Isnin, 31 Ogos 2009

Harapan penduduk Muadzam Shah

Muadzam Shah pusat tenaga kerja utama

MUADZAM SHAH – Kementerian Sumber Manusia sedang merancang untuk menganjurkan Program Penempatan Pekerjaan di Muadzam Shah bagi memberi peluang kepada pencari kerja memilih peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan semasa karnival itu.

Timbalan Menterinya, Senator Datuk Maznah Mazlan berkata, kumpulan sasar program itu ialah pekerja yang diberhentikan kerja, golongan belia dan siswazah yang sedang mencari pekerjaan.

Menurutnya, penganjuran program penempatan pekerjaan itu adalah formula berkesan bagi memberi peluang kepada majikan untuk memilih pekerja, selain memberi peluang kepada pencari kerja untuk mendapatkan pekerjaan.

“Antara pengisian program adalah pendaftaran mencari kerja secara dalam talian melalui sistem JobMalaysia, temu duga terbuka serta pendaftaran dan temu duga untuk mengikuti latihan bagi mengikuti program penempatan pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Sumbangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Muadzam Shah.

Maznah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah berkata, program ini juga dapat memberikan peluang peningkatan kemahiran melalui tawaran latihan di bawah Kementeriannya, dan ia terbuka kepada pekerja yang diberhentikan serta siswazah dan belia menganggur.

KENYATAAN Dato Maznah Mazlan ini diharap akan menjadi inspirasi dan harapan besar
penduduk Muadzam Shah setelah sekian lama berada dalam kegelapan ekonomi -- tiada peluang pekerjaan dan perniagaan setelah kilang-kilang ditutup dan kemajuan bandar ini seolah-olah tersekat.Sesungguhnya bandar ini berpotensi maju dengan kedudukannya dipertengahan jalan antara timur-barat juga utara dan selatan ,menghubungi Kuantan dan Terengganu ke Segamat,Johor dan Bahau N,Sembilan dan Mersing,Johor.
Dulunya bandar ini dirancang dibawah Wilayah pembangunan DARA menjadi lesu apabila
diswastakan,cuma agak rancak sedikit dengan ujudnya pusat pendidikan spt UNITEN,MRSM,POLITEKNIK dan PLKN tetapi tidak cukup jika perancangan awalnya sebagai pusat ekonomi bumiputera tertanam begitu sahaja.Diharap kenyataan Timb.Menteri yang juga ADUN kawasan ini dapat direalisasikan secepat mungkin supaya bukan sahaja penduduk sekitar mendapat menafaat malah bakal menarik lebih ramai pengunjung dan pelabur menjadikan daerah ini sebagai lubuk rezeki sekaligus memajukannya
Bukan apa --tumpang senang dari nikmat limpahan yang diberikan.

1 ulasan:

  1. Salam,

    Semuanya sudah lesu dan longlai, bila rakyat di Muadzam Shah lebih suka di suap daripada mencari sedangkan dia tak tahu pun yang disuap itu datang dari mana...

    BalasPadam