BERBINCANG bukan cara pembangkang...kerja mereka adalah menghentam...cari salah atau manupulasi sesuatu isu supaya kelihatan salah kepada pihak kerajaan,kemudian PERBESARKAN menjadi fitnah yang akhirnya seolah-olah ' BENAR' di mata dan hati rakyat.
SEBENARNYA masalah dalam Felda memang sudah ada saluran untuk disuarakan iaitu JKKR yang menggabungkan suara peneroka dan pentadbiran Felda.Peneroka sendiri mempunyai wakil ke GABUNGAN JKKR dan wakil gabungan pula berada di JKPP(Jawatankuasa Perunding Peneroka) yang sentiasa membincangkan suara akarumbi untuk diambil tindakan oleh pihak Felda dan Kerajaan.
JELASnya NGO ANAK hanyalah batu lompatan Mazlan dalam karier politiknya dan hasrat pembangkang memancing undi peneroka yang KEBAL untuk BN kerana telah begitu berjasa terhadap mereka....Mereka sengaja mewujudkan tohmahan berupa retorik untuk menjejaskan kredibeliti Felda dan kerajaan,khususnya kepimpinan PM.DS Najib.
Tidak dinafikan mereka mempunyai pengikut yang sememangnya terdiri dari mereka yang sentiasa tidak berpuashati dengan Felda dan suku-sakat pembangkang yang berada dalam saf peneroka sebelum ANAK dilahirkan pun.Setakat ini ANAK hanya bawak 20 kes aduan tetapi BAPAK yang baru diketengahkan dah terima 638 kes aduan .
SECARA PURATAnya sebahagian besar peneroka FELDA bersyukur dengan apa yang telah diperolehi cuma SEGELINTIR yang tak mengenal TERIMA KASIH walaupun disogok dengan GUNUNG EMAS sekalipun.....
MEREKA inilah yang dimenterakan oleh Mazlan demi mencapai impiannya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan