Selasa, 30 November 2010

Impian " ANAK" Orang Utan ......

Sejak sekian lama , pengerusi   Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) , saudara Mazlan Aliman mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan untuk berdebat mengenai masalah peneroka Lembaga KemajuanTanah Persekutuan (FELDA).…tetapi Datuk Ahmad Maslan selalu memberitahu “KENAPA NAK BERDEBAT KALAU NAK SELESAI KAN MASAALAH ?” kan lebih baik BERJUMPA dan BERBINCANG supaya masaalah peneroka yang di dakwa oleh saudara Mazlan Aliman boleh SELESAI” Kalau  BERDEBAT , ia nya terhad dalam 1 jam atau 2 jam tetapi kalau BERBINCANG , saudara Mazlan Aliman boleh berjumpa 2 hari pun tak apa asalkan masalah peneroka boleh diselesaikan. “

BERBINCANG bukan cara pembangkang...kerja mereka adalah menghentam...cari salah  atau manupulasi sesuatu isu supaya kelihatan salah kepada pihak kerajaan,kemudian PERBESARKAN menjadi fitnah yang akhirnya seolah-olah ' BENAR' di mata dan hati rakyat.

SEBENARNYA masalah dalam Felda memang sudah ada saluran untuk disuarakan iaitu JKKR yang menggabungkan suara peneroka dan pentadbiran Felda.Peneroka sendiri mempunyai wakil ke GABUNGAN JKKR dan wakil gabungan pula berada di JKPP(Jawatankuasa Perunding Peneroka) yang sentiasa membincangkan suara akarumbi untuk diambil tindakan oleh pihak Felda dan Kerajaan.

JELASnya NGO ANAK hanyalah batu lompatan Mazlan dalam karier politiknya dan hasrat pembangkang memancing undi peneroka yang KEBAL untuk BN kerana telah begitu berjasa terhadap mereka....Mereka sengaja mewujudkan tohmahan berupa retorik untuk menjejaskan kredibeliti Felda dan kerajaan,khususnya kepimpinan PM.DS Najib.

Tidak dinafikan mereka mempunyai pengikut yang sememangnya terdiri dari mereka yang sentiasa tidak berpuashati dengan Felda dan suku-sakat pembangkang yang berada dalam saf peneroka sebelum ANAK dilahirkan pun.Setakat ini ANAK hanya bawak 20 kes aduan tetapi BAPAK yang baru diketengahkan dah terima 638 kes aduan .


SECARA PURATAnya sebahagian besar peneroka FELDA bersyukur dengan apa yang telah diperolehi cuma SEGELINTIR yang tak mengenal TERIMA KASIH walaupun disogok dengan GUNUNG EMAS sekalipun.....

 MEREKA inilah yang dimenterakan oleh Mazlan demi mencapai impiannya....

Isnin, 29 November 2010

FELDA - Bukti Ketuanan Melayu.

Manifesto Pilihanraya 1955 adalah sandaran penubuhan dan pembukaan secara besar-besaran LKTP (FELDA).


"RAJA saya pun setuju, tanah Pahang ini dibagi sebagai milik orang melayu luar Pahang yang sanggup menjadi rakyat Pahang dan bermastautin di Negeri Pahang".kata Allahyarham Tun Razak.


MENERUSI Manifesto pilihanraya pertama 1955 (PERIKATAN masa tu) UMNO Pahang menggariskan supaya Felda atau asalnya LKTP dibangunkan.

"PAHANG ini luas, tanah banyak.Orang Pahang tak ramai..cuma kira-kira 500,000 orang.Jadi manifesto UMNO Pahang lebih meluas skopnya utk semua rakyat". kata tokoh veteran UMNO Pahang..Dato' Mohd. Khairuddin Kawi.


"BETA sukacitalah menerima sekiranya ada anak-anak keturunan melayu dari negeri-negeri lain yang nak jadi warga Pahang masuk melalui rancangan LKTP.Beta terima dengan senang..tetapi dengan syarat ikutlah adat resam,peraturan Pahang." titah KDYMM Sultan Abu Bakar pada disember 1957.


MAKA bermulalah lakaran Sejarah Felda dengan Lurah Bilut menjadi batu asasnya pad 1958 bermula dengan 45 orang peneroka awal.Hari in Felda sudah tersergam dengan jayanya sebagai hasil dari Ketuanan Melayu....


70% daripada 43,000 peneroka Felda di Pahang telah menerima hak milik hasil dar kegigihan dan ketabahan mereka menyahut cabaran Ketuanan Melayu....


TIDAKkah kita berasa sedih bila Ketuanan Melayu mula dipertikai dan mahu dihapuskan oleh orang Melayu sendiri.

APAKAH sumbangan SULTAN Negeri Pahang yang meluluskan 185,380.23 hektar tanah bagi menjayakan pembukaan dan penempatan 43,000 peneroka dari seluruh negara diperlekehkan begitu sahaja......sumber khabar Pahang.

DAULAT TUANKU....

Ahad, 28 November 2010

Kemanalah perginya PERUNTUKKAN BESAR tu?

KEMANA TERSANGKUT peruntukkan MENYERANG FELDA...?
NAMPAKNYA KHALID IBRAHIM tak boleh jawab soalan itu bila dikemukakan oleh Suhaimi Said,wakil PKR Pahang.....
Kongres PKR ditinggalkan dengan tandatanya apabila Suhaimi  menimbulkan isu "peruntukan besar" untuk perjuangan Felda yang didakwa tersangkut.......di Selangor.

"Ada khabar berita yang tak sahih, terdapat manusia di Selangor diberi peruntukan besar untuk mempelopori perjuangan Felda tetapi akhirnya tersangkut di mana?katanya.....HA..HA... Siapalah  manusia yang dimaksudkan oleh Suhaimi .....Khalid tak jawab nampaknya...!

"Saya tidak tahu tetapi (Menteri Besar) Tan Sri Khalid (Ibrahim) jawablah sendiri," kata Suhaimi Said yang juga Pengerusi Biro Felda PKR.



HAIRAN juga ya...Sedangkan Mazlan Aliman boleh bergerak ke serata Felda kononya membela peneroka..Suhaimi pula ketinggalan kerana peruntukkan dah dilesapkan....
Suhaimi terkilan sebab tak dapat ikut jejak Mazlan dalam cubaan menghasut hampir satu juta pengundi dalam tanah rancangan Felda.Beliau yang juga  pesara peguam berkata tak mampu bergerak sendiri kerana tak ada duit.

KESIAN...KESIAN..Sampai hati Khalid buat begitu kat Suhaimi...
Rupa-rupanya PAS lebih kaya dari PKR  bila  Mazlan lebih aktif......tapi PKR pun kaya juga cuma 'PERUNTUKKAN BESAR DAH LESAP' seperti kata Suhaimi.....

Rakyat Korea bakal menempuh 'KESENGSARAAN PERANG'?

KOREA sedang bergolak...Apakah PERANG DUNIA KE 3 akan bermula seperti diramalkan oleh Nabiah Baba Vanga ...peramal dari Bulgaria yang telah meninggal pada 1996 ...meramal apa yang bakal berlaku 3000 tahun kehadapan di dunia.Setelah 2 ramalannya betul kini yang ke 3 seolah-olah mula menunjukkan kebenaran.....

RAMALANNYA....Pada 2010 akan berlaku Perang Dunia ke 3. Perang akan dimulai pada bulan November 2010 dan akan berakhir pada bulan Oktober 2014. menggunakan senjata nuklier dan kimia.
klik SINI 

Konflik Semenanjung Korea kini membimbangkan dunia apabila 2 bersaudara itu seakan bakal mengulangi Perang Korea 1953...malah mungkin lebih dasyat dari itu.

Konflik terbaru di semenanjung Korea Selasa lalu telah mengheret dua kuasa besar yang masing-masing mempunyai kepentingan politik dan ekonomi selain mahu mengimbangi pengaruh antara satu dengan lain. Malah konflik yang dianggap antara provokasi terbesar selepas tamatnya Perang Korea 1953. Empayar Korea yang dulunya satu telah terbelah dua oleh Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat (AS) pada 1945, ketika Perang Dunia Kedua.
Hingga kini terus terbelah, satu bangsa dan satu budaya menjadi dua yang berbeza ideologi. Masing-masing digunakan oleh kuasa besar dan konflik terbaru bukan saja melibatkan Korea Utara dan Korea Selatan malah kuasa-kuasa besar, China dan AS yang menaungi kedua-dua negara ini.
Selepas enam dekad, dendam dan prasangka terus menjadi menyala. Gerak geri di sempadan menjadi perhatian kerana masing-masing seolah-olah menunggu masa untuk menyambungkan perang yang tertunda. Selepas dua dekad runtuhnya negara blok komunis di Eropah Timur, Korea Utara cuba bertahan dengan ideologi komunis yang muflis itu. Kebergantungan kepada kuasa besar ekonomi iaitu China selepas era keruntuhan Kesatuan Soviet terus memperkukuhkan kedudukan Korea Utara.
Maka bedilan yang membunuh dua orang awam dan dua tentera di Pulau Yeonpyeong, Korea Selatan adalah isyarat kepada AS dan Barat. Di rantau Asia Timur, Korea Utara adalah bom jangka yang boleh meletup dengan tiba-tiba....sumber utusan.

APAKAH akan berlaku sekali lagi Perang Korea atau Perang Dunia Ketiga bermula seperti ramalan Nabiah Vanga...?

Sabtu, 27 November 2010

Nak Sembahyang pun SUSAH.....

Penduduk muslim moscow.....BEREBUT TEMPAT setiap kali solat Jumaat...


“Apabila saya tiba awal, saya dapat tempat di dalam masjid. Jika tidak, saya terpaksa melakukan solat di luar masjid,” kata Abdyl Ashim Ibraimov, 30, yang sering ke masjid Sobornaya iaitu yang terbesar di Moscow namun hanya mampu menampung 800 jemaah.


Perebutan tempat di dalam masjid menjadi tekanan mingguan kepada penganut Islam di ibu negara Rusia. Moscow mencatat antara peratusan masyarakat Muslim yang tertinggi di Eropah tetapi hanya mempunyai sebanyak empat buah masjid.
Moscow, yang mempunyai jumlah penduduk berjumlah 10.5 juta itu dipercayai mempunyai seramai 1.2 juta umat Islam. 

Mari kita bayangkan dan fikirkan...Kuala Lumpur yang berpenduduk 7.2 juta dianggarka 60.4% Muslim mempunyai 59 buah Masjid.
Dilapurkan Jumlah masjid di Malaysia ialah 5300 buah dan surau atau madrasah pula ialah 12257 buah dan sedang bertambah.


Sesungguhnya Allah telah mengurniakan kita negara Malaysia yang diperintah oleh orang Islam dan kita mempunyai hak menjaga kepentingan Islam tanpa mengenepikan hak agama lain....Alhamdulillah.


Sedikit Info Tentang Masjid.....
  • Kubah masjid terbesar di dunia: Kubah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor, Malaysia (170 kaki; 52 meter diameter & 350 meter tinggi). Menara masjid ini juga pernah dicatat oleh Rekod Dunia Guinness sebagai menara masjid tertinggi di dunia dahulu (140 meter) sehinggalah gelaran itu diambil Masjid Sultan Hassan II.
  • Masjid terbesar di Asia Tenggara adalah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam,Selangor yang berkeluasan 10 hektar dan Masjid Istiqlal di Jakarta yang berkeluasan 9.5 hektar
Semuga Kesucian Islam terus terpelihara..... InsyaAllah...

Khamis, 25 November 2010

Menara Felda - Mercu Kejayaan

“Walaupun bangunan belum siap, Felda sudah mengaut keuntungan sehingga kira-kira RM300 juta melalui pembinaan menara ini.....Dato' Ahmad Maslan ......Cerita selanjutnya..klik SINI.

Bagi masyarakat peneroka Felda di 317 rancangan tanah berjumlah kira-kira 4.8 juta orang dan mewakili 15.6 peratus daripada keseluruhan penduduk negara ini harus berbangga. Mereka bukan saja sudah membaiki kedudukan sosioekonomi, malah turut merubah landskap geografi negara.

Sehingga kini Felda telah melahirkan sejumlah hampir 90 ribu graduan diseluruh negara.116 orang berkelulusan PHD.Ini adalah hasil pendekatan Felda menaikkan taraf pendidikan anak-anak peneroka .MENARA FELDA bakal menanti sebilangan mereka  menabur khidmat bakti untuk generasi seterusnya....


Kenangilah titik awal....Tahun 1958..Kira-kira 400 peneroka asal LKTP Lurah Bilut meneroka hutan untuk membuat penempatan.

Kes saman Felda Kemahang, 766 peneroka Serting menyaman Felda, 11 orang peneroka menuntut Felda membayar wang tanam semula  dan Felda kemukakan saman terhadap Suara Keadilan antara rentetan  kisah hitam yang sedang dan telah berlaku . Mazlan Aliman kononnya menjadi 'JUARA' ANAK Felda kini bakal berhadapan dengan BAPAK yang kembali membela anak-anak(peneroka).


Berkaitan senario kewangan FELDA yang didakwa merosot 3 billion dalam tempoh 5 tahun.Sebenarnya Felda sedang membuat duit dari duit yang ada ..pulangannya bukan dalam masa terdekat...Hasil pelaburan dan keuntungan bakal diterima oleh peneroka dan warga Felda DALAM BENTUK KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN DISAMPING DIVIDEN jika mereka melabur dalam KPF(KOPERASI PERMODALAN FELDA).

......Sesungguhnya FELDA merupakan Agensi yang amat berjaya dan tersusun sejak ia diilhamkan oleh Allahyarham TUN ABDUL RAZAK..... AL-FATIHAH buat Tun.....

Rabu, 24 November 2010

PERANG DUNIA KETIGA BERMULA?

RANTAU KOREA BERGOLAK.Apakah 'PERANG DUNIA KETIGA' sudah bermula?.....Pyongyang melepaskan berpuluh-puluh bedilan meriam ke pulau-pula di Korea Selatan. Ia dikatakan serangan yang terbesar sejak tamat Peperangan Korea pada 1953. klik sini


MENGIMBAS kembali sejenak 'Perang Dunia ke 2'bermula 1 September 1939 hingga 1945 melibatkan Erofah,Pasifik,Asia Tenggara,China,Timur Tengah,Mediterranean dan Afrika.Perang Dunia Kedua adalah peperangan yang paling meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden. Perang Dunia Kedua membabitkan kebanyakan negara dunia, dengan pertempuran di beberapa medan utama berlaku secara serentak, dan mengorbankan sekitar 50 juta nyawa.

Perang Dunia Kedua mencatatkan sejarah penting apabila kuasa udara memainkan peranan utama buat pertama kalinya. Malah, operasi pertempuran pertama dalam Perang Dunia Kedua merupakan serangan bom Jerman terhadap Poland, sementara operasi pertempuran terakhir adalah serangan bom atom Amerika terhadap Nagasaki.

Lebih membimbangkan peperangan terbaru di Korea bakal melibatkan senjata Nuklear.Serangan itu dilakukan ketika wakil AS sedang dalam penerbangan ke rantau itu berikutan pendedahan Korea Utara bahawa ia akan meneruskan langkahnya memperkayakan uranium, yang memungkinkannya mengeluarkan bahan bagi senjata atom. Kesan awal telah memperlihatkan pasaran saham diseluruh dunia merudum.Jiran-jiran Korea seperti Jepun dan China lebih bimbang.


Apapun Kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat,Rusia,Jepun dan China perlu segera bertindak menghalang perang dari berlanjutan.Semenanjung Korea pernah berperang sekitar tahun 1950 hingga 1953.

Ahad, 21 November 2010

ATM untuk rakyat Malaysia.

"Siapa cakap ATM untuk orang Melayu sahaja. Hanya Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sahaja yang dikhususkan untuk orang Melayu, selain daripada itu ia adalah terbuka (untuk semua).

"Kita masih ada pelbagai cabang lagi. Tentera Laut (TLDM) dan udara (TUDM), ia dibuka untuk semua bangsa dan kita tidak memberi layanan istimewa untuk satu-satu bangsa itu," kata  Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota Kementerian Pertahanan Mejar Jeneral Datuk Abdul Aziz Ibrahim .

Sejarah moden ATM bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai skuad percubaan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen ini terus berkembang menjadi satu batalion penuh yang dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari 1938. Batalion kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya. Kedua - dua batalion ini telah menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang tentera Jepun. Selepas perang, negara dilanda pula oleh ancaman Komunis dan keadaan Darurat telah diisytiharkan pada tahun 1948. Keadaan ini memerlukan pembesaran angkatan tentera. Menjelang tahun 1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh batalion. Pada zaman Darurat juga, angkatan tentera telah melihat penubuhan pasukan berbilang bangsa iaitu Rejimen Persekutuan dan Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun 1952. Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tentera Darat Malaysia telah berkembang maju dan lengkap untuk menjalankan operasi melawan insurgensi. Pada masa ini pasukan Tentera Darat sedang pesat dipermodenkan sebagai satu pasukan tentera konvensional yang mampu untuk menghadapi cabaran masa depan.

Tentera Laut Diraja Malaysia bermula dari Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Negeri-negeri Selat (SSNVR) pada 27 April 1934 di Singapura. Pasukan ini diperbesarkan pada tahun 1938 dengan penubuhan cawangan Pulau Pinang dan ditukarkan nama kepada Pasukan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaya. Menjelang Perang Dunia Kedua, seksyen Melayu dalam Royal Navy telah ditubuhkan dan kekuatan pasukan ini mencapai jumlah 1430 anggota pada tahun 1941. Selepas kejatuhan Singapura pada tahun 1942, seramai 150 orang anggota Tentera Laut Malaya telah berundur ke Ceylon, India dan Afrika Timur. Anggota -anggota ini kembali ke Malaya apabila perang tamat. Malangnya disebabkan kekurangan kewangan selepas perang, Tentera Laut Malaya telah dibubarkan pada bulan April 1947. Apabila Darurat tercetus pada tahun 1948, Tentera Laut Malaya telah dihidupkan semula dan diwartakan pada 4 Mac 1949. 

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ialah dengan penubuhan Pasukan Sukarela Tentera Udara Negeri-negeri Selat (SSVAF) oleh British pada tahun 1936. Pasukan ini ditukar nama kepada Pasukan Simpanan Tentera Udara Malaya pada tahun 1940 tetapi telah dibubarkan selepas Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1950 pasukan ini telah dihidupkan semula sebagai Royal Air Force Malaya(RAF Malaya). Tentera Udara Malaya menjadi kenyataan pada tahun 1958 apabila pesawat Twin Pioneer pertama mendarat di pangkalan RAF Kuala Lumpur. Tentera Udara Diraja Malaya ditubuhkan dengan rasminya pada 2 Jun 1958.

ATM untuk rakyat Malaysia ......Statistik pengambilan perajurit ATM pada 2009 menunjukkan kaum Melayu mencatatkan penyertaan tertinggi iaitu sebanyak 91.55 peratus berbanding kaum Cina iaitu 0.1 peratus diikuti India sebanyak 1.01 peratus dan lain-lain kaum sebanyak 7.35.

Kurangnya penyertaan kaum-kaum lain bukan salah ATM...Mungkin kenyataan Datuk Zaid Hamidi bahawa kurangnya semangat patriotik  dikalangan bukan melayu ada kebenarannya...!

Sabtu, 20 November 2010

Cerita Pasal Orang Asli - Siri 3

Cerita 1.....Seorang wartawan bertanya kepada orang asli, "En. makan keretapi?.".
 "Makan!!!" jawab orang asli dengan konfidennya. Tanya wartawan itu lagi, "En. makan kapal?"."Makaaan!" jawab orang asli itu. Wartawan itu bertanya lagi, "En. makan kapal selam?"."Kapal Selam?". Tanya orang asli itu inginkan kepastian. "Ya!", jawab wartawan penyibuk itu."Ohh.... maaakannnn..., makan" balas orang asli itu kemudiannya.Wartawan itu kurang berpuas hati. Ia bertanya lagi. Kali ini lebih kuat lagi. "Encik !. En. makan tak helikopter?".Orang asli yang sedang tekun bekerja itu terus mengangkat kepalanya dan merenung tajam ke arah wartawan itu."Ya, helikopter...." tegas wartawan itu. Orang asli itu kelihatan agak meradang. "En. jangan main-main dengan saya...

Helikopter itu kan besi... mana boleh dimakan...".


Cerita 2...Suatu ketika ada orang asli mati.Rupa-rupanya Tok Batin dah pandai talkinkan.Dia belajar ketika mengintip pengkebumian orang melayu....Setelah mayat diletakkan dalam keadaan duduk,sebuah sumpitan dibekalkan sekali.Tok Batin pun berpesan...".Selepas  ini ada dua orang datang..namanya Menungkar dan menangkir..dia ni garang...kalau dia tanya engkau kena jawab..kalau tak dapat jawab nanti dia pukul....kalau dia pukul kiri engkau elak kanan...kalau dia pukul kanan engkau elak kiri.....kalau dia pukul tengah memang engkau tak boleh elak ...engkau ambik sumpit tu engkau sumpit dia...."


Cerita 3...Ada seorang asli baru balik daripada mencari petai. Kemudian bertemu dia dengan seorang peraih petai Cina. Berundinglah kedua orang tersebut. Bersetujulah mereka dengan tawaran harga RM 1.00 bagi satu papan petai. Cina itu mengatakan ia akan datang mengambilnya kemudian.

Seketika peninggalan peraih Cina tersebut, datang seorang Melayu berselisih pula dengan pencari petai tadi. Berhenti ia bertanya "En., petai ini juallah kepada saya.". Tapi orang asli itu enggan. Katanya "Saya sudah janji dengan Cina tadi". "Dia akan datang mengambilnya petang nanti".

"Juallah En., berapapun dia bayar, saya sanggup bayar". Namun orang asli itu tetap enggan menjualnya. Selepas menggunakan segala jenis pujuk rayu, akhirnya berjaya juga ia membeli petai itu. Ia pun pulanglah dengan gembiranya. 100 papan semuanya petai tersebut, telah diborong kesemuanya.

Sampai di rumah, selepas berehat seketika, terasa di hati kecilnya untuk mengira jumlah petai yang ada. alangkah terkejutnya, bila mendapati hanya 90 papan sahaja. Mana perginya 10 papan lagi. Tercicir dalam perjalanankah?. Mana mungkin?. Ia berasa tidak puas hati. Ia segera turun ke bawah rumah, mengambil motosikal kapcainya, dengan penuh semangat geram bergegas dan meluncur macam roket ke rumah orang asli tadi.

Sampai di sana terus bertanya kepada orang asli tadi. "Tadi aku bayar kau untuk 100 papan. Kenapa kau beri aku hanya 90 papan sahaja?. Orang asli itu dengan selamba rocknya berkata "Itulah encik, saya sebenarnya nak tipu Cina, tapi encik nak juga"


Cerita 4....Suatu hari Tok Batin dihadiahkan sebuah jam oleh sahabatnya orang melayu.Tok Batin pun membawa pulang dan meletakkan jam itu didinding rumahnya.Setiap hari datanglah anak buah melihat jam di rumah Tok Batin.Tiada seorang pun yang tahu membaca waktu termasuk Tok Batin.Suatu hari ketika ramai sedang memerhatikan jam itu...tiba-tiba jarumnya berhenti. Demi memperlihatkan kebolehannya Tok Batin pun segera mengambil jam tersebut...membelek-beleknya dan cuba membetulkannya.Tiba-tiba bateri jam tercabut dan terdapat seekor lipas mati terselit disitu.Tok Batin lalu berkata kepada anak buahnya...."Oh...patutlah jarumnya tak jalan ..DREBARnya dah mati.."

SEKIAN....

Selasa, 16 November 2010

Anda suka Gemuk atau Kurus?

PATUTlah aku tengok ramai orang gemok berbanding yang kurus sekarang ni....! Rupanya dah lebih separuh rakyat Malaysia ...GEMUK.

KUALA LUMPUR - Seramai 16.8 juta atau 60 peratus daripada 28 juta penduduk Malaysia mengalami masalah kegemukan termasuk golongan kanak-kanak dan jumlah itu menunjukkan peningkatan membimbangkan sejak akhir-akhir ini.



Daripada jumlah tersebut, kira-kira 50 peratus atau sebanyak 8.4 juta orang mengalami masalah obesiti manakala baki 50 peratus lagi merupakan penduduk melebihi berat badan ideal.
Perkara tersebut didedahkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai  yang melahirkan kebimbangan kerana ia merangkumi semua peringkat umur.
"Sekarang ini, selain orang dewasa, kita boleh lihat kanak-kanak turut terdedah kepada pelbagai penyakit kerana masalah kegemukan," katanya 

BIARPUN NEGARA DAH MEWAH....kenalah kita jaga kesihatan .Kegemukan biasanya punca tidak sihat....

Isnin, 15 November 2010

ZAID KELUAR PKR....!

KEMANA ARAH NAK KU TUJU........?            

Anu siapa ada dalam botol..?

RAJA AZMI memang KONTROVERSI.....NASHARUDDIN nak tumpang sama....
FILEM UNSUR GAY  "DALAM BOTOL" pertama di Malaysia ...Siapa tak kenal Raja Azmi yang sentiasa kontroversi bila buat filem.Nampaknya Nashrudin nak tumpang popular sama......



Dewan Pemuda Pas Pusat mempersoalkan motif sebenar penerbit dan pengarah filem Dalam Botol yang bersungguh-sungguh mahu menayangkan filem itu yang didakwa mempunyai unsur gay. 
Nasrudin Hassan mahukan Raja Azmi menjelaskan apakah motif utama pembikinan dan penyiaran filem berkenaan?

"Adakah ia merupakan isu atau fokus penting dikalangan masyarakat terutamanya golongan belia pada hari ini? katanya.

"Malah, Pemuda PAS juga hairan mengapa pihak beliau pada asalnya menamakan judul filem berkenaan Anu Dalam Botol


"Dalam Botol mengisahkan tentang seorang lelaki yang menukarkan dirinya menjadi seorang perempuan dan telah pergi ke London bagi menjalani pembedahan jantina dan menyimpan kemaluanya di dalam botol. Apabila pulang ke Malaysia banyak perkara yang terjadi sehingga lelaki itu telah jatuh cinta dengan seorang wanita tulen, bagaimanapun mereka tidak mampu untuk berkahwin kerana lelaki tersebut sudahpun menukar jantinanya"


AKU tak faham sangat tentang GAY ni, tapi budaya ini bukan sahaja berada di barat malah semakin ketara disini ...seperti dilaporkan blog sahabat....

Ada pemimpin-pemimpin parti yang menjadi pembela golongan GAY ini, demi kepentingan politik Tok-Tok Guru pembangkang pejam sebelah mata je.......sini


KENAPA baru buat filem PAS beriya-iya mempersoal...SEDANGKAN yang benar-benar berlaku Nasharudin buat tak tahu aje....?

Ahad, 14 November 2010

SITI NURHALIZA........Bersama Jayakan Gagasan 1 Malaysia....

 SITI  sebagai rakyat Malaysia amat menyokong GAGASAN 1 MALAYSIA . Perkara ini amat baik untuk dilaksanakan demi kepentingan semua pihak. Melalui Gagasan 1 Malaysia, ia mampu mewujudkan keharmonian dan keamanan yang berkekalan dalam negara yang tercinta ini. Oleh itu marilah kita sama-sama menjayakan GAGASAN 1 MALAYSIA demi kemajuan rakyat dan pembangunan negara kita sendiri...
Demikian harapan dan seruan Datuk Siti Nurhaliza terhadap rakyat Malaysia....sumber mentari.

Cerita Pasal Orang Asli - Siri 2.

Sambungan siri yang lepas....


Cerita 1....Tok Batin dah masuk Islam.
Tok Batin dah di Islamkan oleh Jabatan Agama.Suatu hari Ustad datang melawat rumah Tok Batin.Setelah dijemput naik dan dijamu minum, alangkah terperanjatnya Ustad kerana ada sesekor anjing dalam rumah Tok Batin...Berkata Ustad..'Tok...kan Tok dah jadi orang Islam,kenapa masih ada anjing?'...
Jawab Tok Batin.'anjing tu tak tahu saya dah Islam...Kenapa Ustad tak Islamkan dia sekali?"...


Cerita 2....Tok Batin minta jambatan.
Disatu pertemuan dengan Menteri Besar,seorang Tok Batin menyuarakan masalah kampungnya..
'Datuk...kampung saya tu kubur berada diseberang sungai.Setiap kali ada kematian terpaksalah bawak mayat dengan sampan.Pernah satu kali sampan terbalik...kesian mayat tu 2 kali mati..sekali mati biasa lepas tu mati lemas....pasal tulah kami nak minta jambatan....'


Cerita 3...Jauhnya mencari emas.
Seorang teman bertanya kepada orang asli pencari emas,berapa jauh berjalan kaki dari kampung hingga ke tempat mencari emas..Jawab orang asli ' Tak jauh..cuma sebatang rokok je'...'Kalau begitu dekatlah ya?kata kawan tu...'bukan begitu bang..rokok tu..dia selit celah telinga aje.....'.jawab seorang  lagi.


Cerita 4...Wakil Rakyat dah lama tak datang.
Waktu pilihanraya hampir tiba.Wakil Rakyat pun pergilah ke sebuah kampung asli yang lama tak dilawatinya.
Ketika hendak pulang, Wakil Rakyat pun menghulur RM100 kepada Tok Batin sebagai buah tangan.Dengan muka sedikit berkerut Tok Batin pun berkata.'Datuk sepatutnya dah lima tahun Datuk tak datang kena bagi RM500 bukan RM100..!'...Apalagi Wakil Rakyat terpaksalah menyeluk poket mencari lagi RM400 sebagai tambahan...


Cerita 5...Wakil Rakyat melawat Kampung.
Suatu hari Wakil Rakyat melawat sebuah kampung asli di pedalaman dengan helikopter.Berhimpunlah penduduk kampung menunggu di padang tempat helikopter mendarat.Setelah melawat Tok Batin menyuarakan bahawa anak buahnya teringin menaiki helikopter.Demi menjaga hati pengundinya wakil rakyat pun membenarkan.Sayangnya semua yang hadir nak menaiki sekaligus.Maka terbanglah helikopter itu dengan penumpang yang padat.Apabila kepanasan mereka meminta juruterbang segera mendarat.Sebaik saja turun mereka melihat kearah helikopter tersebut lantas berkata.' OH..Patutlah panas kipas dia kat luar......!...


SEKIAN DULU........

Jumaat, 12 November 2010

Air Kelantan.....Tempoh 17 tahun helah kegagalan PAS.

DEMI RAKYAT KELANTAN...Masalah bekalan air akan diselesaikan dalam tempoh 3 tahun berbanding 17 tahun seperti jaminan PAS...


"Kita akan dapat selesai hanya dalam tempoh dua atau tiga tahun sahaja atau paling lewatnya satu penggal (pemerintahan). Terserah kepada rakyat Kelantan nak tunggu 17 tahun lagi atau hanya tiga tahun, dan ini satu jaminan (kepada rakyat Kelantan),"kata Datuk Awang Adek.


Ketika membuat janji itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Awang Adek Hussin, berkata pengumuman kerajaan Kelantan yang rakyat negeri itu akan dapat menikmati bekalan air bersih sepenuhnya dalam tempoh 17 tahun lagi adalah bukti kegagalan PAS memerintah negeri itu.


Akhbar hari ini melaporkan bahawa rakyat Kelantan terutama di kawasan luar bandar terpaksa menunggu selama 17 tahun lagi untuk menerima bekalan air bersih sepenuhnya.
Semalam Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar negeri, Mejar (B) Datuk Md. Anizam Abdul Rahman di Sidang DUN berkata, kerajaan negeri melalui Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) sedang berusaha bagi memastikan bekalan air bersih dapat disalurkan ke seluruh negeri dalam tempoh tersebut.

Masalah bekalan air yang berlaku di negeri ini bukan isu baru dan ia telah berlarutan sejak 20 tahun lalu biarpun Kerajaan Persekutuan telah memberikan bantuan kewangan lebih RM500 juta kepada Kerajaan Pas Kelantan....nampaknya kerajaan PAS Kelantan masih gagal mengurus bekalan air dengan baik.


Sementara itu pada 4 September 2003, AKSB dilaporkan memberi jaminan bahawa semua masalah berkaitan bekalan air di negeri ini akan dapat diselesaikan sepenuhnya menjelang Oktober 2004 tetapi sehingga kini masih berlarutan.... 

Menurut Md. Anizam, peruntukan RM500 juta yang diperoleh daripada Kerajaan Persekutuan itu tidak mencukupi dan pihaknya akan membuat permohonan dana tambahan selepas ini.
"Memang tidak pernah cukup dan kita akan minta lagi. Banyak lagi yang diperlukan dan tidak boleh dianggarkan cuma rancangan 30 tahun ini kita akan hantar kepada kementerian," tambahnya.

Nampaknya Kerajaan Kelantan terus bergantung kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengatasi masalah bekalan air negeri itu.Kemana perginya hasil-mahsul negeri yang diteroka selama ini?......sumber utusan/malaysiakini.

UPSR...S.K Selancar 2 terbaik di Rompin.....

Terletak jauh di pedalaman.... 180 KM dari bandar Rompin. Guru-guru,ibubapa dan anak-anak Felda Selancar 2.4 dan 5 serta masyarakat sekitar membuktikan kecemerlangan dalam UPSR 2010.

Setiap kali menanti keputusan UPSR kalangan warga SK Selancar 2 sangat teruja kerana sekolah ini merupakan antara yang cemerlang di Rompin malah di negeri Pahang.Kali ini SK Selancar 2 dinobatkan terbaik di Rompin bila menduduki tempat pertama dalam UPSR menewaskan juara tahun lepas SK Sungai Puteri.Tahniah buat semua yang terlibat......juga anak-anak yang berjaya.

Menduduki tempat ke  27 daripada 553 sekolah kebangsaan di Pahang.....Ianya membuktikan bahawa masyarakat dan sekolah luarbandar juga dapat menzahirkan anak-anak yang cemerlang.

Dengan pencapaian 24 pelajar yang mencapai 5A, 91.46% kelulusan dengan GPS(gred purata sekolah) 1.6...adalah keputusan yang begitu membanggakan guru-guru,pentadbiran Felda dan PIBG sekolah tersebut.
PUTRAJAYA 11 Nov. - Seramai 48,327 daripada 482,334 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini mendapat keputusan cemerlang atau semua A iaitu keputusan terbaik dalam tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN).
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, pencapaian keseluruhan peperiksaan itu didapati meningkat kepada 10.2 peratus daripada 9.51 peratus tahun lalu.
Bagaimanapun, katanya, peratusan yang berada di bawah tahap pencapaian minimum iaitu semua Gred D atau E atau kombinasi kedua-duanya telah berkurangan daripada 3.99 peratus kepada 3.39 peratus pada tahun ini.

SESUNGGUHnya berkat usaha dan doa semua pihak SK Selancar 2 akan terus cemerlang dengan dorongan pelbagai anugerah yang telah di terima sebelum ini.......
SEMOGA kecemerlangan ini dapat dikekalkan untuk tahun-tahun mendatang...........!


Khamis, 11 November 2010

Kalau dah PENING tinggalkan saja.......

PENING!....
PENING!...
PENING!.......

Ahli PKR  kini "pening" melihat apa yang berlaku dalam parti itu.  Zaid atau Azmin yang betul ? 
dan kenapa kekalutan  berlaku?. 

.......Azmin mendakwa menerima sokongan baik untuk memberikan khidmat bagi membawa parti itu ke tahap yang lebih tinggi. 
 
........Datuk Zaid Ibrahim mendesak agar Azmin dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur daripada parti itu kerana didakwa merekalah yang membawa masalah kepada PKR.
Nampaknya PKR kian rebah....selepas menjadi parti keluar ramai-ramai.....


.......10 YB PKR keluar jadi bebas ( 5 ADUN 5 MP ).......Dahsyat...dahsyat...!



Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang kononnya telus sebenarnya "berat sebelah",penuh penipuan dan banyak keputusan yang meragukan berlaku. Amat meragukan juga anggota JPP itu dilantik dikalangan ahli parti yang boleh mengundi.Ratusan rekod bantahan kerana tak puashati ...memalukan...Akhirnya ianya langsung tidak telus dan bebas dari kekangan pihak atasan. Inilah sebenarnya berlaku dalam pemilihan PKR sehingga Zaid Ibrahim angkat kaki .

Mungkin ramai lagi yang kena muhasabah diri dan tinggalkan PKR yang semakin kalut.Kalau nak suruh atau nasihatkan Anwar berhenti ...pasti tak jalan...maklumlah PKR dia punya....


Lebih baik ahli-ahli PKR yang dikatakan berjumlah 400,000 orang itu yang mengalah...TINGGALKANLAH PERJUANGAN YANG SIA-SIA....!





CERITA PASAL ORANG ASLI....siri 1

Suatu hari aku bertemu dengan kawan-kawan...Lama tak bertemu pelbagai perkara kami borakkan.Entah macamana keluarlah kisah orang asli.Satu  persatu cerita pasal orang asli keluar dari pengalaman masing-masing.......


Orang Asli Berniaga.

cerita 1....Pulang dari Kuantan,kawan ni singgah tempat berniaga orang asli di Runcang nak beli buah cempedak dah siap longgok(3 biji selonggok).Tanya kawan tadi..'satu longgok berapa?'.RM 10 bang..jawab orang asli.'Boleh kurang?'Boleh...katanya...Berapa? RM7 bang.jawab asli...OKlah kata kawan aku tu..
Si Asli itu pun mengambil plastik dan membungkus 2 biji cempedak lalu diberi kepada kawan tadi dengan harga rm7.....!


cerita 2.....Sama seperti diatas...Kawan aku nak beli petai....'Kenapa petai kau ni kecik-kecik matanya?'tanya kawan aku...Asli menjawab...'Kalau yang mata besar tu bukan petai bang...itu JERING...!


cerita 3....Nak beli petai juga....Selonggok RM2..Kawan aku tu tahu asli tak pandai mengira,lalu diborongnya semua petai kepunyaan asli tu(kira-kira RM100)sepatutnya,lalu ia bertanya berapa harganya..Asli berkata..'Itu banyak bang..Abang kiralah sendiri..'kawan aku bayar RM25 dan bertanya kepada asli..'CUKUP?'..jawab asli..cukuplah bang....


cerita 4..Atas pengalaman cerita 3..suatu ketika kawan ni singgah ditempat lain pula..Tengok asli jual keledek..1 longgok RM2...lalu diborong semua keledek tu kira-kira 20 longgok.Dia ingat asli tu tak tahu kira lalu ia bertanya berapa semuanya.Si asli pun mengeluarkan mesin kira lalu menekannya dengan cukup mahir...Kenalah kawan aku membayar dengan harga sebenar...


cerita 5...Seorang kawan mempunyai kebun yang semak.Hari itu dia melawat kebunnya dan dilihat pokok petainya dah berbuah dan boleh dipetik sikit hari lagi.Keesokan harinya dia ke pekan.Sampai di sana dilihat ada orang asli menjual petai...Bila dibelek'Ini macam petai pokok aku'bisiknya...lalu ia segera kekebunnya,dilihat memang petai sudah tiada,lalu segeralah ia ke pekan semula menemui asli tersebut.'kau curi petai dikebun aku ya?tanyanya....Asli dengan selamba menjawab...'Aku ambik dalam hutan'....'Itu kebun aku' katanya...'Ah ..kalau kebun takkan macam hutan' kata asli tersebut.....


CUKUPlah setakat ni dulu nanti aku sambung lagi....



Rabu, 10 November 2010

Model kesetiaan pasangan kekasih.

Hidup tanpamu
Bak pungguk rindukan bulan
Dirikukan kehilangan, kesepian
Bintang menjadi saksi janji
Sehidup semati -petikan lirik lagu Indigo Girl


Banyak pasangan yang berkata ...
'' kau lah satu-satnya dalam hidupku kau lah cinta dan kekasihku sehidup semati''
Tapi ada ada pula pasangan yg berkata begini... hidup sama-sama mati sendiri2 la....


  Sepasang kerangka laki laki dan perempuan zaman batu baru yang saling berpelukan erat tergali di Itali. Sepasang kerangka yang saling berpelukan hangat ini, menggoncang semua orang yang melihatnya. Arkeolog memperkirakan, bahwa sepasang kerangka ini telah terkubur kurang lebih 5.000-6.000 tahun lamanya di bawah tanah berpelukan selama 5.000 tahun ini bukan saja menggoncang arkeolog, bahkan masyarakat dunia.
Untuk mempertahankan gaya pelukan ini, ilmuwan belum memutuskan memisahkan potongan kerangka tersebut. “Kami akan tetap mempertahankan sikap mereka selama ini yaitu saling berpelukan.” Demikian ujar arkeolog Irena Mannorti yang menemukan sepasang kerangka itu.Setelah kerangka itu dipindahkan, ilmuwan akan meneliti lebih lanjut terhadap sepasang kekasih yang saling berpelukan abadi ini. Selanjutnya, kerangka tersebut akan di simpan di muzium nasional Itali. 


Menurut ilmuwan, bahawa pengetahuan mereka terhadap pasangan kekasih zaman batu ini sangat sedikit. Kerangka tersebut ditemukan di sebuah daerah pinggir Kota Valdaro, Mantova, karena itu dinamakan “kekasih Valdaro”. Arkeolog nampaknya sangat yakin bahwa mereka meninggal saat remaja, sebab gigi mereka masih utuh. Selain itu, karena seiring dengan ditemukannya sebuah panah dan beberapa perkakas di kerangka tersebut, dapat diketahui kalau mereka meninggal pada zaman batu. Dan di balik legenda yang dianggap paling agung dalam sejarah arkeologi Itali ini masih banyak teka-teki yang perlu diuraikan. 


  TERKENANG pula aku kisah Qais yang duduk di pusara Laila hingga ia meninggal. Maka, jasad Qais pun dibaringkan di samping pusara Laila.
Kira-kira 10 tahun kemudian, beberapa musafir menziarahi kubur mereka berdua. Di atas kedua pusara itu telah tumbuh dua rumpun bambu yang pucuknya saling berpelukan. Maka, masyhurlah kisah itu sebagai kisah Laila-Majnun.

SUKARnya mencari kesetiaan begini.....! 

Selasa, 9 November 2010

Monyet sebagai Pelayan Restoren ..


Daripada kita harap kepada PENDATANG mungkin lebih baik harap kepada BINATANG....


Sebuah restoren di Jepun telah membuktikan binatang boleh menjadi pelayan restoren yang baik.Yat-Chan dan Fuku-Chan adalah 2 ekor monyet yang menjadi pelayan di Restoren Kayabukiya,Tokyo.Keduanya bertugas membersih meja dan membawa makanan kepada pelanggan.Dengan berpakaian lengkap keduanya menjalankan tugas dengan sempurna melayan pelanggan yang datang ke restoren tersebut.

Yat-Chan berusia 12 tahun sangat pintar dan rajin membersihkan meja dan mengangkat pinggan mangkok sementara Fuku-Chan yang berusia 10 tahun akan memberi tuala panas kepada pelanggan sebelum pelanggan memesan makanan..

Kedua-dua ekor monyet itu telah disahkan oleh pihak berkuasa tempatan boleh bekerja di restoren tersebut.Mereka amat dihargai oleh pelanggan yang sering menghadiahkan tip berbentuk kacang.

'Monyet-monyet itu lebih baik perkhidmatannya dari manusia' kata pemilik restoren Kaoru Otsuka.Walaupun monyet itu tidak tahu bertutur bahasa jepun tetapi ia faham bila pelanggan meminta sudu atau memesan air atau makanan.

Keduanya kerja bergilir setiap 2 jam mengikut perturan hak asasi Jepun.Tuan punya restoren bercadang menambah ramai lagi monyet sebagai pelayan dan sedang melatih 3 anak monyet untuk tugasan itu.

Nampaknya satu cabaran kepada penganggur yang sangat memilih kerja dan alternatif kepada kebergantungan kepada pendatang asing......

Isnin, 8 November 2010

Ramalan Nabiah Baba Vanga Tersasar....

Nabiah Baba Vanga tukang telek dari Bulgaria meramalkan apa yang akan terjadi dalam 3000 tahun kehadapan  di dunia.
 
Vanga (Vangelia) Pandeva lahir pada 31 Januari 1911  meninggal pada 11 Ogos 1996. Ia kehilangan penglihatannya ketika ia berusia 12 tahun ketika ia tersapu oleh tornado. Dia ditemukan hidup dengan pasir di matanya, sehingga mengalami kebutaan. Vanga mulai membuat ramalan ketika ia berusia 16 tahun......



Ramalan  Vanga paling mengejutkan adalah:

Pada bulan Ogos 1999 atau 2000, Kursk akan ditutupi dengan air, dan seluruh dunia akan menangis di atasnya.Diramal pada 1980.
- Ramalan tidak masuk akal saat itu tetapi, dua puluh tahun kemudian, hal itu ramai yang percaya, ketika kapal selam nuklier Rusia tenggelam dalam kecelakaan pada bulan Agustus 2000. Kapal selam itu bernama Kursk. Kursk bermaksud“ kota"- nama kapal selam tersebut.


'Mengerikan,mengerikan ! Saudara-saudara Amerika akan jatuh setelah diserang oleh burung-burung besi. Serigala akan melolong dalam semak, dan banyak orang tak berdosa menjadi korban. Ramalan Vanga pada 1989.
- Terjadi seperti yang diramalkan. World Trade Center Towers di New York runtuh setelah serangan pengganas pada 11 September 2001. WTC Towers  di rempuh oleh pesawat (burung besi).Serigala akan melolong dalam semak(Bush) jelas berkaitan dengan nama keluarga presiden AS saat itu.

Nampaknya 2 ramalan Vanga menjadi.....Bagaimana dengan yang ini...



Pada 2010 akan berlaku Perang Dunia ke 3. Perang akan dimulai pada bulan November 2010 dan akan berakhir pada bulan Oktober 2014. menggunakan senjata nuklier dan kimia.

Bulan November 2010 sedang berlalu...... 

Perbuatan menjadi peramal adalah perbuatan dosa.
Nabi  melarang bukan saja perbuatan meramal, tetapi mendatangi peramal juga berdosa
Rasulullah saw bersabda:
Siapa yang mendatangi peramal lalu ia menanyakan
sesuatu dan membenarkannya, maka tidak diterima shalatnya selama empat puluh
hari.


Sesungguhnya membenarkan dukun dan peramal yang mengaku mengetahui hal yang ghaib- adalah pengingkaran terhadap ayat-ayat yang telah diturunkan oleh Allah...


Berikut adalah ramalan Vanga seterusnya sehingga dunia berakhir....
2011 - Karena hujan radioaktif di belahan bumi utara - tidak ada haiwan atau tumbuh-tumbuhan akan tertinggal.
2014 - Sebahagian besar orang di dunia ini akan memiliki penyakit kulit dan penyakit yang terkait. (sebagai akibat dari perang kimia)
2016 - Eropa hampir tiada yang menduduki.
2018 - Cina menjadi kekuatan dunia baru.
2023 - orbit Bumi akan berubah sedikit
2028 - Pengembangan sumber energi baru. Kelaparan perlahan berhenti menjadi masalah. Dapat Mengemudikan pesawat luar angkasa sampai ke Venus.
2033 - Ais di kutub utara dan selatan mencair.
2043 - Dunia ekonomi makmur. Muslim menguasai Eropah.
2046 - Setiap organ dapat diproduksi secara moden.Perubatan pertukaran organ tubuh menjadi maju.
2076 - Tidak ada masyarakat kelas (komunisme)
2088 - Wabak penyakit baru. - Orang-orang mulai tua dalam hitungan detik.
2097 - Penyakit tua itu mulai sembuh.
2100 - Manusia membuat Matahari menerangi sisi gelap dari planet bumi.
2111 - Orang-orang menjadi robot.
2123 - Perang di antara negara-negara kecil.
2125 - Kelaparan di seantero bumi (Orang-orang akan teringat Vanga lagi)
2130 - Koloni di bawah air (saranan dari orang asing)
2154 - Haiwan menjadi setengah manusia.
2167 - agama baru muncul.
2170 - kekeringan di seantero bumi.
2183 - Koloni di Mars menjadi negara nuklier dan meminta kemerdekaan dari Bumi.
2187 - Berhasil menghentikan 2 letusan gunung berapi.
2195 - Koloni Laut sepenuhnya dikembangkan, energi dan makanan berlimpah
2196 - Kendali campuran antara Asia dan Eropa.
2201 - proses termonuklir lambat. Suhu turun.
2221 - Dalam pencarian kehidupan di luar Bumi, manusia berhubungan dengan semua hal yang mengerikan.
2256 - Spaceship freighting membawa penyakit baru ke dalam bumi.
2262 - Orbit planet mulai berubah secara bertahap.
2271 - Hukum-hukum fisik berubah
2273 - Mencampurnya Ras kuning, putih dan hitam. Ras baru muncul.
2279 - Tidak ada Energi (mungkin dari vakum atau lubang hitam).
2288 - Perjalanan kembali ke masa lalu (Sisa Perjalanan diciptakan?). Kontak baru dengan orang asing.
2291 - Matahari mendingin. Upaya-upaya sedang dilakukan untuk menyalakannya lagi.
2296 - Perubahan gaya gravitasi.
2299 - Di Perancis, ada pemberontakan terhadap Islam.
2302 - Misteri tentang alam semesta yang terungkap.
2304 - Misteri Bulan terungkap.
2341 - Sesuatu yang mengerikan mendekati Bumi dari ruang angkasa.
2354 - Kekeringan.
2371 - Kelaparan dimana mana.
2378 - Ras baru tumbuh dengan cepat.
2480 - Dua pria membuat matahari menjadi celaru. Bumi berada dalam kegelapan.
3.005 - Perang di Mars. Lintasan planet perubahan.
3010 - Komet melindungi Bulan. Sekitar Bumi terbentuk cincin / zona dari batu dan debu.
3.797 - Pada saat itu di Bumi membunuh semua kehidupan, tetapi manusia akan dapat meletakkan dasar bagi kehidupan baru di sistem bintang lain.
3.803 - Sebuah planet baru dihuni oleh sedikit orang, Iklim planet baru mempengaruhi organisme orang -mereka bermutasi.
3.805 - Perang antara manusia memperebutkan sumber daya.
3.815 - Perang berakhir.
3.854 - Perkembangan peradaban hampir berhenti.
4.302 - kota-kota baru tumbuh di dunia. pengembangan ilmu pengetahuan dan teknologi baru.
4.302 - Perkembangan ilmu pengetahuan. Para ilmuwan menemukan dalam keseluruhan  semua penyakit dalam perilaku organisme.
4.304 - Ditemukan cara untuk mengobati semua penyakit.
4.308 - Karena mutasi pada akhirnya orang mulai menggunakan otak mereka lebih dari 34%. Benar-benar kehilangan pengertian tentang kejahatan dan kebencian.
4.509 - Memahami Allah.
4.599 - Orang orang mencapai keabadian.
4.674 - Perkembangan peradaban telah mencapai puncaknya. Jumlah orang yang hidup di planet yang berbeda adalah 340 milion. Asimilasi dimulai dengan alien.
5.076 - Sebuah batas alam semesta. Dengan itu, tak ada yang tahu.
5.078 - Keputusan untuk meninggalkan batas-batas alam seesta. Sementara sekitar 40 persen dari populasi yang menentangnya.
5.079 - Dunia berakhir.

SAYANGNYA VANGA TERLUPA  MERAMALKAN SAAT KEMATIANNYA.......




Ahad, 7 November 2010

Jejak Pertama Nabi Adam .

BENARKAH ianya kesan Tapak Kaki Nabi Adam?

Terdapat kesan tapak kaki Nabi Adam di puncak sebuah gunung di Sri Langka diberi nama 'Adam Peak'.Ianya terletak di Anuradhapura di utara Sri Langka.Saiz kesan tapak itu 5' 7" panjang dan 2' 6" lebar.

Menurut cerita pelayar-pelayar zaman dahulu puncak Adam itu boleh dilihat 3 hari sebelum sampai ke Sri Langka.Malah Ibnu Bathuta pernah sampai ke puncak itu menurut catatan pelayarannya.


Marco Polo juga pernah sampai ke puncak itu.Pengembara-pengembara arab yang melihat tapak itu menyatakan ianya milik Nabi Adam a.s. dimana Baginda mula-mula diturunkan dari langit.
Tapak kaki tersebut telah ditutup dengan ukiran batu oleh orang China dan hanya satu replika tapak kaki saja yang kelihatan.Gunung itu juga digelar sebagai puncak airmata kerana setiap pendakinya akan sebak atau menangis...waullahualam.



Rencana Iblis menyesatkan Nabi Adam dan Hawa yang sedang hidup berdua di syurga yang tenteram, damai dan bahagia berhasil.Apabila diperintahkan ke bumi mereka menyesal dan berkatalah Adam a.s:


"Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiayai diri kami sendiri dan telah melanggari perintah-Mu kerana terikut pujukan Iblis. Ampunilah dosa kami kerana nescaya kami akan tergolong orang-orang yang rugi bila Engkau tidak mengampuni dan mengasihi kami".


RAMAI TELAH KE PUNCAK ADAM DALAM MUSIM ZIARAH......

Sabtu, 6 November 2010

Akibat Membebel...

SEBUAH Kisah ingin ku kongsikan bersama rakan-rakan.....

Dalam sebuah kampung ada sebuah rumah tinggalnya sepasang suami-isteri.Sang suami sangat menyayangi isterinya tetapi sayangnya siisteri sangat kuat berleter..
Sehingga pada suatu hari sang suami tak dapat bertahan lagi dengan leteran isterinya, lalu didukung isterinya itu dan disumbatkan ke dalam perigi buta dibelakang rumah..
Keesokkan harinya sang suami teringat akan isterinya..terasa rindu dan menyesal menyumbat isterinya kedalam perigi buta...pasti isteriku lapar dan dahaga..katanya.
Lalu sang suami mengambil seutas tali yang panjang...dihulurkan ke dalam perigi buta tersebut...sebentar kemudian terasa tali itu ditarik,apalagi sang suami pun menarik kembali tali tersebut tapi terasa begitu berat..Hai kenapa berat sangat ! ujarnya tapi terus ditarik sedikit demi sedikit hingga akhirnya muncullah seekor jin...
Lelaki itu begitu terperanjat dan ingin lari...tetapi jin itu terus berkata...terimakasihlah tuan kerana selamatkan aku..dah 100 tahun aku tinggal dalam perigi ini tanpa gangguan tetapi sejak semalam aku tak tahan ada seorang perempuan KUAT BERLETER datang pulakkkkk.....


BEGITULAH ADANYA.....


LONDON: Satu kajian terbaru mendapati isteri tidak merasa bersalah berleter terhadap suami mereka manakala si suami secara rahsia merasakan bahawa mereka sentiasa betul.

Golongan isteri juga dianggarkan menghabiskan kira-kira 7,920 minit setahun untuk berleter kepada suaminya mengenai rutin rumah tangga, tabiat dan kesihatan mereka. Ia bersamaan dengan dua jam setengah setiap minggu atau keseluruhan 11 jam sebulan atau hampir enam hari setahun.


Kajian tersebut dijalankan terhadap lebih 3,000 orang oleh kumpulan kempen kesihatan Everyman.


Info yg baik untuk para wanita..
lelaki suka pada perempuan yg selalu ambik berat..
jangan terlalu cakap banyak (berleter).. 

Rabu, 3 November 2010

Batu Sapi.... BN tetap pilihan penduduk Mangkalinau.

MEREKA tetap penyokong BN biarpun dihimpit derita kehidupan...Begitulah harapan rakyat kepada Kerajaan BN.....Mereka yakin kerajaan BN lah bakal membela masadepan mereka.....


Batu Sapi....Kg Mangkalinau, ia adalah syurga masa lapang mereka, tidak kira yang kecil mahupun yang agak berusia.

Seperti kebanyakan perkampungan setinggan, Batu Sapi juga tidak terkecuali dihimpit kemiskinan tegar. Ribuan yang menghuni di kediaman yang tidak layak dinamakan 'rumah'. Pondok yang muat dengan 'sampah sarap' yang menunggu masa menyembah bumi.
Tiada bekalan elektrik atau minuman yang bersesuaian. Malah mereka juga tidak mampu menghantar anak-anak ke sekolah.

Di sebalik kesengsaraan dan keperitan hidup, kebanyakan mereka mengisytiharkan sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada BN yang dianggap sinonim dengan 'bapa'. sumber m/kini


 Penduduk disana yang majoritinya nelayan tetap menyatakan sokongan kepada BN.......


 Laporan yang  menyatakan mereka dipinggirkan adalah satu kesilapan..
Program basmi kemiskinan dibawah kerajaan BN mencakupi semua lapisan masyarakat,cuma ia belum sampai kepada mereka.DS Najib telah berjanji menjelang 2020 kerajaan BN dibawah pimpinannya akan menghapuskan kemiskinan.Arahan itu telah diberikan kepada Kementerian Luar Bandar supaya menyiapkan pengkalan data tentang kemiskinan diseluruh negara meliputi sebanyak 1500 kampung.Melalui pengkalan data itu kerajaan akan menyelesaikan masalah kemiskinan secara berperingkat..
Kerana itulah penduduk Kampung tersebut terus menyokng Kerajaan BN kerana tahu mereka bakal mendapat pembelaan....

Mereka pasti tidak menyokong kerajaan yang mengabaikan kebajikan rakyat miskin.Sebagai contoh ada negeri yang begitu “mulia” apabila menggunakan wang judi untuk basmi kemiskinan dengan menyumbang kepada warga emas dan menjadi negeri pertama membantah cadangan pemberian lesen judi bola sebelum itu, tetapi seolah-olah menyokong pula aktiviti perjudian — malah mendapat manfaat kewangan setengah juta ringgit daripadanya.

Keputusan penduduk Kampung Mangkalinau adalah tepat...PEMBELAAN PASTI MENYUSUL......

Orang Asli di Perdaya..?

Hanya sijil pengiktirafan bukannya merupakan surat tawaran rasmi dari pihak kerajaan.Ianya menyerupai sijil palsu penyertaan dalam Ladang Rakyat  yang telah didedahkan berlaku di Kampung Lepan Jaya yang telah diberikan oleh Dato Nik Aziz pada tahun 2007

GUA MUSANG 2 Nov. - Tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyerahkan sijil pengiktirafan tanah kepada penduduk Orang Asli di Pos Sendrod, Lojing, semalam menimbulkan tanda tanya sama ada ia bertujuan memperdayakan mereka atau sebaliknya.
Kedua-dua sijil itu juga ditandatangani oleh individu yang sama iaitu Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Justeru, tidak hairan langkah terbaru Pas itu menimbulkan persoalan kerana kedua-dua projek itu dilihat mempunyai persamaan terutama dari segi pengeluaran sijil...sumber Utusan & galas utk BN.

Begini rintihan seorang penerima sijil di Kampung Lepan Jaya 3 tahun lalu.....
"Sebagai orang miskin seperti saya, sudah tentu saya gembira diberikan tanah ladang dan tapak rumah. Namun segala-galanya tipu belaka apabila sehingga sekarang saya masih belum menerima arahan untuk tinggal di kawasan itu.
"Saya hanya dapat sijil yang tidak laku ini sahaja," ujarnya 

Dalam isu Ladang Rakyat Limau Kasturi, kerajaan Pas Kelantan telah didakwa melakukan penipuan apabila mereka gagal menempatkan peserta yang terpilih walaupun projek itu telah dilancarkan tiga tahun lalu.

APAKAN DAYA....Orang asli terus diperdaya..!

Selasa, 2 November 2010

Konspirasi Syaitan Siri 2.

“DAP akan meletakkan seorang dua calon Melayu sebagai ‘badut’ untuk bertanding di kerusi Parlimen yang selamat dan jika pembangkang menang pilihan raya umum, langkah sementara adalah melantik ‘badut’ tersebut sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memenuhi kuota DAP.
“Kedudukan ini akan berterusan sehingga suasana politik tenang dan stabil. DAP akan menunggu sehingga mereka benar-benar mencengkam Kerajaan Persekutuan dan selepas itu barulah Penasihat DAP, Lim Kit Siang ‘ditabal’ sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Demikian pendedahan mengenai ‘konspirasi syaitan’ antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ..ianya adalah strategi halus parti itu untuk menguasai Kerajaan Persekutuan menurut Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin.
Beliau yang juga bekas wakil rakyat PKR mendakwa, dalam usaha untuk memastikan jawatan Timbalan Perdana Menteri diisi oleh DAP tanpa sebarang bantahan oleh masyarakat bumiputera, parti tersebut akan meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi Parlimen.
“Semua ini taktik licik kerana mereka tahu orang Melayu tidak akan boleh menerima Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri. Beliau antara cauvinis paling teruk yang pernah disaksikan dalam sejarah negara,”

Dalam konspirasi syaitan siri 1.....Zulkifli mendakwa, wujud perjanjian rahsia berhubung pegangan kuasa politik antara DAP dengan PKR yang tidak diketahui Pas bagi membolehkan parti tersebut memiliki autonomi ke atas Pulau Pinang selain dilantik sebagai menteri besar di negeri-negeri yang dimenangi.sumber utusan & blog http://zul4kulim.blogspot.com.

MUNGKIN ada lagi konspirasi syaitan bakal didedahkan.... cuma PAS yang buat-buat tak FAHAM......

Isnin, 1 November 2010

Berapa banyak alasan daaah...!

Peratusan keluar mengundi hanya 9 peratus  dan kontroversi keputusan terkini Pemilihan PKR 2010  selepas 68 cabang menjalankan proses pengundian 29, 30 dan 31 Oktober menyerlahkan kelemahan PKR .

Alasan Saifuddin......bola perlawanan akhir,PRK Galas dan Suara Keadilan di gantung jadi tidak dapat mewar-warkan proses pemilihan..


kah..kah..kah.. memang lawak si Saifudin ni.. Betul ke 9 peratus atau ahli PKR memang ada banyak tu aje...
Begitu juga ...adakah ahli PKR tiada semangat juang sampai sanggup meninggalkan pemilihan parti demi kerana bola...yang buat pemilihan semasa live bola tu apasal..?
Lebih lucu lagi bila dia kata kerana Suara KEADILAN DIGANTUNG maka proses pemilihan tak diketahui oleh ahli...HAI Zaman serba canggih ni PKR ketinggalan ke? apakah e-mail,sms dan pelbagai informasi terkini tak diketahui oleh ahlinya..?sedangkan kalau nak berdemo  satu negara boleh dihebahkan....


Begini pula keputusan pengundian yang diperoleh dari laman web PKR sekitar 10.00 pagi menunjukkan Azmin mendapat 3,051 undi. Ketika itu, Zaid mendapat 3,683 undi manakala Mustaffa pula 1,241 undi.30 undi1,271 undi.  Kira-kira setengah jam selepas keputusan itu disiarkan, jumlah undi diperoleh Mustaffa meningkat menjadikan jumlah keseluruhan yang diperolehinya ialah


Nampaknya data yang dikeluarkan berubah-ubah...apahal ni Saifudin oii..! Selama ini PKR sering menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jika berlaku sebarang kesilapan atau kekeliruan terutamanya dalam masalah teknikal seperti ini.

Alasannya ialah"Kesilapan itu dipercayai berlaku ketika proses memasuk data ke laman web berkenaan dan pihak parti sedang memperbetulkannya", Hai ...kalau kerap sangat tersalah masuk data ni...boleh ke ahli PKR percaya...sedangkan Nurul Izzah yang awalnya tak layak, pun jadi layak bertanding Naib Presiden....

Seakan-akan  wujud ketidak telusan dalam hal-hal teknikal yang boleh memberi gambaran negatif ahli kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR. Apakah sistem "satu ahli satu undi" yang diperkenalkan  bakal mengundang jembalang seperti kata Hishamudin Rais. Kita risau, keputusan keseluruhan juga akan berlaku masalah teknikal seperti ini. Bayangkan baru 68 cabang, parti sudah membuktikan kelemahan yang cukup ketara bagaimana dengan keputusan keseluruhan nanti. Apakah ini namanya agenda perubahan yang menjadi LAUNGAN PKR?.sumber mkini&phgdaily.


ADA SESUATU YANG TAK KENA NAMPAKNYA...?



PAS Bohong lagi......

"Benda ni tak betul... saya pun hairan mengapa orang yang mewakili parti Islam membuat pembohongan semacam itu," kata Tengku Razaliegh kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pengundi Cina di Kampung Sungai Buru, Tanah Putih di Gua Musang malam semalam.

Kali ini Tengku Razaleigh Hamzah pula terpaksa menafikan dakwaan PAS yang mengatakan beliau mengkhianati Orang Asli di negeri Kelantan.
Tengku Razaleigh berkata dakwaan bahawa beliau melarikan fail-fail mengandungi permohonan tanah golongan itu semasa membawa Semangat 46 keluar dari Angkatan Perpaduan Umah dan menyertai Umno adalah tidak benar sama sekali dan fail yang dikatakan itu juga sebenarnya tidak wujud.sumber bernama & mkini.

Mengulas dakwaan PAS tentang perkara itu wujud semasa S46  bergabung dengan PAS......soal kebajikan Orang Asli termasuk soal pemberian tanah tidak pernah dibincangkan oleh jawatankuasa tertinggi gabungan parti itu yang turut disertai beliau dan Presiden PAS ketika itu Datuk Fadzil Noor.

Paling jelas N45 Galas dipenuhi dengan Pembohongan,Rasuah dan Serangan peribadi oleh parti yang mengaku memperjuangkan Islam demi mempertahankan kerusi itu...Sengaja dicari perkara-perkara yang boleh dijadikan isu walaupun terpaksa memfitnah sesaorang.....

Seperti kata Tengku Razaliegh....."Jika PAS nak serang (peribadi) itu mereka punya hal...dia tanggunglah (dosa)...kita hanya akan tetap menerangkan mengenai dasar kerajaan dan apa yang akan kita lakukan untuk kebajikan rakyat. 

Aku percaya dengan pengalaman dan kematangan politik 'ORANG LAMA' macam Tengku ...PAS perlu berhati-hati menyerang peribadi mahupun karier politiknya.......