Selasa, 19 April 2011

TRIO DATUK T BAKAL DIDAKWA?

 TRIO DATUK T Tak perlu gentar jika mereka didakwa...kerana dengan cara ini kebenaran akan terserlah.Bila mereka dibicarakan segalanya akan terjawab.Mereka akan didakwa mengedarkan video itu...NAMUN FOKUSNYA BUKAN SIAPA YG MENGEDAR TAPI SIAPA PELAKU DALAM VIDEO ITU?....

"Kita rasa kita bukan dedah kepada orang ramai, kita cuma tunjuk kepada pemberita. Pemberita yang akan jadi saksi......

"Tak adil... Kalau betul kita nak sebarkan, kita boleh buat 10,000 salinan. Itu barulah boleh kata sebar (bahan lucah).

"Tapi kalau polis kata kita salah, kita tanggunglah," kata Shuib Lazim salah seorang trio Datuk T......
 
Siasatan rakaman video aksi seks yang didedahkan “Datuk T” pada 21 Mac lalu disiasat mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya dan disiasat atas kesalahan mengedar bahan lucah.

"Ketiga-tiga “Datuk T” dijangka didakwa dalam waktu terdekat kerana kesalahan mengedar dan menayang video seks melibatkan pelakunya, dikatakan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan hubungan dengan seorang wanita dipercayai asing."


'Emmm Bila Nak Dakwa mereka Bertiga? Kami semua memang menantikan bahawa ketiga tiga mereka di dakwa dalam isu Video Seks ini. Bukan kerana apa tapi apabila mereka bertiga di dakwa maka lebih senanglah rakyat Malaysia melihat Kebenaran yang akan keluar semasa mereka di bicarakan kelak.

Sudah pasti dalam pembelaan mereka bertiga Video Seks yang di kaitkan dengan Dato Seri Anwar Ibrahim akan Keluar maka Rakyat Malaysia akan berpeluang menyaksikannya....sedutan dari blog PAPA GOMO..'


Emmmm..Aku pun lihat begitu..Trio Datuk T bukan nak fitnah sesiapa,mereka nak tunjukkan kebenaran supaya rakyat tak tertipu.Jika mereka terpaksa didakwa dan memberi keterangan mereka adalah pejuang sebenar demi kelangsungan penjelasan terhadap ISU SEBENAR.......

Sabtu, 2 April 2011

Pasti Laris Jika Di Pasarkan....

TULEN   Bukan Cetak Rompak...Itulah yang dikhabarkan mengenai video sek yang ramai telah pun maklum.Nampaknya jumlah kehadiran 10,000 orang semasa PAS buat solat hajat atas dasar nak mengetahui tentang cerita video sek yg hangat itu bukan jaminan memberi sokongan kepada yg terlibat...MALAH mereka yg hadir kerana ingin tahu cerita lanjut tentang video itu....

KUALA LUMPUR 1 April - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (gambar) hari ini mengesahkan rakaman video seks didakwa melibatkan seorang pemimpin parti pembangkang yang didedahkan baru-baru ini adalah tulen.
Katanya, pengesahan itu dibuat oleh pakar profesional yang dilantik oleh pihak polis minggu lalu untuk membuat kajian terperinci.
Menurutnya, hasil siasatan rakaman video itu yang kini di peringkat akhir akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.
"Saya telah mengarahkan pasukan penyiasat yang ditubuhkan itu agar menjalankan siasatan secara menyeluruh dan terbuka," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di sini hari ini.
Pihak polis, tegas beliau, akan memanggil sesiapa sahaja bagi membantu siasatan dan setakat ini tiga individu ditahan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.
Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini, Ismail berkata, pihaknya menimbang menghantar rakaman video tersebut ke luar negara untuk dianalisis pakar asing.

SELAMA  ini ternyata pengikut dan penyokong PAS yg memberi komitmen terhadap ceramah dan majlis penerangan anjuran pembangkang...orang PKR tah mana-mana.Semakin longgar pakatan mereka.Pasal tu lah orang PAS mula bengang dan curiga dengan PKR,kerana yg berjuang selama ini mereka sedangkan PKR semakin hanyut dengan pelbagai masalah dan kontroversi...


MAKA puak PAS kenalah fikir-fikirkan..APAKAH mereka masih perlu berkawan dengan parti yg merosakkan dan membawa mereka terpalit dengan pelbagai ONAK dan DURI menjelang PRU 13.....

Ahad, 20 Mac 2011

ZAID MEMANG SILAP MENYERTAI PKR.....

'Anwar sepatutnya menyerahkan sampel DNA dalam kes liwat beliau sebab itulah bukti yg menolongnya kalau dia tak buat kerja tu...'Kata Zaid Ibrahim,Ketua Parti Kesejahteraan Insan (KITA)....

Kedatangan beliau di dalam PKR dahulu disambut dengan penuh puji-pujian, Pemergian beliau dari PKR disambut dengan penuh kehinaan.Begitulah Dato' Zaid Ibrahim yg menjelaskan beliau tak pernah menyokong kes liwat Anwar semasa masih menjadi anggota PKR.Beliau juga menyatakan semua bukti  yg ada pada pihak polis dalam tahun 1998 berhubung dakwaan salahguna kuasa adalah benar dan bukan konspirasi pihak kerajaan.Oleh itu komen-komen beliau adalah tentang kelemahan pihak pendakwa  bukan sokongan terhadap Anwar...

Bertambahlah bengangnya orang PKR terhadap Zaid...Mana taknya Karpal makin menyingga kepada Zaid dan memberi amaran kepadanya bahawa kenyataan Zaid itu satu kesalahan besar dan boleh mempengaruhi Mahkamah...

Dulu, Mohd. Sayuti Omar di dalam blognya yang bertajuk "Bukan Susah Untuk Jadi Popular Di Negara ini". Mengibaratkan Zaid sebagai tukang berak di dalam PKR dan selepas selesai berak terus keluar dari PKR.

BUKAN Zaid sorang yang sempat berak dalam PKR malah ramai lagi..tetapi PKR kena ingat mereka tu yang kena berak dengan PKR.Sebagai contoh Gobala yang nampak begitu ikhlas berjuang dalam PKR untuk masyarakat India tapi rupanya PKR lebih teruk dari jangkaannya.


Hari ini Zaid kena buka tembelang dalam PKR demi kebenaran.Zaid keluar dari PKR memang pilihan yang betul.Kesilapan Zaid dulu ialah memilih untuk menyertai PKR....

Sabtu, 12 Mac 2011

KIT SIANG ,KARPAL KETAR LUTUT NAK SAHUT CABARAN ZULKIFLI...

Apa pun, teman cabar Kitsiang & DAP, perjelaskan pendirian kamu tentang sikap Karpal yang hipokrit terus mahu menjadi loyer Anwar sedangkan dia yang mendedahkan kegiatan homoseks & liwat Anwar. Teman juga mencabar Kitsiang & Karpal supaya pergi bertanya dengan Anwar sendiri apa peranan dia semasa Ops-Lalang dilaksanakan oleh pihak PDRM. Mengapa dia mempertahankan dan membela tindakan Polis menggunakan ISA pada masa itu. Sekurang-kurangnya, teruk-teruk Zaid Ibrahim pun, bila Kerajaan gunakan ISA menahan T-Kok, dia ambil tindakan bermaruah dan meletak jawatan sebagai Menteri Undang-Undang kerana tidak bersetuju. Apa Anwar buat masa Ops-Lalang? Dia diam membisu, dan kekal terus duduk dalam kabinet Tun Mahathir. Malah jangankan letak jawatan Menteri, dia langsung tidak membuat kenyataan membantah pun. Kenapa Kitsiang & Karpal tidak mahu bertanya Anwar sendiri? Ke Kitsiang & Karpal sudah nampak melalui kuda tunggangan mereka bernama Anwar ini, mereka boleh membuat dan mencipta sejarah sebagai kafir pertama meruntuhkan Kerajaan Melayu-Islam di muka bumi ini, dengan dibantu oleh segelintir Melayu-Islam yang sudah buta dan menjadi kalkatu politik murahan!

Adios amigos, grasias senor.


Wallahua'lam & Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin

Selasa
12 Rabi'ul Awal 1432
15 Februari 2011

Jumaat, 11 Mac 2011

BERANI KERANA BENAR....

BERI AJE SAMPEL TU...Apa nak ditakutkan kalau Anwar rasa dia dipihak yang benar......
BEGITU juga puak-puak PKR dan penyokong Anwar yang percaya Anwar dianiaya....SURUHLAH Anwar serahkan sampel untuk buktikan kebenarannya...Dahlah tak sanggup bersumpah.Ummi Hafilda pulak yang beria bersumpah ketika berlawan ceramah dengan Anwar di Kerdau dan Merlimau.Sekarang ni bila mahkamah menolak bukti DNA dari barang bukti yang dikatakan diambil cara tidak sah,terpaksalah pihak pendakwa memohon kepada mahkamah supaya Anwar memberikannya secara sah....

Pihak pendakwaan dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon agar Mahkamah Tinggi menggunakan kuasanya untuk memerintah penasihat PKR itu memberikan sampel DNA untuk dianalisis.

Peguamcara Negara Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pihak pendakwaan, membuat permohonan itu berdasarkan peruntukan Seksyen 73 dan 165 Akta Keterangan 1950, ekoran keterangan saksi terutamanya ahli kimia Dr Seah Lay Hong, yang telah mengesahkan kehadiran beberapa profil DNA di dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.



NONE"Permohonan ini adalah untuk mencari kebenaran dan keadilan untuk semua pihak," kata Mohamed Yusof di akhir kes pendakwaan hari ini...sumber malaysiakini.




PERBICARAAN DAH SAMPAI KE PENGHUJUNGNYA....Mata dan telinga rakyat telah melihat dan mendengar segalanya.Penilaian sudah boleh dibuat.Rumusan sudah boleh diambil.....

USAHlah kita ambil kira pandangan orang UMNO atau orang BN...Juga jangan nilai CAKAP penyokong tegar PKR juga Pakatan Rakyat...  Rungkaikanlah pandangan rakyat jelata....

Khamis, 10 Mac 2011

Mereka Yang Paling Anwar Takuti....

SEMAKIN HARI TEMBELANG SEMAKIN PECAH...

DULU...............................'Kita akan beli wakil rakyat BN....Putrajaya akan jadi milik kita...
HARI INI..........................'HAH..Wakil rakyat kita keluar parti....  BN beli kah?......................

MEREKA INI DALAM SENARAI ANWAR PALING TAKUT...

                                                                        SAIFUL
                                                             

                                                                          ZAHARIN
                                                                  
                   
                                                                          NALLA
                                                                   

                                                                              UMMI





HE..HE..HE..Akulah orangnya..Semua dalam tangan aku...

Rabu, 2 Februari 2011

PKR Bengang dengan Pahang Daily...

PAHANG DAILY pula dituduh berkonspirasi......Susulan permohonan maaf yang dibuat secara terbuka terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan berhubung enam artikel kontroversi yang mengaitkan beliau dengan "penyakit misteri" baru-baru ini, banyak pihak yang menghentam blog Pahang Daily terutamanya penyokong Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Malah, tidak kurang pula yang kecewa dan marah atas tindakan yang diambil. Malah, ada yang mengatakan Pahang Daily Online (PDO) telah dibayar untuk berbuat demikian. 

NONE"Justeru, kami memohon maaf kepada individu terbabit iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan serta keluarganya dan seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan yang berlaku itu.
"Biarpun kami tahu atas penarikan balik artikel tersebut mungkin boleh menjejaskan kredibiliti blog ini, namun demi kebenaran maka kami terpaksa melakukannya," 

Ada yang menuduh kami takut dengan pihak berkenaan lantaran menarik balik artikel tersebut. Namun, terus terang kami nyatakan tindakan drastik ini diambil atas kesedaran dan bukan didorong perasaan takut atau sebagainya. Kami juga berharap agar semua pihak dapat bersabar dan mengambil ikhtibar atas perkara ini. Harapan kami agar perbicaraan liwat II antara Saiful Bukhari dan Anwar Ibrahim itu tidk akan terganggu lagi dengan insiden seperti ini ...sumber pahangdaily..

NAMPAKNYA....Puak-puak PAS Pahang baru nak mengakui kebenaran setelah memendam sekian lama.Saiful tetap menjadi mangsa fitnah yang disebarkan oleh artikel laman blog Pahang Daily.Apakah tindakan saman Saiful bakal diteruskan...
 
Anwar dan puak-puak PKR pastinya akan terus menghentam Pahang Daily dan PAS Pahang...
Tuduhan terhadap Saiful amat berat hingga mencemar maruah diri...APAKAH Anwar berani bersumpah seumpama itu....BUKAN Puak UMNO saja menanti sumpah Anwar malah dalam PR pun kini bagai satu igauan....