Ahad, 15 Ogos 2010

HARAPAN DUNIA...


PRESIDEN USA menghayati sepenuhnya konsep beragama....

WASHINGTON 14 Ogos - Presiden Barack Obama semalam buat pertama kali menyokong penuh pembinaan masjid berhampiran Ground Zero iaitu tapak Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang musnah dalam serangan 11 September 2001, dengan mengatakan prinsip penubuhan negara menuntut perkara sama.

Ianya menimbulkan kemarahan kelompok penentang, juga menjadi kebimbangan Muslim negara itu walaupun ianya pasti cukup menggembirakan...

Pertubuhan-pertubuhan Islam Amerika Syarikat (AS) menggesa agensi penguatkuasa berkawal pada Hari Raya Aidilfitri bulan depan, yang kebetulan disambut pada 11 September, ulang tahun kesembilan serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Ini berikutan...

kemarahan berhubung rancangan pembinaan masjid di Ground Zero dan Hari Membakar al-Quran Antarabangsa yang dirancang sebuah gereja di Florida juga pada 11 September, telah menimbulkan kebimbangan berlakunya tunjuk perasaan.

"Atas nama rakyat Amerika, saya dan Michelle ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada warga Muslim di Amerika dan seluruh dunia," kata Presiden Obama"

Sebelum itu beliau juga telah bersama-sama tokoh-tokoh muslim A.S berbuka puasa di White House. Tindakannya menunjukkan Presiden yang berdarah keluarga Muslim ini memberikan harapan tinggi kepada dunia khususnya dan dunia Islam amnya......

Sikap yang ditunjukkan oleh Presiden A.S itu boleh meyakinkan kita bahawa Hari Membakar AL-Quran yang direncanakan oleh segelintir ahli gereja A.S tidak akan menjadi kenyataan......

4 ulasan:

  1. salam udang galah
    hmmm... aku tidak berapa gemar dgn Obama
    terutama bekerjasama dgn Israel
    tapi bila dia membenarkan pembinaan masjid
    di 11 sept maka aku bersyukur Alhamdullilah

    P.S. kristian mahu membakar Al Quran
    walaupun dibakar berjuta sekali pun
    kami Umat Islam tetap utuh dan kuat bersama Allah
    Al Quran sentiasa di hati kami..

    BalasPadam
  2. Salam Nur..Siapa pun teraju AS bukan mudah untuk
    mengenepikan Israil yang telah berzaman sinonim dengan benua itu..Kita harap Obama lebih 'lembut' drp presiden2 terdahulu.

    BalasPadam
  3. Sekurang-kurangnya Obama memikirkan kepentingan rakyat Amerika yang beragama Islam...

    BalasPadam
  4. Saya memang cukup respect Obama. Dalam situasi tertekan dek kewajipan menjaga hubungan ngan Israel dan rakyat Amerika Obama tetap waras n tolerent. Satu lagi pengorbanan besar Obama.

    BalasPadam