Ahad, 22 Disember 2013

 alt  

KEPIMPINAN PERKASA SEDIA PERTAHAN BANGSA MELAYU...Ibrahim Ali jawab isu 'APA LAGI MELAYU MAHU oleh MCA

KUALA LUMPUR 22 Dis - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali hari ini menjawab pimpinan MCA mengenai isu 'Apa Lagi Melayu Mahu?' dengan menjelaskan bahawa orang melayu tidak mahu mana-mana pihak mengganggu-gugat asas perlembagaan di samping tidak menyentuh dan memperlekehkan kesucian agama Islam dan bangsa Melayu.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, orang Melayu tidak mahu institusi raja-raja Melayu diperkotak katikkan serta mencapai ekonomi yang lebih maju dari kalangan bumiputera.

"Terus terang saya mengatakan dengan pemimpin negara tentang perkara-perkara berkaitan dengan kepentingan  mempertahankan kesucian Islam dan kedudukan kita bangsa Melayu, tetapi telan mati mak luar mati bapak." katanya ketika berucap dalam pada Persidangan Agung Perkasa ke-4 di Pusat Islam di sini hari ini.

Persidangan itu telah dirasmikan oleh Presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH), Tengku Razaleigh Hamzah.

Dalam pada itu, Ibrahim Ali juga mengisytiharkan bahawa pertubuhan itu bukan alat kepada UMNO apatah lagi bertindak sebagai barua parti tersebut.

Katanya, Perkasa hanya menyokong UMNO kerana sayang kepada bangsa Melayu dan tidak percaya kepada "Kita beri sokongan bukan kita jadi perkakas kepada UMNO, kita bukan menjadi alat kepada UMNO dan jauh sekali hendak mejadi barua kepada mana-mana pemimpin.

"Kita sokong kerana kita sayang kepada bangsa kita, kita tidak percaya walupun wujud satu barisan alternatif parti yang mendakwa untuk mengambil alih kerajaan," ujarnya.

Tegas Ibrahim, sekiranya Umno gagal untuk memperkasakan Agenda Pemerkasaan Bumiputera, Perkasa tidak teragak-agak untuk mengambil alih peranan parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu.

"Tetapi kalau sudah tidak bertaring, kalau lesu dan lemah, Perkasa boleh menjadi pengganti untuk mempertahankan agama dan bangsa." katanya.

KOMEN Udanggalah... Sebagai orang Melayu kita jangan hanya berharap satu pihak mempertahankan hak kita...SEMUA MESTI BANGKIT menunjukkan kesatuan kita supaya orang lain faham hak kita/gentar dengan kesepaduan yang kita miliki...
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan