Batu Sapi....Kg Mangkalinau, ia adalah syurga masa lapang mereka, tidak kira yang kecil mahupun yang agak berusia.
Seperti kebanyakan perkampungan setinggan, Batu Sapi juga tidak terkecuali dihimpit kemiskinan tegar. Ribuan yang menghuni di kediaman yang tidak layak dinamakan 'rumah'. Pondok yang muat dengan 'sampah sarap' yang menunggu masa menyembah bumi.
![]() |
Di sebalik kesengsaraan dan keperitan hidup, kebanyakan mereka mengisytiharkan sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada BN yang dianggap sinonim dengan 'bapa'. sumber m/kini
Penduduk disana yang majoritinya nelayan tetap menyatakan sokongan kepada BN.......
Laporan yang menyatakan mereka dipinggirkan adalah satu kesilapan..
Program basmi kemiskinan dibawah kerajaan BN mencakupi semua lapisan masyarakat,cuma ia belum sampai kepada mereka.DS Najib telah berjanji menjelang 2020 kerajaan BN dibawah pimpinannya akan menghapuskan kemiskinan.Arahan itu telah diberikan kepada Kementerian Luar Bandar supaya menyiapkan pengkalan data tentang kemiskinan diseluruh negara meliputi sebanyak 1500 kampung.Melalui pengkalan data itu kerajaan akan menyelesaikan masalah kemiskinan secara berperingkat..
Kerana itulah penduduk Kampung tersebut terus menyokng Kerajaan BN kerana tahu mereka bakal mendapat pembelaan....
Mereka pasti tidak menyokong kerajaan yang mengabaikan kebajikan rakyat miskin.Sebagai contoh ada negeri yang begitu “mulia” apabila menggunakan wang judi untuk basmi kemiskinan dengan menyumbang kepada warga emas dan menjadi negeri pertama membantah cadangan pemberian lesen judi bola sebelum itu, tetapi seolah-olah menyokong pula aktiviti perjudian — malah mendapat manfaat kewangan setengah juta ringgit daripadanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan