Khamis, 5 Ogos 2010

BILA PEMIMPIN TAK FAHAM TUGAS POLIS


POLIS SERING MENJADI BAHAN CERCAAN DAN TOHMAHAN PIHAK TERTENTU DALAM MELAKSANAKAN TUGAS MEREKA......

SETENGAHNYA MEMANDANG PIHAK POLIS DARI SUDUT NEGATIF, sedangkan tugas
Polis amat berat demikeselamatan negara...


KUALA LUMPUR 4 Ogos - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng disifatkan sebagai seorang yang dangkal dan mempunyai fikiran cetek kerana mengusulkan cadangan agar Cawangan Khas polis ditutup.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Setiausaha Agung DAP itu juga tidak memahami dan menghayati perjuangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara keseluruhan.

Oleh yang demikian, katanya, Guan Eng sepatutnya berhenti daripada terus mengecam dan mengeluarkan pelbagai cadangan yang boleh merosakkan imej PDRM.

INFO PDRM TENTANG .......

Cawangan Khas

Jabatan ini adalah sayap perisikan yang bertanggungjawab untuk mengumpul risikan bagi keselamatan negara. Antara lain peranannya ialah mengumpul risikan keselamatan berkaitan dengan ancaman dari dalam dan luar negara, sebarang aktiviti subversif dan sabotaj oleh kumpulan pelampau atau individu yang boleh mengancam kestabilan negara. Seterusnya dengan memperolehi, mengolah, menilai dan mengedar maklumat serta memberi nasihat kepada jabatan-jabatan di dalam dan luar pasukan, serta pertubuhan-pertubuhan yang berkenaan. Jabatan ini terbahagi kepada beberapa cawangan seperti:- Inteligen Teknikal, Inteligen Sosial, Inteligen Luar, Inteligen Politik, Inteligen Ekonomi dan Inteligen Keselamatan.

Cawangan Khas diketuai oleh Komisioner Polis (CP).

KALAU kita tiada kepercayaan terhadap penjaga keselamatan negara maka kita bakal menghadapi kesukaran kerana orang lain akan lebih bimbang lagi...

Negara yang selamat adalah yang mempunyai pasukan keselamatan yang kuat dan jitu...

Kita juga mempunyai undang-undang yang mengawal mereka juga......

Mungkin Guan Eng berfikir Cawangan Khas hanya lah 'Inteligen Politik' yang tidak memihak

kepada PR.......

2 ulasan:

  1. Alangkah bagus kalau LGE kena rompak ataupun dijadikan tebusan oleh penjenayah...

    Masa tu baru dia tahu peripentingnya kewujudan polis.....

    BalasPadam
  2. salam

    itulah kan.. kadang2 terfikir juga bkn senang kerja mereka. yang mereka tahu hanya nak complain je..

    BalasPadam