Jumaat, 12 November 2010

UPSR...S.K Selancar 2 terbaik di Rompin.....

Terletak jauh di pedalaman.... 180 KM dari bandar Rompin. Guru-guru,ibubapa dan anak-anak Felda Selancar 2.4 dan 5 serta masyarakat sekitar membuktikan kecemerlangan dalam UPSR 2010.

Setiap kali menanti keputusan UPSR kalangan warga SK Selancar 2 sangat teruja kerana sekolah ini merupakan antara yang cemerlang di Rompin malah di negeri Pahang.Kali ini SK Selancar 2 dinobatkan terbaik di Rompin bila menduduki tempat pertama dalam UPSR menewaskan juara tahun lepas SK Sungai Puteri.Tahniah buat semua yang terlibat......juga anak-anak yang berjaya.

Menduduki tempat ke  27 daripada 553 sekolah kebangsaan di Pahang.....Ianya membuktikan bahawa masyarakat dan sekolah luarbandar juga dapat menzahirkan anak-anak yang cemerlang.

Dengan pencapaian 24 pelajar yang mencapai 5A, 91.46% kelulusan dengan GPS(gred purata sekolah) 1.6...adalah keputusan yang begitu membanggakan guru-guru,pentadbiran Felda dan PIBG sekolah tersebut.
PUTRAJAYA 11 Nov. - Seramai 48,327 daripada 482,334 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini mendapat keputusan cemerlang atau semua A iaitu keputusan terbaik dalam tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN).
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, pencapaian keseluruhan peperiksaan itu didapati meningkat kepada 10.2 peratus daripada 9.51 peratus tahun lalu.
Bagaimanapun, katanya, peratusan yang berada di bawah tahap pencapaian minimum iaitu semua Gred D atau E atau kombinasi kedua-duanya telah berkurangan daripada 3.99 peratus kepada 3.39 peratus pada tahun ini.

SESUNGGUHnya berkat usaha dan doa semua pihak SK Selancar 2 akan terus cemerlang dengan dorongan pelbagai anugerah yang telah di terima sebelum ini.......
SEMOGA kecemerlangan ini dapat dikekalkan untuk tahun-tahun mendatang...........!


1 ulasan:

  1. Tahniah, semoga kecemerlangan anak-anak bangsa berterusan dengan bimbingan Guru-Guru yang ikhlas mendidik..... Terima kasih juga kepada Guru-Guru yang mendidik mereka....

    BalasPadam