Isnin, 31 Ogos 2009

Harapan penduduk Muadzam Shah

Muadzam Shah pusat tenaga kerja utama

MUADZAM SHAH – Kementerian Sumber Manusia sedang merancang untuk menganjurkan Program Penempatan Pekerjaan di Muadzam Shah bagi memberi peluang kepada pencari kerja memilih peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan semasa karnival itu.

Timbalan Menterinya, Senator Datuk Maznah Mazlan berkata, kumpulan sasar program itu ialah pekerja yang diberhentikan kerja, golongan belia dan siswazah yang sedang mencari pekerjaan.

Menurutnya, penganjuran program penempatan pekerjaan itu adalah formula berkesan bagi memberi peluang kepada majikan untuk memilih pekerja, selain memberi peluang kepada pencari kerja untuk mendapatkan pekerjaan.

“Antara pengisian program adalah pendaftaran mencari kerja secara dalam talian melalui sistem JobMalaysia, temu duga terbuka serta pendaftaran dan temu duga untuk mengikuti latihan bagi mengikuti program penempatan pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Sumbangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Muadzam Shah.

Maznah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah berkata, program ini juga dapat memberikan peluang peningkatan kemahiran melalui tawaran latihan di bawah Kementeriannya, dan ia terbuka kepada pekerja yang diberhentikan serta siswazah dan belia menganggur.

KENYATAAN Dato Maznah Mazlan ini diharap akan menjadi inspirasi dan harapan besar
penduduk Muadzam Shah setelah sekian lama berada dalam kegelapan ekonomi -- tiada peluang pekerjaan dan perniagaan setelah kilang-kilang ditutup dan kemajuan bandar ini seolah-olah tersekat.Sesungguhnya bandar ini berpotensi maju dengan kedudukannya dipertengahan jalan antara timur-barat juga utara dan selatan ,menghubungi Kuantan dan Terengganu ke Segamat,Johor dan Bahau N,Sembilan dan Mersing,Johor.
Dulunya bandar ini dirancang dibawah Wilayah pembangunan DARA menjadi lesu apabila
diswastakan,cuma agak rancak sedikit dengan ujudnya pusat pendidikan spt UNITEN,MRSM,POLITEKNIK dan PLKN tetapi tidak cukup jika perancangan awalnya sebagai pusat ekonomi bumiputera tertanam begitu sahaja.Diharap kenyataan Timb.Menteri yang juga ADUN kawasan ini dapat direalisasikan secepat mungkin supaya bukan sahaja penduduk sekitar mendapat menafaat malah bakal menarik lebih ramai pengunjung dan pelabur menjadikan daerah ini sebagai lubuk rezeki sekaligus memajukannya
Bukan apa --tumpang senang dari nikmat limpahan yang diberikan.

Ahad, 30 Ogos 2009

Pandai pulak nak guna I.S.A

Gunakan ISA terhadap pihak terlibat: Rodziah

SHAH ALAM – Pihak yang terlibat: dalam perarakan membawa kepala lembu ke Bangunan Setiusaha Kerjajaan (SUK) sebagai tindakan membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam wajar dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Khalid MB Selangor kata kumpulan pembantah pembinaan kuil di Seksyen 23,Shah Alam yang membawa kepala lembu sebagai menghina agama lain sedangkan bila ada orang menghina agama Islam tak apa pulak.Pandai pulak suruh orang Islam tolak ansur.

Rodziah exco Selangor pulak suruh gunakan ISA terhadap kumpulan pembantah. Selama ni dok bantah sangat undang2 tu yang telah menyelamatkan negara. Nilah keja pemimpin
PR bila ada untung kat mereka barulah tau gunanya,sedangkan sebelum ni pelbagai cara dibuat nak hapus ISA....

Hayati erti merdeka

. Menjelang sambutan kemerdekaan ke 52 negara berada dalam politik bercelaru dengan pelbagai masalah ditimbulkan oleh mereka yang mempunyai pelbagai kepentingan.
Tidakkah terfikir kembali bagaimana untuk menjadi seperti sekarang bermula dari detik bersejarah itu.Bagaimanalah fikiran pemimpin-pemimpin pembangkang dalam menghayati kemerdekaan.Orang-orang seperti Anwar Ibrahim,Jui Meng,S.S Subramaniam yang dulunya berada dalam kerajaan BN bersama dalam kepimpinan kerajaan sanggup pula mencerca dan membongkar kononnya kepincangan dalaman,semasa mereka elok segalanya-entahlah bagaimana fikiran mereka.Rakyat makin bercelaru dengan keletah pemimpin begini,masa ada jawatan semua ok dan bagus bila dah takda apa-apa mulalah semua orang buat tak betul.
Yang jadi masalahnya tidakkah tanahair tercinta ini perlukan kedamaian untuk penghuninya,kenapa ada manusia yang sanggup menodainya demi dendam kesumat dan kepentingan diri.Sedarlah wahai rakyat Malaysia,tak kira apa bangsa atau kaum bumi ini milik kita,kita dilahirkan disini dan rasanya pasti diabadikan disini jua.
Oleh itu bersamalah kita fikirkan masadepan anakcucu kita,mewarisi tanah ini
bersama keamanan dan keharmonian yang kita wariskan. Janganlah kita biarkan diri kita
dihasut oleh pemimpin2 yang tidak menghayati erti kemerdekaan lagi.

Selasa, 25 Ogos 2009

Jangan patah semangat

BN tewas lagi di Permatang Pauh.Kali ini Permatang Pasir melengkapkan lagi jenama kubu kuat P.R. Nampaknya PRK terus menjadi igauan ngeri kpd BN.
Pun begitu buat petugas BN Permatang Pasir jangan jadikan ianya sebagai penutup perjuangan.Masa masih jauh dan panjang sebelum PRU 13 menjelma.Adat berjuang menang atau kalah.Mungkin masih banyak yang perlu diperbaiki lagi.Sedangkan PM kita meniti 100 harinya dengan pelbagai liku untuk menambat hati rakyat,inikan pula BN sebuah parti yang besar ingin memulihkan kembali keyakinan rakyat yang mula pudar dalam PRU 12.
Syabas pejuang BN,jangan putus asa teruskan usaha gigih anda. Tunjukkan keikhlasan dalam perjuangan dan baiki segala kelemahan. Insyaallah rakyat akan
kembali menerima BN dengan semangat baru.

Isnin, 3 Ogos 2009

Kenapa pertikai hukuman syariah

Tindakan pemimpin-pemimpin wanita kerajaan dan pembangkang mempertikai hukuman sebat keatas peragawati sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno kerana kesalahan meminum arak adalah sesuatu yang perlu difikirkan bersama. Hakim syarie menjatuhkan hukuman adalah berpandukan hukum yang terkandung dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah.
Apabila hukuman menurut peruntukan agama kita pertikaikan,manalah lagi tempat untuk kita berpegang.Susahlah pegawai-pegawai agama dan mahkamah nak jalankan tugas...

Kg. Buah Pala - Dah ada kata sepakat?

Rentetan peristiwa Kg. Buah Pala yang didokong oleh kerajaan negerinya oleh P.R pimpinan Lim Guan Eng sampai kepada tarikh pengosongan tanah 3 ogos seperti perintah mahkamah.
Adakah pemaju Nusmetro Ventures Sdn.Bhd akan ambil tindakan mengikut haknya sama-samalah kita lihat. Menariknya Lim Guan Eng kata penduduk dah capai kata sepakat tapi nampaknya tak puashati dan kecewa mereka masih berterusan dan memuncak.
Ternyata isu itu masih gagal diselesaikan oleh Guan Eng.Dulu dia minta kerajaan pusat selesaikan kes ini tapi dia lupa bahawa hal tanah adalah bidang kuasa kerajaan negeri.Kemudian bila MIC melalui presidennya menawarkan sejumlah RM3.2 juta untuk penduduk membeli semula tanah itu Guan Eng tak yakin pula dengan tawaran itu.
Kerajaan negeri melalui timbalan 11 nya P.Rasamy menolak memorendum yang diserahkan oleh pemuda MIC.
Kesian kat penduduk Kg Buah Pala siapalah yang dapat bantu mereka kalau bukan orang yang pandai berjanji,tapi nampaknya janji tinggal janji...

Sabtu, 1 Ogos 2009

Banyaknya Soalan.

Seronok juga bila dengar Lim Kit Siang mengajukan sampai 108 soalan di parlimen tentang isu PKFZ. Mungkin maksud dia, lagi banyak soalan lagi payah nak jawab kot! Yang hairannya, satu persoalan sahaja tentang isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang di bawah pentadbiran anaknya Lim Guan Eng dia tak tolong pun beri jawapan. Akhirnya Guan Eng dipaksa beri jawapan sendiri kepada pemaju supaya ditarik balik kelulusan kawasan itu. Hai, nampaknya Lim Kit Siang hanya pandai mencipta soalan je...

PPSMI-Keputusan tepat kerajaan

Apbila Menteri Pelajaran meminta pandangan umum terhadap isu PPSMI dan kajian-kajian atas semua aspek, pertimbangan untuk pemansuhannya adalah sesuatu yang tepat. Ditambah lagi dengan 12 langkah memantapkan Bahasa Inggeris, rasanya adalah keputusan yang telah mempunyai noktah setelah diperhalusi. Memanglah masih ada pro dan kontra terhadap isu ini, tetapi pendapat majoriti perlulah dihormati. Ianya bukan keputusan Menteri Pelajaran seorang tetapi berdasarkan kajian khusus yang dilakukan melibatkan semua pihak yang telibat terutamanya Kementerian Pelajaran yang sedia mempunyai rekod sejak sistem itu dilaksanakan. Harap semua pihak, perlu menghormati keputusan dan niat yang baik ini. Cumanya kita boleh memberi pendapat untuk memperbaikinya lagi.