Selasa, 24 Ogos 2010

DIMANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG


PETANG ini aku ingin berkisah sedikit tentang tempat tinggalku..maksudnya daerah yang ku duduki.Biarpun sebenarnya aku berdagang kesini sejak 27tahun dulu tetapi aku begitu gembira dan bersyukur tinggal di daerah yang nyaman ini....Disini tempat aku mencari rezeki, menimba pengalaman dan memperolehi kejayaan dalam arus kehidupan....

Kuala Rompin asalnya adalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di tepi Kuala Sungai Rompin. Sejarah namanya dikaitkan dengan sebatang pokok. Pada masa dahulu banyak pokok ru atau cemara tumbuh di sepanjang pantai daerah Rompin. Boleh dikatakan tidak ada pokok selain pokok ru atau cemara tumbuh dengan banyaknya disitu. Antara pokok ru yang banyak itu, ada sebatang pokok Ru yang besar dan tinggi. Yang ganjilnya ialah batang pokok Ru itu ramping di bahagian tengahnya. Walau bagaimanapun keadaan ini tidakpun menjejaskan kekuatan pokok Ru itu pada keseluruhannya.

Hal ini cukup menghairankan penduduk tempatan dan cerita ini sering menjadi buah mulut mereka pada setiap masa. Ada yang menganggap keganjilan itu sesuai dijadikan penempatan. Semenjak daripada itu tempat ini dikenali dengan Ru Ramping. Oleh sebab nama itu panjang, akhirnya penduduk tempatan memendekkan kepada Rumping. Seterusnya dialek tempatan menyebabkan perkataan Rumping menjadi atau disebut Rumpin tetapi lama kelamaan ianya dieja Rompin.

sumber.. pejabat daerah Rompin.

Aku juga ada kisah tambahan tentang...PENDUDUKAN BINTANG TIGA (KOMUNIS) DIROMPIN,PAHANG.NANTI AKU CERITAKAN DALAM LEMBARAN YANG LAIN....

6 ulasan:

  1. DGR CITER UDANG GALAH KT ROMPIN SDAP!. NK TRY JUGAK HEHEH

    BalasPadam
  2. Jefry...Marilah ke Rumpin..Udanggalah kat sini tak sama dengan tempat lain .Ia punya rasa tersendiri..Tapi maaf ye..harganya boleh tahan..Maklumlah geng Singapore kerap turun booking suku-sakat udang Rompin ni..

    BalasPadam
  3. salam UG,

    Menarik sejarah rumpin.oo berdagang udanggalah lah ni?tak sabar tunggu sambungan...

    BalasPadam
  4. AK...Berhijrah memberi banyak pengalaman hidup..

    BalasPadam
  5. Bila nak wat trip mancing udang galah!!! ??? boleh kita ramai turun "tuba" udang galah rompin!!! hahaha

    BalasPadam
  6. Pak Pacat..Tak boleh buat macam tu..mancing udang ni kena ada petua dia...silap-silap tuba tu makan diri...gurau juga...

    BalasPadam