Isnin, 4 Februari 2013

BUKU KECIL JASA DAPAT PERHATIAN....
1) Artikel keluaran Malaysian Insider bertajuk "Buku Kecil diedar JASA propaganda murahan, kata pemimpin BERSIH" pun mengandungi beberapa kesilapan fakta dan bersikap tidak bertanggungjawab dalam pemberitaannya. Bagaimana Malaysia Insider boleh terpedaya dengan propaganda songsang Ambiga dan Maria?

2) “Buku kecil itu dikeluarkan pada tahun lepas sebelum Bersih 3.0" kata Maria Chin. Dakwaan ini adalah tidak tepat kerana buku tersebut sudah pun dikemaskini untuk menangkis beberapa isu baru yang timbul termasuklah BERSIH 3.0.




Perlu baca sehingga habis buku ini? Banyak maklumat terutama tentang dasar negara. Kebaikannya untuk semua rakyat.

3) RM100 diberi kepada peserta yang hadir untuk BERSIH 3.0 bukan tuduhan melulu dan tulisan rawak. Ianya berdasarkan kenyataan beberapa orang bekas peserta BERSIH 3.0 yang bernama Wan Ismail Wan Mad dari Tumpat yang mendakwa mendapat duit poket RM150, Azli dari Pasir Mas mengakui dapat penajaan hotel dan Azizah dari Permatang Pauh yang mendapat pembiayaan pengangkutan untuk ke BERSIH. Ini hasil temubual. Mengapa perlu ditolak fakta fakta ini?

4) “Malahan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat bulan lalu ratusan ribu rakyat hadir di Stadium Merdeka,” kata Maria. Satu lagi statistik yang cuai diberikan oleh Maria. Tian Chua pun anggar 45,000 orang sahaja. Malah tiga akhbar antarabangsa lapor yang hadir adalah sekitar 45-50k sahaja. Maria bukan penganjur KL112, jadi tiada kredibiliti untuk bercakap soal angka KL112. Sila rujuk kembali artikel ini

5) Perhimpunan di Kuala Lumpur disertai 25 ribu orang dan bukan 300 ribu orang seperti yang didakwa oleh Ambiga adalah satu kenyataan yang benar. Tiada satu laporan akhbar asing pun yang melaporkan angka sebesar itu. Ambiga jangan cuba songsangkan fakta dan angka.

Selasa, 22 Januari 2013

on Monday, January 21
YBHG. DATO DR. HARON DIN, YB. DATO DR. HASSAN ALI, YB DATO NASHARUDIN MAT ISA LAMBANG SEBENAR

Assalamualaikum Warahmatullahih Wabarakatuh.

Kepada Yang Dihormati,
YBhg. Dato' Dr. Haron Din, YB. Nasharudin Mat Isa, YBhg. Dato Haron Taib, YBhg. Dato Ismail Kamus dan YB. Dato' Taib Azamudin.

Terlebih dahulu kita bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah dan kurniaNYA, kita masih ada kesempatan untuk berdakwah, beristigfar, bermunajat dan berdoa kepada ALLAH SWT. Kita semua, baik UMNO dan PAS, telah berusaha sedaya upaya mengangkat martabat dan kesucian agama Islam dan umat Islam untuk mendapat keredaan ALLAH SWT.

Menurut seorang pemimpin pemuda PAS di Selangor, Cukup-cukuplah perkawanan dengan DAP, lihatlah mudarat yang akan datang jika Pakatan memerintah. PAS tidak mampu menasihati malah tidak ada kekuatan untuk memimpin Pakatan, sudah sampai masanya PAS keluar dari Pakatan. Sekaranglah masanya, bukan selepas PRU13. Inilah masa untuk menunjukkan perpaduan ummah, dan menghancurkan musuh-musuh Islam terutama DAP.

Di Kedah malah di Kelantan, tok-tok guru pondok, dan orang-orang tua yang berumur 60 dan 70 tahun di kampung-kampung jika dulunya penyokong kuat PAS, kini sudah mula berkata, "kalau beginilah PAS hari ini, baik kita keluar PAS dan buat parti PAS baru seperti dulu". Inilah suara-suara pendokong-pendokong PAS asal yang kecewa. Bukan saya yang berkata perkara ini, saya hanya menulisnya, yang menyebutnya kepimpinan pemuda PAS yang pernah menjadi calon dalam beberapa PRU yang lepas.

Lihatlah juga, apabila Majlis Syura memutuskan Tidak Boleh menggunakan nama ALLAH SWT sebagai gantinama kepada GOD (agama Kristian), DAP melalui Pengerusinya Memberi Kata Dua kepada YB Dato Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am) dan YB Datuk Hj Hadi Awang (Presiden) supaya menarik balik keputusan Majlis Syura itu. 


YBHG. DATO ISMAIL KAMUS & YBHG. DATO' HARON DIN MENYEDARKAN AKAN KEBIADAPAN DAP
Pertembungan Pemikiran dalam PAS sekarang menjadi semakin kemerut apabila hanya tinggal kira-kira 20% hingga 25% sahaja golongan Ulama dalam PAS. Parasit-parasit Anwar yang semakin mendominasi PAS berjaya meng'adjust' keputusan-keputusan PAS sebagaimana Mat Sabu berjaya meng'adjust' keputusan Kalimah Allah.

Sebabnya mudah, PAS tidak mungkin dapat menghalang kekuatan DAP sekarang ini, yang menerima dana dan latihan dari luar negara. Di mana-mana sekarang, ahli-ahli PAS bercakap supaya PAS keluar dari Pakatan.

Jika DAP menguasai kerajaan Pakatan selepas PRU13, orang-orang PAS sendiri tahu betapa ligatnya DAP menguasai dan menjaga kuasa itu, menggunakan kuasa itu, yang mana akhirnya YB Datuk Hj Hadi Awang mahu pun Datuk Hj Nik Aziz Nik Mat sendiri pun tidak mampu berkata "tidak" kepada DAP.

Saya akui PAS adalah parti yang penting untuk memberikan "check and balance", namun kemasukan orang-orang Anwar yang membawa masuk fahaman liberal Islam dan Islam ala Amerika ke dalam PAS benar-benar merosakkan Islam PAS. Kata YB Dato' Dr. Hassan Ali, mereka ini semua parasit yang dihantar Anwar ke dalam PAS.

Lihatlah Mat Sabu seorang yang bukan berpendidikan agama, dengan dibantu oleh golongan-golongan parasit Anwar telah memenangkan Mat Sabu. Bukankah parasit-parasit ini yang bertemu YB Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan memberi nasehat yang salah, dengan memaksa YB Datuk Nik Aziz Nik Mat mendesak anak buahnya YB Tuan Man Tuan Ibrahim untuk bertanding Timbalan Presiden PAS. 

Bukankah awal-awal lagi YB Tuan Man Tuan Ibrahim  berkata kepada media bahawa beliau tidak hendak bertanding. Akhirnya, YB Nasharudin Mat Isa ditewaskan, dan berjayalah Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS. Bertepuk-tanganlah parasit-parasit Anwar dalam PAS dan bertepuk tangan jugalah DAP kerana Mat Sabu mudah ditunjuk-tunjuk.

Kepimpinan pemuda PAS ini berkata kepada saya, kita mesti bantu UMNO menang dalam PRU13 ini kerana Mudarat akan lebih besar kepada negara ini, kepada agama Islam, dan kepada bangsa Melayu seandainya DAP menang besar dan menguasai kerajaan Pakatan. 

YB Nasharudin Mat Isa sendiri tidak akan keluar PAS, tidak akan mengisytiharkan diri keluar PAS, tetapi akan keluar PAS jika dia dipecat. Kerana YB Nasharudin Mat Isa seorang individu yang bermaruah.

Ketahuilah bahawa kini semakin ramai pemimpin muda PAS yang masih berada di dalam PAS, tetapi kini sudah berkempen supaya mengundi UMNO.

Katanya, Apakah perbezaan sekarang, UMNO boleh memimpin BN, sebaliknya PAS tidak mampu memimpin Pakatan Rakyat.

Sebagai pemimpin pemuda PAS, beliau menyeru supaya menangkan UMNO dalam PRU13 akan datang untuk mengelakkan Kemudaratan yang lebih besar kepada umat Islam dan bangsa Melayu di tanah air ini.


Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahih Wabarakatuh.


Yang Ikhlas,

Al-Azharri Siddiq,
Menyokong Perpaduan Ummah UMNO-PAS.

***Surat terbuka ini dibuat selepas mendengar ucapan pemimpin pemuda PAS, dengan harapan ahli-ahli Pas yang lain boleh membaca isi hati dan pemikirannya. Beliau seperti juga YB Nasharudin Mat Isa tidak akan keluar dari PAS KECUALI DIPECAT...

PETIKAN DR AL-AZHARRI SIDDIQ - JENTAYUABAKA...

Khamis, 10 Januari 2013

SIAPAKAH YG DIKATAKAN MURTAD....
Penjelasan dari seorang Ustad...Anda tidak dikategorikan sebagai seorang yang murtad sehinggalah anda melakukan perkara yang boleh menyebabkan tergugurnya aqidah anda seperti melakukan penyembahan berhala ataupun sesuatu yang lain selain daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, anda tidak mengucapkan perkara-perkara yang menafikan tentang kewujudan Allah Subhanahu Wa Ta’ala ataupun lainnya.

Ringkasnya, selagi anda tidak melakukan perbuatan yang syirik, kata-kata yang syirik dan juga aqidah anda masih tetap pada Tuhan yang satu, iaitu Allah Subhanahu Wa Ta’ala, maka anda adalah masih sebagai seorang muslim.

Adalah dinasihatkan supaya anda perbanyakan istighfar dan bertahlil bagi mengisi jiwa anda yang kosong. Jangan benarkan dan memberi peluang kepada syaitan dan anak cucunya untuk membisikkan sesuatu yang mungkar di dalam hati anda. tenangkanlah hati dan jiwa anda dengan zikir. Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala, maksudnya:

“(iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikru’llah “. Ketahuilah! Dengan “dzikru’llah” itu, tenang tenteramlah hati manusia”.

(Surah Ar-Ra’d 13: 28)
BERSAMALAH KITA BERUSAHA AGAR TIDAK KEARAH MNJADI MURTAD
MENGGUNAKAN NAMA ALLAH OLEH AGAMA SELAIN ISLAM...
Kesesatan rakyat Indonesia di masa sekarang ini salah satunya berpunya dari pengunaan nama Allah dalam bible versi indonesia..selain ianya mudah untuk difahami ia juga mengunakan ayat yang mampu membuatkan seseorang itu terpengaruh dengan kristian...malah salah seorang pejuang kahwin sejenis adalah orang islam yang telah dianugerah oleh yahudi kerana berjaya meluluskan undang2 tersebut di sana..gejala tersebut sudah menular ke Malaysia....cuma demi politik semua yang haram dihalalkan..janganlah jadi seperti mereka bila perempuan boleh mengimamkan sembahyang untuk lelaki...Rakyat bercelaru fikiran kerana ulama2 politik bercanggah pendapat..satu sokong satu lagi tidak sedangkan kapal mereka sama..
SETIAP MEREKA PUNYAI AGENDA TERSENDIRI... DAP dan PAS

Ahad, 10 Jun 2012

BILAKAH PAS NAK LAKSANAKAN?

NIK AZIZ HANYA PANDAI CAKAP BUAT TAK BERANI.....


KARPAL KATA POTONGG TANGAN SAYA
KALAU NIK AZIZ BERANI KUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG ISLAM

Premis-premis perniagaan di wilayah Aceh, tidak lama lagi akan diharamkan menjual pakaian yang ketat. https://albakriah.wordpress.com/2012/06/09/acheh-haram-kedai-jual-pakaian-ketat/
Pengumuman itu dibuat selepas polis Syariah di Banda Aceh menahan dan menegur lebih 50 wanita dan tiga lelaki kerana melanggar kod berpakaian secara Islam, termasuk memakai pakaian ketat dan pendek.
Ketua penguatkuasa agensi yang memantau pelaksanaan undang- undang Syariah di Aceh, Samsuddin berkata, pejabatnya akan mengeluarkan satu pekeliling yang akan mengharamkan premis-premis perniagaan menjual pakaian ketat.
”Gabenor Aceh yang baru dipilih juga menyokong pelaksanaan undang-undang Islam itu,” kata Samsuddin.
Polis Syariah di Aceh sering melakukan rondaan untuk menguatkuasakan undang-undang Islam dan mengharamkan kelakuan tidak wajar antara pasangan yang belum berkahwin.
Pegawai akan merekodkan butiran peribadi mereka yang ditahan melakukan kesalahan, menasihati mereka dan memaklumkan bahawa mereka mungkin akan dipenjara atau dirotan jika ditahan sekali lagi.
Menurut Samsuddin, agensinya telah menahan kira-kira 300 wanita yang melanggar kod berpakaian secara Islam dalam tempoh dua bulan lalu. – DPA
Negeri Acheh di dalam Indonesia boleh buat, Negeri kelantan di dalam Malaysia tak boleh buat. Apakah sebabnya=
A. Takut Kepada Karpal Singh
B. Takut kepada Lim Guan Eng
C. Takut Hilang Kuasa
D. Takut Bukan Islam Tak Undi
E. Semua Betul

Sabtu, 9 Jun 2012

PM dapat penghargaan..Penyenaraian FGVH

ORANG LUAR melihat kejayaan FELDA dan Kehebatan DS Najib....

MUMBAI: “Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) adalah satu kisah kejayaan luar biasa. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak perlu diucapkan tahniah atas ketabahan dan kesungguhan beliau dalam memacunya.
“FELDA melakukannya dalam tempoh 20 hingga 30 tahun berbanding penjajah yang perlu ambil 200 tahun untuk melakukannya,” kata Dorab Mistry, Pengarah Godrej International Ltd, India, iaitu syarikat yang terbabit dalam pengeluaran pelbagai bahan asas makanan dan industri.
Beliau berkata, kisah kejayaan FELDA yang luar biasa bukan saja dari segi pertanian, malah memperkasakan dan memakmurkan kawasan luar.

“Sudah tiba masanya kejayaan ini disenaraikan supaya orang lain boleh mengambil bahagian, terutama penanam sawit,” katanya ketika ditemui pada Seminar dan Pameran Sawit Malaysia-India 2012 di sini, semalam.

Dorab berkata penyenaraian FELDA juga akan meletakkan Malaysia dalam kedudukan untuk memberi respons kepada rejim cukai eksport minyak sawit mentah Indonesia.

Pada masa ini, Indonesia mengenakan duti eksport 19.5 peratus terhadap minyak sawit mentah, manakala duti eksport Malaysia 30 peratus selepas had bebas cukai sebanyak 3.6 juta tan, meletakkan Malaysia pada kedudukan yang kurang kelebihan.
Dorab berkata harga saham FELDA akan menjadi kukuh ketika pengeluaran minyak sawit mentah merosot selepas pengeluaran yang lebih rendah biasanya menolak harga minyak sawit mentah.

Beliau berkata apabila pengeluaran dikurangkan, saham akan diterima dengan harga yang lebih kukuh apabila disenaraikan. – BERNAMA 


KEJAYAAN akan lebih terserlah jika saham FGVH kukuh dan kepercyaan rakyat akan bertambah..termasuk mereka yg selama ini telah terhasut oleh mereka-mereka yg cuba menggagalkan usaha murni PM....

Jumaat, 20 April 2012

KPF mengekori FGVH kebursa saham...

SEKIAN LAMA peneroka menanti EGM sebenar untuk pastikan bahawa golongan terbesar mereka bersetuju dgn penyenaraian FGVH dan Kpf sebagai pesertanya...
 
 KUALA LUMPUR 19 April - Koperasi Pelaburan Felda Bhd. (KPF) bersetuju dengan langkah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGVH) ke Bursa Malaysia Mei ini selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) diadakan hari ini.

Seramai 1,102 daripada 1,227 perwakilan yang menghadiri EGM itu menyokong resolusi penyenaraian tersebut, sekali gus menamatkan pelbagai kontroversi sejak kerajaan mengumumkan cadangan penyenaraian syarikat milik penuh Felda tersebut ke Bursa Malaysia.

EGM yang berlangsung kira-kira empat jam itu diadakan selepas mesyuarat yang sepatutnya dijalankan 22 Februari lalu dibatalkan setelah Mahkamah Tinggi Kuantan mengeluarkan perintah injunksi yang dipohon oleh lapan peneroka.

Utusan Malaysia difahamkan, para perwakilan EGM itu telah diberi penerangan oleh Ahli Lembaga Pengarah KPF mengenai usul-usul yang dibentangkan termasuk pemindahan milik pegangan KPF dalam Felda Holdings Bhd. (FHB) serta 10 anak syarikatnya kepada Felda sebelum mereka memutuskan sama ada mengundi untuk menerima atau menolak.

KPF yang dianggotai kira-kira 112,627 peneroka dan 23,000 pekerja Felda pula memiliki pegangan sebanyak 51 peratus di dalam Felda Holdings.

"Dalam mesyuarat itu juga, mereka telah bersetuju memberi mandat kepada Ahli Lembaga Pengarah KPF bagi meneliti, berunding, memperhalusi dan menerima apa-apa terma yang tertakluk dalam Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Menurut Ahmad, keputusan EGM itu membuktikan golongan peneroka mahu melihat Felda berada di tahap yang lebih tinggi berbanding sekarang.
 
KINI Golongan peneroka merasa lega biarpun terpaksa memendam rasa dengan tindakan segelintir sahabat mereka yg cuba menggagalkan usaha itu... sebelum ini...