Selasa, 3 Disember 2013

Kerajaan pandang serius lindungi hak asasi rakyat - Hamzah

2013/12/03

KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa memandang serius tanggungjawabnya untuk melindungi hak asasi semua rakyat Malaysia, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata, kesungguhan kerajaan dalam melindungi hak asasi manusia
tidak boleh dinilai hanya melalui penyertaan negara ke instrumen hak
asasi manusia di peringkat antarabangsa.

"Malaysia mengambil maklum kesemua hak tersebut dan perkara ini jelas
termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Malaysia yang menggariskan kesemua
hak itu dan juga tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh semua pihak
dalam melaksana ataupun menikmati hak tersebut," katanya.

Hamzah berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Mohd Khairuddin Aman
Razali (PAS-Kuala Nerus) yang meminta ulasan mengenai International Covenant on
Civil and Political Rights (ICCPR) pada sesi soal jawab di Dewan
Rakyat ini.

Katanya, sebelum Malaysia boleh menyertai mana-mana instrumen antarabangsa
termasuk ICCPR, kajian terperinci perlu dilaksanakan bagi memastikan semua peruntukan instrumen berkenaan boleh dilaksanakan melalui rangka perundangan negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan