DOA BUATMU MH370.....SEMOGA ALLAH IZINKAN PENEMUANNYA.....

KUALA LUMPUR: Dengan hayat bateri kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 tinggal dua hari lagi, pasukan pelbagai negara gigih meneruskan usaha pencarian pesawat itu yang hilang sejak 28 hari lepas.
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) di Perth, Australia hari ini menyatakan pasukan berkenaan melakukan pencarian di kawasan seluas 217,000 kilometer persegi, yang terletak kira-kira 1,700 kilometer di barat laut Perth, Australia.
Menurut kenyataan JACC sebanyak 10 pesawat tentera, empat pesawat awam dan sembilan kapal dikerahkan untuk membantu pencarian pesawat itu hari ini.
“Pencarian hari ini memberi tumpuan kepada tiga kawasan dalam sekitar yang sama. Pesawat pertama akan berlepas ke kawasan pencarian pada 6 pagi Waktu Standard Barat,” kata JACC yang dilancarkan pada 1 April lepas bagi menyelaraskan pencarian pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi.
Sejumlah 26 sukarelawan Perkhidmatan Kecemasan Negeri (SES) dari Australia Barat, New South Wales dan Victoria juga bertugas sebagai pemerhati udara dalam tiga pesawat awam itu.BERNAMA.

HARAPAN KAMI TERUNGKAILAH MISTERI INI SEGERA....