menunjukkan perubahan kos minyak mentah.

Katanya, perbezaan dan impak perubahan minyak mentah sudah diserap oleh subsidi besar kerajaan.

Harga minyak mentah kini semakin meningkat berikutan ketidaktentuan politik dan keselamatan di Asia Barat seperti Mesir dan Syria.

“Bagaimanapun, harga runcit gasoline dan diesel di Malaysia tidak berubah kerana disubsidikan kerajaan.”

“Subsidi besar adalah perbelanjaan yang tidak berkekalan dalam jangka panjang, selain itu ia menyebabkan penggunaan tenaga tidak berhemat dan tidak cekap,” kata PETRONAS.

Sumber:Antara Pos

Komen aku.... Minyak merupakan bahan api kegunaan harian yg semakin berkurang dan pasti naik harganya.Kalau boleh kerajaan pasti tak naikkan harga kerana ia keputusan yg tidak popular...Aku lebih berharap kerajaan lebih menjana ekonomi kearah lebih baik agar rakyat mempunyai pendapatan yg mampu mengatasi kos sara hidup yg semakin meningkat.....
 

Isnin, 4 Februari 2013

BUKU KECIL JASA DAPAT PERHATIAN....
1) Artikel keluaran Malaysian Insider bertajuk "Buku Kecil diedar JASA propaganda murahan, kata pemimpin BERSIH" pun mengandungi beberapa kesilapan fakta dan bersikap tidak bertanggungjawab dalam pemberitaannya. Bagaimana Malaysia Insider boleh terpedaya dengan propaganda songsang Ambiga dan Maria?

2) “Buku kecil itu dikeluarkan pada tahun lepas sebelum Bersih 3.0" kata Maria Chin. Dakwaan ini adalah tidak tepat kerana buku tersebut sudah pun dikemaskini untuk menangkis beberapa isu baru yang timbul termasuklah BERSIH 3.0.




Perlu baca sehingga habis buku ini? Banyak maklumat terutama tentang dasar negara. Kebaikannya untuk semua rakyat.

3) RM100 diberi kepada peserta yang hadir untuk BERSIH 3.0 bukan tuduhan melulu dan tulisan rawak. Ianya berdasarkan kenyataan beberapa orang bekas peserta BERSIH 3.0 yang bernama Wan Ismail Wan Mad dari Tumpat yang mendakwa mendapat duit poket RM150, Azli dari Pasir Mas mengakui dapat penajaan hotel dan Azizah dari Permatang Pauh yang mendapat pembiayaan pengangkutan untuk ke BERSIH. Ini hasil temubual. Mengapa perlu ditolak fakta fakta ini?

4) “Malahan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat bulan lalu ratusan ribu rakyat hadir di Stadium Merdeka,” kata Maria. Satu lagi statistik yang cuai diberikan oleh Maria. Tian Chua pun anggar 45,000 orang sahaja. Malah tiga akhbar antarabangsa lapor yang hadir adalah sekitar 45-50k sahaja. Maria bukan penganjur KL112, jadi tiada kredibiliti untuk bercakap soal angka KL112. Sila rujuk kembali artikel ini

5) Perhimpunan di Kuala Lumpur disertai 25 ribu orang dan bukan 300 ribu orang seperti yang didakwa oleh Ambiga adalah satu kenyataan yang benar. Tiada satu laporan akhbar asing pun yang melaporkan angka sebesar itu. Ambiga jangan cuba songsangkan fakta dan angka.