Isnin, 16 Ogos 2010

SUSU DI BERI DIBALAS TUBA...




Tahun 1958..Kira-kira 400 peneroka asal LKTP Lurah Bilut meneroka hutan untuk membuat penempatan.Ketika itu jalan berdebu,keperluan harian untuk makan ,minum dan mencuci menggunakan air paya,sungai dan hujan...

Tapi DULU....Bukit sama didaki, lurah sama dituruni..Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing..

Teringat aku semasa tahun 1987..Temuduga terbuka pemilihan peneroka di Felda Keratong..beribu orang datang , ada yang dari luar Pahang..tak pernah tinggal di Pahang pun. Datang minta tandatangan Tok Penghulu Bukit Ibam kononnya dah menetap 5 tahun di Pahang kerana itu syarat kelayakkan....

Apabila berjaya jadi peneroka Felda.....Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air..
Felda sediakan tapak rumah dan kebun 10 ekar dengan nilai terendah setelah ditolak kos pembangunan.Pelbagai kemajuan dicapai bila menjadi peneroka berbanding duduk di kampung.Segala kemudahan prasarana disediakan, kemudahan pendidikan dan pelbagai imbuhan dan insentif.Masyarakat diatur sedemikian rupa sehingga Felda menjadi agensi yang begitu berjaya...

KINI...Setelah lebih 50 tahun..Bakti Di Semai,, Bukti Di Tuai....PENEROKA BERANI MENYAMAN FELDA...ANGKARA SIAPA...?

LAPURAN MALAYSIAKINI MENYEBUT..

Selepas disaman 766 peneroka Serting pada Isnin lepas, Felda bakal berdepan lebih banyak lagi tindakan undang-undang daripada peneroka di seluruh negara, kata Pengerusi Biro Felda PKR Suhaimi Said.

Mazlan Aliman menyatakan....

Peneroka daripada Kota Tinggi di Johor dan tiga lagi gugusan di Pahang - Jengka, Bera dan Keratong - akan terlibat.

ATAS ALASAN.....
"wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit" .

KATANYA LAGI...Majlis Pemuafakatan antara kilang dan peneroka(JCC) dianggotai oleh Pengurus Kilang,Pengurus Felda dan JKKR yang dilantik oleh UMNO tidak mampu memperjuangkan nasib peneroka...

BEGITULAH senario terkini para peneroka felda yang telah digula-gulakan oleh mereka-mereka yang berkepentingan politik. Demi mencapai agenda ke Putrajaya PRU13 mereka sanggup menghasut dan porakperandakan masyarakat felda yang begitu aman bahagia sejak ia dibangunkan...

KINI ....Keakraban peneroka bersama Felda terus diragut..Estet terbesar melayu ini bakal
digugat dengan perbalahan..

INGATLAH PARA PENEROKA YANG TERLIBAT...Kenanglah kembali jasa Bapa Pembangunan, Tun Abd. Razak yang mengilhamkan tanah rancangan ini..Jangan sampai 'Yang Di Kejar Tak Dapat Yang Di Kendong Berciciran....Menyesal Dahulu Pendapatan , Menyesal Kemudian Tak Berguna....andai... Nasi Telah Menjadi Bubur


9 ulasan:

  1. Sepatutnya yang bersikap begini perlu diberi minum tuba je..... paraquat lagi bagus.... jenis bukan mudah sedar diri...

    BalasPadam
  2. Salam saudara,
    Terkejut juga bila peneroka terlalu mudah dipermainkan oleh puak pembangkang sehingga sanggup menyaman intitusi yang menyara keperluan hidup mereka dan keluarga mereka hingga ke hari ini, apa yang mereka mahu lagi, jangan menggadaikan kehidupan yang harmoni kita hari ini.

    BalasPadam
  3. salam udang galah
    yang menghasut peneroka felda telah membuat cerita buruk tentang felda hingga sanggup bertindak terburu2 menyaman Felda tanpa berfikir panjang.

    bukan semua peneroka bijak berfikiran terbuka dan resional. Jadi bg aku bukan salah mereka juga. yang bersalah adalah dalang yg cuba memburuk2kan Felda hingga sanggup mempergunakan peneroka utk bersuara demi si dalang itu

    BalasPadam
  4. Yang Gambi,PSSR dan Nur ...Tiada institusi secantik Felda ,tersusun dan harmoni sebelum ini.Datang dajal-dajal mengacau celaru dibuatnya.Peneroka yang kurang arif kalau hari-hari dimomokkan dengan kekeliruan,makin keliru dan bengong jadinya...

    BalasPadam
  5. dunia dan berubah pandangan juga berubah dulu jasa sekarang jadi dosa... bersihkan tangan-tangan yang ternoda agar jasa menjadi pahala dosa tinggal di neraka

    BalasPadam
  6. Salam ,

    Izinkan saya berkongsi pandangan saya yang jahil ini .......
    Adalah apabila sesorang itu tidak bersyukur kepada nikmat yang diberi Allah maka Allah akan tarik nikmatnya.
    Maksudnya bukan Allah tarik pemberian dari segi fizikal dan mental. Allah masih beri.. tapi 'Nikmat' pemberian itu dah tidak dapat dirasakan lagi , dalam ertikata lain walau ditawarkan kepada mereka ini apa yang di cita-citakan mereka ataupun dunia dan seisi-isinya sekalipun kepada mereka ini...mereka tidak akan berpuas hati , ini kan pula KERAKYATAN MALAYSIA yang remeh ni ,sehingga ke liang lahat mereka ini akan memikirkan ketidak puasan hati mereka dan akan berasa sentiasa tertindas....ini lah manusia yang KUFUR NIKMAT...

    Kita patut kasihan dengan golongan ini dan berdoa siang malam pagi petang kepada Allah agar Allah beri taufik kepada mereka sebelum mereka kembali pada Allah dengan keadaan begini dan semoga kita tidak tergolong dalam golongan ini... wallahu alam.

    BalasPadam
  7. Salam AK.. Seharusnya kita menilai diri dan melihat kekurangan dan keperitan yang lebih teruk dialami oleh orang lain.Setuju dengan saudara,sepatutnya mereka itu bersyukur dengan rezeki yang telah melimpah ruah sejak tinggal diFelda berbanding dahulu...

    BalasPadam
  8. Masa saya ada mak angkat di kawasan KESEDAR Kelantan, dia selalu cemburu dengan penduduk FELDA.

    hehee

    BalasPadam
  9. Off topic

    Tuan Rumah, cuba la tukar setting untuk komen ni. Susah betul nak komen kat UG63 neh.

    Captcha tu tak perlu la. Buang masa je isi captcha.

    Sebab tu saya jarang komen sini. Walaupun selalu silent reader. Malas nak isi captha.

    Saya perlukan 6 minit untuk komen entri yang ada captcha. Pembaziran yang tak perlu.

    BalasPadam