Rabu, 24 November 2010

PERANG DUNIA KETIGA BERMULA?

RANTAU KOREA BERGOLAK.Apakah 'PERANG DUNIA KETIGA' sudah bermula?.....Pyongyang melepaskan berpuluh-puluh bedilan meriam ke pulau-pula di Korea Selatan. Ia dikatakan serangan yang terbesar sejak tamat Peperangan Korea pada 1953. klik sini


MENGIMBAS kembali sejenak 'Perang Dunia ke 2'bermula 1 September 1939 hingga 1945 melibatkan Erofah,Pasifik,Asia Tenggara,China,Timur Tengah,Mediterranean dan Afrika.Perang Dunia Kedua adalah peperangan yang paling meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden. Perang Dunia Kedua membabitkan kebanyakan negara dunia, dengan pertempuran di beberapa medan utama berlaku secara serentak, dan mengorbankan sekitar 50 juta nyawa.

Perang Dunia Kedua mencatatkan sejarah penting apabila kuasa udara memainkan peranan utama buat pertama kalinya. Malah, operasi pertempuran pertama dalam Perang Dunia Kedua merupakan serangan bom Jerman terhadap Poland, sementara operasi pertempuran terakhir adalah serangan bom atom Amerika terhadap Nagasaki.

Lebih membimbangkan peperangan terbaru di Korea bakal melibatkan senjata Nuklear.Serangan itu dilakukan ketika wakil AS sedang dalam penerbangan ke rantau itu berikutan pendedahan Korea Utara bahawa ia akan meneruskan langkahnya memperkayakan uranium, yang memungkinkannya mengeluarkan bahan bagi senjata atom. Kesan awal telah memperlihatkan pasaran saham diseluruh dunia merudum.Jiran-jiran Korea seperti Jepun dan China lebih bimbang.


Apapun Kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat,Rusia,Jepun dan China perlu segera bertindak menghalang perang dari berlanjutan.Semenanjung Korea pernah berperang sekitar tahun 1950 hingga 1953.

1 ulasan: