Sabtu, 28 November 2009

Nordin Mat Top masih diburu

BELIAU MASIH DALAM SENARAI PENGGANAS YANG DIBURU...BEGITU HEBATNYA NORDIN MOHD. TOP. POLIS ANTARABANGSA MASIH 'MENGIGAU' BAYANGANNYA WALAUPUN JASADNYA TELAH DIKEBUMIKAN 2 BULAN YANG LALU...


NEW DELHI - Adakah Noordin Mohd. Top (gambar) masih hidup?
Lelaki ini, yang disyaki sebagai militan digeruni di Asia Tenggara sebelum ini telah dilaporkan ditembak mati oleh polis Indonesia pada September lalu.
Namun mengikut status terkini laman web Interpol, nama lelaki itu disenaraikan dalam "Senarai Orang Paling Dikehendaki" dan status itu pastinya menghantui fikiran.
Nama Noordin yang dikatakan pakar membuat bom, dan gambarnya terus muncul di ruangan "Red Corner" laman web Interpol bersama-sama 556 penjenayah antarabangsa yang masih dikehendaki oleh polis antarabangsa.
Bukan itu sahaja. Terdapat juga satu Notis Khas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)-Interpol terhadap Noordin yang lebih dikenali sebagai Mat Top.
Notis itu adalah bagi individu atau entiti yang mempunyai kaitan dengan gerakan keganasan seperti Al-Qaeda atau Taliban.
Notis itu mengenakan sekatan seperti larangan melakukan perjalanan dan pembekuan aset-aset.
Noordin, dari Johor, dikaitkan dengan Jemaah Islamiyah (JI) yang didakwa mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda dan didakwa menjadi perancang beberapa siri pengeboman di Jakarta, Indonesia. - Bernama


TEMAN terkenangkan sejarah pengeboman di Indonesia 2002 di Bali, 2003 Hotel Marriot,.2004 Kedutaan Australia,2005 kembali ke Bali dan 2009 di Jakarta melibatkan ramai jiwa terkorban. Nordin antara perancang utama disamping nama-nama lain yang menggerunkan
seperti Hambali,Abu Dujana,Azahari Husin dan ramai lagi yang telah berjaya ditumpaskan oleh polis Indonesia.

Apakah keganasan telah berakhir dan saki-baki pejuang Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah telah meletak senjata atau masih ada gerakan bawah tanah yang menunggu masa aktif kembali....ATAUPUN BENAR NORDIN MAT TOP MASIH HIDUP....!
Kalau begitu siapa yang dikebumikan di kampungnya di Pontian, Johor?

Jumaat, 27 November 2009

NIK AZIZ TUA DAN KELETIHAN

SUDAH-SUDAHLAH TU ..AYAH DAH TUA, TAK LARAT DAH..

BERILAH ORANG LAIN TADBIR NEGERI..KESIAN TENGOK AYAH KELETIHAN.

Anak Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap tiada pihak yang yang melarang ayahnya meletak jawatan jika beliau berhasrat berbuat demikian "kerana ayahanda telah tua dan keletihan".





Terdahulu Husam mencadangkan supaya Ahmad Yaacob menggantikan Nik Aziz sebab ia lebih layak atas kapasitinya sebagai Timbalan M.B setelah Dato Mohd Amar Abdullah mencadangkan supaya Nik Aziz menyenaraikan penggantinya.





Sementara itu Zaki Ibrahim, Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan terus mempertahankan Nik Aziz masih layak mentadbir walaupun dah terlalu lama (19 tahun ) dan dah tua.





TEMAN rasa Nik Abduh kesiankan Ayahandanya...Dah sampailah masanya untuk bersara, berilah peluang kepada orang lain pulak.Mungkin Nik Abduh nak supaya Ayahandanya 'BERTAUBAT' dari dok mengata orang je..dah sampai masanya pun..





Husam pulak memang dah nampak 'TAK SEBULU' dengan BOSnya sebab tu dia segera sambut

pandangan Mohd Amar. Nampaknya dah ada "KLU" nak suruh NIK AZIZ lepaskan jawatan

untuk peralihan kuasa...JANGAN SAMPAI BERLAKU RAMPAS KUASA agaknya.





Nampak sangat dah berlaku ketidakharmonian dalam PAS Kelantan setelah pelbagai kecelaruan berlaku.... Faham-fahamlah 'Parti yang mengaku memperjuangkan Islam dan menganggap orang lain semua tak betul' sedang cuba memperbetulkan dirinya sendiri!





TEMAN.....Sokong Nik Abduh ...!

Selasa, 17 November 2009

TUN MAHATHIR KEMBALI ?

IANYA SATU GERAKHATI YANG MENGEJUTKAN bila...


Pengerusi Risda, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik hari ini mencadangkan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan jawatan menteri kanan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

TEMAN rasa terpanggil untuk mengulas,dalam keadaan ramai yang bimbang Tun Mahathir akan kembali kearena politik sebabnya semua orang tahu..selama 22 tahun menjadi PM pelbagai perubahan dan pembangunan drastik telah dilaksanakan menjadikan Malaysia terkenal dan digeruni kawan dan lawan.

Disamping itu semasa berada dipersada kepimpinan tiada pihak yang berani lebih bersuara apatah lagi menentang. Kini diluar kuasa kepimpinan pun suara Tun masih jadi buruan ramai.Ringkasnya banyak pihak masih perlu dan gunapakai pandangan dan ideanya.

Seperti kata Tan Sri Rahim juga sedangkan tanpa jawatan pun Tun masih dijemput ke negara-negara seperti Jepun ,Arab Saudi dan serata dunia untuk mendengar pandangan dan hujahnya.
Inikan pula jika Tun berada dalam kerajaan dan menjawat Menteri Kanan seperti dicadangkan.
Sumbangan Tun sememangnya masih diperlukan oleh negara dan negara-negara dunia ketiga
khususnya dunia Islam..

Cuma rasanya ramai yang kecut perut jika Tun kembali kepangkuan kepimpinan kerajaan.

TEMAN nak lihat dan dengar reaksi Anuar, Nik Aziz ,Guan Eng dan lain-lain pemimpin pembangkang...!

GHAIRAHNYA PAS

NAMPAKNYA AYAM JANTAN PAS DAH BERKOKOK

Ketika SPR dan BN mula membuat rayuan selepas mahkamah tinggi membuat keputusan
'mengosongkan DUN Kota Siputeh', Azizan Razak dah begitu ghairah nak merampas DUN
itu............................................



ALOR SETAR - Pas sudah bersedia menghadapi pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh berikutan berlaku kekosongan kerusi itu seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.Menteri Besar yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, calon yang sesuai sudah dikenalpasti sejak beberapa waktu lalu walaupun mengakui itu adalah kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN)

TAK SABAQ-SABAQ PAK HANG NI.. Rasa macam keputusan mahkamah tinggi tu..PAS dah menang dah. Luka di Bagan Pinang yang masih berdarah nak segera diubati agaknya..

Mentang-mentanglah Abu Hassan menang tipis di Kota Siputeh, Azizan rasa DUN itu mudah dirampas oleh PAS.

Teman yakin BN Parlimen Jerlun sedia mempertahankan Kota Siputeh. Dengan jumlah pengundi melayu 91.7 % UMNO perlu berusaha mengembalikan sokongan dan kepercayaan pengundi-pengundi bumiputera ini. Teman yakin Mukriz ada formula meyakinkan pengundi.Semoga SEMANGAT BAGAN PINANG akan menular di Kota Siputeh..

Azizan dah ada calon di Kota Siputeh..... hebat Pesuruhjaya PAS Kedah ni

Apakah beliau tak menilai kepimpinannya diterima rakyat atau tidak? Apakah pembangunan Kedah dapat dinilai prestasinya sehingga kini atau kawasan balak bakal habis tak lama lagi?

TEMAN yakin pengundi Kota Siputeh telah bersedia jika di amanahkan buat perubahan.Kekesalan mereka atas kesilapan PRU 12 bakal tiba masanya ditebus kembali..

PILIHAN KALI INI PASTI BERASASKAN AKAL DAN HATI AGAR TIDAK TERGADAI MARUAH DIRI.....

Isnin, 16 November 2009

KENAPA AZMIN PERLU TAKUT?


Azmin mahu saman Vickneswaran
SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia, S A Vickneswaran kerana memfitnahnya.
BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH... Kenapa Azmin perlu takut kalau ia tak benar . Dokumen pembelian saham kalau palsu..saham tu takan wujud.Segalanya dokumen boleh dibuktikan .Kalau ada ianya tetap ADA.

KENYATAAN MEDIA AZMIN...

Saya merasa kesal kerana apa yang berlaku hari ini menunjukkan Barisan Nasional tidak akan berhenti dari melancarkan serangan fitnah yang jahat untuk mengganggu keamanan dan ketenteraman saya dan keluarga. Saya melihat tindakan jijik yang terancang ini adalah untuk mengaibkan dan mencemarkan nama saya dan isteri. Kenyataan berunsurkan fitnah dan berniat jahat itu jelas mempunyai motif politik bertujuan merosakkan reputasi saya selaku Ahli Parlimen Gombak serta Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.
FITNAH LAGI... Tak habis habis tuduh orang buat fitnah. Cubalah profesional sikit..Agaknya
BN ni takde kerja lain ,asyik nak buat fitnah .Bila masa nak bangunkan negara
Azmin pula bila masa nak memberi khidmat kepada pengundi dan rakyat Gombak?
Tak pasal-pasal nak saman bekas Ketua Pemuda MIC si Vickneswaran tu. Beliau hanya terima
dokumen pembelian saham 8.5 juta tu dari individu misteri yang tak dikenali.Kalau benar
Azmin mempunyai saham sebanyak itu dan dimiliki dengan jalan yang betul apa salahnya.Ramai lagi orang yang memiliki saham lebih dari itu.........
TEMAN RASA KALAU KAYA DENGAN JALAN YANG BETUL TIADA APA YANG PERLU DITAKUTKAN....
APAKAH pemimpin-pemimpin PKR tiada cara lain untuk berkuasa selain memfitnah dan menuduh BN berkonfirasi dan menyediakan BUDAK SURUHAN?
TEMAN budak HINGUSAN lagi......

Isnin, 9 November 2009

TIADA 'UBAT' UNTUK MANTAPKAN PAS

KEPIMPINAN HADI JADI ISU PANAS

dr aziz bari kata - ' CARI SENDIRI bila peserta suruh dia buktikan isu PRESIDEN dan 2 lagi terlibat dengan idea 'KERAJAAN PERPADUAN'



Seperti dijangka, seminar politik PAS hari ini panas dengan isu kepemimpinan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikritik keras seorang ahli akademik, Prof Dr Abdul Aziz Bari sebelum ini.

SEBELUM ini dalam kenyataannya DR AZIZ BARI menyebut perlu ada 'KORBAN' demi menyelamatkan PAS. Di Maksudkan kepada Hj Hadi, NasharudiDr Hassan Ali.

Dr. Aziz juga kecewa bila peserta seminar tidak terbuka menerima analisisnya,malah timbul perbalahan dan tidak intelektual. Peserta PAS primitif dan tak cerdik politik...! malah peserta
minta buktikan dakwaan nya 'Hadi ialah Paklah versi PAS dan Dah kehilangan stim'


HAI...Teman rasa tertarik dengan apa yang berlaku...Dulu kalau berbalah begitu orang UMNO
lah mangsa tuduhannya sekarang ni berjangkit pulak ke? Baru ada sikit pandangan membina
dari Ahli Akademik yang dikatakan RAPAT dengan PAS - dah celaru.... Itulah jenis PUAK yang tak boleh ditegur...

Paling menarik bila Abu Bakar Chik berkata 'Tak boleh tengok muka profesor Dr Aziz Bari' dan mencabar beliau menyertai politik.
Dr Aziz dalam ucapan balasnya menyatakan ' Tidak lagi akan menulis mengenai PAS dan akan fokus kepada MCA'

Begitu akhirnya respon PAS terhadap pandangan seorang profesor yang jujur mengemukakan kajian ilmiahnya tapi ditolak kerana..........semua orang tahu sebabnya...'TAK MEMIHAK'

MUNGKIN BENAR KATA DR AZIZ DALAM MENJAWAB SALAH SATU SOALAN...' TIADA UBAT UNTUK MANTAPKAN PAS'

Jumaat, 6 November 2009

KEJUJURAN DATIN SERI ROSMAH

'BERTOLONG BANTULAH KEBAIKAN DAN TAQWA, JANGAN TOLONG BUAT DOSA DAN PERMUSUHAN' Maksud AL-QURAN Ayat 2,Al Maedah...

Syukur kehadrat Ilahi bila Teman dengar berita kejujuran Isteri Perdana Menteri, Dati Seri Rosmah Mansor....

Semasa bercuti dengan keluarga di selatan Perancis pada Ogos lepas, Datin Seri Rosmah Mansor terjumpa sebuah kotak milik Putera Saud Al-Saud dari Arab Saudi dalam sebuah bot dan memulangkannya kepada kerabat diraja itu.Sebagai balasan kerana kejujurannya itu, isteri Perdana Menteri diberikan US$2 juta untuk rakyat Malaysia yang memerlukan

Maklumlah RM7 juta bukanlah satu jumlah yang kecil, berupa hadiah dari Putera Al -Saud.
Dahlah beliau jujur memulangkan kotak berharga kepunyaan seorang raja, bahkan bila ditawarkan hadiah beliau HADIAHKAN kepada rakyat Malaysia pula.

Agihan hadiah tersebut disalurkan kepada persatuaan-persatuan amal, UKM dan Sekolah Permata Pintar. Persatuan-persatuan tersebut seharusnya mengucap rasa syukur kepada Ilahi dan terima kasih kepada DSR..

Selama ini kita dengar pelbagai fitnah dan cerita memburukkan isteri PM tapi kali ini kita sama-sama dengar dan lihat hadiah hasil kejujurannya. Bukan senang nak lihat orang tak gelap mata dengan ganjaran sebanyak itu. KALAU BELIAU KEBAS JE RM7 JUTA TU ORANG LAIN BUKAN BOLEH KATA APA ....

JELASLAH DATIN SERI BUKAN SEORANG YANG TAMAK HALOBA....

ALLAH MENGINGATKAN..' MEREKA YANG MENGHIMPUN EMAS DAN PERAK KEMUDIAN TIDAK BERBELANJA KEJALAN ALLAH, BERITAHU MEREKA KEGEMBIRAAN MASUK NERAKA' .. MAKSUD AL QURAN Ayat 34 Surah Al Taubah.