Jumaat, 24 Disember 2010

Kuala Lumpur sifar golongan miskin tegar?

KUALA LUMPUR - Kerajaan semalam mengisytiharkan bahawa kawasan bandar terutama di Kuala Lumpur tidak lagi mempunyai golongan miskin tegar.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, bilangan penduduk miskin dan mudah miskin pula telah dapat dikurangkan sekurang-kurangnya 50 peratus berbanding tahun lepas.

"Mulai tahun hadapan, kita akan tingkatkan (bantuan) golongan yang disasarkan ini. Kita ada program-program seperti penjualan rumah, bantuan pelajaran dan baru-baru ini Skim Prihatin untuk kematian dan lain-lain.
"Di bawah elemen kesejahteraan bandar, kita fokus kepada golongan miskin iaitu bantuan latihan kemahiran perniagaan kecil," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kongres Sedunia Pertama Pengurusan Aset Infrastruktur di sini semalam.

Februari lepas, beliau mengumumkan sasaran kementerian untuk membasmi kemiskinan tegar di seluruh Wilayah Persekutuan menjelang akhir tahun ini...sumber kosmo.


KOMEN UG...Kita berharap kenyataan ini sahih...apa yang disasarkan kerajaan telah tercapai matlamatnya,cuma jika masih ada yang tertinggal perlulah melapor diri kepada pihak yang bertanggungjawab.Maklumlah, kita tidak mahu nanti ada pihak lain yang akan menemui mereka-mereka yang tidak mendapat perhatian kerajaan...lalu menjadikannya isu demi kepentingan tertentu...
 

1 ulasan: