Selasa, 19 April 2011

TRIO DATUK T BAKAL DIDAKWA?

 TRIO DATUK T Tak perlu gentar jika mereka didakwa...kerana dengan cara ini kebenaran akan terserlah.Bila mereka dibicarakan segalanya akan terjawab.Mereka akan didakwa mengedarkan video itu...NAMUN FOKUSNYA BUKAN SIAPA YG MENGEDAR TAPI SIAPA PELAKU DALAM VIDEO ITU?....

"Kita rasa kita bukan dedah kepada orang ramai, kita cuma tunjuk kepada pemberita. Pemberita yang akan jadi saksi......

"Tak adil... Kalau betul kita nak sebarkan, kita boleh buat 10,000 salinan. Itu barulah boleh kata sebar (bahan lucah).

"Tapi kalau polis kata kita salah, kita tanggunglah," kata Shuib Lazim salah seorang trio Datuk T......
 
Siasatan rakaman video aksi seks yang didedahkan “Datuk T” pada 21 Mac lalu disiasat mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya dan disiasat atas kesalahan mengedar bahan lucah.

"Ketiga-tiga “Datuk T” dijangka didakwa dalam waktu terdekat kerana kesalahan mengedar dan menayang video seks melibatkan pelakunya, dikatakan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan hubungan dengan seorang wanita dipercayai asing."


'Emmm Bila Nak Dakwa mereka Bertiga? Kami semua memang menantikan bahawa ketiga tiga mereka di dakwa dalam isu Video Seks ini. Bukan kerana apa tapi apabila mereka bertiga di dakwa maka lebih senanglah rakyat Malaysia melihat Kebenaran yang akan keluar semasa mereka di bicarakan kelak.

Sudah pasti dalam pembelaan mereka bertiga Video Seks yang di kaitkan dengan Dato Seri Anwar Ibrahim akan Keluar maka Rakyat Malaysia akan berpeluang menyaksikannya....sedutan dari blog PAPA GOMO..'


Emmmm..Aku pun lihat begitu..Trio Datuk T bukan nak fitnah sesiapa,mereka nak tunjukkan kebenaran supaya rakyat tak tertipu.Jika mereka terpaksa didakwa dan memberi keterangan mereka adalah pejuang sebenar demi kelangsungan penjelasan terhadap ISU SEBENAR.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan