Khamis, 19 Ogos 2010

TEGUR-MENEGUR HAK SESAMA MUSLIM...


PAHANG DAILY MELAPORKAN...ORANG RAMAI BERBUKA DIPADANG MPK BERSEBELAHAN MASJID TAPI RAMAI YANG TAK SEMBAHYANG....


KUANTAN, 19 Ogos - Senario umat Islam berbuka puasa di padang MPK3 depan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I kini menjadi satu "trademark" pelancongan baru negeri ini. Bilangan yang menjadikan lokasi tersebut sebagai tempat berbuka semakin hari semakin bertambah. termasuk orang bujang dan yang sudah berkeluarga . Suasana senja yang menarik dan kedamaian berada di atas rumput yang menghijau menyebabkan warga Kuantan mengambil peluang berada disitu setiap kali mahu berbuka puasa. Malahan, "orang luar"juga menjadikan lokasi terbabit untuk tujuan yang sama. Apa yang berlaku di Kuantan ini mungkin tidak terdapat di mana-mana masjid di seluruh negara . Sewajarnya aksi itu boleh dicatatkan dalam "Guiness World Record Book", sebagai perkarangan masjid yang paling ramai umat Islam berbuka puasa. Namun, Ramai umat Islam yang berbuka puasa disitu, tidak pula mengimarahkan masjid untuk bersama-sama bersolat Maghrib berjemaah. Berbuka puasa di depan masjid dikira baik, tapi keengganan untuk berjemaah di dalam masjid amat menghairankan para jemaah masjid itu. Tinjauan krew kami mendapati umat Islam hanya menjadikan lokasi berkenaan sekadar untuk berbuka puasa dan kemudiaannya sanggup melepak disitu sehingga masuk ke waktu Isyak . Persoalannya sekarang, apakah jawatakuasa masjid negeri tidak memantau perkara ini. Sedangkan ia berlaku di depan mata mereka setiap kali tatkala bulan Ramadhan menjelma?.

AKU TAK SETUJU P.D menyalahkan jawatankuasa masjid semata-mata.Apakah..tugas P.D hanya
memantau,cari isu dan menyalahkan orang,jadi apa tugas kita semua sebagai muslim sedangkan
tegur-menegur dan saling menasihati sesama muslim amatlah digalakkan di dalam Islam.Ini kerana Islam itu merupakan agama yang mementingkan aspek kemasyarakatan dan persaudaraan dalam menuju redha Allah S.W.T.Nabi S.A.W sendiri telah menyatakan dalam hadis yang sering kita dengari dan dinukilkan oleh Imam Nawawi dalam Matan Al-Arbain An-Nawawiyyah..

“Agama itu nasihat”

Begitulah pentingnya nasihat dalam masyarakat Islam cuma janganlah sampai melampaui had dan adab dalam memberikan teguran dan nasihat tersebut.

PAHANG DAILY juga seolah-olah menyalahkan jawatankuasa masjid dengan menyatakan jawatankuasa sepatutnya mengedarkan pamplet atau flyers menyuruh orang bersolat,menubuhkan team khas bertemu orang ramai , memperdengarkan kaset/cd tazkirah tentang solat berjemaah sebelum berbuka dan mengajak orangramai berjemaah atas padang.Juga menegur yang melepak dan berpasangan atas padang tanpa menutup aurat.

Memang cadangan itu baik tapi adakah kita tidak boleh bantu melaksanakan cadangan itu.Masjid tu hak kita bersama...

Berapa kerat sangatlah Jawatankuasa masjid yang ada, masa tu nak sembahyang..masa tu juga nak pergi nasihatkan orang.Sepatutnya yang hadir tu tahu tugas mereka sebagai muslim.Takan boleh berpuasa tak boleh sembahyang...!

RASANYA TIDAK TEPAT MENYALAHKAN JAWATANKUASA MASJID SAJA SEDANGKAN IANYA TUGAS KITA SESAMA MUSLIM...

Jika kita merujuk kepada kitab Al-Wafi syarah Matan Al-Arbain An-Nawawiyyah ada dinukilkan kata-kata Fudhail Bin I’yadh :

“Mukmin itu menasihati dan menutup(aib dan kesalahan),Orang yang jahat itu menyingkap dan mendedahkan(aib dan kesalahan)”

Jelas dengan kata-kata Fudhail Bin Iyadh tersebut,menunjukkan pendekatan yang wajib diikuti dalam memberikan teguran dan nasihat bukan menyalahkan muslim yang lain.

7 ulasan:

  1. hurm..semua tu perlu kesedaran dlm diri masing2..
    kalau imam baca tahyat akhir pun org2 tu masih dok lepak lagi..tak payah bg nasihat..mesti tak pegi gak..haha

    BalasPadam
  2. salam udangGalah
    Itu benar..
    sola adalah tanggungjawab sendiri
    yang dah besar panjang tidak perlulah diperingatkan
    lagi mana nak melangkah kerumah Allah

    Tapi itulah manusia... sentiasa mahu diingatkan
    dan diajak baru hendak ke masjid.. =(

    BalasPadam
  3. kadang2 malu juga nak ajak orang sembahyang nee...bila ada kekuatan nak ajak , dikatakan ustaz pulak , serba salah dibuatnya ..kalau tak di ajak , diakhirat karang kita pulak dituntut..setuju juga dgn UG...kita ajak dengan penuh kasih sayang ..

    BalasPadam
  4. Manggis'Nur dan alehkayong..Mereka tu nak berbuka puasa bukan nak sembahyang.Masjid dah tersergam,azan dan qamat dah memanggil pun buat tak faham....entahlah..

    BalasPadam
  5. Demi masa...

    "berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran"

    Dalam soal amalan ni, tegurlah dengan berhemah, itu adalah lebih baik dari menyalahkan orang lain.

    BalasPadam
  6. Berpuasa tapi tidak bersembahyang..tiada guna lebih baik makan sahaja di siang hari.

    BalasPadam
  7. G.T dan releven..Ingat -mengingattailah kita sesama muslim..

    BalasPadam