Isnin, 9 Ogos 2010

FELDA KUBU KUAT BN

HOTEL FELDA DI MEKAH.



Yusof Noor: Tuduhan Felda bankrap hanya untuk pancing undi peneroka


KUALA TERENGGANU, 5 Ogos ― Tuduhan Felda bankrap ditimbulkan oleh pihak yang tidak bermoral bertujuan semata-mata ingin memancing undi masyarakat peneroka, kata pengerusinya Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.

Menurut beliau, tuduhan tidak bertanggungjawab itu turut memberi masalah kepada Felda sehingga terpaksa menjelaskan perkara sebenar kepada rakan niaga dari negara luar.

“Rakan niaga kita di luar negara dari India, Pakistan, China, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat, bila dengar perkara demikian mereka rasa pelik, mereka bertanya. Jadi kita terpaksa jelaskan apa yang berlaku,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata dakwaan kononnya Felda bankrap tidak benar sama sekali malah Felda kini antara agensi yang terbaik berbanding dengan organisasi lain.

“Pihak pengurusan tidak lihat penguncupan dalam pendapatan Felda. Pendapatan purata Felda untuk perniagaan teras kita iaitu sektor perladangan dan perniagaan lain yang memberi pendapatan tambahan yang dijalankan, terus mantap.

“Ingin saya jelaskan, Felda tak terjejas, malah kita semakin kuat dan kukuh daripada segi perniagaan dan juga reputasi,” katanya.

Mohd Yusof berkata bukti terbaru Felda masih mantap ialah pembukaan sebuah lagi Felda Residence iaitu di Tanjung Leman, Johor, yang berharga RM32 juta, pada Disember ini.

“Ia dilengkapi 100 bilik yang boleh memuatkan 320 pengunjung. Kita tak buat saja-saja, ia beri peluang pekerjaan kepada warga Felda. Kalau kita tak ada duit, macam mana kita boleh buat semua ini,” katanya.

Mohd Yusof berkata tuduhan sedemikian amat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan rakan niaga Felda dari negara luar hilang kepercayaan terhadap organisasi itu.

“Jika rakan kita di luar sudah hilang keyakinan pada kita, kesan buruknya kena pada peneroka Felda juga. Kalau rakan niaga kita lari, mereka ini yang perlu bertanggungjawab,” katanya.

Beliau sebelum itu melancarkan Pakej Felda D’Saji dan Bufet Ramadan 1431 Hijrah, dan Pakej Perkahwinan d’Muara Sungai Kuala Terengganu, bertempat di Felda Residence di sini.

Promosi Bufet Ramadan yang menawarkan lebih 88 jenis juadah bermula 11 Ogos ini dan tamat 7 Sept manakala D’Muara menawarkan pakej perkahwinan dan akad nikah serta pakej pertunangan, ulang tahun kelahiran dan ulang tahun perkahwinan. — Bernama

...PALING pasti Felda terus membangun dan menambah bilangan asetnya...Kalaulah Felda tak ada duit dan tak bijak berniaga maka Felda tak akan berjaya sejauh itu..

BENARLAH kata Tan Sri Yusof Noor tuduhan Felda Bankrap hanyalah bertujuan memesong

pemikiran peneroka dan memecah-belahkan keyakinan mereka terhadap Felda untuk memancing undi PRU 13...

Pembangkang memang mengakui bahawa Felda merupakan benteng terkuat Barisan Nasional

.

MAKA FITNAH PERLU DITABUR UNTUK MENCAPAI CITA-CITA ITU......


3 ulasan:

  1. salam udanggalah..

    mcm2 cerita dan fitnah ada
    tapi kalau felda bankrup
    felda tak akan bayar dividen pada pelabur KPF

    tunggu pokok kelapa sawit abah potong tahun depan
    wish felda dapat bg beih yg paling bagus
    sebelum ni benih felda beri sgt teruk.... buah sawit tak berat der...

    BalasPadam
  2. Nur..Memang ada beberapa kelemahan berlaku, contohnya pengurusan Technoplant tetapi ianya boleh disuarakan dan Felda telah pun buat pembaharuan mulai 2010 pengurusan Technoplant telah tiada dan stafnya bertugas terus dibawah pengurusan rancangan, kesannya setakat ini
    sangat positif..

    BalasPadam
  3. Strategi sheikh anwar al jubooree, serang semua GLC kerajaan, serang semua institusi kerajaan. Ditambah plak ader kambing perang fuckatan tu.. sapa nama dia.. mazlan alimin kot, keje nak racun pemikiran orang Felda.

    DEKAT DGN KG AKU, ADA SATU FELDA, DULU ANAK-ANAK FELDA KESIAN AKU TGK, SERBA DAIF, TAPI SEKARANG, JUTAWAN, PASTI MACAM2 KOPERASI DITUBUHKAN... PRASARANA LENGKAP.. MEREKA MEMBANGUN BERSAMA FELDA.

    Apa yang Pas atau PKR buat? 20 thn mrintah, 1 masjid pun tak pernah buat. Ni haa... trbaru, pakar ekonomi kelantan negeri termaju, husam nak rompak duit rakyat dengan TIRAM. Nak fund blogger ke?

    Walaupun keluarga aku tak sekaya orang2 Felda tu, tapi aku melihat bagaimana UMNO dan Barisan Nasional meningkatkan ekonomi orang Melayu.

    Jgn jadi ibarat melepaskan anjing yg tersepit, dapat lepas gigit pula yg menolongnya.

    BalasPadam